BAB 23

Romance Completed 21274

“YANA okey tak ni?” Tanya Fariz Qyle.

“Tak.” Jawabku sepatah.

“Pasal tadikah?”

Aku diam dengan wajah yang menunduk.

“Yana. Cakaplah. Luahkan saja masalah Yana tu pada abang.”

Aku langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Aku rasa hendak menangis sahaja. Kenapa dengan aku ini, huh?
Tiba-tiba Fariz Qyle memberhentikan keretanya secara mengejut. Tubuhku ke hadapan. Nasib baik tidak terhantuk dengan cermin kereta ini.

“Abang Fariz, kenapa?” Aku mengangkat wajah.

“Kereta sebelah ini potong jalan lepas tu tak pasang signal lagi. Ergh! Nasib baik abang tak bawa laju kereta ni tau.”

Dia mengerling ke sebelah, memandang aku.

“Yana okey?”

“Okey. Abang Fariz hati-hatilah memandu.” Pesanku.

“Mestilah kena hati-hati. Sudahlah abang bawa anak dara orang dalam kereta ni.”

Terbit senyuman kecilku.

“Senyum pun. Tadi, masam saja muka tu.”

“Maaflah, abang Fariz. Sebenarnya, Yana malas hendak berbual.” Beritahuku.

“Sebab tunang Yana, kan?”

“Bukan sebab dia saja. Pasal teater tu. Perempuan gedik tu. Banyak lagilah yang Yana fikir sekarang ni.”

“Habis gambar yang abang ambil ni Yana tak naklah?”

“Eh, mestilah nak." Baru aku teringat. Tadi, aku ada minta dia untuk ambil gambar aku sebanyak yang mungkin.

Perasaan sedih dan marah aku ketepikan dulu. Gambar teater Tira Mutiara lagi penting sekarang ini.

"Mari telefon abang. Yana pindahkan gambar tu dekat telefon Yana dulu.” Laju aku meminta telefonnya. Fariz Qyle menurut kata. Sebaik sahaja dia memberikan telefonnya, aku terus memindahkan gambar-gambar yang diambilnya semasa pementasan teater tadi ke telefonku.

MALAM itu hujan begitu lebat sekali. Selesai makan malam aku terus naik ke bilik dan berselimut. Telefon di dalam poket baju tidurku aku keluarkan dan membuka file gambar. Satu persatu gambar yang aku pindahkan dari telefon Fariz Qyle itu aku lihat.

“Putera Shiraz Adrian...” Sebut sahaja nama itu membuatkan hati aku rasa lain.

“Masam saja muka kak Yana ni. Akak okey tak?” Bariz muncul tiba-tiba.

“Bila masa kau masuk bilik aku ni, hah? Seingat aku tadi aku ada kunci pintu.”

“Kalau kak Yana kunci pintu macam mana Bariz boleh masuk? Ergh!” Dia menggeram. Aku mencebik. Telefon aku tutup semula dan meletakkannya di atas meja.

“Kau nak apa?”

“Saja nak kacau hidup kak Yana.”

Menyempit pula dia di sebelah aku ini. Kepala atas sofa kaki atas riba aku. Aku menjelingnya.

“Boleh tak kau tidur dekat sofa sebelah tu?”

“Tak nak.”

Kecil saja aku tengok adik aku ini. Mahu sahaja aku ‘renyuk-renyuk’ dia.

“Dengar khabar yang kak Yana lari dari pementasan teater tadi. Betulkah?”

“Siapa yang beritahu kau?”

“Mama.”

"Mama tahu dari mana?"

"Dari permaisuri Pura Cahaya. Permaisuri Raniatu Afra telefon pun sebab nak minta maaf bagi pihak anak lelakinya."

Aku rasa bersalah pula.

Aku memandang Bariz dan melepaskan keluhan berat. Jari-jari kaki adik aku menjadi sasaran cubitanku.

“Kak Yana, sakitlah!”

Makin dia mengadu makin aku sakitkan jari-jari kakinya itu.

“Ish, kak Yana ni kenapa, huh?” Dia menarik kakinya dan membetulkan posisi baringnya.

“Bariz, kenapa aku rasa lain macam saja ni? Aku nak menangis. Nak marah pun ada.”

“Akak ada buat salah dengan orangkah?” Tanyanya.

Aku geleng kepala. Sekali lagi keluhan kulepaskan. Aku melentokkan kepala di sofa dan memandang siling.

“Aku sudah berlatih bersungguh-sungguh teater Tira Mutiara ni. Tapi, semuanya hancur bila Putera Shiraz Adrian yang berselindung di sebalik topeng itu menjadi watak utama dalam cerita teater tu.”

“Apa yang bakal abang ipar Bariz tu buat pada kakak kesayangan Bariz ni, huh?” Dia bangun dan posisinya menghadap aku.

“Ish, kau ni. Jangan cakap dia tu bakal abang ipar kau, ya.”

“Jangan nak berangan sangatlah yang aku nak kahwin dengan anak Raja Shakawi tu. Aku sedar dirilah Bariz. Kita ini bukan setaraf dengan mereka itu pun.”

“Akak. Cuba kak Yana bagitahu Bariz. Kak Yana sebenarnya tak nak Putera Shiraz Adrian tu sebab akak takut akak malukan dia, bukan?”

“Bukan malu saja Bariz. Aku memang tak layak untuk dia. Aku tak jamin yang aku boleh jaga dia dengan baik. Kau pun tahukan yang perangai aku ini macam mana?”

“Macam lelaki. Teruk dari perangai Bariz.” Dia ketawa. Aku menjuih bibir.

“Tapi, Bariz yakin kak Yana boleh berubah jadi lembut. Orang kata feminin.”

“Aku boleh saja jadi feminin. Tapi, aku malas nak tunjukkan keperempuanan aku ini.” Aku beralih ke katil pula. Berbaring di sana.

“Bariz,”

“Apa?”

“Tak adalah. Aku tak jadi nak cakap.” Aku mengiring membelakangi adik aku yang duduk di sofa.

Dia suruh aku benci dia. Selalunya aku yang kata benci dekat dia tapi bila dia cakap macam itu buatkan hati aku rasa lain. Kalau dia cakap begitu tidak mustahil dia akan putuskan pertunangan ini.

Aku menyentuh dada dan terasa sesuatu yang hilang. Aku meraba sekali lagi.

“Bariz!” Aku cuak. Aku bangkit semula dan mencari rantai di leherku.

“Kenapa ni kak Yana?” Dia bingkas bangun dan menuju ke arah aku.

Ya. Sekarang aku betul-betul hendak menangis.

“Kenapa ni kak? Cakaplah.” Wajahnya risau melihatku.

“Rantai... rantai yang kau bagi dekat aku dah hilang.” Akhirnya air mata yang di tahan jatuh bercucuran juga. Aku menangis di bahu Bariz. Bariz menenangkan aku.

“Jangan nangis kak Yana.” Dia mengusap belakang tubuhku.

“Macam mana aku tak nangis Bariz. Itu hadiah yang kau beri dekat aku. Bukan setakat hadiah kau saja...” Aku tidak jadi untuk meneruskan kata.

“Kak Yana ingat dekat mana kakak ter’hilangkan rantai tu?”

Aku geleng kepala.

“Sudahlah, kak Yana. Tenangkan fikiran dulu, ya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience