BAB 6

Romance Completed 21274

LEGA hati aku dapat keluar daripada kawasan pelancongan Moden-Klasik ini. Nasib baiklah Fariz Qyle ni baik hati mahu menghantar aku pulang ke rumah.

“Yana, awak tak rasa kita diekori oleh kereta-kereta hitam dekat belakang itukah?”

Aku perasan yang pandangan dia ini asyik ke cermin tengah kereta sahaja.

“Perasaan awak sajalah tu.” Aku masih dalam keadaan tenang.

Fariz Qyle membelokkan kereta ke sebelah kiri. Matanya masih mengintai kenderaan yang ada di belakang kami.

“Yana, kereta-kereta tu masih ikut kitalah.” Dia mula panik.

Aku pula geram. Aku berpaling ke belakang. Seperti apa yang dikatakan olehnya kereta itu memang mengekori kami. Fariz Qyle membelokkan kereta ke sebelah kanan dan kereta-kereta tersebut turut sama mengikuti kami dari belakang.

“Siapa mereka tu, hah?”

“Yana tanya saya pun mana saya tahu. Setahu saya, saya tidak pernah berhutang dengan sesiapa pun.” Dia melajukan kenderaan tersebut.

“Awak hati-hatilah. Jangan bawa laju sangat. Takut saya.”

“Ya, saya tahu. Awak perhatikan saja kereta dekat belakang tu.”

Fariz Qyle terus memecut laju masuki kawasan lebuh raya. Aku jadi panik bila melihat cara Fariz Qyle memandu. Kereta-kereta hitam di belakang kami juga masih belum berputus asa mahu mengekori kami.

“Awak berhentilah dekat tepi jalan tu. Biar kita berdepan dengan mereka sajalah. Memandu laju begini bahaya tau.” Aku menasihati dan memujuknya.

“Kalau mereka tu orang jahat macam mana? Lebih baik kita terus ke balai polis.”

“Ish, saya takutlah. Laju sangat awak bawa ni. Siap potong jalan lagi. Kalau kita kemalangan macam mana?” Jantung aku mahu tercabut dengan tindakan lelaki ini.

“Betul nak berhenti?”

Aku angguk laju.

“Kalau mereka apa-apakan kita macam mana?”

“Kita apa-apakan mereka baliklah.”

“Yana!” Wajahnya serius.

“Betullah. Tak payah takutlah. Kita hadapinya bersama-sama, ya.”

Dia menggeram. Namun, diikutkan juga kataku. Fariz Qyle memberhentikan keretanya di tepi jalan. Lima kenderaan hitam yang mengekori kami sejak dari tadi itu juga turut memberhentikan kenderaan mereka di belakang kami.

Baru sahaja aku mahu keluar daripada perut kereta tiba-tiba seorang lelaki berbadan tegap, berpakaian formal serba hitam, berkepala botak dan memakai cermin mata hitam membuka pintu kereta di bahagian tempatku. Aku panik.

“Cik Aryana sila ikut kami sekarang juga.”

Aku tergamam.

“Kamu semua siapa, hah?!” Bukan seorang tetapi ramai yang menunggu di luar kereta Fariz Qyle ini.

“Kami bodyguard Putera Shiraz Adrian. Tuanku mahu kami membawa cik Aryana ke sana.”

Aku mengepal penumbuk sebaik sahaja mendengar nama yang aku benci itu. Sampai ke sini sekali dia mengejar aku.

“Yana, kenapa ni? Apa yang Putera Shiraz Adrian itu mahu dengan awak?” Tanya Fariz Qyle yang kebingungan.

“Entah.”

Aku memandang bodyguard di depan aku dengan pandangan tajam.

“Boleh tak beritahu dengan putera raja tu yang saya tak mahu ikut dia. Saya nak balik!” Tegasku.

“Tak boleh cik Aryana. Cik Aryana kena ikut juga kami ke sana.”

“Tak nak!” Aku menutup pintu kereta itu semula namun ada tangan lain pula yang menghalang. Aku melopong.

“Encik Fariz Qyle, terima kasih sebab bawa tunang saya ini jalan-jalan. Sekarang saya mahu bawa dia pulang.” Dengan suka hatinya dia menarik aku keluar dari perut kereta. Aku cuba mengeraskan tubuh. Tidak mahu mengikut kehendaknya.

“Kau dah kenapa, hah?! Aku tak suka dipaksa-paksa macam ni tau!” Bentakku.

“Dinda ikut atau kanda apa-apakan dia ni?” Dia mengugut aku.

“Eee! Lepaslah!”

“Kanda tak akan lepas selagi adinda tak ikut kanda.” Makin kasar dia menarik aku keluar dari perut kereta.

“Putera Shiraz, patik minta tuanku janganlah berkasar dengan kawan patik ini.” Fariz Qyle sudah tentu kasihan melihat aku diperlakukan kasar seperti ini.

“Encik Fariz Qyle, tolong jangan masuk campur dalam urusan kami berdua. Kalau encik Fariz Qyle mahu selamat, biarkan kami selesaikan masalah kami sendiri. Kalau tidak, saya tidak teragak-agak mahu menyuruh orang-orang saya ini mengapa-apakan encik Fariz Qyle.” Amaran keras darinya.

“Cubalah kau apa-apakan dia. Kalau dia cedera kau tak akan dapat jumpa aku lagi!” Aku pula mengugutnya.

“Aryana Hani! Boleh tak jangan melawan? Ikut saja cakap kakanda ini!”

Kecut perut aku bila dia mengherdik begitu.

“Ikut kanda sebelum orang-orang kanda heret adinda masuk ke dalam kereta tu.”

Ugutannya buat aku berasa bengang. Kami berperang mata untuk seketika. Wajahnya masih kekal bengis.

“Jahat! Kau jahat! Aku benci kau!!” Aku mengalah bila dia tidak mahu berganjak dari situ. Aku keluar dari perut kereta dan menuju ke kereta milik Putera Shiraz Adrian dengan hati yang panas. Entah apalah reaksi Fariz Qyle melihat situasi ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience