BAB 57

Romance Completed 21274

AKTIVITI diteruskan lagi. Hari ini aktiviti berkumpulan dan setiap kumpulan mempunyai lima orang ahli. Hanif memilih aku dan kebetulan pada masa itu juga si topeng masquerade datang dan mahu ikut serta dengan kami. Aku setuju tapi Hanif pula menolak. Katanya, lebih baik ambil peserta perempuan ikut kumpulan kami.

“Ala, abang Hanif. Kalau kami semua perempuan dan abang seorang saja mana boleh. Lagipun dalam cabaran buat rakit ini perlukan ramai lelaki.”

“Jadi, Yana sukalah kalau kumpulan kita ramai lelaki?” Keras suaranya.

“Yana mana-mana saja. Tapi, abang Hanif jangan menyesal pula kalau kita kalah. Lagipun, Tuan Rian ini tahu cara buat rakit.” Aku pandang Putera Shiraz Adrian yang kebingungan.

“Saya?” Dia tunjuk dirinya.

“Baiklah. Rian kau ikut kumpulan kami. Dua orang lagi...”

“Kami! Kami!”

Kami berpaling ke arah dua orang perempuan gedik yang sedang menghampiri kami. Ini gedik dia melampau-lampau. Kalah gedik si Elina Ryne. Tengok dari gaya mereka ini memang kami tidak akan menang nanti.

“Saya Twiita.”

“Saya Adiana.”

Senyuman mereka buat aku menyampah. Hendak muntah pun ada.

“Mana boleh macam ni. Yana tak nak ramai perempuan dalam kumpulan kita. Yana nak semua lelaki.” Kalau dia orang berdua mahu menggedik aku pun mahu juga.

“Biarlah ramai perempuan. Kalau ramai lelaki cik Yana yang susah nanti.” Balas Putera Shiraz Adrian.

“Ramai perempuan pun susah juga. Nanti, Yana seorang saja yang buat kerja. Yang dua orang tu pula membebel. Duduk diam, tak buat apa-apa.” Aku merungut.

“Nanti, pandailah abang dengan Rian atur.”

Aku akur. Hati ini panas bila mereka berdua mentertawakan aku. Tapi, aku ada perasan sesuatu. Cara Hanif pandang Twiita itu lain macam sahaja. Tiada langsung senyuman terbit di wajah lelaki itu. Dia tidak suka dengan Twiitakah? Kalau tidak suka kenapa ambil perempuan ini masuk dalam kumpulan ini?

Suara Hanif pun tidak semesra bila dia bercakap dengan aku. Dia juga langsung tidak memandang Twiita. Bila aku tengok si Twiita ini pula bukan main senyum lebar dengan gaya gediknya. Sama juga dengan si Adiana ini.

Hmm... atau mereka kenal tapi musuh?

Ah, malaslah aku hendak ambil tahu. Sudahlah aku tengah geram sekarang ini. Benci betul aku dengan mereka berdua itu.

CUACA redup tidak dapat meredakan kemarahan dalam hati aku. Sejak dari tadi dua orang gedik ini menggoda Hanif dan juga Putera Shiraz Adrian. Bermacam-macam ayat dan cara mereka berdua gunakan untuk memikat dua jejaka itu. Kalau aku tahu begini jadinya, aku tolak sehabis yang mungkin tadi. Lebih baik lepak di rumah Nuah daripada berdepan dengan dua perempuan menyampah ini.

“Abang Hanif, Twiita takutlah.” Tanpa segan silu dia memeluk lengan Hanif.

“Abang Rian, banyak nyamuklah dalam hutan ni. Kalau Adiana kena denggi macam mana?” Muka kasihan dia itu menaikkan darahku.

Aku yang berjalan di belakang mereka mendengus geram. Tidak semena-mena ranting kayu yang aku baling itu kena kepala Adiana. Padan dengan muka dia!

“Sakitlah!” Adunya.

Aku buat muka. “Hoi, Adiana. Siapa suruh kau pakai baju menjolok mata begitu. Bukan nyamuk saja yang goda kau tapi binatang dan serangga lain dalam hutan ini pun tergoda dengan kau tau. Silap hari bukan denggi saja yang kau dapat. Penyakit malaria pun kau kena juga.” Balasku dengan senyuman sinis. Dia yang ada di sebelah Adiana itu ketawa dengan ayat yang aku lontar kepada Adiana.

“Kau!”

“Apa?! Kau nak cari gaduh dengan akukah?” Aku mencabarnya.

“Yana! Adiana! Sudahalah tu. Cuba kamu berdua berdamai dulu. Sekarang ni kita ada tugas yang lagi penting untuk diselesaikan.” Lembut tapi cukup menusuk ke hati. Adiana pula buat tidak tahu sahaja.

“Macam budak-budak saja. Kalau nak gaduh pun tunggulah selesai tugas dulu.” Kata-kata Twiita cukup pedas di telingaku. Mahu sahaja aku membalasnya tapi ditegah oleh si putera pula.

Aku merengus. Nasib baik ada putera raja aku. Kalau tidak, sudah lama mereka berdua ini aku kerjakan dalam hutan ini. Kami meneruskan lagi perjalanan sehingga ke tempat destinasi.

Kumpulan aku perlu selesaikan tugas membuat rakit di dalam hutan ini. Manakala kumpulan lain ditugaskan di tempat lain. Rakit yang telah siap perlu di bawa keluar dan meletakkannya di tepi pantai. Bahan utama rakit adalah bambu dan selebihnya mengikut kretiviti sendiri. Penilaian yang abang Ikhwan dan juga kakak Adyra nilai adalah dari segi keutuhan rakit itu sendiri, kreativiti dan kekemasan. Terdapat beberapa penilaian lain yang dinilai juga nanti.

RAKIT kami hampir siap itu pun hasil kerja daripada kami bertiga sahaja. Twiita dan juga Adiana langsung tidak membantu. Apa yang mereka tahu hanya duduk, bergosip, membebel dan menggoda dua jejaka ini. Betul-betul buatkan aku naik angin.

Setiap kali aku hendak mengenakan dua orang itu pasti ada yang menghalang. Kalau bukan si putera raja ini yang menghalang aku, si Hanif pula yang marah.

Aku perasan juga yang Hanif asyik marah aku bila tinggikan suara dekat Twiita. Bila aku tengok Twiita pula, pandangannya asyik melekat pada Hanif. Aku rasakan mereka berdua itu sudah kenal lama.

Aku merehatkan diri di tepi sungai sambil memerhatikan mereka. Hari ini si putera tidak memakai topengnya. Sewaktu buat kerja tadi aku asyik perhatikan dia. Boleh tahan juga dia membuat rakit itu bersama Hanif walaupun mereka berdua itu aku nampak macam tidak serasi sahaja.

Hmm... Dia orang semua ini tidak perasankah yang ada bersama mereka sekarang ini adalah Putera Shiraz Adrian yang menyamar jadi Tuan Rian?

Saat ini aku terfikirkan sesuatu. Aku hendak tahu sejauh mana putera raja ini sayangkan aku. Bila aku tengok air sungai ini tidak tenang aku takut pula hendak melakukan perkara itu.

“Eh, Twiita. Kalau tak ada dia ni pasti kerja kita senangkan?”

Laju aku berpaling ke belakang. Senyuman misteri mereka itu buatkan aku rasa tidak sedap hati. Hanif dan juga Putera Shiraz Adrian langsung tidak menoleh ke arah sini. Mereka sibuk menyiapkan rakit tersebut.

“Ya. Dari tadi lagi aku geram dengan dia ini. Ada saja peluang dia nak kenakan kita.” Twiita maju ke depan dan aku mengundur ke belakang. Gerun pula bila dua orang ini bergabung dengan riak yang menakutkan.

“Apa kau orang berdua nak buat ni, hah?” Aku cuak. Aku mengerling ke arah dua jejaka itu dan mahu menjerit meminta tolong. Namun, Twiita tangkas menekup mulutku dan menarik aku jauh dari Hanif dan juga Putera Shiraz Adrian.

Aku silap andaian terhadap mereka berdua ini. Aku ingat aku boleh lawan mereka seperti mana aku buat pada Elina Ryne dan juga teman-teman dia sebelum ini. Rupanya aku salah. Mereka berdua nampak saja gedik tapi sebenarnya tidak.

“Lepaskan aku!” Aku meronta minta dilepaskan.

“Kau ingat kami nak lepaskan kau begitu saja. Tadi bukan main lagi kenakan kami berdua. Sekarang kau rasa apa yang kita orang nak buat dekat kau.” Adiana ketawa jahat.

Tidak boleh jadi. Aku kena buat sesuatu. Dengan tenaga yang ada aku menyiku perut Twiita. Dia terundur ke belakang. Aku melarikan diri tetapi Adiana pantas menangkap dan menarik kuat rambutku.

“Sakitlah!”

“Aku tak layan sakit kau itulah! Apa yang aku nak sekarang, kau hilang dari pandangan kami. Disebabkan kau, kami susah hendak pikat dua orang tu, tahu!” Dia menolak aku ke depan. Aku tersungkur jatuh.

Giliran Twiita pula. Dia menarik baju t-shirt labuh berlengan panjang aku ini dengan kasar. Terbatuk-batuk aku dibuatnya.

“Twiita, kau tau kan apa yang harus dilakukan?”

Twiita membalas dengan senyuman sinisnya. Dia merenung aku tajam dan kemudian dia menampar wajahku dengan kuat. Bukan itu sahaja, malah aku mendapat tumbukan perut darinya. Setelah puas aku dikerjakan oleh mereka berdua, Twiita menarik dan menolak aku ke dalam sungai yang deras itu.

Aku panik. Arus sungai ini terlalu deras dan aku sukar untuk bernafas.

“Adrian! Adrian!” Aku menjerit sekuat hati meminta tolong. Tubuhku terasa sakit dan lemah sekali.

“Adrian tolong!!” Aku terkapai-kapai meminta tolong. Aku dapat melihat dua jejaka itu menoleh ke arah aku. Mereka kelihatan panik.

“Adri...” Nafasku semakin sesak. Aku tidak dapat mengimbangi badan di dalam arus yang deras ini.

“Yana!”

Aku tidak tahu suara siapa yang menjerit namaku. Aku akur tidak berdaya lagi. Biarlah arus sungai ini bawa aku pergi. Perlahan-lahan mataku tertutup rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience