BAB 61

Romance Completed 21282

RUANG rehat di lobi resort menjadi tempat aku menenangkan diri. Demamku belum lagi kebah. Aku bosan duduk dalam bilik itu dan sebab itulah aku ke sini. Rehat sambil menikmati minuman petang.

Pagi tadi aku diberitahu oleh abang Eli yang Twitta dan juga Adiana sudah di halau pergi dari resort Intan Pearl ini. Bukan itu sahaja, abang Eli juga memberitahu aku bahawa Twiita itu adalah bekas kekasih Hanif.

“Yana macam mana?”

Abang Ikhwan muncul dengan Bariz.

“Masih demam. Mana kak Adyra dengan Zaliah?” Aku meliau mencari kelibat dua orang itu.

“Mereka ke kafe. Hari ini abang batalkan aktiviti kita.”

“Kenapa pula?”

“Hanif ada hal. Yana pun tengah sakitkan. Tambah lagi dengan kejadian semalam.”

“Kak Yana ni buat orang risau tahu. Jantung Bariz macam nak tercabut bila orang bagitahu yang kakak jatuh dalam sungai deras tu. Nasib baik ada orang-orang papa. Kalau tidak, tak tahulah apa nak jadi.”

“Maaf sebab buatkan adik kakak ni risau. Papa tahukah?” Aku pandang mereka bersilih ganti.

“Tahulah. Abang dah buat keputusan yang kita akan pulang lusa nanti. Sepatutnya kita lama lagi dekat sini tapi ini arahan papa Yana, jadi abang kenalah ikut.”

Aku jadi serba salah pula mendengar keputusan itu. Datang sini mahu berseronok dan tenangkan fikiran tetapi tidak sangka pula hal begini terjadi dekat aku.

“Err... abang Ikhwan. Abang Eli ada bagitahu Yana yang Twiita itu sebenarnya bekas kekasih abang Hanif. Betulkah?”

Air mukanya berubah. Dia menyandar pada kerusi dan melepaskan keluhan panjang. Bariz juga berubah riak apabila aku sebut tentang Hanif dan juga Twiita.

“Ya. Yana, abang sebenarnya dah bagi amaran dekat Hanif. Lepas ni, Yana jangan lagi jumpa dengan dia. Bahaya.”

“Amaran? Amaran apa yang abang Ikhwan beri pada abang Hanif?”

Dia dengan Bariz berpandangan. Bariz menjungkit kening. Memberi isyarat kepada abang Ikhwan.

“Kenapa dengan muka tu Bariz?” Soalku. Aku pasti mereka ada menyimpan rahsia dari aku.

“Saja nak buat muka hodoh.” Dia berdiri.

“Bariz cari Zaliah dengan kak Adyra dululah.” Dia mengatur langkah ke kafe meninggalkan kami berdua lagi di ruang rehat ini.

“Yana, sebenarnya Hanif tu ada hati dengan Yana tapi abang dah bagi amaran dekat dia. Abang dah cakap yang Yana dah ada tunang. Tapi, nampaknya dia tak dengar amaran abang.”

Aku bungkam.

“Sejak bila lagi dia ada perasaan dengan Yana?”

“Sejak pertama kali jumpa Yana. Sebelum mulakan aktiviti itu lagi dia sudah terpikat dengan Yana. Dia jumpa abang dan minta kebenaran abang memandangkan abang ini abang angkat Yana. Sebelum ini, abang ada juga bercerita dengan dia tentang Yana. Tapi, tidak sangka pula dia jatuh cinta dengan Yana begitu cepat.”

“Kalau abang tak suka dia dengan Yana kenapa hari tu abang nak juga Yana berpasangan dengan dia.” Aku geram.

“Sebab dia nak sangat kenal Yana. Abang bagi sajalah dia peluang.”

Patutlah hari itu beria-ia sangat abang Ikhwan mahu aku jadi pasangan Hanif. Aku juga perasan yang tingkah Hanif lain macam sahaja bila kami bersama. Masa kami buat aktiviti lasak pun perangai dia agak pelik. Kami berbual mesra juga tetapi kadang-kadang tingkah lakunya itu buatkan aku tidak selesa. Sepanjang kami bersama aku rasakan dia seperti hendak pikat aku tapi aku tidak berani hendak bersuara.

Aku menekup mulut. Malam itu, aku memang rasa ada yang tidak kena dengan mereka berdua. Cara pandangan mereka seperti memandang musuh sendiri. Putera Shiraz Adrian tahukah niat sebenar Hanif?

“Err... abang Ikhwan, Yana nak jumpa dia. Yana nak bercakap dengan dia tentang hal ini.”

“Tak usahlah Yana. Dia dah balik Pura Belentung.”

“Kenapa pula? Abang marah dia sangatkah sampai ruruh dia pergi dari sini?”

“Taklah. Dia balik sebab bekas kekasih dia tu. Twiita ugut dia. Kalau Hanif tak pulang ke Pura Belentung dengan dia, perempuan itu akan bunuh diri di depan dia.”

Aku melopong. Gila betul si Twiita ini.

“Bekas kekasih dia tu mentalkah abang Ikhwan? Sanggupkah dia nak bunuh diri depan abang Hanif?” Sukar untuk aku bayangkan perempuan itu berbuat begitu. Aku memang tidak beranilah hendak berbuat begitu. Aku sayang dengan diri aku.

“Kalau dia boleh buat Yana macam tu, dia pun boleh buat diri dia di depan Hanif begitu. Adiana itu pun sudah pulang ke sana dengan dia. Mereka berdua kawan baik. Mana Twiita pergi Adiana pasti ada. Abang dulu pernah jadi mangsa Adiana.”

“Hah?!”

Abang Ikhwan berdiri dan membuang pandang ke luar dinding kaca. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Renungannya nun jauh di sana.

“Ceritanya begini...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience