BAB 39

Romance Completed 21274

SEKALI lagi aku tersedar di atas katil. Padahal semalam aku seronok melukis dan lepas itu aku menguap berkali-kali. Aku rasa aku memang tertidur di luar dan kenapa aku berada di atas tilam pula?

“Tidak mungkinlah dia angkat aku ke sini?” Aku berfikir sambil mengemas katil dan kemudian ke meja solek. Telefon ada di atas meja solek ini tapi...

“Alamak! Dia ambil lukisan akukah?!” Aku meraup wajah.

“Yana! Kau dah siapkah?”

Itu suara kepunyaan Syirah Ainul. Ah, lebih baik aku bersiap dulu.

“Kejap! Aku nak bersiaplah ni.” Balasku.

KAMI beriringan jalan ke dewan resort Moden. Aku nampak kelibat Elina Ryne memasuki lorong ke bahagian dapur resort. Aku mula tidak sedap hati. Cerita abang Dai berlegar-legar di kepala aku ini.

“Syirah, kau pergi dulu. Nanti, aku datang kemudian.”

“Kau nak ke mana?”

“Tandas.” Tipuku lalu meninggalkannya.

“Jangan lambat, Yana!” Sempat aku dengar jeritannya itu.

SANGKAAN aku tepat sekali. Dia masuk ke bahagian dapur dan pada masa yang sama aku nampak Lisha membuntutinya dari belakang. Kenapa budak itu ikut sekali?

Aku berlari ke sana dan bersembunyi di sebalik dinding apabila melihat kelibat mereka berdua keluar dari situ. Aku terus mengintai mereka dari belakang. Melihat jam pada telefon aku itu hanya tinggal beberapa minit lagi sebelum pertandingan bermula. Agaknya, ke mana Elina Ryne itu membawa Lisha pergi?

“Bukankah itu kekasih Elina Ryne? Apa dia buat dekat sini?” Aku mengamati lelaki yang baru muncul itu. Mereka berdua sedang berbicara tentang sesuatu. Wajah Lisha pula kelihatan takut.

“Apa pula rancangan mereka berdua tu? Apa yang mereka hendak buat dengan Lisha?”

Aku laju bersembunyi di sebalik pokok apabila ternampak kelibat Syintia dengan Edra. Mereka berdua berhenti di hadapan pokok tempat aku bersembunyi. Aku pasang telinga.

“Kau biar betul Edra? Kau nak hancurkan mereka berdua itukah?” Syintia meminta kepastian.

“Betullah! Aku memang dah lama nak bunuh mereka berdua tu.”

Aku tergamam. Edra mahu bunuh siapa?

“Kau tahu tak Syintia aku cemburu gila bila tengok dia dengan Zyan tu. Kau tak dengarkah perbualan mesra mereka berdua semalam? Aku geli tau!”

“Tapi, kenapa?” Syintia masih tidak memahaminya. Begitu juga dengan aku yang sedang bersembunyi di sebalik pokok besar ini.

“Aku dah lama suka dengan Zyan tu. Apa yang aku nak semua Elina yang dapat. Kenapa bukan aku, Syintia?! Aku geram.” Luahnya.

“Selama ini rancangan aku tidak pernah gagal.”

“Apa maksud kau, Edra? Kau jangan buat aku takut, ya.”

Edra tersenyum sinis.

“Kau tau tak Syintia? Aku berkawan dengan dia pun kerana aku ada sebab aku sendiri. Niat aku berkawan dengannya semata-mata hanya kerana Zyan.”

“Hah?!” Syintia tergamam. Begitu juga dengan aku. Sambil mataku memandang ke arah pasangan kekasih itu sambil aku mendengar penjelasan Edra.

“Aku berkawan dengan dia pun sebab aku nak balas dendam. Aku nak dia kembalikan Zyan aku tu. Tapi, lepas apa yang aku nampak mereka berdua pernah bermesra dan Zyan tidak mahu melepaskan Elina, aku terpaksa bunuh mereka.”

“Edra, kau dah gilakah nak bunuh mereka tu?!” Suara Syintia meninggi.

“Kau boleh cakap aku apa saja yang kau nak Syintia. Tapi, kau tak boleh paksa aku untuk lupakan Zyan. Dia adalah lelaki pertama dan terakhir aku. Kerana dia aku boleh teruskan hidup sampai sekarang.”

“Aku tak faham. Cuba kau cerita dekat aku macam mana kau kenal dia dulu sebelum Elina?”

Edra ke depan. Aku cuak. Nasib baik ada semak di belakang dan aku bersembunyi di situ.

“Sebelum masuk universiti lagi aku kenal dia. Dia selamatkan nyawa aku daripada perompak-perompak yang mahu merompak aku ketika itu. Sejak kejadian itu kami makin rapat. Bila Elina muncul semuannya musnah.” Dia mendengus, geram. Tangannya menumbuk batang pokok kelapa itu.

“Bila aku hendak ajak Zyan keluar, Elina pula muncul dengan gaya manja dia itu. Bukan sekali tapi banyak kali situasi macam tu terjadi pada aku. Mulanya aku biarkan saja. Tapi, bila dah kerap berlaku aku mula rasa sangsi. Bila aku dapat tahu yang mereka berdua bercinta, hati aku hancur. Hancur, Syintia!”

“Sebab hati kau dah hancur, kau nak bunuh mereka berdua?”

“Ya! Zyan tak nak aku. Aku dah luahkan perasaan aku pada dia tapi dia tak terima aku, Syintia. Dia lebih cintakan Elina walaupun dia tahu perempuan itu curang kepadanya.”

“Edra, tolonglah jangan teruskan rancangan jahat kau tu. Ramai lagi lelaki baik di luar sana. Kalau kau bunuh mereka berdua kau akan masuk penjara, kau tau tak?”

“Aku sanggup masuk penjara, Syintia. Asalkan mereka berdua itu hilang dari pandangan aku. Lagipun, Zyan tak ada sudah lepas tu, kan?” Dia tersenyum sendiri seperti orang gila.

“Edra! Edra kau nak pergi mana?!” Syintia mengejar Edra.

Aku panik. Dia betul-betul nak bunuh Elina Ryne dengan Zyankah?

“Apa aku nak buat? Lisha ada dengan mereka juga?” Aku mundar-mandir dan berfikir.

Elina Ryne memang musuh aku. Tapi, aku tak sanggup pula kalau dia di bunuh oleh teman dia sendiri. Aduh, apa aku hendak buat sekarang ini?

Aku mengetuk kepala. “Ish, bodoh betullah kau ni Yana. Telefon polislah.” Laju aku mengeluarkan telefon dari dalam poket seluarku.

Belum sempat aku membuat panggilan, aku terhidup bau asap tebal yang datang dari arah belakang dapur. “Bukankah itu bilik stok bahan mentah dan bahan kering?” Aku mula cemas. Tubuhku menggigil apabila memikirkan nyawa yang ada di dalam bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience