BAB 8

Romance Completed 21282

DUNIA aku sekarang bukan lagi tenang seperti dulu. Hari-hari di ganggu oleh Mr. Crocodile. Kemana aku pergi pasti dia ada di situ. Kalau dia seorang tidak apalah. Ini tidak, dia selalu muncul dengan perempuan yang berbeza. Entah, apa motif dia buat begitu.

Lagi buat aku naik angin bila perempuan yang mengaku putera raja itu miliknya datang cari gaduh dengan aku. Siapa lagi kalau bukan Elina Ryne. Pelajar popularlah konon! Menyampah aku tengok wajah dia yang ber‘make-up’ tebal itu. Mengalahkan badut sarkas. Badut lagi cantik aku tengok dari dia itu.

“Aku geram betullah, Syirah. Macam mana aku nak elak dari perempuan-perempuan gedik tu semua? Kalau seorang boleh lagi aku lawan. Ini tak. Setiap hari dua, tiga orang perempuan datang buat hal dengan aku. Naik rimas tau tak!” Aku menggerutu. Rosak rambut panjang aku ini aku kerjakan.

Kelmarin, Elina Ryne dengan konco-konconya datang lagi mengacau hidupku. Dia datang memberi amaran keras kepadaku. Katanya, dia akan buat sesuatu kepadaku sekiranya aku tidak menjauhkan diri daripada Putera Shiraz Adrian itu. Mujurlah, hal pertunangan itu belum lagi sampai ke telinga mereka. Aku tidak tahu apa yang aku buat sekiranya hal itu tersebar meluas.

“Itulah kau, suka betul bertindak melulu. Kan, dah kena.” Dia menyindirku.

“Ish, kau ni. Aku minta tolong bukannya nak dengar kau perli aku.” Aku merengus. Minuman sejuk dalam gelas itu aku hirup dengan kasar.

Pelajar-pelajar yang lalu lalang di depan kami ini tidak kurang hebatnya juga. Ada sahaja suara-suara yang aku dengar sedang bercerita tentang hubungan aku dengan putera raja itu. Lagi panas bila mereka mengaitkan aku dengan Elina Ryne kerana lelaki itu selalu sahaja berkepit dengan perempuan gedik itu selepas berfoya-foya dengan perempuan lain dan kemudiannya mengganggu aku selepas puas bersama dengan perempuan gedik itu.

“Aku rasa macam nak berhenti belajar saja. Sakit telinga ni dengar sindiran dia orang tu tau.”

“Pedulikanlah mereka tu. Mulut orang ini memang payah kita nak tutup. Kalau itu buatkan mereka bahagia, biarkan sajalah. Lagipun, tindakan yang kau buat tempoh hari tu memang betul pun. Walaupun dia putera raja tapi tingkah laku dia salah kerana perbuatannya itu menjatuhkan maruah dia sebagai seorang kerabat diraja.”

“Tindakan betul tapi tetap mendapat sindiran dari dia orang.” Aku mencebik. Kami teruskan perbualan lagi sehinggalah datang seorang lelaki.

“Cik Aryanakah?”

Aku angguk. “Kenapa, ya?” Tanyaku pada pelajar lelaki itu.

“Cik di panggil ke pejabat pentadbiran atas masalah yang cik timbulkan sebelum ini.”

Aku dengan Syirah melopong.

“Masalah apa?” Aku cuak. Takkanlah pasal tindakan aku pada lelaki playboy itu? Atau si Elina Ryne itu ada cakap sesuatu yang buruk dan mengundang amarah pekerja-pekerja di pejabat pentadbiran itu?

“Saya tak tahu. Saya cuma diarahkan supaya menyuruh cik Aryana ke sana saja.”

Aku pandang Syirah. “Syirah, aku kena gantung belajarkah?”

“Entahlah. Baik kau pergi. Aku temankan kau.”

“Err... maaf cik. Hanya cik Aryana saja yang di suruh ke sana.” Beritahu pelajar lelaki itu.

Habislah aku. Siapa yang nak jumpa aku dekat pejabat pentadbiran itu, hah?

“Tak apalah Syirah. Aku pergi dulu.” Aku mengemaskan buku-buku rujukan aku dan terus menuju ke pejabat pentadbiran.

DALAM perjalanan ke pejabat pentadbiran aku terserempak pula dengan abang Ikhwan. Mulanya kami berbual pendek sahaja. Tapi, cerita kami melarat pula sampai ke cerita putera raja itu. Abang Ikhwan memberitahu aku tentang perkara yang berlaku semasa keluarga aku dengan mereka dan yang lain berada di tempat pelancongan Moden-Klasik itu.

Aku tergamam apabila abang Ikhwan menceritakan aku tentang risikan keluarga Putera Shiraz Adrian. Abang Ikhwan dan juga keluarganya telah menjadi saksi pada perjumpaan tersebut.

Aku melepaskan keluhan. Suka hati sahaja si Mr. Crocodile tu buat keputusan sendiri. Aku masih ingat kata-katanya sewaktu di dalam kereta itu. Aku tahu dia tidak main-main dengan kata-katanya. Tapi, hati aku tetap tidak boleh menerimanya.

“Masam saja muka Yana. Yana tak sukakah dengan pertunangan Yana yang ringkas tu?”

“Bukan macam tu abang Ikhwan. Yana...” Aku garu kepala. Abang Ikhwan sudah aku anggap seperti abang sendiri. Biasanya kalau aku ada masalah-masalah berat macam ini pasti aku akan meluahkan padanya.

“Abang Ikhwan, pasal tu semua... Sebenarnya Yana...”

Aku hendak ceritakah atau tidak?

“Kenapa ni? Cuba cerita perlahan-lahan. Abang dengar. Abangkan pendengar setia masalah Yana. Ceritalah, mana tahu abang boleh bantu.” Dia menggosok-gosok kepalaku. Nasib baik tidak kusut rambut yang aku ikat ini.

Aku tersengih.

“Macam mana Yana nak beritahu ni... Hmm...”

“Aryana Hani! Sini pula adinda.”

Kami tersentak. Putera Shiraz Adrian muncul di depan kami dengan wajah bengisnya.

“Ikut kanda sekarang juga.”

“Pergilah ikut tunang Yana tu. Nanti, saja Yana beritahu abang.” Dia menyimpul senyuman. Aku pula membalas dengan senyuman hambar.

“Sudah. Ikut kanda cepat!” Dia terus menarik aku meninggalkan abang Ikhwan yang sedang menggelengkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience