BAB 37

Romance Completed 21274

TERBATUK-BATUK aku sebaik sahaja tersedar dari pengsan. Aku memerhatikan tempat aku berada sekarang. Ini bukan tempat penginapan aku. Apabila aku mengamati tempat ini aku rasa aku tahu di mana aku sekarang. Ini rumah penginapan VIP resort Klasik. Siapa yang menginap di sini?

Baru sahaja aku mahu turun dari katil tetapi aku batalkan niat aku itu. Dadaku berombak. Aku pandang lantai itu sepertinya aku berada di dalam air. Aku terasa sesak nafas. Trauma dan kemudian menangis teresak-esak. Aku takut.

Aku memeluk lutut dan menangis lagi. Tidak lama kemudian aku terdengar pintu di kuak dari luar. Dia meluru ke arah aku dan memeluk aku erat.

“Shhh... Jangan nangis. Kanda ada.” Dia memperkemaskan lagi pelukan tersebut. Bergema ruang bilik itu dengan tangisanku.

“Saya ingat... saya ingat...”

“Dinda ingat dinda matikah tadi?”

Laju aku mengiakannya. Semakin deras air mataku mengalir.

“Tapi sekarang dinda tak mati, kan?”

Aku tidak menjawab. Malah menangis lagi. Aku membalas pelukan Putera Shiraz Adrian itu.

“Mujurlah Dai beritahu kanda. Kebetulan, kanda baru saja tiba di lobi. Kanda yang selamatkan adinda.” Dia mengusap belakang tubuhku.

“Kanda tak akan biarkan orang lain apa-apakan adinda lagi selepas ni. Itu janji kanda pada adinda. Adinda tetap milik kanda walaupun adinda membenci kanda...”

Dia terus berkata-kata. Aku hanya mendengar dan menangis sahaja. Lama-kelamaan aku terlelap. Aku tidak sedar yang aku tertidur di pangkuannya.

LAGAK gayaku seperti pencuri sahaja. Perlahan-lahan aku turun dari katil dan keluar daripada bilik. Nampaknya, Putera Shiraz dan orang-orangnya tidur di ruang tamu. Berhati-hati aku keluar daripada penginapan dia ini.

“Huh!” Aku tarik nafas lega. Berjaya juga aku keluar. Cepat-cepat aku memakai kasut kemudian pergi dari sini.

“Siapa benarkan adinda keluar, hmm?”

Aku tersentak. Dia sedar rupanya.

“Masuk. Sudah lewat malam ni. Esok pagi saja adinda balik ke tempat penginapan adinda itu.”

“Tak nak. Dalam tu ramai lelaki.”

“Tak perasankah ada perempuan tidur di bilik dinda tu?”

Dahiku berkerut. Aku tidak perasan pun.

“Masuk.” Dia menarik tanganku.

“Tapi...”

“Tadi bukan main lagi bermanja dengan kanda. Kenapa sekarang nak larikan diri daripada kanda pula, hmm?”

Wajahku membahang. Suara gemersiknya menjentik naluri wanitaku.

“Sebab... sebab...” Aku kehilangan kata.

“Tak dapat jawabkah?” Dia mendekati aku dengan senyuman manisnya.

“Putera Shiraz! Kita tak kahwin lagi tau. Jangan berangan nak sentuh-sentuh saya.” Marahku dengan nada perlahan. Dia ketawa.

“Angan dah tercapai pun. Kanda dapat juga peluk adinda tadi. Siap menangis lagi di bahu kanda.”

Wajahku merah merona.

“Dapat sentuh adinda. Dapat tengok adinda berpakaian seksi lagi.”

“Gatal!!” Jeritku. Pedulilah kalau orang-orang di dalam rumah itu bangun.

“Jeritlah. Kanda tak kisah pun kalau adinda menjerit. Tak ada sesiapa pun di sini melainkan orang-orang kanda.”

Aku menghentak kaki. Geram.

“Tepi!” Aku tolak dia ke tepi dan kemudian masuk semula ke dalam bilik. Jelas kedengaran tawanya dari jauh.

“Gembira semacam saja dia tu. Ah, tidur lagi bagus!” Aku mengunci bilik dan terus tidur. Aku baru perasan ada dua pekerja wanita di bilik ini. Mak Idah dengan Riya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience