BAB 63

Romance Completed 21282

SELESAI makan malam aku meminta izin abang Ikhwan untuk berjumpa dengan Fina sekeluarga. Aku belum berjumpa lagi dengan mereka kerana keadaan aku yang masih belum sihat sepenuhnya.

“Abang tak bagi Yana keluar dari rsesort ni selagi demam tak kebah.” Tegas abang Ikhwan.

Aku memuncungkan mulut. Aku pandang kakak Adyra mengharapkan pertolongan daripadanya.

“Janganlah pandang kakak macam tu. Kakak pun tak dapat nak bantu Yana.” Siap buat simbol ‘peace’ lagi dekat aku.

“Ala, abang Ikhwan. Tolonglah. Yana rindulah dengan mereka. Lagipun, Yana nak minta tolong sesuatu dari Fina dengan adik dia.”

“Tolong apa?” Bariz menyampuk. Dari tadi sibuk bercerita dengan kekasihnya itu dan sekarang baru nak tegur aku.

“Rahsia. Mana boleh bagi tahu.” Aku menjelir lidah ke arahnya.

“Tak boleh. Angin malam ni tak elok untuk kesihatan Yana. Cuba dengar cakap abang. Kalau nak ke sana pun tunggulah demam tu baik.” Abang Ikhwan menggeram.

“Biarkan sajalah Yana ke sana. Lagipun, ada orang-orang papa dia juga yang tengok-tengokkan dia.”

Akhirnya kakak Adyra membela aku. Ini yang aku sayang sangat dekat kakak Adyra ini.

“Betul. Betul. Abang Zul dengan yang lain ada untuk jaga Yana. Bolehlah abang Ikhwan.” Aku buat muka comel. Aku perlu ke sana juga. Bukan setakat hendak berjumpa dengan mereka sahaja tetapi ada sesuatu yang perlu aku buat malam ini.

“Bariz.”

Laju adikku berpusing menghadapnya. Dia menyengih.

“Abang Ikhwan. Bariz tak nak. Bariz tak nak berpisah dengan Zaliah.” Dia merapatkan tubuhnya dengan Zaliah. Tidak mahu berjauhan dengan kekasihnya itu.

“Hoi!” Aku mencubit bahu adikku. Geram.

“Kau orang berdua belum kahwin lagi tau. Jangan pandai-pandai nak sentuh Zaliah. Hormat sikit.”

Zaliah menundukkan wajah. Bariz seperti biasa akan menunjukkan wajah tidak bersalahnya.

“Tak apalah. Yana nak minta diri dulu. Nak tidur. Assalamualaikum.” Aku merajuk dan terus pergi.

BERBARING di atas katil sungguh membosankan. Aku bangkit dan membuat sedikit senaman ringkas. Kecewa sungguh aku bila tidak dapat pergi ke rumah mak cik Nia. Apa yang buat aku kecewa lagi bila tidak dapat buat apa-apa untuk Putera Shiraz Adrian. Lagipun, malam ini malam terakhir dia di sini.

Sedang aku merajuk diri ada pula orang mengetuk pintu bilik penginapan aku ini. Aku biarkan. Malas aku hendak layan. Pasti mereka mahu memujuk aku. Huh! Ingat senangkah hendak pujuk aku ini.

“Dinda! Bukalah pintu ni.”

Aku pekakkan telinga.

“Sayang, bukalah. Kanda datang nak pujuk adinda ni.”

“Tak nak! Saya nak tidur!” Jeritku. Laju aku naik ke katil semula. Selimut ku tarik sehingga menutupi kepalaku. Aku tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun termasuklah dia. Aku masih mahu merajuk. Ini semua gara-gara abang Ikhwan itulah.

“Dinda Hani!”

Aku terkejut.

“Adrian! Macam mana awak boleh masuk sini, hah?!” Nasib baiklah tubuhku yang seksi ini tidak terdedah. Apa jenis putera dia ni, hah?!

“Terkejut?” Dia ketawa.

Aku menggeram. Lantas bantal di sebelah aku itu aku lempar ke arahnya.

“Aduh, sakitlah dinda.”

“Padan dengan muka! Siapa suruh masuk sini, hah?” Aku menjeling tajam.

“Tadi kanda ketuk dinda tak nak buka. Jadi, kanda masuk melalui tingkap adinda yang terbuka itulah.” Dia menjuih ke arah tingkap.

Aku mencubit lengannya pula.

“Putera jenis apalah awak ni Adrian.” Aku tepuk dahi. Kalau macam inilah sikap dia, sekejap sahaja aku kena darah tinggi.

“Maaflah.” Dia cuba menyentuh tangan aku tetapi aku lebih tangkas menyembunyikannya di sebalik selimut.

Dia tersengih.

“Keluar.”

“Tak nak!”

“Eee! Keluar. Kalau macam inilah perangai awak saya tarik balik semua kata-kata saya. Saya tarik balik sayang saya dekat awak.”

“Mana boleh!” Dia mencubit hidungku.

Aku menggosok bekas cubitan itu seiring dengan dengusan.

“Dinda siap-siap. Kanda tunggu luar. Kanda nak bawa adinda pergi satu tempat.”

“Pergi mana?”

“Adalah. Lekas siap.” Dia bangkit dan terus mengatur langkah ke arah pintu.

Aku angkat kening sebelah. “Masih nak menyamarkah?” Aku perasan ada topeng muka di tangan kanannya itu.

Dia menoleh dan mengukir senyuman manis.

“Ya. Orang masih ramai dekat luar tu.”

“Tapi, kalau saya keluar nanti abang Ikhwan...”

“Tak usah risau pasal tu. Saya dah beritahu dia tadi sebelum ke sini.” Potongnya.

Aku melopong. “Abang Ikhwan dah tahu pasal awakkah?”

“Mereka semua tahu. Tapi saya minta mereka rahsiakannya daripada awak.”

Aku tidak terkata. Berani dia orang kenakan aku, ya! Ish, tak guna!

“Sudahlah. Tak payah cerita pasal benda tu lagi. Sekarang ni kanda mahu adinda bersiap. Kanda tunggu dinda dekat luar, ya.” Lembut suaranya seiring dengan kenyitan mata. Dia terus keluar daripada bilik penginapanku.

Aku mencebik. Aku yang mahu buat kejutan untuk dia, dia pula yang buat kejutan untuk aku.

TERBUNTANG luas mataku memandang jambatan itu. Ada meja bulat disediakan di tengah jambatan dan juga lilin serta sejambak bunga ros. Cantik. Keindahannya lagi terserlah apabila cahaya bulan menyinari tempat tersebut serta kelip-kelip yang berterbangan di sekitarnya.

“Terpegun?”

“Mestilah. Tapi untuk apa semua ni?”

“Untuk kitalah.”

Aku terharu.

“Jom.” Ajaknya.

Kami beriringan menuju ke sana. Kami tidak keseorangan. Ada juga pengawal-pengawal peribadi papa dan pengawal peribadi Putera Shiraz Adrian di situ. Mereka pula sibuk membakar makanan-makanan laut di tepi jambatan. Ada juga yang menyediakan makanan lain dan juga minuman. Tapi, kami hanya berdua. Kenapa pula mereka masak banyak untuk kami.

Aku mengerling mencari sesuatu. Manalah tahu kalau si putera ini ajak orang lain ke sini. Tetapi tidak ada pula kelibat lain selain kami di sini.

“Dinda duduklah.”

Aku tersentak. Tidak sedar yang kami sudah berada di atas jambatan.

“Terima kasih.”

Dia membalas dengan senyuman lalu ke tempatnya.

“Saya rasa kekoklah.”

Keningnya terangkat. “Kenapa pula?”

“Yalah. Kita berdua saja dekat atas ni. Yang lain dekat bawah.”

“Selalu tak kekok pun.”

“Sebelum ni perasaan saya lain. Benci dekat awak.”

Senyumannya tiba-tiba melebar. “Jadi, sekarang?”

“Hah, mulalah tu.” Aku dapat agak apa yang dia mahu dari aku.

“Ala, satu kalilah lagi. Kanda nak dengar ayat manis tu.”

“Saya tak nak!”

“Ala, dinda. Bolehlah.” Dia buat gaya comelnya.

“Kalau nak sangat tunggu lepas kahwinlah.”

“Okey. Kalau macam tu balik nanti kanda siapkan semua. Kita kahwin lepas dinda balik dari sini.”

“Ish, dia ni!” Mahu sahaja aku zip mulut dia ini. Hilang terus mood tenang aku.

“Tuanku. Cik Yana. Makanan sudah siap.”

“Okey, abang Zul! Saya...”

“Kejap. Kita tak boleh makan lagi dinda.”

Aku memuncungkan mulut.

“Zul. Kamu ke sana dulu.” Arahnya. Abang Zul tunduk hormat dan pergi.

“Saya laparlah.”

“Kejaplah. Kanda nak berbual-bual dulu dengan adinda.”

“Nak bual apa lagi?” Makin lama makin malas aku hendak melayannya.

“Pasal majlis perkahwinan kitalah. Dinda nak tema apa? Jenis pakaian macam mana? Nak buat majlis dekat mana?”

Aku tarik nafas panjang sebelum menepuk dahi. “Saya ingatkan awak dah berhenti cakap pasal benda tu. Rupanya masih nak teruskan juga.”

“Kanda nak rancang awal. Esokkan dah nak balik. Sementara dinda di sini, kanda uruskan segalanya dekat sana nanti.”

Bertekad betul dia ini.

“Okey. Okey. Okey. Saya mengalah. Saya ikut saja kata awak. Awak ni langsung tak ada kesabaran. Dah berapa kali saya cakap lepas belajar kahwin. Awak nak juga buat lepas cuti.”

“Dinda sendiri tahu yang kanda ni bukan penyabar orangnya. Selagi dinda tak jadi milik kanda selagi itulah kanda risau. Bukan seorang pesaing kanda. Ramai lagi lelaki dekat luar sana suka dan mahukan adinda.”

“Tahu takut. Yang dia tu bukan main lagi main kayu tiga belakang saya.”

“Itu sebelum ni. Lagipun, kanda saja nak sakitkan hati dinda. Saja nak bagi rasa cemburu. Nak bagi timbul rasa sayang dinda pada kanda.”

Aku mencebik. “Saya baru teringat sesuatu. Pasal gosip-gosip tu memang rancangan awakkah? Jujur dengan saya.” Sekali lagi aku meminta kepastian tentang hal itu.

“Dinda masih tidak percayakah?”

“Saya ragu-ragu.”

Dia mengeluh.

“Ya. Itu memang rancangan kanda semua. Tapi, mereka tak tahu pun perempuan dalam gambar tu adinda.”

“Betul?” Keningku terangkat sebelah.

“Betul. Lagipun, yang ambil gambar adinda tu orang-orang kanda juga. Mereka juga yang beri maklumat pada media dan mereka juga yang pantau media. Ingatkan, lepas saja letak gosip tu adinda baca. Rupanya tak. Jadi, kanda guna cara lain.”

“Apa?”

“Dinda ingat tak orang tua yang tegur adinda masa dekat hospital tu. Kanda minta dia bagitahu pasal gosip tu dengan adinda.”

Aku melopong. Tak guna Putera Shiraz Adrian!

“Eee! Awak ni, kan.” Aku mengetap bibir. Geram yang teramat.

Dia ketawa.

“Janganlah marah. Lepas ni kanda tak buat dah.” Dia angkat tangan menyerah kalah.

Aku mendengus kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience