BAB 64

Romance Completed 21274

SELESAI makan malam kami turun dari jambatan. Dia membawa aku menaiki sampan yang telah disediakan oleh orang-orang papa aku tapi aku menolaknya. Aku takut duduk di atas sampan itu. Kalau sampan itu terbalik aku akan tenggelam. Aku tidak pandai berenang. Jadi dia membawa aku berjalan menyusuri pantai sahaja.

“Adrian.”

“Hmm...”

“Esok awak dah nak balik, kan?”

Dia mengerling sekilas.

“Kenapa? Dinda nak ikut kanda pulangkah?”

“Ish, ke situ pula. Sebenarnya...” Gemuruh pula aku hendak beri hadiah kecil ini kepada dia.

“Ya, dinda.” Tersenyum si putera. Dia betul-betul berdiri di hadapan aku. Renungannya itu membuatkan hati aku berdebar-debar.

“Sebenarnya saya nak bagi sesuatu pada awak. Lagipun esok awak dah nak pulang, kan.”

“Sesuatu? Hadiah? Apa?” Teruja pula dia hendak tahu.

Aku garu kepala. Segan pula aku hendak bagi dia hadiah yang tidak seberapa cantik ini. Tapi, aku harap dia sukalah.
Perlahan-lahan aku keluarkan buku mini yang agak tebal dari dalam poket kardigan aku ini.

“Ish, lambat.” Tiba-tiba dia menarik tanganku. Buku mini yang sedia aku genggam itu terus ditarik olehnya.

Aku mengetap bibir dengan mata yang terbelalak.

“Eee! Dia ni. Tak pandai nak sabarkah?” Aku pulas lengannya.

Dia tersengih. “Sabar dah hilang. Teruja sangat nampak hadiah ni. Kanda nak tengok, ya?”

Aku hanya balas dengan anggukan dan jelingan.

Hati mula tidak keruan apabila melihat air muka yang tidak jelas itu. Aku tidak tahu sama ada dia suka atau tidak dengan buku mini itu. Buku itu agak istimewa juga.

Perlahan-lahan dia menyelak helaian buku itu. Semakin lama semakin laju selakannya. Senyumannya pula lebar hingga ke telinga.

“Bila lagi dinda buat buku flip ni?”

“Petang tadi.”

Putera Shiraz Adrian melopong.

“Biar betul adinda ni. Kanda tengok rumit saja lukisan ni.”

“Itu awak. Bagi saya senang saja. Tak sampai tiga jam saya dah siap lukis semua tu. Lagipun, melukis salah satu hobi saya.”

“Oh...”

Nampaknya dia tidak puas hati. Sekali lagi dia menyelak laju buku flip itu dan perasan sesuatu. Dia pandang aku lagi.

“Bukan ini...”

Kali ini aku pula yang tersenyum. “Ya, tuanku. Boleh dikatakan buku ni buku istimewa. Buku flip buatan saya ni tentang pertemuan pertama kita dan saya gabung dengan kejadian yang berlaku lepas daripada teater tu. Awak ingat, kan?”

Dia angguk perlahan. “Tapi kenapa pilih dua situasi tu? Kenapa tak lukis masa kita dekat taman tema Bulan? Masa kanda beri bunga.”

Aku mencebik. “Saya tak suka memori tu. Buat sakit hati saja bila tengok awak dengan Puteri Alissa.”

Dia tersengih. “Jadi, kenapa pilih yang ni pula?”

“Sebab... Pertemuan pertama tu adalah permulaan kita. Kejadian lepas teater tu pula pasal kata-kata awak. Ayat awak tu melekat sampai sekarang tau.”

Dia mengukir senyuman nakalnya. “Kalau kata-kata tu masih melekat di kotak memori dinda, cuba adinda bagitahu kanda. Kanda nak dengar.” Dia main kening pula dengan aku.

“Cepatlah. Kalau tak, kanda tak terima buku istimewa ni.”

Dia ini suka sangat mengugut aku tau. Ergh!

“Cepat dinda.” Desaknya. Dia masih menunggu aku bersuara. Aku mengalah.

Aku berdeham. “Apa yang awak kata masa tu... awak suruh saya benci awak sebab dengan cara itu saja awak akan selalu ada dalam ingatan saya.”

“Jadi, kanda dah berjayalah ni? Maksudnya kanda memang dah lama bertapak dalam hati adindalah.”

“Perasan!” Aku menjelingnya. Mulalah dia tunjuk perangai nakalnya itu.

“Sebenarnya buku flip tu hadiah untuk hari jadi awak yang lepas. Sepatutnya, saya nak buat kejutan tapi abang Ikhwan tak nak bagi saya keluar. Lagipun, demam saya ni tak baik lagi.”

“Alalala, dinda kanda ni.” Dia mencubit pipiku.

“Sakitlah.” Aduku. Aku menggosok bekas cubitan itu. Dia pula hanya menyimpul senyuman.

“Dinda, terima kasih sebab beri hadiah. Kanda amat hargainya. Jadi, sebagai balasannya kanda akan buat kejutan untuk adinda lepas adinda pulang nanti.”

Wajahku berkerut. “Kejutan apa?”

“Mana boleh bagitahu. Yang pastinya, dinda kena setuju juga masa tu.”

“Setuju? Setuju apa pula? Awak ni main teka-teki pula dengan saya.”

“Mestilah. Apa pun kanda tak akan beritahu dinda sehinggalah hari itu tiba.”

Aku mendengus sambil berpeluk tubuh. Tak aci betul!

Langkah aku atur meninggalkannya di situ. Lebih baik aku ke resort daripada melayan putera raja ini. Sempat juga aku mengerling ke belakang. Dia masih tidak berganjak dari kedudukannya. Masih menyelak buku flip itu. Dari jauh macam budak-budak saja aku tengok dia. Macamlah tidak pernah nampak buku mini kartun itu.

“Dinda! Berani dinda tinggalkan kanda.” Dia baru menyedarinya.

Aku mentertawakannya. “Siapa suruh asyik dengan buku tu saja.”

“Nakal dinda ni, ya.” Dia mengejar aku. Laju aku melarikan diri. Namun, dia lebih tangkas dan berjaya menangkap aku.

“Marilah. Dah lewat malam ni. Nanti, dinda demam lagi.” Ujarnya. Aku hanya menurut kata.

“Eh, kejap. Abang Zul dengan yang lain?”

“Biarkan sajalah mereka. Mereka pun nak juga berehat. Nak bersantai.”

“Yakah?”

“Iya. Dinda jangan pula melebih-lebih fikirkan dia orang. Dalam fikiran dinda, dinda kena fikirkan kanda saja. Okey?”

Kecil sahaja aku tengok dia ini. Mentang-mentang kau putera raja. Aku terus mencubit pinggangnya. Dia mengadu kesakitan.

“Padan dengan muka!” Aku ketawa mengejek dan terus melarikan diri. Dari belakang aku dengar dia ketawa. Kami berkejaran hingga ke resort.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience