BAB 41

Romance Completed 21274

“ARGH!!”

“Sayang!”

Laju aku memeluknya. Tadi, aku bermimpi ngeri. Aku melihat Lisha dengan Elina Ryne terperangkap dalam sebuah rumah yang dijilat api. Aku cuba membantu mereka berdua tetapi aku gagal. Api yang marak sehingga menjulang ke langit itu telah membunuh dua orang perempuan yang berada di dalam rumah itu.

“Shhh... Dinda jangan nangis, ya. Kanda ada di sini.” Dia mengusap belakang tubuhku.

Tubuhku masih menggeletar. Masih trauma dengan kejadian menimpa aku dengan yang lain. Laju aku mengesat air mata dan memandang Putera Shiraz Adrian.

“Adrian, mana Elina dengan Lisha? Bagaimana dengan keadaan mereka berdua? Mereka baik-baik saja, kan?” Bertubi-tubi soalan yang aku ajukan kepadanya.

“Mereka berdua okey. Elina dengan Lisha ada di bilik sebelah. Sebaik saja mereka berdua keluar daripada rumah tu mereka terus pengsan.”

“Saya nak tengok mereka.” Laju aku turun daripada katil pesakit itu.

“Dinda tak boleh bergerak lagi. Kaki...”

“Aww!!” Aku mengerang kesakitan. Aku lupa yang kaki sebelah kiri aku ini cedera.

Putera Shiraz Adrian geleng kepala. Dia menyuruh aku baring semula.

“Nanti-nanti sajalah adinda pergi sana. Kanda mahu adinda berehat dulu.”

“Tapi...”

“Dinda ni degil tau. Tengok kaki yang dah berbalut tu masih berdarah lagi. Cuba dengar cakap kanda.”

“Ala, sebelah kaki saja yang cedera. Saya masih boleh berjalan, kan?” Aku menepis tangannya yang cuba menyentuhku.

“Dinda tolonglah dengar cakap kanda. Kalau macam inilah perangai adinda macam mana nak jadi isteri kanda, hmm?” Dia menyentuh pipiku.

Aku tergamam seketika. Mataku langsung tidak berkedip memandang wajah dan senyuman lembutnya itu. Aku merasakan sesuatu pada diriku.

“Jangan pandang kanda macam tu. Malu kanda tau.” Dia mencubit hidungku.

Aku tersentak dengan tegurannya. Aku berdeham dan berpaling ke tempat lain.

“Bi... bila masa pula saya tengok awak!” Laju aku menarik selimut menyembunyikan wajahku darinya.

“Adinda ni comellah. Kanda baru perasan sesuatu. Lepas kejadian tu kanda perasan yang adinda sudah berubah.”

Aku mengerutkan dahi. Berubah? Maksudnya?

“Saya berubah? Bahagian mana yang awak nampak saya berubah, hah?” Aku masih bersembunyi di bawah selimut nipis ini.

Terkejut aku apabila dia tiba-tiba menarik selimutku. Dia tersenyum. Aku pula menggeram.

“Semualah. Apa-apa pun keputusan tu kanda yang akan tentukan.”

Sekali lagi aku mengerutkan dahi.

“Keputusan apa pula ni?”

“Ish, adinda ni. Cepat betul jadi pelupa.” Dia menunjal kepalaku. Aku buat muka.

“Pasal syarat kita itulah. Kanda rasa kanda tak nak putus. Kalau dinda nak putus juga kanda tak ada masalah. Tapi, kanda ganti dengan kahwinlah.”

Aku melopong.

“Mana boleh!” Aku membantah keras.

Dia mengangkat punggung dan mendekati aku.

“Apa bukti yang adinda berkata begitu, hmm?”

Panahan matanya itu buat aku terasa cuak. Aku menggigit bawah bibir. Alasan apa lagi yang harus aku berikan kepadanya agar dia menghentikan semua ini?

“Err...”

“Dinda tak dapat buktikannya, kan? Sebab kanda sudah bertakhta di hati adinda, bukan?”

Aku diam.

“Tutup mata adinda sekejap.”

“Untuk apa?”

“Tutup sajalah.” Ujarnya dengan senyuman kecil.

Aku menurut sahaja katanya itu. Tiba-tiba aku terasa sesuatu pada bahagian leherku.

“Buka mata.”

Aku tergamam. Rantai dan cincin tunang yang hilang sebelum ini rupanya ada dengan dia. Aku menyentuh buah rantai dan juga cincin itu dengan wajah yang menunduk. Jauh di sudut hati ini timbul perasaan rasa bersalah kepadanya.

“Mulut kata tidak tapi hati tetap fikirkan kanda, kan?”

Aku tidak menjawab. Pandang wajahnya pun aku tidak mahu. Kalau boleh aku mahu lari sekarang juga. Aku mahu sembunyikan perasaan dan riak wajah aku ini.

“Dinda diam saja. Terharukah?” Dia ketawa kecil di hujung ayat itu.

Aku masih mengunci mulut. Disebabkan malu aku terus tidur membelakanginya. Macam-macam persoalan yang bermain di fikiran aku sekarang ini. Kenapa aku? Kenapa aku yang dia pilih? Banyak lagi perempuan yang lebih baik daripada aku di luar sana. Aku ini tidak layak menjadi suri hatinya.

“Aryana Hani...” Dia menyentuh bahuku.

“Sayang diam tiba-tiba ni kenapa? Marah dekat abangkah?”

“Jangan ubah-ubah panggilan boleh tak?!” Bentakku. Aku geli dengar panggilan-panggilan manja itu.

“Salahkah kanda panggil adinda macam tu?”

“Ya. Saya tak suka! Semua panggilan-panggilan tu saya tak suka dengar termasuklah kanda, adinda.” Aku menarik kasar selimut itu hingga ke paras dada.

Aku mengeluh perlahan. Bukan ini yang aku mahukan. Aku tidak mahu memarahinya. Tetapi, ego aku tinggi.

“Okey. Kanda faham.” Suaranya kendur. Mungkin sudah berputus asa dengan aku.

“Saya pulang dulu. Awak rehatlah. Pasal pertunangan tu nanti saya bincangkan dengan keluarga saya.” Dia mengangkat punggung dan melangkah pergi. Mahu sahaja aku menghalangnya tetapi hati kata jangan. Jadi, aku biarkan sahajalah dia keluar daripada bilik ini.

MALAM itu Syirah dengan Fariz Qyle datang melawat aku. Kami berbual panjang sambil menikmati hidangan yang Syirah bekalkan dari rumah. Gelak tawa dan gurau senda memenuhi ruang bilik pesakit ini.

“Eh, Yana. Kau dah pergi melawat Elina dengan Lisha? Mereka berdua ada di bilik sebelah saja.”

“Aku memang nak pergi melawat mereka berdua tapi kaki aku ini masih sakit.” Aku meneguk air dan baru teringatkan sesuatu.

“Abang Fariz, Yana nak tanya sesuatu pasal adik abang boleh?”

Dia tersentak. “Kenapa tiba-tiba tanya pasal adik abang ni?”

“Err...” Aku memang tidak pasti lagi tentang hal ini. Tapi, aku mahu dia tahu juga lagipun dia sudah lama mencari adik perempuannya itu.

Aku angkat punggung. Serentak mereka berdua menoleh ke arah aku.

“Kau nak ke mana?”

“Bilik sebelah.” Aku mengambil tongkat yang berada di tepi katil.

“Yana nak melawat Elina?”

Aku angguk perlahan. “Kamu berdua ikutlah sekali. Ada sesuatu yang saya nak tunjukkan di sana.”

Mereka berpandangan dan mengerutkan dahi. Syirah menutup hidangan-hidangan tersebut dan membuntuti aku dari belakang. Dia berjalan beriringan dengan Fariz Qyle.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience