BAB 47

Romance Completed 21274

“ARYANA HANI, kenapa dengan kau ni?” Syirah dari tadi lagi menyoal aku soalan yang sama. Tapi aku tetap mendiamkan diri.

“Kak Yana, tak apa-apakah?” Zaliah pula bersuara. Aku geleng kepala. Pandanganku masih menghala ke luar dinding kaca kafe Dice’z ini. Cuaca di luar sana tidak begitu baik.

“Kak Yana janganlah macam ni. Elok-elok kita ajak dia keluar jalan, dia pula buat muka masam macam ni.” Bariz geram.

“Kamu berbual sajalah. Abaikan kakak. Kakak nak tenangkan fikiran ni.” Semalaman aku tidak tidur kerana asyik terbayangkan kemesraan mereka berdua. Patutkah aku berjumpa dengan keluarga Putera Shiraz Adrian itu dan terangkan semuanya?

Aku menghela nafas berat.

“Kak Yana, kakak nak dengar teka-teki Zaliah tak?”

“Tak naklah.”

“Hoi, kawan. Kau nak dengar cerita lawak? Semalam aku nampak jiran sebelah aku korek hidung dia. Lepas tu...”

“Aku malas nak dengarlah Syirah.” Gerutuku. Usikan mereka bertiga langsung tidak menghiburkan hati aku.

“Hai, kau orang!”

“Hai...” Balasku lemah. Elina Ryne menarik kerusi dekat dengan aku.

“Kenapa dengan dia ni?” Tanyanya pada mereka.

“Entah.” Jawab mereka serentak.

“Janganlah macam ni Yana. Aku panggil kau orang pun sebab aku nak bagitahu sesuatu. Kalau kau buat muka sedih macam tu macam mana aku nak bagitahu. Nanti, aku pula yang emosi lebih.” Elina Ryne memuncungkan mulut.

Ish, kawan aku ini. Terpaksalah aku mengukir senyuman paksa buatnya.

“Hah, aku tak sedih dah. Apa yang kau nak bagitahu ni, hmm?”

Elina Ryne tersengih.

“Lepas ni... aku... aku balik Pura Janggi.”

“Hah?!” Syirah terkejut. Aku dengan dua orang itu pula berlagak biasa.

Riak wajahnya Elina Ryne tidaklah sesedih sebelum ini. Pasti Fariz Qyle sudah berjumpa dan memberitahu dia perkara sebenar.

“Err... Aku... aku tak tahu nak cerita macam mana.”

“Aku tahu cerita kau, Elina. Aku tumpang gembira kau dah jumpa keluarga kandung kau.” Kali ini senyuman aku ikhlas.

Matanya berkaca-kaca. Bibirnya menyimpul senyuman manis. Aku tahu perasaan sebegitu. Siapa yang tidak gembira bertemu semula dengan saudara kandung sendiri yang telah bertahun-tahun terpisah.

“Kau tahu Yana?!” Syirah melopong. Aku angguk.

“Abang Fariz ada cerita sebelum ini. Rantai yang dia bagi tengok dekat aku tu sama dengan rantai yang Elina pakai.”

“Aku tak sangka pula mereka cari aku semula. Aku sangkakan selama ini keluarga kandung aku memang tak mahu aku.”

“Abang Fariz dah cerita semuanya dekat kaukah?” Aku pandang Elina Ryne.

“Ya.”

“Kejap. Jadi... apa yang aku nampak hari tu, abang Fariz nangis sebab gembirakah? Aku ingat lagi apa yang dia kata malam tu. Dia cakap DNA dia dengan orang tu sama. Maksudnya kaulah, Elina?” Muka Syirah bukan main terkejut lagi.

“Kak Syirah, janganlah terbeliak sangat mata tu. Hodoh tau.”

Tidak semena-mena Syirah mengetuk kepala Bariz. Apa lagi, adik aku mengadu sakitlah dengan kekasihnya itu. Bukannya aku.

Aku menjuling mata ke atas. “Hoi, lovebirds. Pergi duduk dekat sana dulu. Biarkan kami bertiga saja dekat sini.” Aku menghalau mereka berdua. Malas pula aku kalau pasangan kekasih ini menyampuk hal kami.

Bariz buat muka. Zaliah pula tersenyum sengih.

“Marilah, Bariz. Biarkan kak Yana dengan teman-teman dia dekat sini.” Zaliah membawa Bariz duduk selang dua meja dari kami.

SEPANJANG hari kami lepak di kafe Dice’z ini. Pengunjung pula sudah beberapa kali bertukar dan yang masih setia duduk di hujung kafe ini hanyalah kami bertiga. Bariz dengan Zaliah sudah meminta diri sejam yang lalu. Sempat adik aku berpesan sekiranya aku hendak pulang harus menelefonnya terlebih dahulu.

“Eh, kau Yana macam mana? Apa cerita kau dengan tunang kau tu?” Elina Ryne mengubah topik.

Cerita tentang dirinya dan juga Fariz Qyle sudah habis. Dia sudah mengetahui nama sebenarnya adalah Ershanti Qyle. Aku tidak sangka pula nama belakangnya sama dengan nama Fariz Qyle.

Dia juga sudah tahu cerita disebalik dia dijadikan anak angkat oleh keluarganya yang sekarang. Aku ingatkan dia akan marah dengan keluarga kandungnya tetapi aku silap. Dia rupanya faham dengan situasi keluarga kandungnya ketika itu.

Elina Ryne yang aku sangka jahat selama ini rupanya baik orangnya. Dia juga meminta bantuan Fariz Qyle untuk menolong keluarga angkatnya yang kebetulan mempunyai masalah kewangan dalam syarikat mereka.

“Aku malaslah hendak buka cerita pasal tunang aku tu.”

“Maaflah. Aku bukan ada niat jahat pun. Lepas ni aku tak akan ganggu kau dengan Putera Shiraz tu lagi. Aku dah ada abang aku sendiri. Aku nak habiskan masa bersama dengannya. Kalau dah puas baru cari teman lelaki yang baru.”

“Eh, Zyan pula?” Soal Syirah.

“Lepas keluar daripada hospital hari itu, aku terus cari Zyan. Aku selesaikan hal kami masa itu juga. Apa yang Edra dengan Syintia buat sebelum ini aku cerita juga kepada dia.”

Aku dengan Syirah melopong. “Biar betul?!”

“Ya. Zyan tu sebenarnya baik orangnya. Dia jaga aku dengan baik. Tegur aku. Nasihat aku. Kalau ikutkan hati memang tak nak lepaskan dia. Apa yang aku buat sebelum ini pun sebab nakkan harta saja. Lagipun, aku tertekan dengan masalah keluarga aku tu. Bila semuanya dah terbongkar, ringan sikit bebanan ni.”

“Kau main cerita saja macam tu dengan Zyan? Kau tak takutkah kalau Zyan apa-apakan mereka berdua tu?”

“Lelaki tu tak akan apa-apakan mereka berdua. Sebabnya mereka dalam pemerhatian pihak polis.”

“Betulkah?! Jadi, kejadian hari tu memang angkara mereka berdualah?” Syirah minta kepastian.

“Ya. Tapi, bukan mereka berdua sahaja. Papa aku beritahu aku yang dia ada rasuah salah seorang pekerja papa aku. Papa aku cakap pekerja tu mengaku yang Edra jual diri dia dekat pekerja lelaki tu dan sebab itulah lelaki itu bantu dia.”

Tercengang mereka berdua mendengar keterangan aku.

“Pekerja lelaki tu sudah ditangkap oleh pihak polis. Edra dan juga Syintia pula menghilangkan diri. Tapi, tak apalah sebab mereka tak boleh lari kemana-mana pun.” Sambungku lagi.

“Dasar perempuan tak tahu malu! Padan dengan muka! Biar mereka berdua rasa tinggal dalam penjara tu.” Luah Elina Ryne dengan perasaan geramnya.

“Sabar. Sabar Elina. Apa-apa pun kita tak perlu risau dah. Mereka berdua sekarang tak boleh lari kemana-mana lagi.” Syirah menepuk lembut belakang tubuh Elina Ryne.

“Tak payahlah cakap pasal benda tu lagi. Kita cerita pasal lain.”

“Kau nak gosip pasal apa Yana?”

“Apa-apa sajalah. Asalkan bukan pasal tadi dan juga cerita pasal putera raja tu.”

Mereka berdua saling berpandangan dan menjungkit bahu.

“Wei! Wei! Tengok sana tu. Romantiknya!” Syirah menjuih ke arah pasangan yang duduk tidak jauh dari kami.

Senyumanku senget apabila melihat pasangan itu. Lelaki itu sedang melamarnya dengan sebentuk cincin berlian dan juga sejambak bunga ros merah. Mereka menjadi perhatian sekarang ini.

Aku menjatuhkan pandangan. Pasangan itu mengingatkan aku pada mereka berdua. Malam itu cukup jelas bagiku. Puteri Alissa begitu mesra dengannya dan senyuman Putera Shiraz Adrian pula tak lekang di wajahnya apabila bersama dengan puteri raja itu.

Hendak menghela nafas pun susah. Selagi semua ini tidak selesai selagi itulah hidup aku tidak senang.

Aku menoleh ke arah pasangan itu lagi. Gembira sungguh perempuan itu dengan lamaran teman lelakinya. Orang-orang di sekeliling mereka semuanya bertepuk tangan. Begitu juga dengan dua orang teman aku ini. Siap ucap tahniah lagi kepada pasangan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience