BAB 66

Romance Completed 21274

MENYESAL tidak berguna lagi. Hendak marah, benda sudah jadi. Aku mahu menangis pun tidak boleh sebab dia pandai memujuk aku. Haaih... Apalah nasib aku lepas ni?

Bola mataku meneliti setiap benda yang ada di ruang bilik besar ini. Ini kali kedua aku berada di sini. Kalau dulu ruang ini nampak biasa-biasa sahaja tapi sekarang lebih daripada biasa. Semua benda telah ditukar dengan yang baru. Gaya bilik ini aku lihat lebih kepada konsep moden-romantik. Eee! Geli pula aku.

Aku duduk di birai katil. Dia pula masih di dalam bilik air. Sekarang ini perasaan aku tidak menentu. Aku mengimbas hal semalam. Bukan main terkejut besar lagi aku malam itu. Disangkakan majlis makan malam biasa tetapi rupanya lebih daripada itu.

Sebaik sahaja Putera Shiraz Adrian menarik aku ke depan dia terus memulakan acara. Aku tidak sangka pula malam selamam aku bertunang dengan dia. Hanya beberapa jam sahaja. Selepas itu, pagi tadi kami bernikah. Tapi majlis ala kadar sahaja. Tiada media mahupun kaum kerabat yang lain. Katanya, persandingan nanti barulah dia buat majlis besar dan dia juga mahu beritahu semua orang tentang perkahwinan kami ini.

Aku baring dan menghela nafas. Cincin emas putih yang tersarung di jari manis aku ini aku perhatikan lama. Sekarang aku sudah bergelar isteri kepada Putera Shiraz Adrian. Perempuan-perempuan dekat sana mesti cemburu. Marah kalau mereka dapat tahu putera raja ini kahwin dengan perempuan biasa.

“Nasib kaulah Yana.” Aku mengiring ke kanan. Masih memikirkan masa depan aku. Dia putera. Jadi aku sekarang dah jadi puterilah, kan?

Tak pernah pun aku bayangkan diri aku berada di sini. Berat rasanya mahu memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tapi... pelajaran aku macam mana pula?

Sedang aku asyik mengelamun, tiba-tiba aku terasa pinggangku di peluk dari belakang. Aku terkejut dan pantas bangun dari pembaringan.

“Adrian!” Wajahku membahang apabila melihat dia hanya memakai tuala sahaja.

“Pergilah pakai pakaian tu.” Aku menolak tubuhnya dengan mataku yang tertutup.

Dia ketawa kecil. Tiba-tiba pipiku di elus lembut olehnya.

“Awak jangan nak buat hal dengan saya. Saya bagi penumbuk baru tau!” Aku mahu melarikan diri tetapi tangannya lebih tangkas mengunci tubuhku.

“Eee! Gatal!” Aku cuba melepaskan diri tetapi pelukannya makin kemas.

“Dinda dah janji dengan kanda, kan.”

“Janji apa pula?”

“Janji akan layan kanda dengan baik. Layan kanda dengan penuh manja.”

Suara itu menggetar jiwaku. Ah, tak boleh jadi ni!

“Bila masa pula saya janji dengan awak? Awak tu yang tak tepati janji. Bukan saya kata lepas habis belajar baru kahwinkah? Tapi kenapa hari ini?” Aku menggeram.

“Dinda pun tahukan yang kanda ni bukan penyabar orangnya. Lagi-lagi bila hal tu berkaitan dengan adinda.”

“Dengan saya sajakah awak begitu? Dengan perempuan lain?” Aku menduganya.

“Tak. Perempuan-perempuan sebelum ni kanda memang dah buang dah. Kanda tak perlukan mereka lagi. Hanya dinda Hani saja yang bertakhta di dalam hati kanda sekarang.” Jari-jemarinya bermain-main di bahagian bahu kiriku.

“Gelilah.” Aku menepis tangannya lalu bangun membelakanginya.

“Dinda.”

“Hmm.”

“Pandang kanda.”

“Tak nak.”

“Kenapa tak nak pandang kanda? Berdosa tau kalau seorang isteri membelakangi suaminya.”

Aku mencebik. Ada sahaja balasannya.

“Awak pakai pakaian dulu baru saya pandang awak.” Kataku.

“Tak nak. Kanda malas.”

Aku menggeram dan berpaling. Malu sudah ku buang jauh-jauh. Dia suami aku juga, kan.

Dia tersenyum lebar. “Dinda tak tahan tengok kandakah?”

“Saya masih bertahanlah. Saya cuma geram dengan awak.” Aku menjeling.

“Mati-mati saya ingat semalam majlis makan malam biasa. Rupanya, itu semua rancangan awak. Bukan saya dah jelaskan semuakah masa kita dekat pulau tu?”

“Amboi, garang macam singa dinda ni tau. Kanda ingatlah. Cuma, masa yang adinda beri tu terlalu lama. Kanda tak boleh nak tunggu.”

“Lama? Awak tahukan saya masih ada beberapa bulan lagi nak habis belajar?”

“Tahu. Tapi tak salah kan kahwin awal? Lagipun umur kita ni memang dah layak cari pasangan hidup.”

Aku memuncungkan mulut. Mahu merajuk.

“Ala, dinda ni. Janganlah macam tu. Kanda janji kanda akan tunggu dinda sampai habis belajar.”

“Apa janji-janji. Awak tetap juga langgar janji tu nanti, kan.”

“Tak!” Laju dia angkat tangan.

“Kali ni kanda janji akan hati-hati. Lepas dinda habis belajar barulah kanda bawa adinda pergi bulan madu, okey?”

Aku diam.

“Boleh percayakah?”

“Dinda percayalah dekat kanda. Kanda janji kanda tak akan sentuh dinda sepanjang kita masih belajar. Tapi peluk dinda tu wajiblah, ya.” Dia tersengih.

“Kalau saya tak nak?”

“Naklah. Kalau dinda tak bagi, kanda peluk perempuan lain.”

Laju aku mencubit lengannya. “Awak jangan nak menggatal dengan perempuan lain. Kalau awak curang belakang saya siaplah!”

“Hehehe. Kanda bergurau saja. Dinda janganlah merajuk, ya. Dinda saja satu-satunya permaisuri hati kanda.”

Aku tenung anak matanya dalam. “Okey. Saya pegang janji tu semua.” Air mukaku kembali tenang.

“Dah. Sekarang ni kanda pergi pakai pakaian. Adinda nak tidur dulu. Ngantuk.” Aku buat suara manja. Kali ini giliran aku pula mahu mengusik dia.

“Adinda jangan macam-macam dengan kanda.”

“Eh, betullah. Dinda ngantuk ni. Nanti kanda tutup lampu ya.” Makin galak aku mengusiknya. Aku berpura-pura menguap. Lantas dia mencubit pipiku.

“Nakal.”

Aku menyengih.

“Ingat dinda. Dinda boleh nakal dengan kanda saja. Tapi dinda tak boleh buat macam tu dekat lelaki lain termasuklah adik adinda.”

“Eleh. Takutlah tu. Sudahlah. Kanda pergilah sana. Dinda betul-betul ngantuk ni. Nak tidur.” Aku baring dan menarik selimut hingga ke paras dada. Mataku memang sudah terasa berat kali ini.

Beberapa minit kemudian lampu terpadam. Aku hampir terlena tetapi terasa sesuatu sedang memeluk aku dari belakang. Dia mengeratkan lagi pelukan tersebut. Aku hanya membiarkan sahaja perlakuannya. Tapi kalau dia melebih-lebih aku memang tidak teragak-agak hendak menendang dia jauh dari aku.

“Dinda terima kasih.”

“Untuk apa?”

“Sebab sudi jadi isteri kanda.”

“Siapa kata? Kanda tu yang paksa adinda.” Aku baru sedar yang panggilan aku sudah berubah.

“Eleh. Paksalah konon. Kalau dinda tak suka, sudah tentu dinda larikan diri semalam, kan.”

Aku senyum.

“Dinda.”

Aku mengetap bibir. Tak tidur lagi dia ini tahu.

“Apa lagi?”

“Ala, marahkah?”

“Mana ada marah. Dinda mengantuk.” Makin geli pula aku dengan sikapnya ini.

“Dinda, kanda suka bila adinda tukar panggilan tu.”

“Habis? Takkan nak ber ‘saya’, ber ‘awak’ lagi. Kanda kan dah jadi suami sah dinda.”

“Yup. Betul tu. Kanda doakan supaya perkahwinan kita ni kekal hingga ke akhir hayat.”

“Dinda pun sama.” Balasku lalu menutup mata. Aku betul-betul sudah mengantuk.

“Dinda.”

Tercelik terus mataku. Hati mula panas. Dia ini tidak tahu diamkah?

“Kanda.” Aku berpusing ke arahnya. Wajah kami terlalu dekat.

“Ya, dinda. Dinda ada apa-apa nak cakap dengan kandakah?” Sebelah tangannya membelai rambutku.

“Kanda. Boleh tak diam. Dinda ngantuk sangat ni tau.” Kataku geram.

“Tapi...” Belum sempat dia meneruskan bicaranya dia terus diam.

Apa tidaknya, aku membalas pelukannya. Aku memeluk tubuhnya erat dan membenamkan wajahku di dadanya. Terasa debarannya yang begitu pantas. Aku suka!

“Kenapa kanda?” Aku tahu dia sudah tidak keruan dengan tingkahku ini.

“Err...”

Mahu saja aku ketawa apabila dia tidak dapat membalas kataku. Tapi ku tahan. Lebih baik begini daripada terus mendengar dia membebel. Aku tutup mata dan memperkemaskan pelukan.

Dalam suasana sunyi dan gelap itu aku mendengar sengihan kecilnya. Sebelah tangannya masih membelai rambutku. Lama-kelamaan aku terbuai dengan perbuatannya itu dan tidak lama kemudian aku pun terlelap.

“Terima kasih adinda kerana hadir dalam hidup kanda. Kanda janji tak akan mensia-siakan adinda.” Katanya perlahan lalu mengucup dahiku.

~TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience