BAB 19

Romance Completed 21274

MENYAMPAH sungguh aku tengok lakonan lelaki bertopeng itu. Aku masuk terus lain jadinya. Skrip yang aku hafal hanya bertahan sekejap sahaja. Selebihnya aku guna skrip aku sendiri. Aku tidak tahu sama ada dia sengaja bermain dengan aku ataupun sebaliknya. Dia ini betul-betul buatkan aku sakit hati.

“Yana,”

“Syirah, kenapa?”

Dia tarik aku ke belakang sehingga lelaki bertopeng yang sedang berlakon itu hilang dari pandangan aku.

“Boleh tak kau kawal sikit marah kau tu.” Dia mencubit lenganku. Laju aku menggosok bahagian yang dicubit.

“Macam mana aku tak marah kalau dia asyik buat aku geram saja.” Aku merengus.

Syirah menepuk dahi.

“Yana, kau tu dalam pementasan teater. Bukan di luar pentas. Bukan seperti hari-hari biasa kau juga.” Dia pula menggeram.

“Berlakon ikut cara berlakon. Jangan pula kau lepaskan rasa tidak puas hati kau tu depan penonton yang lain. Nasib baiklah mereka tu tidak tahu yang kau ni berlakon tak ikut skrip.”

“Tapi...”

“Lepas ni buat baik-baik. Jangan main lepas saja.” Dia potong kataku.

“Ish, kau juga yang kata boleh guna skrip sendiri. Bila aku cakap macam tu kau marah pula.”

“Yalah, tapi masalahnya apa yang kau buat tadi tu hampir terkeluar daripada jalan cerita Tira Mutiara ni.”

Aku menjulingkan mata ke atas.

“Yalah. Yalah. Lepas ni aku hati-hati.” Aku buat muka cemberut.

PINTU bilik menunggu itu aku hempas dengan kuat. Sekarang ini masa rehat dan kelab budaya Kadziyah sedang membuat persembahan tarian di atas pentas itu.

Aku buka segala perhiasan di rambutku dan kemudian meramasnya dengan kasar melepaskan rasa geram, sakit hati pada lelaki bertopeng itu. Suka hati dia saja buat pentas lakonan itu dia punya. Bila aku hendak balas balik perbuatan dia itu pasti ada orang lain marah aku. Entah, kenapalah mereka semua itu mahu membelanya? Padahal dia lagi banyak kesalahan dalam lokanan teater ini.

“Assalamualaikum cinta.”

Aku jawab dalam hati sahaja.

“Marahkan sayakah?” Pintu di tutup rapat dan dia mendekati aku.

“Tak. Buat apa nak marahkan orang pelik macam awak ni. Gilakan awak ada le.” Perliku dengan nada mengejek. Aku ke sudut dan melabuhkan punggung di situ. Dia membuntutiku dari belakang.

“Apa lagi yang awak nak, hah? Tak cukup lagikah malukan saya depan penonton dengan pelakon-pelakon teater yang lain?” Aku merengus.

“Bila masa saya malukan awak? Apa yang saya buat tadi itu semua ada dalam buku skrip saya.”

Riak sinis aku berikan kepadanya. Aku berdiri dan membelakanginya. Sempat aku mengajuk bicaranya tadi.

“Saya tahu awak marahkan saya. Saya minta maaf. Lepas ni awak boleh cakap ikut suka hati awak. Gembira?”

“Ikut sedap mulut awak saja, kan?!” Suaraku naik satu oktaf.

“Saya pun hairan dengan mereka tu. Dengan awak bukan main lagi dia orang diam. Awak buat ikut telunjuk awak saja. Tapi, bila saya nak balas balik perbuatan awak tu mesti mereka marah. Awak ni siapa sebenarnya, hah? Baik awak tunjukkan saja wajah awak di sebalik topeng itu.” Marahku.

“Tak. Saya tak boleh tunjukkan wajah saya sekarang selagi teater ni belum sampai ke penghujungnya. Awak pun tahukan yang pemuda bangsawan ini akan tunjukkan wajahnya pada saat dia melamar Mutiara.”

Aku menggeram. Mahu menjerit pun ada juga.

“Ah! Ada saya kisah?! Sekarang juga saya mahu lihat wajah di sebalik topeng tu.” Aku yang sudah hilang sabar terus meluru ke arahnya dan membuka topeng tersebut. Namun tidak berjaya apabila dia menerkam kedua belah tanganku.

“Aryana sayang. Nakal juga sayang ni. Bukankah saya dah cakap tadi. Saya akan buka juga topeng ni bila tiba masanya. Sayang boleh sabar tak?”

Jantungku berdegup laju. Suara gemersik begini mengingatkan aku pada Putera Shiraz Adrian.

“Aryana diam saja sudah kenapa?”

Aku tidak tahu sama ada dia senyum atau tidak di sebalik topeng itu.

“Le...lepaskan saya.” Aku menarik kuat tanganku dan menjauhkan diri darinya. Aku menyentuh buah rantai di sebalik pakaian kurung ini.

“Baik awak keluar dari bilik ni.” Aku menghalaunya.

“Sayang...”

“Jangan panggil aku sayang! Aku sudah bertunang!” Tinggi suaraku. Sebelum ini pun aku sudah mengingatkan dia tentang status aku ini.

“Jadi betullah Aryana sudah bertunang? Saya ingatkan Aryana main-main saja tadi.” Dia ketawa.

“Benda-benda macam tu buat apa saya nak main-main.”

“Jadi, Aryana sayang dengan tunang Aryana tu?” Tanyanya ingin tahu.

“Sayanglah. Dah namanya tunang.”

“Cinta?”

“Buat apa nak bercinta. Cukuplah sayang dulu. Kalau nak bercinta pun lepas kahwinlah.” Balasku dengan lancar.

“Okey. Kalau macam tu saya minta diri dulu. Bersiap sedialah untuk babak seterusnya.” Sempat dia mengusap pipi aku sebelum keluar daripada bilik menunggu ini.

Aku menyentuh pipi. Masih terasa hangat sentuhannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience