BAB 35

Romance Completed 21282

HARI yang ditunggu telah tiba. Musim cuti bermula dan aku sekarang berada di resort Moden, resort papa aku. Seperti yang dijanjikan aku akan membantu mama dan aunty Irdina untuk menyiapkan aktiviti keluarga dan juga pertandingan peragaan pakaian kanak-kanak.

Mama beritahu aku bahawa ada penambahan dalam acara kali ini. Selalunya, aktiviti keluarga tidak di buat. Tetapi mama dengan yang lain sudah berbincang dan akan membuat aktiviti keluarga untuk kami semua termasuklah para peserta dan penjaga mereka.

“Yana,”

“Ya, aunty!” Aku segera ke tempat aunty Irdina berdiri. Kerja menyiapkan pentas peragaan itu aku abaikan seketika.

“Ada apa aunty?” Tanyaku laju.

“Lepas siapkan pentas tu tolong aunty hiaskan pentas dengan bunga-bungaan ni pula, ya?”

Enam buah kotak yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga-bungaan palsu itu aku tenung dengan keluhan.

“Bukan Yana pandai menghiaskah? Jadi tak salah, kan kalau aunty beri tugas ini pada anak angkat kesayangan aunty ni?”

Ah, mulalah aunty Irdina ini. Perangai sama sahaja macam mama. Minta aku buat itu ini mesti buat muka comel.

“Okey. Yana buat ni lepas siap buat pentas tu, ya?”

“Begitulah anak angkat kesayangan aunty.”

“Hmm... Abang Ikhwan mana?”

“Dia dengan Adyra uruskan bahagian makanan. Aunty sukalah dengan Adyra tu. Mesra. Sopan macam Yana.”

“Itulah aunty. Dulu bukan main lagi protes tak nak. Sekarang dah kenal baru aunty tahu.” Aku memerli sambil ketawa.

“Yalah, aunty yang salah. Hah, kawan kamu si Syirah mana? Tak nampak pun batang hidung budak tu.”

“Dia lambat datang aunty. Katanya, ada hal dengan keluarga dia. Selesai saja nanti dia terus ke sinilah.” Beritahu aku.

“Oh, yalah. Aunty ke sana dulu. Mama kamu pun ada dekat taman depan tu. Kalau nak apa-apa cari Bariz. Aunty lantik dia jadi orang suruhan aunty.” Dia ketawa.

“Satu lagi aunty nak pesan. Yana kalau penat, rehat. Makan. Minum dulu baru sambung kerja, ya.

“Baiklah.”

Dia tersenyum dan kemudian beredar dari situ.

“Ish, aunty ni. Ada-ada saja perangai dia.” Aku geleng kepala. Enam buah kotak yang dipenuhi bunga-bungaan itu aku pindahkan ke atas pentas.

“YANA!”

Terkejut aku. Nasib baik aku tidak salah potong tangkai bunga ini.

“Syirah Ainul! Kau ni buat aku terkejut saja. Nasib baik tak terpotong habis tangkai bunga ni.” Omelku.

“Maaflah. Tadi, aku pergi jumpa mama kau dia bagi aku kunci bilik. Bilik aku bersebelahan saja dengan bilik kau.”

“Baguslah. Nah. Ambil ni tolong aku. Banyak lagi kerja-kerja yang tak siap ni.” Laju aku memberinya tugas.

“Ala, bagilah aku rehat sekejap. Penat ni.”

Aku buat muka. “Alasan. Kau ingat aku tak penat buat semua ni? Dari pagi tadi sampai sekarang buat kerja pentas ni.” Selesai satu kotak bunga aku terus pindahkan ke bawah. Gunting aku berikan kepada Syirah.

“Kau potong-potong tangkai bunga tu. Aku nak hias pentas ni.”

“Ish, yalah. Nak rehat pun tak bolehkah?”

“Tak.” Jawabku sepatah.

“Eh, Yana. Budak-budak tu bila nak datang?”

“Esok.”

“Pertandingan tu?”

“Tulat.”

“Aik, kenapa dianjakan lagi? Bukan esokkah pertandingan tu?”

“Ya. Tapi, pagi tadi mama aku dengan yang buat perubahan. Sebelum pertandingan mula mereka buat aktiviti keluarga dulu. Lagipun, cuti semester kita kali ini kena dengan cuti sekolah budak-budak tu.”

“Wah! Seronok. Aku tak sabar.”

Aku meneruskan kerja menghiasku. Syirah aku lihat sudah mula memotong tangkai-tangkai bunga itu.

“Nanti, lepas siap kerja ni kita jalan-jalanlah. Nanti, aku kenalkan kau dengan abang Fariz. Dia masih menginap di sini tapi bukan resort ni. Dia menginap dekat resort Klasik.”

“Oh, aku tahu lelaki tu. Jumpa sekali masa teater Tira Mutiara. Lepas kau jumpa dia aku pula tegur dia. Sebab aku pelik nampak kamu berdua masa tu.”

“Ish, kau ni. Kami kawan sajalah. Kalau kau nak kau ambil sajalah abang Fariz tu.”

Dia memandangku tajam. “Habis, Rykal aku nak campak dekat mana pula?”

“Buanglah dia. Abang Fariz lagi kacak daripada Rykal kau tu.” Aku ketawa sambil mengejeknya. Syirah berdiri dengan wajah marah. Aku sudah bersedia mahu lari sekiranya dia mahu mengapa-apakan aku.

“Tak guna kau, Yana! Siaplah kau!”

Seperti yang aku jangkakan dia akan mengejarku. Cepat aku melarikan diri. Kami berkejar-kejar di situ sambil ketawa.

MALAM itu aku mengurut-urut tangan dan kaki. Penat seharian menyiapkan pentas dan juga tempat duduk penonton. Tadi, mama dengan aunty Irdina sempat memujuk aku untuk jadi model masa hari pertandigan itu nanti. Syirah dan Adyra sudah bersetuju. Ikutkan hati aku memanglah tidak mahu. Tapi, bila mereka pujuk terpaksalah.

TOKK!! TOKK!!

Laju aku memandang pintu yang mana satu yang diketuk. Sekali lagi bunyi ketukan pintu itu kedengaran. Rupanya bunyi ketukan itu datang dari arah pintu beranda yang menghubungkan tempat aku dengan sebelah.

Jenis penginpan yang aku pilih untuk kami berdua ini jenis penginapan untuk keluarga. Rumah berkembar. Bukan kerana ruang yang luas dan selesa ini yang menjadi pilihan aku tetapi kawasan tempat ini kerana dekat dengan pantai. Kalau mahu ke sana sekejap sahaja berbanding bilik penginapan di resort Moden tu.

“Yana! Bukalah!” Jerit Syirah dari luar.

“Sekejaplah!” Aku membetulkan pakaian tidurku dan kemudian meletakkan semula ubat gosok di atas meja.

“Kau nak apa malam-malam buta begini Syirah?” Aku buat muka hendak marah. Laju dia mengundur ke belakang. Mahunya aku ketawa melihat wajah terbeliak dia itu.

“Ish, kau ni.” Dia memukul bahuku.

Terlepas juga tawaku melihat dia begitu. “Tahu takut.”

“Apa takut-takut?! Kau ni Yana. Kalau nak pakai pakaian pun pakailah sopan sikitlah. Malu tau.”

“Kenapa pula? Aku dah biasa tidur macam ni. Takkan aku nak pakai cantik-cantik masa tidur?” Aku tengok Syirah macam tidak keruan pula. Kenapa?

“Ish, kau ni dah kenapa, hah? Macam cacing kepanasan saja. Tergoda tengok aku macam inikah? Baju tidur satin dengan seluar pendek paras paha. Seksi, kan? Kau tak pernah tengok aku macam ini lagikan?”

Wajahnya membahang. Aku mahu ketawa melihat reaksinya.

“Yana, malulah. Pergi salin pakaian dulu.”

“Ish, kau ni. Aku tak nak. Baik kau cakap cepat sebelum aku masuk tidur. Aku mengantuk ni tau.” Aku garu kepala kemudian rambut panjang aku itu aku sanggul ke atas dan masa itu aku tergamam.

“Itulah kau. Aku cakap tadi pergi salin pakaian. Kau degil.”

Wajahku membahang.

Ya, memang selama ini aku berpakaian macam lelaki. Perangai pun kasar jadi kenalah sepadan dengan pakaian. Tapi, satu yang orang lain tidak tahu tentang aku dan hanya ahli keluarga aku sahaja yang tahu ialah aku ini suka tidur dengan pakaian tidur yang agak menjolok mata.

“Kenapa kau tak cakap saja tadi dia ada di situ.” Aku mengetap bibir. Malu bercampur rasa geram. Laju aku masuk ke dalam bilik dan mengunci semula pintu beranda tersebut.

"Eh, Yana! Bukalah pintu ni!"

“Tak nak! Syirah, kau bagitahu saja dengan dia aku tak nak jumpa!” Aku menutup lampu dan terus tidur. Macam manalah aku hendak berdepan dengan dia selepas ini?

“Sekejap. Kenapa dia ada di sana? Buat apa dia jumpa dengan Syirah?” Aku berfikir. Aku mahu mengintip tapi perasaan malu aku tebal sangat. Jadi, aku batalkan sahajalah niat aku itu.

“Baik aku tidur.” Akhirnya aku terlelap dalam kesamaran cahaya lampu tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience