BAB 20

Romance Completed 21274

BABAK seterusnya bermula. Pertengkaran berlaku di antara keluarga Bima dengan anak dan menantunya. Mereka berjaya mencari Bima dan juga Tirana. Ibu Bima memaksa anaknya melepaskan Tirana dan mengikutnya pulang ke kota Serunai. Tetapi Bima tidak menurut kata. Dia lebih rela meninggalkan keluarga daripada isterinya.

Saat aku leka melihat lakonan Tirana dengan Bima, aku perasan ada seseorang sedang memerhatikan aku dari hujung pentas sebelah sana. Aku mendengus. Siapa lagi kalau bukan lelaki bertopeng itu. Walaupun dia menutupi wajahnya dengan topeng hitam bercorak flora itu aku yakin pandangannya pasti ke arah aku.

“Ah, buat tidak tahu sajalah.” Gumamku sendiri.

Penat berdiri aku mengambil kerusi dan duduk. Kagum aku dengan lakonan Syirah ini. Dia membawa watak Tirana dengan baik sekali. Dari suasana gembira sehinggalah babak sedih. Bab-bab air mata dia memang pandai. Sekejap sahaja dia mengalirkan air mata apabila ibu Bima menderanya semasa ibu mertuanya itu tinggal bersama dengan mereka untuk memujuk Bima kembali ke pangkuan keluarga.

Masuk babak seterusnya Andika digoda oleh Anggerik, musuh Mutiara sejak dari kecil lagi. Andika tidak melayannya. Tapi aku pelik, Sekejap-kejap wajah lelaki itu berpaling ke arah aku yang duduk di tepi belakang pentas ini. Janganlah dia menarik aku keluar dari sini.

Sangkaan aku tepat. Melihat dia meluru ke arah aku, laju aku melarikan diri. Ish, dia ini suka sangat buat macam ini. Nampak aku sahaja mulalah dia buat perangai.

“Eh, Yana. Kau lari daripada siapa ni?” Syirah muncul menegurku.

“Dari lelaki bertopeng itulah. Gilakah apa dia tu, hah? Aku asyik menonton persembahan dia orang tiba-tiba dia melangkah ke arah aku. Nasib baik aku sempat larikan diri. Kalau tidak, hancurlah teater kamu ini.”

“Kenapa kau tak masuk saja? Biarlah dia tarik kau ke sana.”

Aku tercengang. “Syirah, kau nak persembahan ni rosakkah apa, huh?”

“Gurau sajalah.” Dia mencebik.

“Yana, aku ke sana dulu. Jumpa Ryaikal.” Tersenyum, tergedik pula aku tengok dia.

“Pergilah.”

Aku keluar ke tandas dan bertemu pula dengan Putera Rasyiq Shafy. Dia memandang aku dengan pandangan menggerunkan sambil berpeluk tubuh. Di belakangnya berdiri dua orang pengawal. Aku kenal yang seorang itu. Abang botak.

“Mengapa lakonan Aryana teruk sangat, hah?”

Aku mengetap bibir. Abang dengan adik sama sahaja.

“Lakonan aku teruk pun sebab lelaki bertopeng itulah.” Datang-datang sahaja terus mengkritik aku.

“Mengapa tak ikut sahaja kepala otak lelaki bertopeng tu?”

Lagi pertannyaan. Malas aku dengan orang yang banyak tanya ini.

“Tuan putera ‘Mengapa’. Kau ni banyak tanya betullah! Suka hati akulah kalau aku nak ikut atau tidak kepala otak dia tu.”

Ergh! Kenapa semua orang hendak menangkan lelaki bertopeng itu, hah?!

“Pastikan...”

“Kejap.” Aku menyuruhnya diam.

“Aku nak ke tandas kejap. Dah tak tahan ni.” Aku terus berlalu masuk ke dalam tandas. Beberapa minit kemudian aku keluar semula.

“Eh, ada lagi rupanya tuan putera ini.”

Dia menjegilkan mata. Bukan aku takut pun!

“Aku ke sini nak ingatkan kau saja.”

“Ingatkan apa?”

“Pastikan babak terakhir kau dengan lelaki bertopeng itu berhasil. Apa saja yang dia cakap kau kena terima. Faham?!”

“Tak. Aku tak faham. Kenapa kau nak aku terima saja cakap dia tu? Kau kenalkah lelaki bertopeng tu, hah?”

“Aku tak kenal. Aku cuma nak tengok pengakhiran teater Tira Mutiara ini gembira saja. Kau ingat aku tidak tahukah yang lakonan dengan skrip kau tu hampir terkeluar daripada jalan cerita teater ni.”

Aku melopong.

“Aku sebagai putera Pura Cahaya ini berhak memberi hukuman kepada mereka yang tidak menyelesaikan tugas dengan baik.”

“Eleh. Hukumlah aku sekarang.”

Lagi sekali dia menjegilkan matanya. “Melawan saja kerja kau ni. Aku memang tidak teragak hendak menghukum kau, ya. Ayahanda aku ada untuk menyokong aku.”

Membulat mataku. Mana adil dia minta sokongan ayahanda dia. Ish! Mentang-mentanglah kau itu putera raja, suka hati kau saja buat aku begini.

“Malaslah aku nak layan kau!” Aku melangkah pergi.

“Lebih baik aku layan abang botak tu daripada layan kau dengan adik kau. Nak kata putera macam bukan putera pun.” Sambungku lagi lalu menghilangkan diri. Reaksi mereka aku tidak peduli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience