BAB 9

Romance Completed 21282

PINTU di hempas kuat. Terhinjut bahu aku apabila dia melempar kasar buku-buku rujukan aku yang dibawanya tadi di atas meja kerja.

“Apa pasal dengan kau ni, hah?!” Tengking aku. Di ruang bilik pejabat ayahandanya itu hanya ada kami berdua sahaja. Aku masih berdiri statik di depan pintu. Dia sudah menyandarkan tubuhnya di kerusi kerja.

“Tak nampak kanda tengah marah?”

Aku mencebik dan kemudian menuju ke sofa. Lebih baik aku duduk berjauhan dengannya.

“Dinda tahu tak yang kanda lama menunggu adinda?” Wajahnya ketat.

“Oh, jadi kaulah yang nak jumpa dengan aku, ya? Aku ingatkan pekerja-pekerja di dalam pejabat pentadbiran ini yang panggil aku.” Jelingan tajam aku hadiahkan kepadanya. Suka hati sahaja dia buat aku begini.

“Tak bolehkah kanda berjumpa dengan tunang kanda sendiri?”

“Bila masa aku setuju jadi tunang kau, hah?! Kau ni suka sangat buat keputusan sendiri. Aku tahulah kau tu kerabat diraja tapi bukan bermaksud kau boleh buat suka hati kau tanpa persetujuan orang lain.” Aku menjulingkan mata ke atas. Darah panas mula mendidih.

“Aku tak kira! Aku nak pertunangan ini putus. Aku tak mahu ada kaitan dengan orang-orang karabat ni.” Tegasku.

“Dinda. Dinda. Mulut dinda ini tidak pernah beradab dengan kanda, kan. Nak kanda cium mulut tu baru adinda nak beradabkah, huh?”

“Cubalah kalau berani!” Aku mencabarnya. Berani dia buat aku begitu! Kalau dia buat juga aku tidak teragak mahu hantukkan kepalanya di atas meja ni. Biar dia hilang ingatan.

Dia senyum sinis. Dia berdiri dan mendekati aku.

“Betul nak kanda cium dinda?”

Aku mengajuk katanya sebelum berdiri melangkah ke pintu keluar.

“Siapa kata dinda boleh keluar daripada sini, huh?” Laju dia memaut pinggangku.

“Lepas!”

“Kanda tak akan lepas selagi adinda tidak berlembut dengan kanda.” Dia memperkemaskan lagi pautan tersebut.

Entah kenapa aku rasa lain dengan jarak sedekat ini. Seketika wajah kami bertembung. Jantungku berdegup pantas. Senyumannya menggetarkan imanku. Aku jadi leka.

“Suka kanda tengok adinda diam macam ni.”

Suaranya gemersik. Aku berdeham. Menyedari pinggangku masih lagi dipaut olehnya aku terus menolak dia dengan kasar.

“Suka betul ambil kesempatan!” Aku merengus. Dia ketawa.

“Aku nak keluar.” Aku mengambil semula buku-buku rujukanku yang bertaburan di atas meja dan kemudian mengambil beg yang berada di atas sofa.

Sekali lagi dia menahan aku.

“Kau nak apa lagi ni, hah?” Lama-lama aku naik bosan dengan lelaki ini tahu.

“Tak bolehkah kanda lepaskan rindu kanda dengan adinda?”

Mahu tersedak aku mendengarnya. Senyuman sinis aku hadiahkan kepadanya.

“Mr. Crocodile, di luar sana banyak lagi perempuan, kan? Kenapa kau tak lepaskan saja rindu kau tu dengan mereka?!” Aku menjegilkan mata.

"Sebab mereka tak sama macam adinda." Jawabnya. Aku mendengus.

“Hari ini kau tak dapat dan sampai bila-bila pun kau tak akan dapat rindu dan kasih sayang dari aku tau. Good bye!” Aku membuka kasar pintu tersebut dan dia menghalang aku dengan wajah tenangnya.

“Nak apa lagi ni, hah?!” Tengkingku. Ketika itu seorang pekerja lelaki lalu di hadapan kami. Dia tergamam dengan kelakuan kasar aku terhadap Putera Shiraz Adrian.

“Encik Ray, sila beredar dari sini!” Tegasnya. Seperti lipas kudung pekerja lelaki itu melarikan diri.

“Apa lagi yang kau nak, hah? Kau tahu tak aku penat layan perangai kau ni. Nama saja putera tapi perangai hantu.” Aku menggeram.

“Cubalah dinda buka mata tu sikit. Kanda sudah cuba buat yang terbaik untuk mulakan hubungan kita ini tau. Tetapi adinda macam tak peduli saja.”

“Memang aku tak peduli pun. Sebabnya, aku tak ada hati dengan kau. Lagipun, kau bukan lelaki idaman aku dan aku tak suka lelaki berperangai macam kau.” Aku berterus terang.

Dia melepaskan keluhan.

“Pergilah. Cukup sampai di sini dulu. Bila hati kanda baik, pandailah kanda cari dinda.” Dia menolak aku pergi.

Aku tergamam. Aku mengerling ke belakang sebelum melangkah pergi. Entah kenapa aku rasa bersalah pula dengan si tuan putera raja ini? Aku betul-betul buat salah dengan diakah? Akukah yang salah dalam hal ini?

Mahu menangis pula aku dibuatnya. Aku nampak saja keras. Degil. Panas baran. Tapi, aku bukannya sampai hati pun nak buat orang tu sedih. Putera Shiraz Adrian ini bukanlah jahat sangat cuma aku tak suka dengan kenakalan dia terhadap perempuan-perempuan di luar sana.

Haaih...

Sudahlah Aryana Hani. Aku cuba menyedapkan hati. Lebih baik aku beredar, tenangkan diri. Nanti-nanti sahajalah pujuk dia. Itupun, kalau hati aku ini mahulah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience