BAB 42

Romance Completed 21274

NAMPAKNYA, Elina Ryne masih tidur nyenyak. Kesian pula aku melihat tangannya yang di cucuk dengan vena cucuk itu. Agaknya ubat apalah yang dimasukkan ke dalam tubuh Elina Ryne ini?

Perlahan-lahan aku mendekatinya. Wajahnya tenang sahaja.

“Yana. Kita keluar sajalah. Dia tengah tidur tu.” Bisik Syirah perlahan.

“Sekejaplah. Ada sesuatu yang aku nak bagi tengok dekat abang Fariz ni.”

“Kamu berdua tengah berbisik pasal apa tu?”

Aku mengurut dada. Terkejut dengan perlakuan Fariz Qyle yang tiba-tiba sahaja berdiri rapat di tengah antara aku dengan Syirah.

“Tak ada apa-apa.” Syirah tersengih.

“Yana, apa yang Yana nak bagi tengok kami berdua ni, hah?”

“Ini. Rantai ni...” Aku menarik keluar rantai yang terkalung di leher Elina Ryne itu. Jelas sekali wajah Fariz Qyle terkesima melihat rantai tersebut.

“Sebelum ni abang Fariz ada bagi lihat rantai ni dekat telefon abang Fariz. Yana masih ingat lagi dengan buah rantai tu. Sebiji dengan buah rantai ni. Yana rasakan yang Elina Ryne ini adalah orang yang abang Fariz cari selama ni.”

Aku dengan Syirah berpandangan. Fariz Qyle senyap sahaja.

“Abang Fariz...”

Tiba-tiba dia mencabut beberapa helai rambut milik Elina Ryne dan kemudian keluar daripada bilik ini. Aku dengan Syirah tidak sempat mengejarnya kerana Elina Ryne sedar dari lena.

“Eh, kamu berdua ada di sini?”

Kami tersengih.

“Ya. Kau macam mana? Dah okey?” Tanya Syirah.

“Bolehlah. Mungkin esok atau lusa dah boleh keluar.”

Kami tersenyum lega. Syirah membantu Elina bangun. Tiba-tiba tangan aku ditarik olehnya.

“Kenapa ni Elina?” Soalku.

“Aku nak minta maaf dekat kau. Aku tahu aku salah. Tapi, pasal kejadian kebakaran tu aku memang tak buat. Aku cuma mahu menculik Lisha. Aku tahu kau rapat dengan budak tu. Jadi aku minta tolong dengan...”

“Zyan?”

Bulat matanya apabila aku menyebut nama lelaki itu.

“Kau...”

“Aku dah tahu semuanya Elina.” Potongku.

“Kau tahu apa Yana? Aku tak tahu apa-apa pun.” Sampuk Syirah. Dia duduk di birai katil.

Aku menghela nafas berat. Biarlah mereka tahu siapa dalang semua ini. Aku memandang wajah Elina Ryne dan juga Syirah. Aku menarik kerusi dekat dengan mereka dan kemudian membuka cerita.

Aku ceritakan dari mula aku terserempak Elina Ryne dengan Zyan. Aku juga beritahu tentang apa yang aku telah buat semasa dia dengan Zyan berduaan di belakang bangunan fakulti pentadbiran perniagaan. Dari riak wajahnya itu sudah tentu dia mahu marah aku. Tapi, dia diamkan sahaja. Aku teruskan lagi cerita sehingga kejadian kebakaran tersebut.

Tergamam kedua-duanya mendengar cerita tersebut. Syirah menggeram. Elina Ryne pula sudah tentu tidak berpuas hati. Dia menumbuk-numbuk tilam itu melepaskan amarahnya.

“Kenapalah kau ada kawan macam tu Elina? Ergh! Kalau mereka berdua tu ada depan aku ni aku pijak-pijak kepala mereka.”

Aku dengan Syirah terkesima apabila Elina Ryne menangis. Laju Syirah memeluk dan menenangkan Elina.

“Aku tak sangka mereka buat aku begini. Aku ingatkan Edra tu ikhlas berkawan dengan aku. Rupanya, dia buat semua ni kerana Zyan.”

“Elina lebih baik kau lupakan saja Zyan tu. Lepaskan saja dia. Kalau tidak lagi teruk kau kena dengan Edra nanti. Dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan apa yang dia mahu.”

“Tapi... Zyan tu... Dia satu-satunya yang faham aku. Dia selalu ada untuk aku.”

“Aku faham. Tapi kalau kau terus bersama dia, aku takut Edra apa-apakan kau lagi.”

Dia memandang aku dengan pandangan dalam.

“Kenapa kau begitu ambil berat terhadap aku, Yana? Kau tahukan aku ni jahat.” Dia menundukkan wajahnya.

“Kau nampak saja aku ni kasar tapi hati aku lembut.”

“Wekk! Puji diri sendirikah?” Perli Syirah. Aku mencubitnya.

“Kau kacaulah.” Aku mendengus. Syirah menjelir lidahnya sambil tersengih.

“Aku cemburulah dengan persahabatan kamu berdua.”

“Tak payahlah nak cemburu. Kau pun boleh jadi kawan kami.” Kata-kata Syirah membuatkan dia tersenyum hambar.

“Cakap pasal Zyan, kau orang tahukah dia di bilik mana?”

“Abang Dai cakap dia ditempatkan di hospital lain. Kau nak jugakah jenguk dia?” Tanya Syirah.

“Tengoklah macam mana. Tapi, aku perlu jumpa dia juga untuk selesaikan semua ni. Aku tak nak dia terluka nanti.”

“Kau ni Elina. Nampak sangat jahat. Tapi, sebenarnya hati kau ni baik.”

Aku mencebik. Tadi bukan main lagi dia perli aku. Dengan Elina pula ikut sedap mulut dia sahaja hendak bercakap.

“Yana, terima kasih sebab selamatkan aku.”

Aku tersentak. Wajahnya tidaklah sesedih tadi.

“Sama-sama kasih.” Jawabku dengan senyuman. Kami meneruskan perbualan kami. Elina Ryne membuat keputusan untuk berhenti belajar tetapi aku dengan Syirah tidak menyetujuinya. Macam-macam nasihat yang Syirah berikan kepadanya.

Pasal, rantai itu dan juga Fariz Qyle aku diamkan dulu. Sementara masih ada peluang ini bolehlah aku korek-korek rahsia Elina Ryne. Aku nak tahu tentang keluarga dia. Kenapa dia begini? Manalah tahu kalau-kalau maklumat yang aku dapat ini boleh membantu Fariz Qyle nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience