BAB 25

Romance Completed 21274

HUJAN lagi malam ini. Aku duduk di ruang tamu sementara ahli keluarga aku di bahagian ruang makan bersama dengan ahli keluarga abang Ikhwan. Biasanya, mereka akan makan bersama seminggu sekali di rumah ini.

“Yana ceritalah dekat abang. Apa yang Yana buat dekat fakulti abang tu, huh?”

“Kenapa abang Ikhwan nak tahu?”

“Tak adalah, cuma pelik. Tak pernah pun Yana ke sana. Tiba-tiba hari ini Yana muncul di situ. Atau... Yana nak jumpa Putera Shiraz Adrian?”

Aku mencebik.

“Tak payahlah cakap pasal dia. Yana sebenarnya ekori dua pasangan tu. Yana pelik dengan mereka berdua yang tiba-tiba nak bersembunyi dekat fakulti lain. Lepas tu, Yana laporlah pada pensyarah perempuan yang lalu dekat situ.”

“Siapa mereka berdua tu?”

“Tak payahlah abang Ikhwan tahu.” Balasku.

“Kak Yana, akak dah jumpakah rantai kak Yana yang hilang tu?” Muncul pula si Bariz Arryan ini.

“Aku tak sempat nak cari tadi. Esok-esoklah aku cari.”

“Kalau esok-esok kak Yana cari alamatnya tak akan jumpalah.” Dia mentertawakan aku. Aku mencebik.

“Esok aku carilah.” Balasku marah.

“Ish, kamu berdua ini. Dari dulu sampai sekarang ni asyik nak bergaduh saja. Padahal, hal tu kecil saja, bukan?” Abang Ikhwan mencelah.

“Mana ada kecil abang Ikhwan. Benda yang hilang tu rantai yang dia ni hadiahkan pada Yana.” Beritahuku.

“Rantai? Yana ingat dekat mana rantai Yana tu hilang?”

“Yana pun tak tahu, abang Ikhwan. Hari tu...”

“Hari tu apa?” Bariz menjegilkan matanya.

“Tak payah tahulah.” Aku terus diam dan cuba mengingati kejadian hari itu.

Aku bergaduh dengan Elina Ryne. Dia tolak aku dan jatuh di atas lumpur. Mungkin juga rantai itu terlepas pada masa itu. Kalau tidak pun rantai itu terjatuh di dalam kereta Fariz Qyle. Tidak apalah, esok aku akan cari. Kalau tidak ada juga aku akan cuba telefon Fariz Qyle.

“Yana,”

“Ya.”

“Lepas kuliah esok Yana temankan abang, ya?”

“Abang Ikhwan nak ke mana?” Tanyaku. Jarang sekali abang Ikhwan ini membawa aku keluar.

“Esok Yana tahulah. Abang Ikhwan dah minta izin dengan mama Yana tadi.”

“Okey. Apa-apa pun nanti abang Ikhwan bagitahu Yanalah, ya.”

“Baiklah.”

Kami meneruskan lagi perbualan.

MALAM ini adalah malam yang panjang bagi kami dan abang Ikhwan sekeluarga. Papa, mama, uncle Adham dan aunty Irdina masih lagi sibuk berbincang di ruang makan. Mama dengan aunty Irdina adalah rakan kongsi butik pakaian Rose Haradina. Nama butik pakaian ini adalah gabungan nama mereka berdua dan juga bunga kesukaan mereka. Papa dengan uncle pula sekadar membantu isteri-isteri mereka sahaja.

Tadi, aku ke dapur untuk mengambil minuman dan aku tidak sengaja mendengar perbincangan mereka. Dengarnya, mama dengan aunty Irdina membuat pertandingan peragaan pakaian kanak-kanak dan tempat yang dipersetujui oleh mereka itu adalah resort papa aku sendiri. Pertandingan itu diadakan pada bulan hadapan dan masa itu juga adalah cuti semester kami.

Aku malas hendak menyampuk perbincangan itu. Jadinya, aku menyertai abang Ikhwan dengan adik aku yang sedang bermain permainan yang aku sendiri tidak tahu di ruang tamu. Teruk aku dikerjakan oleh mereka berdua. Mentang-mentanglah mereka lelaki, suka hati mereka sahaja mengenakan aku. Setiap kali kami main permainan pasti aku kalah. Tidak cukup dengan kalah mereka mengenakan aku pula dengan hukuman-hukuman pelik mereka berdua itu.

“Nak pergi mana tu?” Di belakang aku bukan main lagi adik aku mentertawakan aku. Begitu juga dengan abang Ikhwan.

“Atas. Tidur lagi bagus.” Aku merajuk.

“Pergilah. Dah lewat ni. Esok ada kuliah lagi.” Abang Ikhwan menghalau aku.

“Halau Yanakah?” Aku merenungnya tajam.

“Tak. Sekejap lagi pukul 12.30 tengah malam. Yana pergilah tidur. Anak dara mana boleh tidur lewat.”

“Yalah. Abang Ikhwan mainlah dengan Bariz. Yana naik atas dulu. Assalamualaikum dan selamat malam.” Aku terus naik ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience