BAB 17

Romance Completed 21274

PENONTON mula memenuhi ruang kosong di dewan utama Universiti Diraja Kadziyah ini. Pelakon-pelakon teater yang lain sibuk menyiapkan diri. Prop pementasan juga sudah disediakan. Aku kembali ke bilik menunggu.

Aku mundar-mandir sambil mengingati skrip yang aku hafal sebelum ini. Tapak tanganku berpeluh. Aku gemuruh. Aku bukan biasa dengan semua ini dan ini kali pertama aku membuat teater di atas pentas.

“Yana,”

Syirah masuk ke dalam bilik dengan senyuman lebar. Dia cantik berpakaian kurung kebaya. Rambutnya di sanggul dan dihias dengan bunga-bunga besar dan kecil. Cuma make-up dia berbeza dari teater sebelumnya. Nampak berumur sedikit.

“Ya, ibu. Ada apa cari Mutiara ni?” Aku mahu tergelak memanggilnya dengan panggilan ibu.

“Eee! Kau ni, Yana. Janganlah panggil aku macam tu. Panggilan itu kau guna masa teater sajalah.” Syirah menggeram. Aku ketawa kecil.

“Aku gemuruhlah, Syirah. Ini kali pertama aku buat benda ni. Macam mana kalau aku tak ingat skrip?”

Syirah mendekatiku. Dia duduk bertentangan dengan aku.

“Ala, buat macam biasa sajalah. Kalau kau lupa skrip, kau ciptalah skrip kau sendiri. Lagipun, watak ini memang diri kau pun, kan?”

“Eh, kau pun perasan watak ni watak aku?”

“Yalah. Aku pun terkejut bila baca skrip kau tu. Cerita tu macam kisah hidup kau sekarang. Sikap dan perangai watak perempuan itu pun sebiji macam kau.”

Aku menggerutu. “Tapi aku tetap gemuruh. Takut. Tangan aku ni dah berpeluh-peluh tau.”

Syirah menyimpul senyuman. Dia berdiri dan memandang dirinya di cermin sambil membetulkan pakaiannya.

“Buang jauh-jauh saja gemuruh kau tu.” Dia menepuk-nepuk pipiku. Aku tersedar sesuatu. Aku merenung dalam anak mata Syirah.

“Kau dah kenapa?”

“Eh, Syirah. Kau tau tak siapa watak Andika ni? Tak pernah pun dia muncul berlatih dengan aku?”

“Aku pun tak tahu. Yang aku tahu dia itu kawan Ryaikal. Aku ini bukan ambil tahu sangat pasal orang luar.”

Dahiku berkerut. “Ish, kau ni. Aku seriuslah nak tahu sangat siapa Andika ini? Kawan korangkah juga atau dia orang luar macam aku?”

Tiba-tiba dia angguk dengan senyuman.

“Apa yang kau angguk-anggukkan ini, hah?”

“Nanti kau tahulah. Aku pergi dulu. Nanti aku ke sini. Jangan pergi mana-mana pula, ya. Tunggu sampai aku datang.” Dia mengenyitkan mata sebelah dan terus menghilang dari pandanganku.

BEBERAPA minit lagi acara pementasan teater akan berlangsung. Kali ini meriah kerana mereka turut mengundang orang-orang luar untuk datang menyokong teater Tira Mutiara ini.

“Yana,”

“Ya. Ada apa Rika?” Tanya aku. Rika kawan sekelas Syirah dan di dalam cerita Tira Mutiara ini dia memegang watak jahat, ibu kepada Bima.

“Ada orang cari kaulah. Nama dia Fariz Qyle. Dia tunggu dekat luar pentas.” Beritahunya. Tersenyum lebar aku mendengar nama leleki itu.

“Okey.”

“Jangan lama-lama tau. Teater mula kejap lagi.” Beritahunya seiring dengan senyuman yang terukir di wajah hitam manisnya. Aku angguk lalu pergi.

TERSENYUM dia melihat aku dari jauh. Dia segak berpakaian santai. Nampak kacak bila dia memakai cermin mata dengan gaya rambut pendek yang disikat belah tepi.

“Datang juga abang Fariz, ya.” Sehari sebelum

“Mestilah. Kalau dah dijemput mesti kena datang. Lagi-lagi kalau Yana yang jemput.”

Kami gelak bersama.

“Tempat duduk abang Fariz dekat bahagian mana?”

“Bahagian depan barisan kedua.”

“Kalau macam tu bolehah abang Fariz ambil gambar Yana banyak-banyak.”

“Kalau itu mahu Yana, abang boleh saja.” Dia menyimpul senyuman, kemudian memandang jam pada telefon pintarnya.

“Yana, nanti kita sambung bual lagi. Teater nak mula kejap lagi tu.”

“Okey. Nanti jumpa lepas teaterlah, ya.” Kataku. Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum teater itu berlangsung.

Dia angguk dan mengorak langkah.

“Err... Yana.” Dia berpaling semula.

“Jangan gemuruh sangat. Buat macam biasa saja, okey. Kalau Yana tak buat baik-baik, nanti Yana malukan bakal mentua Yana sendiri.”

“Maksud abang Fariz?”

“Hari ini ramai yang datang tau. Raja dan permaisuri Pura Cahaya pun ada. Dengar kata mereka datang hendak menyokong pementasan teater ni.”

Aku melongo. “Putera Shiraz Adrian ada sekalikah?” Berdebar-debar pula aku rasa bila mengajukan soalan tersebut.

“Putera Shiraz Adrian tu abang tak nampaklah. Tapi, putera sulung raja dan permaisuri itu ada ikut bersama dengan mereka.”

Aku terdiam.

“Abang pergi dululah. Good luck, Yana!” Dia melambai tangan dan bergerak pergi. Aku masih statik di tempat aku berdiri. Teater-teater sebelum ini tidak pernah pula mereka menjemput raja dan permaisuri itu datang.

“Ini mesti ada apa-apa yang aku tidak tahu.” Langkah aku atur masuk ke dalam bilik pementasan sambil mengusap dagu, berfikir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience