BAB 36

Romance Completed 21274

“TERGODA tengok aku macam ini? Seksi, kan aku?” Syirah mengajuk kata-kataku semalam. Siap ketawakan aku lagi.

“Syirah, sudahlah. Aku malulah.” Sempat aku meliarkan pandangan mencari kelibat lelaki itu di lobi resort ini. Matilah aku kalau dia ada dekat sini.

“Syirah Ainul!” Aku mengetap bibir. Mataku mencerlung tajam ke arahnya.

“Tahu malu. Aku dah bagi amaran dah dengan kau semalam. Kau sibuk nak tunjukkan tubuh seksi kau tu. Tapi, aku pun memang terkejut tengok kau tau. Aku kalau tidur pun tak macam kau.”

“Aku dah biasa macam tu.”

“Sejak bila?”

“Entah. Aku rasa masa hujung tahun sekolah menengah. Lagipun, masa tu banyak sangat aktiviti lasak yang aku ikut. Malam pula panas. Bila cuba baju jenis semalam tu baru aku rasa selesa.”

Tiba-tiba dia ketawa.

“Kenapa kau ketawa?”

“Kau rasa kenapa aku ketawa?” Dia memulangkan paku buah keras. Aku tunjuk penumbukku.

“Ish, gurau sikit pun tak boleh.”

Aku berpeluk tubuh. “Daripada layan kau baik aku layan telefon aku.”

Ada satu mesej datang daripada Bariz. Bas akan datang sekejap lagi dan meminta aku dengan Syirah bersiap sedia menyambut kedatangan mereka.

“Syirah, jom.”

“Ke mana?”

“Pintu utama resort. Kejap lagi mereka datang.” Beritahu aku.

“Yakah?! Terujanya nak jumpa mereka.”

Kami beriringan ke pintu utama.

“WAH! Besarnya tempat ni kak Yana.” Puji Randy salah satu peserta budak lelaki yang berumur 12 tahun itu. Berpusing-pusing dia melihat tempat ini.

Syirah pula sibuk melayan karenah budak-budak yang lain. Tersenyum aku melihat Lisha yang setia berada di sisi Syirah. Budak itu sejak turun dari bas asyik berkepit dengan kawan aku sahaja. Aku pelik juga si Lisha ini. Tempoh hari bukan main lagi dia melekat dengan aku tapi sekarang dengan Syirah pula.

“Kakak Yana. Bawalah kami melawat tempat lain. Tadi, Zawi ada nampak Mini Zoo dekat sana. Zawi nak tengok haiwan.” Tegur Zawi yang sama umur dengan Randy.

“Ya, kak Yana. Bawalah kami.”

Aku buat muka. Habis hujung baju aku ditarik-tarik oleh mereka berdua ini.

“Iya. Kakak akan bawa kamu semua pergi sana, ya. Tapi, sekarang ni kakak dengan kak Syirah nak uruskan dulu tempat penginapan kamu. Lepas semuanya selesai baru kita buat aktiviti, okey?”

Menjerit keriangan Randy dengan Zawi.

BILIK penginapan sudah. Jamuan sudah. Taklimat tentang pertandingan dan juga aktiviti-aktiviti di sini pun sudah selesai dan sekarang budak-budak menagih janji mereka. Aku turutkan sahaja kemahuan mereka itu.

“Kak Yana. Kakak pergi rehat sajalah. Biar Bariz yang uruskan aktiviti hari ni.”

“Tak apalah, Bariz. Kalau aku tak ada nanti meragam pula dia orang tu.”

Dia bercekak pinggang. “Ish, akak ni. Muka akak penat sangat tu. Sudahlah semalam tak henti-henti buat kerja. Sambung hari ni lagi.”

“Bukan kau pun sama?”

“Ya. Tapi tak sama macam kak Yana. Akak ni terlampau fokus kalau diberi kerja penting. Akak tak ingatkah kejadian sebelum ni?” Bariz mengingatkan aku kejadian tahun lepas di mana aku terlalu fokus dengan kerja yang mama dengan aunty Irdina beri sehingga mengabaikan makan minum aku.

Aku angkat kening. “Yang akak pengsan tu?” Aku meminta kepastian dan dia mengangguk.

“Itu sebab akak tak cukup makan.”

“Yalah. Tapi sebab kerja jugalah akak lupa nak makan.”

“Ala, Bariz.”

“Tak boleh!”

Kecut perutku apabila dia bersuara tegas. Aku mendengus. Kalau aku tidak dapat ikut mereka aku masih boleh buat kerja lain. Aku senyum dalam hati.

“Bariz dah pesan dengan yang lain. Akak tak boleh buat kerja hari ini.”

“Ish, kau ni! Kelmarin elok saja aku buat kerja tak pengsan pun. Sekarang sibuk pula nak halang aku.”

“Ya. Sebab kak Syirah ada.”

“Jadi, apa masalah kalau aku ikut kau orang. Ada juga yang akan ingatkan aku makan nanti, kan?”

“Kak Yana sayang Barizkah atau tak?”

Aku megepal tangan menahan geram. Soalan beginilah yang aku tidak suka dengar.

“Pergilah! Pergi.” Aku merajuk. Terus pergi dari situ.

SEJAM jugalah aku duduk di lobi resort ini memikirkan benda yang aku ingin buat hari ini. Syirah tidak ada kerana berseronok dengan budak-budak itu semua. Hari ini sepatutnya aku dengan Syirah yang buat aktiviti lawatan dan permainan untuk mereka tapi Bariz pula yang menggantikan tempat aku.

Aku mengeluh dan terus mengeluh. Bosan!

Tadi, Syirah mesej aku yang Fariz Qyle ada bersama mereka. Siap hantar gambar lagi dekat aku. Ingat aku cemburukah?

Aku berdiri dan tiba-tiba beberapa pekerja lelaki berlari keluar dari resort. Aku rasa mereka menuju ke arah taman depan pantai itu. Aku menghalang salah seorang daripada mereka.

“Abang Dai, apa jadi? Kenapa semua lari ke sana?” Soalku.

“Ada yang cakap, salah seorang pekerja wanita bergaduh dengan tiga orang penginap resort Klasik.”

“Hah?! Penginap resort Klasik? Apa pula mereka buat dekat sini?”

“Mungkin jalan-jalan. Penginap-penginap tu semua perempuan dan baru saja mendaftar masuk semalam.”

“Papa saya tahu?” Aku mula risau. Belum pernah terjadi lagi pergaduhan di antara pekerja dengan tetamu-tetamu resort ini.

“Belum lagi cik Yana.”

“Tak apa. Mari kita pergi tengok.” Segera kami berdua pergi ke tempat mereka yang sedang berkumpul.

“SALAHKAN aku pula pekerja tua ni.”

Mati terus langkahku apabila mendengar suara tersebut. Suara itu macam aku kenal sahaja.

“Kalau dah tua tu tak payahlah kerja lagi. Duduk saja dalam rumah. Jaga suami.” Balas yang seorang lagi.

“Abang Dai, tolong arahkan mereka yang lain buat kerja.” Aku masih statik berdiri di belakang mereka.

“Baik cik Yana.”

Sebaik sahaja aku memberi arahan, abang Dai terus membuat tugasnya. Aku maju ke hadapan setelah semua kembali ke tempat tugas masing-masing. Aku senyum sinis melihat tiga orang perempuan itu.

“Tak sangka pula kau ada di sini.” Sinis aku menyapanya. Jelas terkejut wajah mereka melihat aku.

“Apa kau buat dekat sini, hah?!” Herdikku. Abang Dai masih setia di sisi aku. Begitu juga dengan pekerja wanita itu. Dia adalah Mak Idah, pekerja veteren di sini.

Setahu aku Mak Idah tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan. Dia salah seorang pekerja yang mahir dan berpengalaman. Dia cekap, teliti dan berhati-hati dalam melakukan tugasan. Lagipun, dia pekerja lama di sini.

“Apa aku buat dekat sini?” Sinis dia mengajuk pertanyaanku.

“Aku ke sini kerana teman lelaki aku ada di sini. Yang kau tu! Apa kau buat dekat sini, hah?!”

Aku rasa dia tidak tahu lagi yang resort ini milik keluarga aku. Baik! Aku akan kenakan kau, Elina Ryne.

“Cuti. Tak boleh?”

Dia mengeram. Teman di sebelahnya itu berbisik sesuatu di telinganya.

“Suka hati kaulah. Tepi!” Dia menolak aku dengan kasar sehingga belakang tubuhku terkena dengan pokok kelapa.

“Hoi, orang tua! Kau dengar sini. Aku akan laporkan pada pengurus kau. Aku nak kau diberhentikan sekarang juga!.”

Eee! Suka hati dia sahaja. Ini tidak boleh jadi.

“Eh, Elina! Ikut kepala otak kau saja nak berhentikan mak cik ni. Kau tu tak kesian dengan mak cik inikah? Sudahlah tidak ada adab lepas tu, ada hati pula mahu laporkan hal ini pada pengurus resort ni.”

“Kau apa hal, hah?! Suka hati akulah. Dia buat salah. Aku patut lapor saja dengan pengurus dia.”

“Apa salah mak cik ni, hah?”

“Dia langgar aku.”

Terus aku ketawa besar. Abang Dai dan Mak Idah memandang pelik.

“Langgar sajakah? Ada luka? Tak ada, kan?”

Dia mendengus.

“Cik, saya betul-betul minta maaf. Saya tak sengaja langgar cik tadi. Lagipun, tadi saya rasa nak pitam.”

Sayu aku melihat mak Idah. Beria-ia dia meminta maaf pada musuh aku ini.

“Kau dengar tu Elina. Mak cik tu minta maaf. Maafkan sajalah. Susahkah nak terima maaf dia?”

“Eh, Hello! Aku orang kaya tau. Buat apa mahu terima maaf dari orang bawahan macam dia ini?”

“Kau!” Aku naik geram.

“Cik Yana, saya panggilkan Tuan Baihaqi dulu. Cik Yana bertahan, ya.” Laju abang Dai berlari masuk ke dalam mencari papa aku.

“Mak Idah, masuk dalam. Biar Yana yang uruskan mereka bertiga ni.” Arah aku.

“Baik, cik Yana.”

“Hoi, orang tua! Siapa yang suruh kau pergi, hah?!” Temannya, Syintia menarik kuat lengan mak Idah. Wajah orang tua itu berkerut-kerut menahan sakit.

“Lepaskan tangan mak Idah tu.”

“Lepas? Huh!” Elina memberi signal pada kedua temannya.

Tiba-tiba mereka berdua menarik aku ke tepi kolam renang. Aku cuak.

“Apa kamu nak buat dekat aku?!” Aku pandang air kolam renang yang tenang itu.

“Kau diam! Syintia! Edra! Tolak dia ke dalam tu.” Arahnya.

Aku panik.

BUSH!!

Aku terkapai-kapai mencari nafas. Elina Ryne dan teman-temannya mentertawakan aku.

“Tolong!”

“Buat drama pula dia tu. Jom! Tinggalkan saja dia di sini.” Mereka bertiga meninggalkan aku dengan mak Idah dengan ketawa yang berdekah.

“Cik Yana!”

“Tolong! Tolong!” Aku cemas. Aku tak pandai berenang.

Semakin lama semakin sesak dadaku. Aku tidak dapat bertahan kerana seluruh anggota tubuhku mulai lemah. Penglihatanku mula kelam. Saat mataku tertutup aku terasa ada sentuhan pada tubuhku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience