BAB 48

Romance Completed 21282

RANCANGAN televisyen itu langsung tidak menghiburkan aku. Hendak buka telefon tapi gosip-gosip pasal putera raja tu masih lagi hangat diperkatakan. Komen tentang Puteri Alissa semuanya postif berbanding dengan komen yang diberikan kepada aku. Mujurlah mereka tidak tahu aku ini tunang Putera Shiraz Adrian. Kalau tidak, aku tidak tahu hendak letak mana muka aku ini.

Aku mengerekot. Bagaimana aku hendak selesaikan semua ini, huh?

“Termenung jauh Yana ni.”

Terkejut aku. Abang Ikhwan tiba-tiba muncul di depan dan duduk di sofa belakang aku.

“Abang Ikhwan ada apa hal datang sini?”

“Saja nak jenguk adik-adik angkat abang ni. Lama tak jumpa.”

Terlepas tawaku. “Apalah abang ni. Bukan kita ada dekat resort papa Yana hari itukah?” Aku mencebik.

“Itu dekat sana. Di rumah jarang bertemu, kan? Lagipun, abang datang sini pun nak tengok keadaan Yana. Abang tak jenguk Yana pun dekat hospital.”

“Tak apa. Yana faham. Papa Yana dengan Bariz pun tak datang jenguk Yana hari tu. Sepanjang Yana dekat hospital, abang dengan yang lain sibuk uruskan kejadian stor terbakar tu, kan?”

Dia mengusap kepala aku.

“Ini pasti mama abang dengan mama Yana yang cerita, kan?”

“Taklah. Abang Dai, pekerja papa yang beritahu Yana.”

“Oh...”

Aku mengambil alat kawalan jauh dan menukar ke rancangan lain.

“Hah, Ikhwan dah bincang dengan Yana dan juga Bariz?”

Laju aku berpaling. “Bincang apa mama? Abang Ikhwan?”

Kedua-duanya tersengih. Kebetulan adik aku turun dan menyertai kami di ruang tamu ini. Laju tangannya mengambil biskut yang mama buat kelmarin dan duduk di sebelah aku.

“Apa hal ni?” Bariz menggigit dan mengunyah biskutnya.

“Begini. Abang buat perancangan hendak bercuti ke pulau Intan dengan Adyra dan abang ajak kamu berdua memandangkan kita tengah cuti semester sekarang ni. Sebab lain pula lelaki dengan perempuan tak boleh berdua-duaan, kan?”

“Betulkah, abang Ikhwan?!” Teruja pula aku hendak ke pulau Intan itu. Ramai yang kata pulau itu banyak harta karun peninggalan orang-orang dulu dan apa yang menariknya harta karun itu bukanlah jenis yang biasa-biasa. Semuanya intan dan berlian. Tapi, jarang yang dapat menemui harta karun sebegitu di sana.

“Ya. Kalau kamu berdua setuju kita bergerak minggu depan.”

“Syirah?”

“Zaliah?”

Mama menggeram. “Abang Ikhwan kamu ni ajak kamu berdua saja, kan? Kenapa nak ajak yang lain pula?”

Ketawa abang Ikhwan.

“Abang okey saja. Tapi tanyalah dulu mereka. Tak ajak sekali encik tunang?”

Terus aku buat muka. “Yana malas hendak bercakap pasal dia sekarang.”

“Kenapa? Ini mesti pasal gosip-gosip tu, kan?”

Aku diam.

“Mama dengan yang lain saja tak nak tanya semua tu dengan kamu. Lagipun, mama tahu anak mama ni bukan budak-budak lagi. Tahulah dia nak berdepan dengan masalah. Tapi, bukan bermaksud kami tak ambil peduli dengan kamu.”

“Betul apa yang mama Yana cakap tu. Kami biarkan bukan bermaksud kami tak peduli. Kami sentiasa pantau Yana dari jauh. Kalau di sini ada keluarga Yana. Di tempat belajar ada abang. Luar daripada kawasan tempat belajar dan juga kawasan rumah ada orang-orang papa Yana.”

Aku tersentak. Baru aku teringat tentang ini. Sebelum ini mama ada kata yang aku dengan Bariz sentiasa diperhatikan oleh orang-orang papa. Kalau macam itu...

Tiba-tiba wajahku merona merah. “Jadi... mama, abang Ikhwan dengan yang lain tahulah aktiviti-aktiviti Yana semua? Maksud Yana... maksud Yana masa Yana di luar dengan kawan-kawan. Masa Yana dengan...”

“Ya. Semuanya kami tahu.”

Laju aku mengangkat wajah memandang adik aku.

“Masa kak Yana dekat kafe tertidur lepas tu putera raja tu datang. Masa kak Yana dekat bilik penginapan putera raja. Hmm... Kak Yana bergaduh dengan kak Elina lepas tu ditolak jatuh kena lumpur. Apa lagi, ya? Banyak yang orang-orang papa cerita dekat kami.”

Aku mengepal penumbuk. Buat malu aku sahaja!

“Ish, sampai ke situ sekali orang-orang papa perhatikan Yana.” Aku mendengus.

Tersengih-sengih mereka.

“Tak kisahlah semua tu. Apa yang abang nak sekarang ni adalah persetujuan daripada kamu berdua. Ikutkah atau tak nak?” Abang Ikhwan kembali ke topik utama.

“Kalau mama bagi kebenaran kami okey saja.”

Aku dengan Bariz pandang mama. Mama pula geleng kepala. Mesti dia tengah pening dengan kami punya perangai ini, bukan? Aku tayang gigi.

“Mama okey saja. Sudahlah. Makin lama mama dekat sini makin pening kepala mama layan perangai kamu berdua. Baik mama ke dapur siapkan kek mama tu.” Mama angkat punggung.

“Hah, Ikhwan. Jangan dilayan sangat perangai adik-adik kamu ni.”

Ketawa abang Ikhwan. “Macam Ikhwan tak kenal mereka. Aunty pergilah sambung kerja.”

Abang Ikhwan menoleh ke arah kami pula. “Mari main permainan jenga.”

“Jom!” Laju saja Bariz mengeluarkan permainan tersebut. Haaih... Belum main lagi aku sudah boleh hidu bau kekalahan aku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience