BAB 40

Romance Completed 21274

BERPUSU-PUSU pekerja memadamkan api yang mula merebak ke bilik stor sebelah. Bilik stok bahan itu habis dijilat api. Aku meliar mencari mereka. Elina Ryne mahupun yang lain tidak ada di luar sini. Aku takut sahaja mereka ada di dalam itu.

“Macam mana ni!! Macam mana ni!!”

“Kenapa ni Zul?!” Tanya abang Dai.

“Dalam bilik stor sebelah tu ada orang. Saya ada dengar suara orang menjerit meminta tolong. Ada suara budak juga.” Panik dia memberitahu abang Dai.

“Suara budak?!” Abang Dai laju meminta bantuan dari pekerja lain.

Aku berkeringat, runsing memikirkan mereka di dalam bilik itu. “Takkan tak ada seorang pun yang nak selamatkan mereka tu?”

“Tolong! Mama! Tolong Lisha!!”

Jantung berdegup laju saat mendengar suara itu. Aku memandang orang-orang di sekeliling aku. Mereka sibuk memadamkan api yang semakin marak itu tetapi tiada satu pun yang berani hendak masuk ke dalam untuk menyelamatkan Lisha dengan yang lain.

“Panggil bantuan, cepat!!” Arah salah seorang pekerja. Semakin ramai pengunjung dan juga pekerja yang keluar berkerumun di belakang dapur ini.

Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum bertindak. Pada masa itu aku nampak kelibat Edra dengan Syintia melarikan diri dari sini.

“Tak guna!!”

Tidak apa. Sekejap lagi kau orang berdua kena dengan aku. Lebih baik aku selamatkan mereka dulu. Jeritan mereka mahu menghalang aku itu tidak aku pedulikan. Aku merempuh masuk ke dalam bilik stor tersebut dan mencari kelibat mereka bertiga.

“Zyan!” Aku nampak dia berbaring di atas lantai. Kepalanya berdarah.

“Kau siapa?” Tanyanya.

“Nanti aku bagitahu. Aku nak kau keluar dari tempat ni cepat.” Aku cuba memapahnya.

“Elina...”

“Tak apa. Lepas ni aku selamatkan mereka.” Aku mengagahkan diri untuk memapah Zyan.

“Cik Yana!” Abang Dai muncul tepat waktunya.

“Abang Dai tolong bawa Zyan keluar. Saya nak selamatkan Elina dengan Lisha dulu.”

“Jangan cik Yana! Bahaya. Saya dah panggil bantuan untuk keluarkan mereka nanti.”

“Tak apa. Abang Dai pergi dulu.”

Jeritannya aku tidak peduli. Aku terus meninggalkan mereka.

Suara Elina dengan Lisha semakin jelas kedengaran dari arah bilik belakang. Aku melajukan langkah sebaik yang mungkin. Hampir sahaja aku terkena dengan almari yang tiba-tiba terjatuh di belakang aku. Aku mengibas pakaian aku yang terkena dengan api.

Aku perlu cepat. Aku tidak mahu ada sesiapa pun yang terkorban dalam kebakaran ini. Api semakin marak. Asap semakin menebal dan menyukarkan pergerakkan aku.

“Elina! Lisha!” Jeritku.

“Kami di sini! Tolong!! Tolong!!”

Aku melajukan langkah. Sampai di bilik itu aku berhenti kerana ada kayu yang menghalang laluan jalan masuk ke dalam.

“Kak Yana!!” Lisha terbatuk-batuk menjerit namaku. Dengan tenaga yang ada aku menolak kayu penghalang di hadapan aku ini dengan kaki.

“Lisha! Elina!!” Aku mendekati mereka berdua sambil mata mencari sesuatu. Di dalam bilik ini ada satu sahaja tingkap dan masih tertutup rapat. Mungkin juga jalan terbaik adalah dengan cara merempuh tingkap tersebut. Tetapi api semakin marak. Kami sukar untuk bernafas.

“Elina. Lisha. Mari saya bawa kamu keluar.” Aku tidak boleh berputus asa. Aku perlu selamatkan mereka berdua ini.

“Yana, kenapa kau baik sangat dengan aku ni? Biarkan sajalah aku mati di sini!”

“Eina, aku tak nak kau mati. Aku nak kau selamat. Apa-apa pun kita bertiga akan keluar dari sini.”

“Apa gunanya kau nak selamatkan aku, hah? Lepas!” Dia menarik tangan aku yang cuba membantunya bangkit dari situ.

“Elina Ryne! Kau nak mati katak dekat sinikah, hah? Sekarang bukan masanya untuk kita bergaduh. Walaupun kau musuh aku, aku tak akan biarkan kau mati begini.” Marahku. Lisha memeluk aku erat.

“Kak Yana... Lisha...”

Wajahnya agak pucat. Aku panik.

“Lisha sabar, ya. Kejap lagi kita keluar. Mari sini.” Aku terus menggendongnya di belakangku.

“Elina, cepat sebelum kita terperangkap.” Aku menarik tangannya. Tubuhnya agak lemah tapi dalam keadaan macam ini aku kena bertegas juga. Aku tidak mahu dia mati di sini.

Aku menyuruh Lisha mengetatkan lagi pelukan pada leherku. Tangan sebelah pula cuba membantu Elina Ryne. Dalam situasi ini kami perlu bekerjasama.

BAMM!!

BAMM!!

BAMM!!

Mujur kami dapat mengelaknya. Siling kayu di atas jatuh hampir terkena dengan kami. Nasib baik aku dengan Elina Ryne cepat bertindak. Tapi, entah mana silapnya aku tersadung dan kami terjelupuk jatuh ke lantai.

“Kak Yana!”

“Yana!”

Lisha laju bangun dari belakangku. Elina Ryne cuba membantu aku bangkit semula tetapi aku gagal kerana kaki sebelah kiri aku sudah terseliuh.

“Yana, kau tak boleh macam ni. Mari aku tolong kau.” Sekali lagi cuba membantu aku berdiri tetapi tetap gagal.

Tubuhku semakin lemah. Asap tebal yang masuk ke dalam rongga pernafasan semakin menyesakkan dada. Apatah lagi dengan kesakitan yang aku alami sekarang. Aku geleng kepala. Tangan menolak mereka berdua pergi dari sini.

“Elina bawa Lisha pergi. Selamatkan diri kau orang berdua dulu. Aku akan cuba cari jalan untuk keluar dari sini.”

“Tak nak! Tak nak! Lisha tak nak tinggalkan kak Yana.” Lisha menangis teresak-esak.

“Lisha, kak Yana tak akan mati. Kak Yana cuba cari jalan nanti. Tapi, kamu berdua perlu pergi dari sini dulu. Tinggalkan kak Yana. Kakak tak nak kita semua mati di sini.”

“Yana, janganlah cakap macam tu. Aku min... aku minta maaf. Aku tahu aku banyak buat salah dekat kau. Tapi, biarlah aku tolong kau.”

Aku membalas dengan senyuman. Dia menarik tanganku semula dan memapahku keluar dari sini.

“Elina... sakit...” Aku mengerang kesakitan. Bukan setakat terseliuh sahaja tetapi buku lali aku juga cedera akibat terkena dengan botol-botol kaca yang berderai di atas lantai ini.

“Tak apa. Kau bawa saja Lisha pergi. Panggil orang datang bantu aku dekat sini, ya.” Aku menolaknya pergi. Riak risaunya itu langsung aku tidak peduli.

“Kak Elina... Lisha tak nak kak Yana mati...” Tangisan Lisha semakin besar. Elina mengesat air mata Lisha dan kemudian memandang aku sebelum bergerak pergi.

Aku terbatuk-batuk. Aku menggahkan diri untuk keluar daripada sini. Bila-bila masa sahaja atap bumbung ini akan jatuh menghempap aku.

Nafas semakin sesak. Langkahku semakin lemah. Pandanganku berbalam-balam. Kalau aku mati di sini...

“Dinda! Dinda!!”

Mata yang tertutup celik semula. Bebola mataku mencari arah datangnya suara itu.

“Sini...” Aku terbaring lemah. Nyawaku seakan mahu bercerai daripada tubuh ini.

“Cik Yana!!”

“Dinda tolong sedar! Sedarlah dinda!”

Terasa tubuhku disentuh olehnya. Dia menampar-nampar wajahku.

“Pu... te... ra...” Aku tidak dapat meneruskan kata. Pandanganku semakin tertutup dan tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience