BAB 16

Romance Completed 21274

MALAM ini terasa panas sekali. Aku ke dapur mengambil jus oren di dalam peti ais. Aku menuang jus oren itu ke dalam gelas dan meneguknya rakus. Tidak cukup segelas aku tambah lagi. Bukan apa, untuk menghilangkan rasa gemuruh aku sahaja. Lagipun, esok adalah pementasan teater Tira Mutiara. Aku tuang lagi segelas jus oren dan kemudian membawanya ke ruang tamu bersama dengan buku skrip.

Habis satu buku skrip ini aku baca. Mudah-mudahan apa yang aku hafal selama beberapa hari ini dapatlah aku ingat esok. Aku baring di atas sofa sambil membayangkan jalan cerita teater Tira Mutiara ini.

Kesinambungan daripada teater sebelumnya, di mana Tirana telah berkahwin dengan sang pangerannya yang bernama Bima dan mendapat cahaya mata perempuan yang diberi nama Bunga Puspa. Malangnya, mereka terpaksa menyembunyikan anak mereka itu. Mereka menghanyutkan Bunga Puspa ke sungai bersama perahu. Tirana dan Bima berbuat demikian kerana mereka diburu oleh keluarga Bima. Dia telah menentang larangan keluarganya sendiri. Keluarga Bima tidak suka keturunannya berkahwin dengan orang bawahan seperti Tirana. Mereka mahu memisahkan Tirana dengan Bima dan juga mahu membunuh anak kecil itu. Namun, gagal kerana Tirana dan Bima berjaya melarikan diri dan berjaya menyembunyikan anak mereka.

Cerita tentang Bunga Puspa itu pula dia telah dihanyutkan sehinggalah ke sebuah kampung iaitu Kampung Tanjung. Dia dijaga oleh keluarga angkatnya, Pak Andak dan juga Mak Midah. Mak Midah sayang padanya dan mereka memberinya nama Mutiara. Mereka menjaganya dengan baik sehinggalah dia dewasa.

Beberapa tahun berlalu, Mutiara menjadi anak dara yang cantik dan mempunyai budi perkerti yang baik. Namun, kebaikannya hanya ditunjukkan pada orang-orang yang baik kepadanya sahaja. Sebaliknya, orang yang bersikap kasar dengannya di balas dengan perangai kasar. Mutiara sudah mengetahui dirinya itu bukanlah anak kandung kepada Pak Andak dan Mak Midah. Walaubagaimanapun, kasih sayangnya pada orang tua itu tidak pernah berubah.

Aku bangun daripada pembaringan. Aku mengimbas semula kisah Tirana mengharungi hidupnya di Kampung Geliga. Teater itu cukup hebat bagi aku. Syirah berlakon dengan baik sekali. Cerita itu banyak halangan kerana Tirana terpaksa berdepan dengan fitnah orang kampung dimana dia di tuduh berasmara dengan suami orang. Padahal, benda itu tidak pernah terjadi. Mereka memfitnahnya agar dia dengan keluarga miskinnya keluar daripada kampung Geliga itu. Tapi, nasibnya berubah sebaik sahaja dia menerima lamaran cinta dari Bima. Mereka hidup senang sehinggalah keluarga Bima datang untuk memisahkan mereka.

Aku berdiri dan mundar-mandir di ruang tamu. Suhu panas bertukar sejuk kerana hujan mulai turun dengan lebatnya.

Mindaku beralih pada babak Mutiara berjumpa dengan pemuda bangsawan yang bernama Andika. Sampai ke hari ini aku tidak tahu gerangan yang memegang watak tersebut. Langsung tidak pernah muncul dan berlatih denganku.

Aku berdeham, membetulkan kotak suara. Lebih baik aku berlatih terlebih dahulu. Mujurlah tiada sesiapa di ruang tamu ini.

“Kau siapa datang menganggu aku malam-malam buta begini?” Aku memulakan lakonan. Ini adalah dialog Mutiara ketika pemuda bangsawan datang menghendap Mutiara yang sedang melayan perasaan di tepi tingkap biliknya.

“Aku Andika. Pemuda bangsawan yang digilai oleh anak-anak dara di kota Delima ini. Puas aku mengembara ke sana ke sini dan sekarang aku berada di kampung kau, Kampung Tanjung.” Aku bertutur menggunakan suara besar yang seakan-akan suara lelaki.

“Mengembara? Huh?! Apa mahumu?”

“Aku mahu kau. Aku mahu mencari seorang isteri yang sepadan dengan aku dan aku sudah menjumpainya. Perempuan itu adalah kau. Kau satu-satunya perempuan yang tidak pernah melayan lelaki seperti aku.”

Mutiara sudah sedia maklum dengan cerita tentang pemuda bangsawan itu. Dia juga sudah bertembung beberapa kali dengan lelaki ini tetapi tidak pernah melayannya seperti mana anak-anak dara lain melayannya. Tidak sangka pula pemuda bangsawan ini akan mencarinya.

“Tidak sangka bidadariku ini begitu cantik. Patutlah kau disukai oleh teruna-teruna di kampung kau ini.”

“Siapa bidadari kau, hah? Aku tak inginlah menjadi bidadari kepada lelaki bertopeng macam kau!” Di sini Mutiara memandang sinis pemuda bangsawan itu.

“Bagus! Aku suka dengan sikap kasar kau itu. Kau berbeza daripada perempuan-perempuan yang aku kenal sebelum ini.”

Laju aku berpaling. Bariz mencelah sambil bertepuk tangan sambil ketawa.

“Bariz! Kau ni buat aku terkejut saja.” Omelku. Terus hilang perasaan aku hendak berlakon.

Dia tersengih. Dia mengambil buku skrip yang aku letakkan di atas meja tadi.

“Bagi sini balik buku skrip tu.”

“Ala... kita berlakonlah lagi. Bariz baru nak masuk watak pemuda bangsawan ni tau.”

Aku buat muka. “Jangan nak perasan. Bagi sini balik buku skrip tu. Aku nak berlatih ni.” Aku cuba mengambil balik buku skrip itu tetapi, tangannya cepat menyorokkan buku itu di dalam bajunya. Aku menggeram.

“Ish, Bariz! Bagi baliklah. Aku tak ada masa nak main-main dengan kau. Hari ini hari terakhir aku nak berlatih benda tu tau. Esok aku kena buat persembahan dah.” Aku menggerutu.

“Eleh, Bariz cuma nak tolong akak saja. Bolehlah...? Bariz janji Bariz akan berlakon dengan baik.”

Aku menjulingkan mata ke atas. “Yalah. Yalah.” Aku mengalah.

SAKIT jiwa betul berlakon dengan si Bariz ini. Dia berjanji hendak menolong aku tapi dia main-main pula. Langsung tidak serius dengan lakonannya. Lebih baik aku tidur tenangkan fikiran.

Aku menarik selimut hingga ke paras dada. Hujan turun begitu lebat disertakan dengan angin kuat. Ketika ini fikiran aku melayang pada Putera Shiraz Adrian. Aku rasa sunyi pula bila dia tidak muncul di depan aku. Yalah, selalunya kalau berjumpa pasti akan bergaduh. Sekarang ini suara dia terngiang-ngiang di fikiran aku ini.

“Takkanlah aku...” Terus aku ketuk kepala sendiri. Tidak mungkin hal itu akan terjadi. Aku geleng kepala berkali-kali.

Aku mengiring ke sebelah kanan seiring dengan keluhan kecil. Pengawal istana ada menghubungi aku untuk ke sana tapi aku menolak kerana kesibukkan latihan teater ini. Harapnya, permaisuri Raniatu Afra itu tidaklah marah dengan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience