BAB 15

Romance Completed 21274

“ABANG IKHWAN!” Jeritku dari jauh. Susah betul hendak berjumpa dengan mamat seorang ini.

“Eh, Yana. Kenapa cari abang sampai ke fakulti abang ni?” Dahinya berkerut.

“Abang ni. Dekat perumahan susah hendak berjumpa dekat sini lagilah.” Lantas aku menariknya membawa ke arah satu pokok yang berdekatan dengan fakultinya.

“Kenapa ni Yana? Marah-marah abang sebab apa?” Soalnya.

“Putera raja tu ada tak? Dah dua minggu Yana tak nampak dia.” Dengan abang Ikhwan mana berani aku sembunyikan masalah. Walaupun kami jarang berjumpa tapi dia selalu mesej aku. Dia begitu ambil berat tentang diriku.

“Rindulah ni.” Abang Ikhwan mengusik aku.

“Mana ada rindu. Tanya saja. Selalunya dia datang cari gaduh dengan Yana.” Tanpa kusedari aku memberikan reaksi yang tidak sepatutnya aku pamerkan.

“Yakah? Muka monyok tu kenapa?” Mahu sahaja dia ketawa melihat riak wajah aku ini.

“Mana ada! Ish, abang ni. Sudahlah. Buang masa saja Yana ke sini.” Aku terus meninggalkannya dengan perasaan sebal.

DEWAN utama Universiti Diraja Kadziyah menjadi tempat aku untuk merehatkan diri setelah habis kuliah. Aku di sini bukan semata-mata merehatkan diri sahaja tetapi terpaksa menjadi pelakon tambahan teater si Syirah ini. Teater yang sepatutnya berlangsung dua hari lepas sudah dianjak ke minggu yang seterusnya kerana salah seorang pelakon teater perempuan mereka telah masuk hospital gara-gara terkena alahan yang teruk. Kasihan aku dengan perempuan itu.

“Yana, kau dah hafal skrip tu?” Tanya Syirah. Lagaknya seperti pengarah filem.

“Aku baru hafal sikit.” Ujarku. Payah sebenarnya mahu menghafal dialog-dialog ini. Bukan setakat dialog sahaja tetapi ekspresi wajah pun kena berlatih.

“Okeylah. Aku ke sana dulu. Kau hafallah, ya. Kalau tak tahu nanti aku ajar kau.” Dia tersengih dan kemudian berlalu ke atas pentas.

Aku duduk di bawah pentas dan menyandarkan tubuh pada kerusi yang tersedia di situ. Aku meneliti setiap dialog dalam buku skrip ini. Teater yang di bawa kali ini adalah kesinambungan daripada cerita teater sebelumnya di mana watak Tirana sudah berkahwin dengan sang pangerannya. Aku pula menjadi anak kepada Tirana dan sang pangeran.

Watak Mutiara, gadis kampung yang bersikap kasar tetapi hatinya lembut. Watak inilah yang Syirah minta aku gantikannya. Mutiara ini tidak suka dengan lelaki yang berperangai buruk dan suatu hari dia telah di ganggu oleh seorang pemuda yang berdarah bangsawan. Pemuda ini bertopeng. Sikap pemuda bangsawan ini nakal dan suka mengusik perempuan. Dia hanya menunjukkan wajahnya pada perempuan-perempuan tertentu sahaja yang sanggup melayan karenah nakalnya.

“Pelik? Cerita ini macam kisah hidup aku saja.” Aku garu kepala dengan hujung pensil yang aku pegang.

Dalam skrip ini, pemuda bangsawan itu akan menunjukkan wajahnya di hujung cerita. Ah, aku sangat teruja pula mahu tahu siapa gerangan pemegang watak pemuda bangsawan ini.

“Agaknya siapalah pemuda bangsawan bernama Andika ini?” Aku berpaling ke atas pentas, cuba memadankan watak lelaki ini dengan pelakon-pelakon lelaki yang ada di atas pentas itu.

“Tak ada satu pun yang padan dengan watak ni.” Aku menjuih bibir. Aku tahu lelaki-lelaki di atas pentas itu semuanya sudah mempunyai watak masing-masing. Tapi, aku masih tertanya-tanya siapakan gerangan yang memegang watak ini?

Aku pandang Syirah yang sedang berlatih dengan Ryaikal. Setiap kali teater berlangsung pasti mereka ada bersama. Aku tidak tahulah sama ada mereka berdua itu sudah meluahkan perasaan masing-masingkah atau belum. Aku tengok mereka berdua ini seperti sedang bercinta tapi bila aku tanya Syirah tentang hubungan mereka dijawabnya kawan sahaja.

“Yana!”

“Ya!”

“Marilah, sini. Berlatih dengan kami.” Ajak Syirah yang berada di atas pentas itu.

“Sekejaplah. Aku masih mahu menghafal ni.”

“Okey.”

Aku pandang atas dan menghela nafas berat. Demi kawan baik, aku sanggup buat semua ini. Haaih...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience