BAB 18

Romance Completed 21274

BABAK pertama di mana Tirana dan Bima terpaksa melepaskan anak mereka, Bunga Puspa ke sungai. Mereka melarikan diri keluar daripada kampung Geliga. Banyak juga halangan dan rintangan yang mereka berdua lalui. Tirana susah hati kerana Bunga Puspa tidak ada bersamanya.

Babak seterusnya, Tirana dan Bima menetap di satu kawasan terpencil di kota Nilam. Walaupun hidup aman di sana tetapi hati mereka masih lagi merisaukan anak kesayangan yang mereka terpaksa lepaskan 19 tahun yang lepas. Bagaimana kehidupan Puspa Bunga itu? Siapa yang menjumpainya? Siapa yang menjaganya? Keadaan kesihatannya bagaimana pula? Itu semua menjadi tanda tanya bagi pasangan tersebut.

AKU ke hulu ke hilir dengan perasaan gemuruh. Tidak lama lagi giliran watak aku pula yang akan muncul. Nafas aku tarik dan hembus. Aku lakukannya beberapa kali sehinggalah aku berasa tenang.

“Aduh, aku gemuruh lagi.”

“Cubalah tutup mata tu. Tenangkan fikiran. Doa banyak-banyak.”

Aku berpusing 360 darjah. Aku mengurut dada. Terkejut aku melihat lelaki bertopeng menutupi wajahnya. Topeng hitam yang dipakai olehnya itu mempunyai corak timbul flora dan dedaunan.

“Awak ni siapa, hah? Tak pernah pun nak timbul berlatih dengan saya.” Aku terus melontar rasa tidak puas hati aku kepadanya.

“Awak akan tahu juga nanti. Saya saja tak nak tunjukkan diri masa latihan. Takut kalau jumpa nanti awak jatuh pengsan pula.”

Aku bercekak pinggang. Kembang kempis hidungku menahan marah.

“Cik Yana sayang, janganlah buat muka macam tu. Macam mana saya nak masuk watak nanti kalau cik Yana marah-marah macam ni.”

Aku tunjuk muka mahu muntah. Berani sungguh dia panggil aku sayang, ya!

“Jangan perasan saya ni sayang awak. Nak muntah tau tak!”

Dia ketawa.

“Kalau awak muntah sekalipun tak apa. Saya sanggup lap muntah awak tu.”

Aku mengepal penumbuk.

“Saya tidak teragak-agak nak beritahu tunang saya pasal awak tau. Kalau dia tahu awak mengacau saya sudah tentu awak di buang universiti.” Tajam renunganku terhadapnya.

Lagi sekali dia ketawa.

“Tunang? Awak dah bertunangkah? Tak tahu pula saya.” Sinis pertanyaannya.

“Hoi, topeng hitam!” Aku menunding jari ke arahnya.

CUPP!

Aku tergamam. Dia menutup mataku dan kemudian mencium tanganku.

“Argh!!” Aku tolak tangannya yang menutup mataku. Cepat-cepat dia menutup wajahnya dengan topeng itu semula.

“Aku tak suka orang buat aku macam ni tau! Kau memang nak kena dengan aku.” Hilang terus kesabaran aku.

“Cik Yana. Kalau awak nak kenakan saya, silakan. Tapi bukan sekarang. Sebab giliran saya dah nak masuk. See you there, my dear.” Dia buat flying kiss sebelum menghilangkan diri.

Panas! Sangat panas! Dia adalah lelaki pertama buat aku macam itu. Dia ingat aku ini patung yang boleh di cium sesuka hati. Kau tunggulah nasib kau. Kalau Putera Shiraz Adrian tahu pasti kau akan menyesal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience