BAB 12

Romance Completed 21274

TERBELIAK aku memandang istana Pura Cahaya ini. Istana yang begitu megah dengan ukiran dan binaan gabungan moden-klasik. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini. Di sini juga ada taman-taman yang cantik, tempat untuk kaum kerabat diraja beristirahat. Beberapa pembantu istana sedang membersihkan kawasan taman di hujung istana ini.

Dari dalam kereta aku melihat jauh kelibat seorang lelaki yang berpakaian segak sedang berdiri menunggu di pintu utama. Aku cuak. Itu Putera Shiraz Adriankah?

Seminggu lebih aku tidak nampak dia dan hari ini mengapa perasaan aku lain macam sahaja bila melihat kelibatnya itu? Ah, rindu pula aku hendak bergaduh dengan dia...

Eh! Aku baru sedar dengan kata-kataku sendiri. Aku mengetuk kepala. Ish, jauh-jauhkanlah perasaan pelik itu dari aku. Aku tidak ada perasaan lain selain benci kepadanya.

“Cik Aryana, silakan.”

“Ya!” Aku berpaling ke sebelah. Pengawal berkepala botak itu sudah sedia membuka pintu sebelah kiri untuk aku. Aku keluar dari perut kereta dan melangkah perlahan ke arah permaisuri Raniatu Afra yang sedang berdiri di depan muka pintu istana.

Gemuruh aku rasakan ketika ini melihat wajah yang langsung tidak beriak itu. Masa ini jugalah semua pergaduhan antara aku dengan Putera Shiraz Adrian berlayar di kotak minda. Aku rasa tidak sedap hati dengan renungan tajam permaisuri Raniatu Afra. Seolah-olah aku ini bakal menerima hukuman berat daripadanya.

Aku tunduk hormat. Permaisuri Raniatu Afra tidak membalas apa-apa. Dia terus masuk ke dalam istana. Aku telan liur. Aku pandang pengawal berkepala botak yang masih setia berdiri di sebelah aku ini.

“Nama?”

“Cik Aryana tanya nama sayakah?” Dia meminta kepastian.

“Ya. Nama abang botak ini siapa?”

Dia berdeham. Agaknya, terkejut dengan gelaran yang aku berikan kepadanya.

“Panggil sajalah saya dengan nama apa saja yang cik Aryana suka.” Beritahunya.

“Betul ni?”

Dia angguk.

“Rasa-rasanya abang botak tahukah kenapa permaisuri ingin berjumpa dengan saya?”

“Lebih baik cik Aryana jangan tanya saya apa-apa. Saya hanya diperintahkan untuk membawa cik Aryana ke sini saja.” Tuturnya.

Nafas berat kuhela.

“Cik Aryana, sila masuk. Tuanku pasti sudah menunggu cik Aryana di dalam.”

Aku menurut kata.

MULUTKU melopong dan mataku terbeliak sepanjang jalan menuju ke ruang tamu. Tengok sahaja barang-barang yang ada di dalam istana ini dengan perabotnya sekali, pasti semuanya diimport dari luar Pura Cahaya.

“Aryana Hani,”

Aku tersentak mendengar suara permaisuri Raniatu Afra memanggil aku.

“Ke mari.” Arahnya. Aku segera ke tempat permaisuri Raniatu Afra. Dia sedang berdiri sambil memerhatikan tingkah lakuku.

“Duduk.”

Sekali lagi aku menurut kata.

“Tahukah kamu mengapa beta panggil kamu ke sini?”

“Ampun, tuanku. Patik tidak tahu.” Jawabku takut-takut. Aku menundukkan wajah.

“Beta panggil kamu ke sini kerana ingin berbincang tentang Putera Shiraz Adrian.”

Aku mengangkat wajah dan bertembung pula dengan pandangan tajam permaisuri Raniatu Afra. Tekakku terasa kering dengan situasi tegang sebegini.

“Tentang Putera Shiraz Adrian...” Lidahku kelu. Aku mana pandai pakai bahasa istana ini. Aku menguis-nguis pakaianku sendiri.

Tiba-tiba reaksi Permaisuri Raniatu Afra berubah. Aku tersengih apabila dia ketawa.

“Sudahlah. Bonda bergurau saja dengan Aryana.”

Wajahku berkerut mencari makna disebalik kata-kata permaisuri itu.

Aku terkedu apabila permaisuri Raniatu Afra duduk di sebelah aku. Dia mengambil sebelah tanganku lalu diusapnya lembut.

“Err... tuanku. Patik minta maaf kerana tangan patik ini tidak bersih.” Aku cuba menarik tanganku itu tetapi dia menggenggamnya semula. Dia menghadiahkan aku sebuah senyuman.

“Aryana, bonda tahu Aryana masih tidak biasa dengan semua ini. Tidak apa. Selepas ini Aryana akan selalu ke sini bertemu dengan bonda. Banyak yang Aryana kena belajar sebelum menjadi isteri Putera Shiraz Adrian.”

Mahu terjatuh rahang aku mendengarnya. Aku tidak salah dengarkah? Permaisuri ini betul-betul mahu aku menjadi sebahagian daripada keluarganya?

“Mengapa Aryana diam saja? Pengawal-pengawal di luar sana beritahu bonda yang Aryana ini selalunya banyak mulut tetapi mengapa dengan bonda jadi senyap pula?” Dia ketawa kecil.

Aku yang masih bingung ini hanya membalas dengan sengihan.

“Err... hmm...”

“Ya,”

“Begini, tuanku. Patik tidak pandai sangat dengan bahasa istana ini,” aku tersengih lagi.

“izinkan patik menggunakan bahasa umum, ya?” Mahu sahaja aku ketuk-ketuk kepala aku ini. Itulah, dulu belajar di sekolah langsung tidak ambil tahu tentang pelajaran bahasa. Sudah masuk universiti, berkasar pula dengan putera permaisuri Raniatu Afra ini. Sekarang, aku sendiri berdepan dengan isteri pemimpin Pura Cahaya ini dan tidak tahu bagaimana hendak berkomunikasi dengannya. Aku buat muka.

“Mengapa buat muka pelik sebegitu?”

Aku tersentak. Baru menyedari kesalahan sendiri.

“Ampunkan patik, tuanku. Patik mengutuk diri sendiri.”

Berdekah tawa permaisuri Raniatu Afra ini. “Aryana ini lucu juga orangnya, ya.”

“Apa yang telah membuatkan bonda ketawa besar sebegini?” Muncul seorang lelaki yang berpakaian segak. Dia duduk bertentangan dengan kami. Aku terpesona seketika melihatnya.

“Bonda ketawa sebab Aryana. Bonda suka dengan gadis ini.”

Lelaki itu mencebik. Wajahnya bengis memandang aku. Ish, siapa pula dia ini dan kemana pula Putera Shiraz Adrian yang aku nampak tadi?

“Inikah gadis yang menjadi pilihan adinda itu?” Dia memerhatikan aku dari atas ke bawah.

“Ya. Inilah Aryana Hani, tunang kepada adinda bongsu kamu itu.”

“Aryana, yang ini adalah bakal ipar kamu. Dia putera bonda yang sulung, Putera Rasyiq Shafy.” Permaisuri Raniatu Afra memperkenalkan aku kepada putera sulungnya.

Aku tidak tahu sama ada aku mahu senyum atau tidak. Muka dia serius sangat. Apabila aku perhatikan pakaiannya ini rasanya, dialah yang aku nampak sebentar tadi masa aku berada di dalam kereta.

Dia berdiri dan memandang sinis ke arah aku sebelum berpaling ke belakang.

“Bolehkah bonda tinggalkan kami berdua untuk seketika? Anakanda mahu berbicara dengan dia.” Suaranya tegas membuatkan tubuhku menggeletar.

Aku pandang Permaisuri Raniatu Afra. Dia masih lagi dengan senyuman manisnya itu. Kalau boleh aku tidak mahu ditinggalkan sendirian dengan putera raja yang satu ini.

“Baiklah. Aryana berbuallah dengan Putera sulung bonda ini. Nampak saja dia ini garang, berwajah ketat tetapi hati dia lembut.” Permaisuri mengusap lembut pipi aku sebelum mengatur langkah ke bahagian belakang. Aku sendiri tidak pasti ke mana arah tujuan permaisuri itu.

“Kau!”

Terhinjut bahuku dek suara tingginya.

“Ikut aku ke halaman belakang.” Arahnya.

Aku takut-takut hendak berdiri. Dia sudah jauh ke depan meninggalkan aku yang masih tidak berganjak dari tempat dudukku.

“Mari, cik Aryana. Saya bawa cik Aryana ke halaman belakang istana ini.” Abang botak lembut sahaja mengajak aku ke halaman belakang.

“Abang botak, putera raja itu memang begitukah?” Aku bertanya.

“Cik Aryana usah risaulah. Putera Rasyiq Shaqy itu baik orangnya. Nampak saja garang tetapi hati dia lembut.”

Aku mengerutkan dahi. Macam aku kenal sahaja ayat itu.

Dia tersengih. Aku mencebik.

“Abang botak ini. Bukankah itu ayat Permaisuri Raniatu Afra? Ergh! Saya tanya betul-betul, dia main-main pula.” Aku menggeram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience