Bab 37

Drama Series 71241

"Aduh, time ni lah kau nak rosak pun. Esok aku kena balik KL semula..Ishh"

Cakap Fahmi sendiri sambil tangannya sibuk memeriksa masalah enjin keretanya itu. Ini bukan kali pertama masalah begini menimpa dirinya. Perkara ini sering kali berulang kerana kereta kancil ini hanyalah kereta terpakai saja. Fahmi tidak mampu membeli kereta baru. Dia hanyalah seorang pelajar dan tidak bekerja lagi. Setakat berulang-alik dari tempat belajarnya menggunakan kereta kancil ini itu sudah memadai.

"Haishhh, serabut aku. Nampaknya kena call Aniq ni..."

"Tut..tut...tut..."

"Yow, pehal kau call aku ni? Bosan ke duduk rumah tu? Aku ajak lepak semalam tak nak.. Sudah lah kau dengan Alia tak da sekali. Kau tahu tak anak Pak Mail, Laila. Dia dah balik ke sini. Semalam bukan main dia asyik tanya pasal kau je. Crush zaman sekolah katanya. Hahaha"

Seronok Aniq bercerita kepada Fahmi tentang aktiviti mereka semalam. Semua kembali berkumpul kerana cuti semester akan tamat tidak lama lagi. Masing-masing sudah ada kerjaya dan impian. Ada yg sambung belajar dan ada yg sudah bekerja. Fahmi dengan Alia saja tidak dapat menyertai mereka semua. Tidak mungkin ikatan persahabatan satu kampung akan dilupai bila sudah berkahwin mahupun belajar jauh dari sini. Mereka sentiasa bertanya khabar antara satu sama lain.

"Ishh, kau ni ke situ lakk.. Alia dah kahwin. Ikut suamilah..Kita yg bujang ni buat hidup memasing. Bro..free tak? Datang rumah aku kejap. Keta aku rosak lagilah..."

Ujar Fahmi agak terhibur mendengar cerita dari Aniq. Fikirannya mula terpikir tentang Laila anak Pak Mail, ketua kampung ini. Laila antara pelajar cemerlang dari kalangan mereka semua. Dia sambung belajar dalam bidang kedoktoran di luar negara kerana mendapat biasiswa dari kerajaan. Fahmi tidak menyangka Laila masih teringat tentangnya. Sudah lama dia tidak ketemu dengan Laila walaupun duduk sekampung.

"Okey, bro sekarang gak aku datang!!"

"Haa, yelah. tut"

Panggilan itu terus dimatikan. Fahmi kembali memeriksa enjin keretanya. Habis berpeluh satu badan dibuatnya. Matahari sudah terpacak di atas kepala memandangkan akan masuk waktu zohor nanti. Mujur Aniq seorang mekanik di kampung ini. Boleh juga dia meminta tolong Aniq tengokkan keretanya ini.

"Kring...kring...kring..."

Kedengaran ada panggilan baru masuk di telefonnya. Cepat-cepat tangan Fahmi menarik keluar telefon jenama Samsung A71. Itu saja telefon yg ia mampu guna di zaman era moden ini. Kebanyakkan semua telefon yg canggih berlipat ganda harganya.

"Huh..Alia?"

Nguman Fahmi seketika selepas melihat panggilan nama tertera di kaca telefonnya. Dia baru terpikir mahu telefon Alia sebelum pulang ke bandaraya Kuala Lumpur esok. Fahmi mahu sampaikan bekalan Mak Senah untuknya. Maknya itu terlalu rindu dan risaukan tentang kesihatan Alia di sana.

"Haa, Alia..Ada apa kau call ni?"

Tanya Fahmi biasanya bila berbual dengan Alia. Tiada layanan baik langsung untuk Alia. Mereka suka bercakaran sejak dahulu kecil lagi. Dia dengan Alia ibarat anjing dan kucing. Bergaduh tidak kenal tempat. Disebabkan itulah jodoh mereka jauh sekali.

"Ishh, kau ni..Aku call salah. Tak call salah. Cuba layan adik kau ni baik sikit. Bagitahu Mak nanti baru tahu."

Rajuk Alia setelah Fahmi tidak langsung teringatkannya di sini. Terbantut niatnya mahu beritahu Fahmi tentang kesihatannya itu. Pandangan Alia kembali redup melihat ke arah televisyen. Seolah jalan cerita itu saja berjalan tetapi tiada suara bercakap. Rumah ini kosong dan sepi tanpa ada bicara manusia seperti selalu. Dia mula rindukan semua orang di sisinya.

"Yee adikku sayang. Ada apa adik call ni? Sihat ke di sana? Bosan ke? Nak balik ke sini? Best oo duduk kampung. Tahu tak semua kawan-kawan kita dah balik ke sini. Aniq,Laila,Sham dan Dilah. Kitorang lepak semalam dekat Restoran tepi laut. Rugi kau tak join sekali."

Ujar Fahmi sengaja berbohong begitu terhadap Alia. Dia mahu lihat sejauh mana Alia mahu memendamkan perasaannya itu. Fahmi boleh tahu Alia tengah sedih hanya dengar dari nada suaranya saja. Mesti Alia rasa keseorangan di sana. Sudahlah tidak kenali sesiapa pun. Tambah pula duduk bandar besar seperti Kuala Lumpur. Bahaya untuknya keluar seorang diri. Kalau di sini, setiap masa dia boleh keluar bila bosan.

"Ermm, bestnya. Untunglah..Ehh asal kau seronok beritahu aku ni? Sajakan nak sakitkan hati aku. Huh!!"

Alia mula menguis kasar bantal sofa di atas ribanya itu. Rasa marah dan geram saja mendengar cerita seperti itu dari Fahmi. Sudah lama dia tidak berjumpa dan ketemu dengan rakan sekampungnya. Dari kecil main sekali sampailah semua pakat sambung belajar dan bekerja. Hanya segelintar saja yg hadir di kenduri pernikahannya dulu. Alia mula rindukan semua kenangan lama. Sekarang, semua itu hanyalah tinggal kenangan saja. Dia sudah pun berkahwin. Jauh sekali dia akan rasa detik berkumpul seperti itu lagi.

"Alahh, aku tipu je. Aku tak pegi punlah..Diorang ada ajak..tapi aku tolak. Kau tak de. Nanti tak adil pula. Maybe next time kot kita berkumpul sama-sama lagi. Okey..back to on topic. Napa call aku? Esok aku nak balik sana dah tau. Mak ada nak kirim barang basah sikit dekat kau. Alah..ikan pekasam dan ikan kering je. Jangan nak expect lebih sangat. Kau ada dekat rumah tak esok?"

Beritahu Fahmi kebenarannya sebelum Alia mengamuk tentang perbohongan itu. Dia sudah agak Alia akan rasa terkilan dan sedih. Semestinya perasaan begitu akan wujud bila kita duduk berjauhan dari kampung halaman sendiri. Fahmi melabuhkan diri di atas anak tangga sekejap selepas melihat motosikal Aniq memasuki perkalangan rumahnya. Dia menyuruh Aniq melihat dahulu keadaan keretanya itu.

"Series ni??!!! Yeayy!! Ermm, dah lama tak rasa semua itu. Ehh, kejap. Aku dan abang Lutfi dah pindah ke rumah barulah..kami tak duduk sekali dah dengan familynya. Nanti aku sent alamat. Fahmi, Nak cakap dengan mak kejap boleh?"

"Ehh, dah pindah? Haa, okeylah. Jap aku panggil Mak.."

Alia tidak mahu Fahmi bertanya lebih tentang perpindahannya itu. Biarlah Fahmi datang ke sini barulah dia berbual tentang semua itu. Ada kala baiknya dia beritahu secara berhadapan dengan Fahmi. Mungkin Fahmi akan mengerti dan tidak bertindak di luar kawalan. Alia tidak mahu Fahmi mencampuri masalahnya di sini. Dia tidak mahu menyusahkan Fahmi dan Mak Senah. Cukuplah mereka sudah mengambil berat tentangnya itu sudah cukup.

"Mak..oo Mak..Alia call ni.." Panggil Fahmi dari arah luar rumah. Mungkin Mak Senah hanya duduk di dapur sahaja.

"Alia call ke do? Camna dia? Sihat ke kat sana? Rindu ahh dekat budak sejarah tu.."

Sampuk Aniq setelah mendengar itu panggilan telefon daripada Alia. Kerjanya sudah tidak jalan bila mendengar tentang Alia.

"Sihat je ahh..Banyak kau rindu. Bini orang tu. Dah sambung keje. Camne enjin kete aku ni..Esok dah nak gerak KL"

Ujar Fahmi mahu saja lempang wajah Aniq bila berkata begitu. Suka sangat mengurat Alia tanpa segan pilu walaupun dia sudah berkahwin. Sejak dari kecil Aniq minat dekat Alia. Dia suka cara Alia mengajarnya dalam subjek sejarah. Termaksudlah mereka semua. Siapa saja tidak suka Alia. Sudahlah baik dan cantik manis orangnya.

"Hehehe..Melawak je sial. Itu pon nak marah. Nanti, kalau Alia dah balik sini. Mungkin dah dapat anak kan? Bukan apa..Selalunya jodoh orang jauh ni rezeki awal. Kita doa baik-baik je dekat dia."

Fahmi hanya mengangguk tanda benar juga apa yg diperkatakan oleh Aniq. Jika itu melambangkan kebahagian Alia. Dia turut tumpang senang. Fahmi terus tersenyum sendiri. Mendengar saja bibit bicara Maknya dengan Alia. Sudah lama mereka berdua tidak melepaskan rindu.

...............................................................................

"Ermm, Banyak barang kau bawa. Wah, serupa tak nak balik ke sini dahkan? Maklumlah..dah bebas dari siksaan dalam rumah ni."

Perli Datin Nafisah setelah memasuki bilik Alia tanpa rasa malunya. Dia berjalan di sekitar bilik itu sambil meneliti setiap inci barangan yg sedia ada di dalam bilik ini. Takut juga jikalau Alia ada mencuri sesuatu di dalam rumah ini tanpa mereka sedar. Orang tunjuk baik dari luar seperti Alia selalu berbuat jahat dalam dia.

"Ermm..Apa yg mama katakan ni..Lia tak pernah anggap seperti itu. Kalau Lia ada lama di sini pun..Mama bukan terima Lia kan. Jadi, biarlah Lia keluar dari sini."

Alia beranikan diri untuk berkata begitu. Rasanya dia tidak perlu takut lagi untuk bersuara. Sebentar lagi orang sepertinya sudah tiada di sini. Ibu mertua dan kakak iparnya itu tidak perlu melepaskan amarah dan jemu melihat dirinya ini. Rumah agam ini akan kembali aman seperti biasa.

"Kurang ajar..Kau jangan ingat dah bebas yee budak. Selagi kau dalam keluarga aku..sedikit pun aku tak akan layan kau dengan baik tahu!!! Ludah jilat balik pun aku tak hinginlah."

Datin Nafisah terus menerpa ke arah Alia tanpa teragaknya. Tangannya menguis kasar dagu Alia tanpa ehsankan rintihan Alia meminta untuk dilepaskan. Panas hatinya rasa bila mendengar suara seakan sindiran dari mulut Alia. Berani budak kampung sepertinya ini membalas setiap bicaranya.

"Lepaslah..Lia dah nak keluar dah pun. Kenapa mama benci sangat dekat Lia? Apa yg Lia dah buat sampaikan mama dan kakak bencikan Lia?"

Tanya Alia selepas menjarakkan dirinya dengan Datin Nafisah. Kalau dibiarkan pergaduhan ini berlangsung, sampai ke esok pun tak akan sudah. Alia penat dilayan seperti ini pada setiap hari. Tubuh badannya sudah tiada tempat untuk mereka melepaskan pukulan lagi. Dia hanyalah mangsa tempat melepaskan amarah saja. Kalau dilaporkan pada pihak polis sekali pun, senang saja orang berduit seperti mereka akan terlepas. Malah, orang sepertinya selalu dibawa hina sampai bila-bila.

"Kau nak tahu sebab apa aku benci kau?? Sebab kau hadir dalam keluarga aku. Kau sedar tak kau siapa nak masuk ke dalam keluarga Dato' Tahir? Nasib mak kau dah lama mampus. Kalau kau nak tahulah kan..perangai mak kau tu lebih kurang perangai kau je sekarang. 'Perampas harta'. Jangan ingat, apa yg kau ada sekarang dari bapa dan mak kau sendiri. Aku tak akan lupakan apa yg diorang berdua buat dekat keluarga aku."

"Aku doakan kau tak dapat zuriat dari darah daging anak aku sendiri. Aku tak akan halalkan sedikit pun apa yg kau miliki sekarang. Kau tunggu budak..kau akan hidup merana sama seperti Mak kau dalam kubur tu!!"

Mengigil badan Datin Nafisah menarah amarahnya daripada tersembur lagi dekat Alia. Dia menggenggam erat pergelangan tangan Alia. Satu tatapan tajam terus diberikan ke anak mata Alia. Sudah lama dia memendamkan perasan sakit ini. Melihat wajah Alia sudah membuat benak hatinya rasa panas membuak-buak. Wajah seorang yg sudah lama pergi dari dunia ini. Tapi, wajah ini masih diingati sehingga mati.

"Allahuakhbar..Ya Allah..astagfirullahalazim..."

Mengucap Alia selepas tersedar dari lamunannya itu. Matanya di pejam rapat sekali. Tangannya sudah mengigil tanpa sebab. Hanya kedengaran azan Asar sudah berkumandang dari masjid tidak jauh dari taman perumahannya ini. Alia membuka matanya perlahan-lahan. Berharap sangat kejadian itu tidak menghantuinya lagi. Kata-kata Datin Nafisah masih tergiang dan segar di dalam fikirannya. Dia masih buntu dan tidak faham maksud tersirat itu.

"Adakah semua ini ada kena mengena dengan arwah ayah dan ibu? Ya Allah. Permudahkanlah urusan mereka di sana. Ambil lah segala kebaikan aku di atas dunia ini. Berikanlah tempat terbaik mereka di sisi-Mu"

Berdoa Alia kerana kasih dan rindunya kepada mereka tidak akan pernah pudar. Hidup ini akan rasa kosong bila orang yg kita sayang sudah tiada. Selagi mereka masih hidup gunakanlah peluang yg ada untuk bahagiakan mereka. Alia mula melangkah kaki masuk ke dalam tandas. Pili air dibuka perlahan. Dengan selafaz bismilah. dia mengambil wuduk untuk laksanakan solat asar. Dengan cara inilah hatinya yg sepi akan terubat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience