Bab 41

Drama Series 71241

Di waktu pagi, sudah menjadi rutin harian Alia untuk menyediakan sarapan pagi buat sang suami. Setiap hari menu yg berlainan dimasaknya kerana tidak mahu Lutfi rasa jemu untuk mengisi perut kosong nanti. Alia menghidangkan roti sardin dan air milo panas untuk sajian hari ini. Dia rasa tidak berapa nak sedap badan. Anak tekak ini asyik mahu muntahkan kembali makanan yg dijamahnya. Mungkin dia perlu ketemu Dr Henry semula untuk berbincang tentang masalah ini. Alia masih buntu. Sukar untuknya menentukan satu keputusan. Berat sakit yg ditangung, berat lagi kebenaran ini dirungkaikan.

"Eerm..morning.." Sapa Lutfi sepatah apabila tiba di meja makan.

Kelihatan Alia sudah siap menghidangkan sarapan pagi untuknya. Suasana pada pagi ini tidak seperti selalu. Hanya sepi menyapa mereka berdua. Mahu saja Lutfi memeluk tubuh Alia seperti selalu tetapi sekarang bukan waktu yg tepat. Disebabkan hal semalam Alia tidak bertegur sapa dengannya. Mungkin Alia masih terasa hati dengan perkara itu. Lutfi melihat sayu tubuh kurus kering Alia di hadapannya. Terlihat jelas tulang belakang timbul di sekitar leher Alia.

Alia terus mengambil kain untuk mengelap tangannya yg basah selepas mencuci pinggan mangkuk. Apronnya ditanggalkan lalu disangkut pada peti sejuk. Tidak berguna dia menunggu lama di sini lagi. Lebih baik dia pergi membuat kerja rumah yg lain. Dapat juga berubat hati ini.

"Makanlah..saya nak basuh baju dulu.."

Bersuara Alia sebelum mengatur langkahnya semula. Marah sekali pun tidak perlulah merajuk dan bermasam muka. Tugasnya sebagai seorang isteri masih perlu dijalankan. Alia tidak dapat menatap anak mata Lutfi. Pandangan matanya dialih ke arah lain semasa berbual dengan Lutfi. Langkah besar diambilnya meninggal Lutfi sendirian.

"Lia...Lia marahkan abang lagi?"

Tanya Lutfi sebelum Alia pergi jauh darinya. Bergema sedikit suara Lutfi selepas berkata begitu. Hatinya sedikit terguris dengan tindakan Alia. Sudah banyak kali dia memohon maaf tetapi Alia tetap dengan sifat keras kepalanya. Ego lelakinya dibuang jauh-jauh demi hubungan mereka berdua. Lutfi sanggup mengalah dan mengaku salah dan silapnya tentang hal semalam.

"Untuk apa? Benda sudah lepaskan? Tak perlulah nak di pertikaikan lagi.Tak guna marah lama-lama. Saya cuma nak siapkan kerja rumah. Makanlah sarapan tu. Nanti lambat pula.."

Jawab Alia terus memberikan senyuman kepada Lutfi. Rasa kekok saja jawapannya ini. Riak wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin. Hati ini tidak boleh makan hati lama-lama. Rasa terkilan dan sakit mana pun. Dia tetap masih boleh maafkan Lutfi. Kerana terlalu sayang egonya direndahkan.

"Then, kalau tak marah. Duduklah. Kita sarapan sama-sama. Selalunya Lia akan teman abang. Selagi Lia tak nak teman, abang tak nak makan."

Lutfi mula menarik kerusi lalu melabuhkan dirinya di meja makan. Tubuhnya masih kaku tanpa menyentuh sedikit pun sarapan itu. Selagi Alia tidak mahu temannya selagi itulah dia tidak akan makan.

"Ermm, janganlah macam ni. Nanti..lewat pula."

"Call me what?..Habiskan dulu ayat Lia yg tertinggal tu.."

Sampuk Lutfi sebelum Alia berdalih lagi dengan diri sendiri. Sampai begini sekali Alia tidak mahu mengunakan panggilan itu kepadanya. Alia mula mengeluh perlahan. Lidahnya menjadi kelu tanpa sebab. Rasa berdosa pula jika berterusan seperti ini.

"Aabang.." Bersuara alia perlahan. Berat mulutnya mahu memanggil Lutfi.

"Apa?? Abang tak dengar.."

Kali ini Lutfi memandang ke arah Alia. Melihat tingkah laku Alia yg sedang mengentel lengan bajunya sendiri. Kakinya pula menguis ke lantai. Comel sangat bila Alia dalam keadaan begini. Lutfi mahu tersenyum tetapi ditahan dulu.

"Abang!!! Dah dengar? Puas?"

Merah padam wajah Alia bila menjerit kuat ke arah Lutfi. Rasa lega sekejap perasaannya dilepaskan. Dijelir lidahnya ke arah Lutfi yg sedang ketawa tidak ingat dunia. Sengaja mahu mengusiknya lagi. Lutfi terus bangun dan berjalan ke arah Alia. Tanpa membuang masa lagi, satu pelukan hangat diberikan kepada Alia.

"Jangan gerak. Biar kita begini sebentar."

Ujar Lutfi terus memeluk erat tubuh badan Alia. Matanya dipejam rapat. Merasai detik bahagia bersama Alia. Fikirannya selalu memikirkan Alia. Hati ini terlalu mencintai Alia kerna hati ini tercipta untuknya. Hadirnya Alia di dalam jiwa dan raga. Tiada tempat dirinya pergi tanpa Alia. Bidadari syurga selamanya.

Butiran jernih mula memenuhi kelopak mata Alia. Merasai kehangatan tubuh Lutfi di waktu pagi. Entah kenapa hatinya terlalu lemah dengan semua ini. Sukar untuk memahami isi hati Lutfi. Alia tidak mahu bertepuk sebelah tangan. Biarlah jiwanya bersama Lutfi. Saling melengkapi antara satu sama lain kerana cinta ini sentiasa utuh untuknya.

...............................................................................

Butik Adira Dafira Collection.

"Okey..semua dah siap. Tinggal nak kira stok barang jee..Ermm bolehlah hujung minggu ni bawa anak-anak bercuti. Apa Alia buat ehh sekarang.. Mesti dah happy dengan Lutfi. Nak jenguk dialah nanti." Bisik hati Dira sendiri.

Selepas bercerai dengan Qirash secara baik, dia ingin memulakan hidup yg baharu sekarang. Biarlah semua itu tinggal kenangan yg pahit. Walaupun sukar untuk dihadam. Hidup ini mesti diteruskan demi 3 orang anaknya yg masih kecil dan perlukan perhatian dari mereka berdua. Menjadi janda bukan pilihan tetapi demi kebahagian sendiri itulah pilihan yg benar.

Dira tidak menghalang jika Qirash mahu bersama anak-anaknya. Dia boleh bertemu dengan mereka bila-bila masa saja. Walaupun hak jagaan jatuh kepadanya, ia tetap boleh bertolak ansur demi kerinduan anak-anak terhadap papa mereka. Qirash berhak mendapat belaian dan kasih sayang mereka.

Fikiran Dira mula terpikir tentang Qirash. Apalah bekas suaminya itu buat sekarang. Dira tidak sangka akhirnya Qirash melepaskannya secara rela. Dira tidak pernah membencinya. Hubungan mereka berakhir disebabkan oleh mertunya sendiri. Dira terlalu penat dilayan seperti kuli di dalam rumah itu. Bahkan, selalu diperbodohkan seolah dia 'bank' kepada mereka semua. Qirash adalah seorang lelaki yg baik. Dia tidak pernah berselingkuh dan menduakan Dira. Malah Qirash langsung tidak pernah mengangkat tangan kepadanya. Sejujurnya, Dira terlalu sayangkan Qirash. Hati ini terlalu sakit mahu melepaskan Qirash pergi dari hidupnya. Kerana terpaksa dia relakan. Sebelum jiwa ini mati dan tak bernyawa.

Hari di mana Qirash dan Dira bercerai.

Qirash menurunkan songkok di kepalanya. Kakinya mula berhenti di anak tangga. Pandangannya di alih menghadap Dira. Matanya sudah lama berkaca sejak melafazkan cerai terhadap Dira. Di tatap lama wajah orang yg dia cintai dan kasihi. Berkongsi hidup selama 6 tahun bersama. Adira seorang isteri yg baik. Terlalu sempurna dan tidak dapat dibandingkan dengan orang lain. Tiada cacat cela sepanjang mendirikan rumah tangga bersamanya. Seorang yg kuat, tabah dan berdikari. Dia adalah lelaki yg beruntung kerana dapat memiliki Adira Dafira Binti Syeikh Bukhari. Air mata kembali menuruni pipinya. Teresak tangisan Qirash di hadapan Dira. Berharap sangat semua ini dapat diputar semula.

"Sudahlah. Menyesal pun dah tak guna. Mulakan hidup baru. Maybe lepas ni akan rasa kurang..tapi semuanya akan lengkap jika awak dekatkan diri dengan tuhan. Kejarlah akhirat pula. Pasal anak-anak awak tak payah risau. Jumpalah mereka kalau awak rasa rindu. Saya benarkan. Awak juga papa mereka."

Bersuara Dira tenangnya di hadapan Qirash. Dibuang jauh-jauh perasaan simpati ini. Dira tidak mahu mengulangi kesilapan yg sama. Dia perlu berubah ke jalan yg lebih baik bersama anak-anaknya tanpa Qirash. Cukuplah kerana kasihan jiwanya yg tersiksa. Bila terlalu buat baik tetapi dibalas keji. Sebelum dia berubah fikiran lebih baik dia mengakhiri semua ini.

"Dira..Saya cuma nak awak tahu. Saya tetap akan mencintai awak sampai bila-bila. Tiada penganti yg layak mengantikan tempat awak di hati saya. Saya bersumpah, selagi saya bernafas. Saya akan terus menpertahankan awak kerana awaklah cinta mati saya. Jodoh di tangan tuhan. Jika sudah tertulis di Lauh Mahfudz awak jodoh saya. Kita akan tetap bersama kembali."

Dengan penuh yakin Qirash ujarkan semua ini dekat Dira. Dikesat kasar air matanya daripada mengalir lagi. Dia mula menanamkan hasrat untuk memiliki Dira kembali. Qirash percaya jodohnya dengan Dira bukan sampai di sini saja. Seteruk mana sekali pun mereka diuji, pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Dia akan tetap mencintai Dira walaupun sekarang hubungan mereka sudah berakhir.

"Tidak akan ada penceraian dan perpisahkan dalam islam demi kebaikan untuk kita berdua. Kita sudah usaha dan membuat pilihan tetapi itulah Kehendak-Nya. Siapa kita mahu salahkan takdir. Teruskan hidup. Inshallah, dengan keredhaan dan izin-Nya. Kita berdua akan hidup bahagia dengan pilihan masing-masing."

Tenang saja jawapan Dira untuk soalan Qirash kepadanya. Satu senyuman mula terukir di bibirnya. Dira tidak mahu berharap benda yg mustahil akan berlaku. Biarlah semua ini berakhir dengan keadaan yg baik tanpa ada iri hati dari kedua belah pihak. Setiap orang ada secebis kebaikan untuk kita. Jangan sampai marah dan berdendam kita lupa tentang kebaikan itu.

Qirash hanya diam kerana sentap dengan kata-kata balas dari Dira terhadapnya. Matanya kembali berkaca. Sungguh mulia perempuan seperti Dira. Sejuta dalam satu perempuan sepertinya di dunia ini. Butiran jernih ini akan selalu tumpah. Jiwanya rasa kosong tanpa Adira.

Dira mula mengorak langkahnya pergi meninggalkan Qirash. Tiada apa yg perlu mereka bualkan lagi. Keadaan tidak akan ubah seperti dulu. Jam berdetik setiap saat dan waktu. Masa terus berjalan dengan biasanya walaupun mereka berdua rasa seolah dunia ini berhenti berputar. Setelah memasuki perut kereta. Air mata mula tumpah ke pipi Dira. Dari tadi lagi dia menahan sakit ini di depan Qirash. Tersedu-sedan tangisan Dira tanpa diketahui oleh orang lain. Biarlah tangisan redup ini dia sendiri yg lalui. Jiwanya merintih. Semuanya sudah berakhir.

"Puan..maaf ganggu. Ada orang nak jumpa Puan di depan.."

Tegur Hana iaitu pekerja kerani Dira di butik ini. Rasa bersalah pula Hana menganggu masa bossnya berehat sekarang. Dira mengesat kasar sisa air mata yg terkumpul di kelopak matanya. Entah kenapa fikirannya sukar melupakan kejadian itu. Terlalu bodoh dirinya memikirkan benda yg lepas.

"Dia lagi ke?.."

Tanya Dira mahu satu kepastian daripada Hana siapakah yg bertandang ke sini semasa mereka semua rehat pada waktu zohor sekarang. Serupa sudah tiada waktu lain nak datang.

"Ha'ah..Tapi kali ni..dua jambak bunga besar dia bawa. Puan nak saya suruh dia pergi atau.."

"Sokay..biar saya yg jumpa.." Balas Dira lalu bangun dari tempat duduknya. Langkah berat di ambil untuk pergi ke hadapan butiknya.

Dari jauh Dira melihat seorang lelaki lengkap berkemeja pejabat sedang memegang dua jambak bunga duit. Senyuman lelaki itu tak pernah lekang. Tidak serik dihalau masih datang ke sini juga. Keras kepala betul mahu ajar lelaki seperti ini. Dira mengeluh panjang. Entah bagaimana dia mahu melayan lelaki ini. Lelaki ini kalau tidak bukan bekas suaminya, Syed Muhd Qirash Lutfan.

"Hai..awak dah makan? Kalau tak makan lagi. Saya ada bawa lunch untuk awak. Before tu, nah..Ambil lah. Please jangan tolak. Saya ikhlas. Kalau awak nak halau saya. Saya akan pergi. Tapi, please terima semua ini."

Qirash bersungguh-sungguh buat semua ini untuk Dira. Sejambak bunga duit yg bernilai Rm 1000 sebagai tanda dia membayar sedikit banyak hutangnya kepada Dira. Qirash tidak mahu tersekat di akhirat nanti kerana makan duit isteri. Biarlah dia bayar sedikit demi sedikit kepada Dira. Sekurangnya dia membayar walaupun Dira sudah halalkan. Dosa tetap berdosa.

"Sudahlah Qirash..Tak perlu buat semua ini. Saya tak pernah minta pun. Kalau benar awak nak bayar semua duit tu..masukkan ke tabung anak-anak. Sekurangnya masa depan mereka terjamin nanti."

Dira cuba melayan Qirash sehabis baik mungkin. Dia tidak permah kisah tentang semua duit itu. Anggaplah semua itu ada kebaikkan untuk keluarga mertuanya juga. Sekurangnya dia berguna bila mereka perlu bantuan darinya. Dira sudah lama lupakan perkara itu. Serabut fikirannya mahu pikirkan perkara yg sudah terjadi. Nasi sudah menjadi bubur.

"Kalau itu yg awak mahukan. Bbaiklah. Saya akan lakukan sehingga semuanya habis dibayar. Beri saya masa. Okey..Jum makan. Saya pun belum makan lagi. Balik nanti saya pick up anak-anak tau. Awak jangan risau."

Qirash terus melepakkan jambak bunga itu di tepi. Dia mengambil bekal makanan untuknya dan Dira. Tanpa membuang masa lagi Qirash membuka setiap bekas makanan itu. Terlihat banyak jenis makanan kegemaran Dira. Bibirnya tidak lekang dari mengunturkan senyuman kepada Dira. Sekurangnya hari ini dia tidak dihalau lagi. Meluangkan masa sebentar bersama Dira sudah merawat jiwa ini.

Dira terpaksa akur dan melayan kehendak Qirash. Dia melabuhkan diri di meja untuk makan tengah hari bersama bekas suami. Kasihan dia melihat Qirash bersungguh-sungguh buat semua ini. Lelaki yg tidak pernah jemu melayan segala keinginannya. Qirash memang seorang lelaki yg baik. Entah kenapa dia terlalu lurus ikut segala kemahuan keluarganya sampaikan menyiksa jiwa sendiri. Sampai bila dia mahu hidup seperti ini. Dikongkong seperti anak kecil. Keluarga Dato' Tahir memang pelik!

...............................................................................

"Jemputlah minum Opah, mama dan akak. Adalah sedikit kuih yg Lia buat pagi tadi."

Pelawa Alia apabila menghidangkan minuman dan sedikit makanan untuk mereka bertiga datang bertandang ke sini tanpa memberitahu dahulu. Tergopoh-gapah Alia menyiapkan dirinya agar berpenampilan menarik sedikit.

Tetamu yg datang secara mengejut ini kalau tak bukan keluarga mertuanya juga. Pada mulanya, dia agak terkedu kerana Datin Nafisah dan Qairin turut datang ke sini. Perasaan takut masih tersiksa di dalam dirinya. Mungkin dengan kedatangan Hajah Aminah ke sini Ibu mertua dan kakak iparnya itu tidak boleh menyentuhnya. Yaa, berharap sangat.

"Terima kasih Alia. Buat susahkan kamu saja. Alia sihat? Opah tengok pucat je wajah tu? Demam ke? Lutfi bawa tak pegi ke klinik?"

Bertalu-talu soalan Hajah Aminah ditujukan kepada Alia. Sejak dari tadi pandangannya tidak boleh beralih dari melihat cucu perempuan kesayangannya ini. Mesti rasa sunyi dan sepi tinggal berkeseorangan bila Lutfi pergi ke tempat kerja. Kalau Alia tinggal sekali dengannya mesti tidak akan dibiar begini.

"Yaa, Alhamdulilah sihat. Biasalah ni. Dekat rumah. Lia tak pakai apa pun. Opah sihat? Mama??"

Jawab Alia cuba mengawal nadi suaranya itu. Takut pula terkantoi dengan Hajah Aminah nanti. Opahnya ini selalu saja bertanya tentang kesihatannya. Selain itu tiada sesiapa yg peduli mahupun Lutfi sendiri. Pandangan Alia kembali melihat ke arah Datin Nafisah yg sedang sibuk bermain telefon di tangannya. Hanya dengan Opah saja dia berbual sejak dari tadi lagi. Ibu mertuanya asyik diam dan menghadap telefon bimbitnya.

"Ehh...Arr sihat je. Qai..duduklah. Yang kau dari tadi asyik berjalan meneroka rumah ni dah kenapa? Tak biasa datang rumah orang?"

Bersuara Datin Nafisah lalu memberikan senyuman kepada Alia. Dia memanggil Qairin yg sedang melihat setiap gambar-gambar pada bingkai yg tersusun rapi di tepi televisyen. Apa pula yg anaknya itu mahu lakukan sekarang. Dia berharap sangat Qairin tidak lalukan apa pun di sini.

"Eleh mama ni. Biarlah. Kan Alia? Cantik sangat semua gambar ni. Apa kata Alia letak gambar keluarga kita yg lengkap. Betul tak Opah?"

Qairin memberi candangan kepada Alia dan Hajah Aminah. Satu senyuman manis menampakkan lesung pipit terpancul di wajahnya. Tersentuh dia melihat setiap bingkai gambar ini. Memori lama terukir kembali orang kata.

"Haa, bagus juga candangan Qai ni. Nanti kita snap ramai-ramai yee. Cukup satu keluarga kita." Opah menyokong.

"Betul tu Mama. Mesti semua mahukan kumpul ramai-ramai." Sokong Datin Nafisah pula lalu bangun untuk melihat koleksi gambar itu.

Tergamam Alia dengan apa yg dia dengar sekarang. Pandangannya melihat ke arah Qairin selepas itu dialih kepada Datin Nafisah. Tidak dapat tangkap dek akal fikiran dengan semua ini. Apakah benar ibu mertua dan kakak iparnnya sudah berubah dan menerima dirinya di dalam keluarga ini. Jika semua ini benar, dialah perempuan yg paling bahagia di dunia. Sudah lama dia menanti saat ini. Disayangi dan dikasihi seperti orang lain. Tiada apa yg lebih bermakna selain "kebahagiaan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience