Bab 58

Drama Series 71241

Di rumah Syeikh Bukhari.

"Adira, Kejap lagi..jangan lupa solat. Lepas tu, jangan lupa makan ubat dan minum air penawar yee. Rehatlah..Nanti papa suruh Ibu Nini bawakan makanan." Pesan Syeikh Bukhari kepada Dira.

Mereka bedua baru pulang dari Pusat Perubatan Darus'Syifa. Sudah masuk seminggu Dira dirawat di sana. Fahmi yg mencadangkan untuk pergi ke sana kerana hampir 80% orang yg berubat di sana akan sembuh. Ustaz Zabidi merupakan seorang yg berpengalaman dalam urusan sebegini dan ia juga merupakan seorang pensyarah di univerisiti tempat Fahmi belajar. Tiada ungkapan selain 'syukur Alhamdulilah' Dira sudah menunjukkan sedikit perubahan pada dirinya. Kesihatannya semakin pulih hari demi hari. Tidak lagi cuba mencederakan dirinya seperti dulu.

Pandangan Syeikh Bukhari bertukar sayu melihat langkah lemah Dira menanggalkan tudung di kepalanya. Hanya angguk dan geleng kepala saja yg ia membalas. Sukar untuk mendengar suaranya bercakap semula. Dira sekarang bukanlah seperti dahulu. Tiada lagi suasana gembira yg ditunjukkannya. Ramai orang terkesan dengan perubahan diri Dira seperti ini termaksudlah anak-anaknya sendiri.

Dira berjalan menuju ke arah meja soleknya. Kerusi ditarik lalu melabuhkan diri di situ. Pandangannya nelihat ke atas meja. Terdapat beberapa dokumen tentang perihal kerja dan kunci Butik miliknya. Agak lama Dira melihat semua itu tanpa disentuh. Akhirnya, butiran jernih mula mengalir di wajahnya kembali. Teresak-esak tangisan Dira mengenang apa yg berlaku terhadap dirinya. Berat ujian hidup yg dilalui tanpa sedar. Diuji dengan hasad dengki manusia kerana mempertahankan maruahnya selama ini.

"Arghh.....Ya Allah...apa salah aku sampai mereka sanggup jatuhkan aku begini sekali..Apa salah aku Ya Allah..tunjukkanlah Kebesaran-Mu.." Nguman Dira tidak dapat menahan sebaknya lagi.

Sakit yg dirasainya tiada sesiapa yg tahu. Berjujuran air mata keluar membasahi pipi. Tersedu-sedan tangisan Dira menyelebungi ruang biliknya. Kunci Butiknya digenggam erat sekali. Semuanya sudah berakhir. Perniagaan Butik Perkahwinan yg sudah masuk angka 8 tahun berurus niaga ditutup begitu saja. Hancur musnah segala impian yg telah dikecapinya selama ini.

"Tak..Tak!!...aku perlu kuat..Aku masih ada papa..Aidil, Anas dan Awina..mereka perlukan aku.. Aku kena kuat seperti dulu." Kata Dira lalu mengesat kasar sisa air mata di wajahnya. Dia mula bangun dan berjalan menuju ke tandas. 'Solat' lah yg akan tenangkan jiwanya yg selalu rapuh. Meminta pertolongan daripada tuhan kembali.

Dira pasrah dan redho. Andai kata ini takdir yg perlu ia tempuhi, Dira akan terima. Hidup mesti diteruskan demi anak-anaknya. Dira percaya, rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Selepas sembuh dari sakitnya ini. Dia akan kembali dan bangun semula. Semuanya demi anak-anaknya yg masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Dira tidak akan mudah jatuh kerana hasad dengki orang lain.

Pada waktu yg sama di rumah Dato' Tahir.

Qirash termenung sendiri di dalam kamarnya. Ruang bilik yg gelap tanpa sedikit pun cahaya melinap masuk. Ada sedikit samar-samar cahaya lampu tandas yg masih dibukanya. Bilik yg bertaburan dengan sisa makanan dan sampah-sarap.

Rupanya yg kusut-masai seperti sudah berapa hari tidak mandi. Wajah di penuhi jambang dan janggut. Mata sembab dan kemerahan. Setiap hari deraian air mata tidak berhenti mengalir tanpa rasa jemu. Inilah sisa hidup yg Qirash tempuhi setiap hari. Tiada sesiapa yg peduli tentangnya. Menanggung sakit dan derita ini seorang diri.

"Adira Dafira..Aidil Zaquan...Anas Zafri...Awina Zanirah.. Papa rindu kamu semua..Papa nak keluarga kita kembali bersama...Papa terlalu rindu..." Ngumam Qirash terus memeluk erat bingkai gambar lengkap keluarga kecilnya.

Deraian air mata masih mengalir. Setiap hari, masa dan waktu. Kepingan gambar Dira dan anak-anaknya selalu menjadi tatapan. Segala kenangan bersama mereka masih mekar di dalam fikirannya. Sedikit pun ia tidak pernah lupakan. Qirash masih berharap masih ada cahaya dan petunjuk untuk semua yg berlaku ini. Dia terlalu sayang dan rindukan keluarga kecilnya.

"Sayang...tunggu di sini. Biar abang masuk dulu tengok keadaan abang Qirash.." Kata Lutfi lalu memegang kedua belah bahu Alia.

Mereka berdua sudah bertekad mahu membawa Qirash pergi berubat seperti yg telah dijanjikan. Kalau mereka tidak bertindak siapa lagi yg akan peduli tentangnya. Semua orang di dalam rumah ini terlalu sibuk dan membuat urusan masing-masing sampaikan tiada sesiapa yg peduli tentang Qirash. Malah, ia dicemuh kerana terlalu gilakan bekas isterinya, Dira.

Sebaliknya yg berlaku pada mata Lutfi dan Alia. Mereka peduli dan ambil berat tentang apa yg berlaku kepadanya. Dira telah dikhabarkan mula sembuh itu sudah cukup memadai dan syukur buat Alia. Dalam diam dia menolong Dira. Biarlah semua itu rahsia saja. Sekarang, mereka mahu menolong Qirash pula keluar dari serombong hidup begini.

"Abang..hati-hati.. tak pe. Lia ikut dari belakang.." Ujar Alia masih was-was mahu biarkan Lutfi masuk sendiri.

Suasana seram dan merinding mula menyapa dirinya lagi. Alia tidak mahu ditinggalkan seorang diri. Rumah agam Dato' Tahir terasa sangat sunyi dan sepi seperti sedia kala. Tiada sesiapa pada waktu sekarang kerana pasa waktu tengah hari mereka datang ke sini. Hanya terdapat beberapa orang pembantu rumah yg sedang berada di bawah.

Dato' Tahir semestinya keluar di awal pagi lagi. Hajah Aminah ada temu janji bersama doktor pakar. Datin Nafisah dan Qairin selalu habiskan masa mereka di luar saja. Lutfi dan Alia sudah tahu jadual mereka setiap hari.

"Lia takut ke? Masih waktu siang kan? kejap je abang masuk.. tunggu sini ehh? Kalau ada 'benda' tu abang pukul nanti. Don't Worry lalink!!" Kata Lutfi lalu mengangkat kedua belah keningnya.

Sejak dapat tahu Alia ada 'six sense'. Lutfi selalu menyakatnya tidak bertempat kerana mahu tahu apa yg Alia dapat melihat. Orang yg bermata kasar sepertinya sukar melihat benda ghaib seperti itu.

"Ishh, abang ni. Memain pula. Betul-betul lah..Lia nak ikut." Balas Alia terus menampar bahu Lutfi. Sempat lagi dia melawak pada waktu begini.

Mata Alia masih melilau melihat keadaan di sekeliling ruang jalan ini. Mereka berdua sedang berdiri di depan bilik Qirash. Terasa seolah ada seseorang sedang mencuri lihat ke arah mereka berdua. Meremang bulu roma Alia.

"Hehehe sorry. Okey. Ikut rapat dekat abang tau. Peluk badan abanglah teruslah. Abang pun takut juga ni..Eee, seram." Ujar Lutfi mula mengusap pergelangan tanganya.

Bukan Alia saja yg takut lalui benda mistik seperti ini. Lutfi turut rasai benda yg sama walaupun dia tidak dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri. Bulu romanya turut menegang sekali.

"Ehh, dia pula yg takut. Kata lelaki berani. Sembang lebih je ni. Yelah..yelah. Baca bismillah dulu sebelum buka. Lia ada.." bebel Alia sedikit terhibur melihat riak wajah cuak dan peluh mula memenuhi dahi Lutfi.

Bukan main tadi mahu masuk bilik ini seorang diri. Sekarang dia pula yg perlukan teman. Alia mula memegang erat baju Lutfi. Di tarik dan digulung banyak kali sebelum memegangnya. Habis terangkat baju Lutfi menampakkan isi perut. Dia tidak peduli asalkan Lutfi tidak akan tinggalkannya nanti.

"Tarik sikit-sikit je lah.. Habis nampak perut ni haa. Adoii. Malunya kite. Better sayang peluk abang je terus." Balas Lutfi cuba menarik turun bajunya ke bawah semula. Terbutang matanya melihat tindakan Alia seperti ini.

"Cepatlah buka!! Malu apanya. Yg abang selalu show off perut boroi ni kat rumah tak ape pula. Sampai bila kita nak duduk tercegak dekat sini lagi? Buka sekarang..." Marah Alia sudah hilang sabar melayan kerenah Lutfi.

Hampir 10 minit mereka bermain saja di sini. Tangannya tidak lepas dari mencuit-cuit perut Lutfi yg kian membesar. Tidak dinafikan lagi berat badan Lutfi semakin naik sejak mereka berkahwin. Apa yg Alia masak Lutfi akan menikmatinya dengan berselera sekali. Inilah dikatakan cukup kasih sayang sepanjang mereka bersama.

"Lia!! Malunya abang. Mana ada boroi pun. Nak pegi Gym laa nanti. Okey...okey.. Abang nak bukalah ni. Fuhhh, bismillah.." Ucap Lutfi setelah melepaskan satu helaian nafas panjang. Dia kuatkan diri bersama Alia untuk melihat keadaan Qirash di dalam bilik ini.

"Kreakkkk..."

"Assalamualaikum..abang..abang ada di dalam?"

Lutfi beranikan diri mengucap salam dan memanggil Qirash setelah pintu bilik ini ditolak perlahan-lahan. Kelihatan gelap saja ruang bilik ini tanpa ada cahaya matahari yg menyinari masuk. Tiada sayutan balas dari Qirash semula. Tangan Lutfi masih menyarap di sekitar dinding untuk mencari suis lampu dahulu. Mata mereka berdua tidak dapat menangkap di masa susuk tubuh Qirash berada sekarang.

Alia menelan payah air liurnya melepasi anak tekak. Pegangan pada baju Lutfi diperketatkan lagi. Keadaan di dalam bilik ini sangat tegang dan suram. Kejadian yg sama ia lalui semasa berada di rumah Dira. Nasib saja Alia cukup kuat bertahan dengan persekitaran begini. Kalau tidak sudah lama ia jatuh pengsan dan demam panas.

"Klik!!"

Akhirnya, suis lampu berjaya di buka. Cahaya terang mula merangkap masuk pada mata mereka berdua. Lutfi menutup matanya dengan tapak tangan dahulu. Samar-samar dia mencari susuk tubuh Qirash tapi masih belum kelihatan. Langsung tiada kelibat Qirash di dalam bilik ini. Terkejut dia melihat persekitaran di sini. Hanya terdapat longgokkan sampah-sarap saja.

"Abang!!!"

Bersuara Alia terketarnya. Secara tiba-tiba, Alia memeluk kuat tubuh Lutfi dari arah belakang. Kepalanya Alia rapat pada badannya. Badan Alia dirangkul kemas sebelum Lutfi berpaling dan alangkah terkejutnya dia melihat Qirash berada di tepi Alia. Dirinya yg tidak terurus dan selekah. Matanya tepat memandang tajam ke arah Alia. Seolah sedang marah kedatangan Alia dan Lutfi ke sini tanpa izin.

"Lia..baca ayat kursi. Jangan takut. Tutup mata." Pesan Lutfi kepada Alia cuba untuk menenangkan keadaannya dahulu.

Alia sudah menangis selepas melihat keadaan Qirash yg mengejutkan seperti ini. Semestinya mereka takut pada renungan tajam mata Qirash. Ini bukanlah diri Qirash yg sebenarnya. Ada benda lain yg sudah berdamping dalam tubuh badannya tanpa sedar.

"Abang...ini Luke..Bawa mengucap abang.. Ingat tuhan." Kata Lutfi sudah mati akal dan tidak tahu mahu selesaikan semua ini.

Dia bukanlah seorang ustaz mahupun seorang penghafal ayat-ayat pelindung Al-Quran. Walaupun ada sikit-sikit surah yg ia ingat semuanya terus lupa pada waktu genting seperti ini. Hanya bergantung pada Alia saja untuk membaca apa yg ia tahu. Mereka berjalan menjauhi Qirash sedikit.

Kepala Qirash digeleng ke kiri dan ke kanan. Pandangan matanya tidak lepas melihat ke arah Alia. Tangan Qirash mula diangkat. Alia adalah sasarannya dan bukanlah Lutfi. Rasa panas badannya apabila mendengar ayat-ayat pelindung yg keluar dari mulut Alia. Qirash benci perempuan mulia seperti Alia. Selagi dibiar, dia pula yg akan terbakar nanti.

"Arghhhh!!!!"

"Tiba-tiba"

..................................................................................

Di rumah Hajah Samsiah.

"Maaflah akak..kalau Lia sudah susahkan semua orang di sini. Lia boleh je tinggal dekat rumah tapi Lutfi yg tak benarkan. Maaf sangat-sangat." Bersuara Alia apabila Farisa menunjukkan bilik tetamu kepadanya.

Lutfi menyuruh Alia bermalam di rumah Hajah Samsiah kerana dia sibuk uruskan keadaan Qirash bersama Furqan dan Fahmi di Pusat Rawatan Darus'Syifa. Lutfi tidak mahu tinggalkan Alia sendirian di rumah mereka kerana bahaya bila dia berseorangan di situ.

Alia pula masih takut untuk tinggal di rumah Dato' Tahir walaupun sudah ada Hajah Aminah dan Datin Nafisah di sana. Kejadian yg berlaku siang tadi masih tergiang di dalam fikirannya.

"Ehh, tak apalah. Apa yg susahnya. Betul lah apa yg abang Luke buat tu. Bahayalah tinggal sorang-sorang. Lia ni pula perempuan tahu! Masuklah rehat dulu. mandi..solat apa semua. Nanti kita makan malam bersama. Okey?" Kata Farisa lalu mengukirkan senyuman di wajahnya.

Kedatangan Alia di sini sentiasa dialukan. Mereka bukan tidak kenal Alia. Bahkan, rasa selesa sangat bila berada dekat bersama Alia. Farisa meletakkan baju salinan dan kain telekung untuk Alia di atas katil. Kasihan pula dia melihat keadaan Alia yg letih seharian ini. Sibuk menguruskan masalah abang iparnya sampaikan diri tidak sempat berehat. Mujur saja mereka sedang cuti.

"Ermm, terima kasih. Puan mana? Lia tak nampak pun." Tanya Alia baru perasan tiada kelibat Hajah Samsiah di sini. Selalunya Hajah Samsiah orang yg akan menjemput sesiapa saja yg bertandang ke sini. Rasa sunyi pula suasana di dalam rumah ini. Mimi sudah pulang ke universiti. Hanya Farisa saja yg ada. Alia mula rasa pelik.

"Umi? Kat rumahkan? Panggil umi jelah.. Ermm, sebenarnya..Lepas Lia keluar masa tu..Umi. Umi jatuh pengsan. Lia tak perasan apa-apa ke?" Kata Farisa sayunya apabila teringat kembali apa yg berlaku kepada Hajah Samsiah.

Mereka hampir kehilangan Hajah Samsiah kerana ia terkena serangan jantung. Nasib saja ambulans sempat sampai pada waktu itu. Kalau tidak mungkin Hajah Samsiah sudah tiada sekarang. Farisa takut dan sedih bila teringat kembali semua itu. Sesungguhnya dia belum bersedia kehilangan uminya. Begitu juga dengan Furqan.

"Ya Allah..Lia tak tahu akak. Semasa Lia keluar umi baik-baik saja masa tu. Maaflah Lia tak tahu. Macam mana keadaan umi? Umi ada? Boleh Lia jumpa dengan umi?" Soal Alia terus memegang kedua belah tangan Farisa.

Butiran jernih mula memenuhi kelopak matanya. Rasa lemah semangat selepas dikhabarkan begini keadaan Hajah Samsiah terhadapnya. Alia sibuk menguruskan keluarga Lutfi sampaikan tidak tahu keadaan sebenar apa yg dilalui oleh keluarga Farisa. Dia mula rasa bersalah kerana terlalu mementingkan diri.

"Alia..Tak apalah. Bukan salah Alia. Umi tengah rest dalam bilik dia. Jangan risau okey? Now, Alia bersihkan diri dulu. solat. Lepastu, jumpalah dengan umi. Pasti umi rasa senang nanti." Ujar Farisa tersentuh sangat bila Alia selalu risaukan keadaan orang di sekelilingnya.

Sampaikan dirinya sendiri yg tidak terjaga. Farisa tahu Alia adalah seorang perempuan yg baik. Jauh dari apa yg orang lain anggap terhadapnya. Pepatah ada mengatakan 'Tak kenal maka tak cinta'.

"Baiklah..." Jawab Alia sedihnya. Farisa memberikan senyuman dan meninggalnya sendiri untuk berehat dahulu di dalam bilik ini. Macam-macam yg berlaku dalam sehari dua ini. Alia langsung tidak sempat berehat dan memikirkan keadaannya sendiri. Orang lain yg ia lebih risau dan ambil berat.

Tudung bawal ditanggal lembut dari kepala. Pandangan sayu Alia melihat helaian demi helaian anak rambut yg gugur. Semakin nipis lapisan rambutnya yg lebat. Arwah ayahnya sangat suka sisir rambut ini. Sejak kecil lagi rambut ini dijaga rapi dan panjang mengurai. Kini, semua itu hanyalah tinggal kenangan. Rambutnya tidaklah secantik dulu. Bahkan, tunggu masa saja akan botak semuanya.

Deraian air mata mula tumpah di pipi Alia. Dia hanya kuat bila berada di depan semua orang. Bila berkeseorangan inilah apa yg dirasainya. Menghitung hari demi hari untuk meneruskan hidup seolah tiada apa yg berlaku terhadapnya. Alia melihat dirinya di depan cermin. Pencuci alat solekan ditonyoh kuat pada bibirnya. Berkali-kali dia buat agar hilang kesan lipstik ini.

Kini, hanya tinggal rupa sebenarnya. Rupa yg sembunyikannya selama ini. Wajahnya tidak tumpah seperti mayat hidup yg masih bernyawa. Tanpa solekan siapalah dia. Alia tidak tahu apa yg Lutfi anggap sepanjang bersamanya selama ini. Adakah benar cinta sejati itu wujud? Mampukah ia bertahan sampai ke penghujugnya? Miskipun setiap orang ada kisah silam tersendiri?

Rate n comment okey? Sis cuba ff tau. TQ <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience