Alia melangkah masuk ke dalam biliknya dahulu. Badannya mula rasa bergetah dek kerana berjemur di tengah panas semasa membasuh semua peralatan itu tadi. Habis kulitnya terbakar sedikit. Boleh di lihat hanya melalui kesan kemerahan di sekitar tangannya.
"Huh.. panasnya basuh semua tu tadi." kata Alia lalu menghela nafas yg panjang.
Alia terus membuka tudung yg dipakainya itu. Dia melepas satu ikatan pada rambutnya. Kini, terdedah dirinya yg berambut lurus panjang dan sedikit beralun pada hujung rambut. Alia terus mencapai kain tuala. Satu benda yg dia mahu lakukan sekarang adalah mandi dahulu. Pada ketika itu juga, Lutfi melangkah masuk ke dalam bilik itu tanpa mengetuk dahulu.
"Arghhh!!" Jerit Alia selepas melihat Lutfi.
"Aehh!! Napa menjerit ni!! Ada apa?" Tanya Lutfi dengan hairannya.
Dia mula melihat keadaan di dalam bilik ini. Kelihatan tiada apa pun di sini kecuali diri Alia yg sudah membuka tudungnya itu. Terpegun Lutfi melihat kecantikan semula jadi Alia sebenarnya.
"Kkeelluuarr!!!" Jawab Alia dengan gagapnya lalu memakai kain tuala di atas kepalanya dahulu.
"Tapi kenapa pula?" Tanya Lutfi lagi. Berkerut dahinya apabila melihat Alia bertindak seperti ini.
"Ye lahh..Saya tak pakai tudungkan..jadi keluar lahh."
"Alahai.. Ingatkan apalah tadi. Alia Qisyara.. saya suami awak sayang.. Buat apa awak nak tutup aurat awak dekat saya? Dah halalkan? Everything I can see." Jawab Lutfi tanpa segan pilu.
Lalu dia memandang susuk tubuh Alia dari atas sehingga ke bawah. Dia menelan payah air liur melihat tatapan halal di depannya sekarang. Sengaja Lutfi bertindak seperti ini selepas melihat wajah Alia mula kemerahan sedikit.
"Haishh!! sudahlah. Gatalnya dia nihh! Eee!! Dah arr. Nak Mandi dulu." Balas Alia mula melangkah besar ke arah tandas.
"Oopppp!! Abang nak mandi dulu... Bak sini kain tuala tuu." Pantas saja tangan Lutfi menahan Alia daripada masuk ke dalam tandas.
"Ehhh, Dah kenapa pula? saya datang dulu.. Jadi sayalah yg mandi dulu!"
Alia mula berlawan cakap dengan Lutfi. Tidak mungkin dia akan mengalah untuk cop siapakah yg akan mandi dahulu. Masing-masing sudah bermandi berpeluh teruk kerana kipas tidak buka di dalam bilik ini.
"Bolehhh saja.. Asalkan kita mandi berdua amacam???"
Jawab Lutfi tanpa berdalih lagi. Matanya ligat saja memandang dari atas hingga ke bawah susuk tubuh Alia. Alia mula tidak duduk senang di tepi pintu tandas itu. Meremang segala bulu roma di badannya. Semakin lama dia terasa dirinya semakin seram sejuk. Ada saja ayat godaan keluar dari mulut Lutfi.
"Eeeee, Yelah..yelah. Awak menang!! Mandilah dulu!!!" Balas Alia lalu membaling kain tuala miliknya ke arah muka Lutfi.
Terpaksa dia mencari kain tuala baru untuknya pula. Pada masa yg sama salahnya juga kerana tidak sediakan semua ini untuk Lutfi. Malah, barang Lutfi pun dia tidak sempat kemas lagi ke dalam almari.
"Yes! Hahaha. tu baru first tahu.. Ada lagi yg menanti.." Ujar Lutfi sebelum menutup pintu tandas itu.
"Ewwww Ya Allah, Sabarlah wahai hati.. Ewwww. gelinya aku!!" Kata Alia perlahan lalu membuka zip beg bagasi milik Lutfi.
Mahu tak mahu dia kena juga siapkan segala pakaian untuk Lutfi. Sudah menjadi tanggungjawabnya sekarang sebagai seorang isteri. Ini adalah kali pertama dia buat semua ini selepas arwah ayahnya. Sebelum ini, Alia hanya lakukan semua ini untuk arwah ayahnya sahaja. Sekarang, tugas ini kembali bersambung untuk suaminya pula. Bibir Alia terus mengunturkan senyuman sayu. Rasa rindu ini mungkin tiada penghujung lagi. Dia sangat rindukan arwah ayahnya.
..............................................................................
"Sayang, Cepatlah.. Nanti kang lambat pulaaa..." Panggil Lutfi di depan pintu rumah.
Sudah lama dia menunggu Alia di situ. Sempat juga dia berbual kosong dengan abangnya, Qirash tadi. Lutfi hanya mengenakan kemeja baby blue yg Alia sendiri pilih untuknya. Seluar jean hitam menjadi padanan untuk baju kemeja ini. Tersentuh hatinya apabila seorang isteri buat semua ini untuknya. Begitulah orang kata nikmat sebuah perkahwinan. Kasih sayang seorang isteri tidak dapat dibandingkan lagi.
"Yelah..yelah. Sabarlah.. Tadi dia yg sibuk nak mandi dulu.. pastu mandi mengalahkan orang perempuan. Buat apa ntah dalam bilik air tu selama sejam, Then.. salahkan kita pula yg lambat. Membebel Alia sampai ke depan pintu.
Panas hatinya rasa dari tadi asyik mendengar Lutfi memanggil namanya tanpa henti. Kalau boleh sehari Lutfi akan terus menyakatnya. Nasib badan dapat suami anak bongsu. Terpaksalah dia melayan kerenah manja Lutfi ini.
"Amboiiii. Cantiknya bidadari Abang ni.. Sudah-sudahlah membebel tuu. Dah cantik ni jangan marah-marah.. Nanti tak cantik lah.." Pujuk Lutfi sambil membuat muka comel sedikit ke arah Alia.
"Hmm, ingat orang makan pujuk dia lah tu? Balas Alia sambil memuncungkan mulutnya ke arah Lutfi.
Alia hanya mengenakan dress labuh berwarna biru tua serta shawl chiffon berwarna putih. Solekan biasa di wajahnya diikuti juga gincu nipis di bibirnya. Comel saja gelagat Alia bila dipandang oleh Lutfi. Mungkin pandangan ini yg akan di tatapnya setiap hari selepas ini.
"Senyum tau? Okey, dah ready tuan puteri?" Kata Lutfi sambil menghulurkan tangannya kepada Alia.
"Hmmm, ada-ada sajalah awak ni."
Alia pun memegang tangan Lutfi dengan eratnya. Malam ini terasa dingin saja. Boleh lah dia panaskan tangannya di dalam genggaman tangan Lutfi. Sudah halal jadi tidak kisahlah dia nak buat apa pun.
"Ehh jap, sebelum kita pergi.. Kena beritahu mak dulu. Tak kan nak bawa saya pergi macam tuu saja."
Ujar Alia sambil mencari-cari kelibat Mak Senah. Sejak maghrib tadi lagi dia tidak nampak susuk tubuh Mak senah dan Fahmi. Keadaan rumah ini juga amat sunyi bukan seperti biasa.
"Semua itu sudah beres. Abang dah beritahu Mak nak pinjam sayang untuk malam ni. OK?"Jawab Lutfi dengan biasanya.
"Eemm..yelah..jum"
Lutfi sudah merancang semua ini dengan Mak Senah dan juga Fahmi untuk menyambut hari Lahir Alia yg ke -23 tahun. Perjalan ke tempat itu hanya mengambil masa 20 minit sahaja. Tidak sempat Alia bertanya lebih lama lagi akhirnya kereta Lutfi berhenti di tepi pantai. Lutfi mula melangkah keluar dari kereta dahulu sebelum membuka pintu kereta untuk Alia. Sesampai sahaja dekat tepi Pantai yg pernah Alia dan Lutfi jumpa dahulu.
"Ehh ni kan tempat.. " Belum Alia bercakap habis Lutfi terus mencelah.
"Yepp. First time pertemuan kita right? Now, saya nak tutup mata awak dengan kain hitam ni?" kata Lutfi sambil menunjukkan sehelai kain kecil yg berwarna hitam ke arah Alia.
"Nak buat APA? perlu ke?" Soal Alia dengan hairannya.
"Perlu sayang.. Kalau tak.. Tak surprise lah namanya.. Cepat pusing belakang.." Jawab Lutfi dengan terujanya. Dia tak sabar nak tunjukkan kejutan itu kepada Alia nanti.
"Hmmm .. OK. Kali ni je saya ikut semua idea awak.. lepas ni awak pula kena ikut apa saya nak? Boleh?" Ujar Alia sudah bersyarat bagai.
Sejak dia kenal dengan Lutfi, semua keinginan Lutfi dia turuti tanpa menolaknya. Alia sendiri tidak tahu kenapa Lutfi bersemangat sekali buat semua ini untuknya. Padahal mereka berdua baru saja kenal antara satu sama lain. Alia mula rasa bersalah dengan semua kejutan lutfi ini.
"Baiklah Tuan puteri, saya setuju."
"Okey.. Pegang lengan saya kuat-kuat yaa. Hati-hati tau, jalannya agak berbatu."
Lutfi memegang tangan Alia dengan lembutnya dan membawa Alia ke kawasan yg ingin dituju itu.
"Awak.. Jauh lagi Ke? Saya tak nampak ni. Nak jalan pun susah."
Membebel Alia kerana mula terasa kakinya pijak di atas pasir. Agak jauh juga Lutfi memimpin tangannya sehingga ke tepi pantai. Sayup kedengaran bunyi derugan air ombak menembusi telinganya.
"Okey... Now, are you ready honey?" Tanya Lutfi sebelum membuka Kain di Mata Alia itu.
"Yeaaa. bukalah cepat.." balas Alia dengan biasanya.
Tanpa membuang masa lagi, Lutfi terus membuka kain di mata Alia. Pada masa yg sama juga dia menyuruh Mak Senah dan Fahmi bersiap sedia.
"Selamat hari lahir Alia Qisyara yg Ke -23 tahun!!"
Bersuara Mak Senah dan Fahmi termaksudlah Lutfi sekali. Betapa terkejutnya Alia mendengar ucapan mereka. Dia hampir terlupa harini adalah hari kelahirannya yg ke - 23 . Inilah kali pertama Alia mendapat kejutan yg sangat mengharukan seperti ini. Seluruh pantai telah diterangi dengan cahaya lilin yg berbentuk "love". Alia hanya tergamam dan hanya menghayati saja detik seperti ini.
"Alia, marilah ke sini.. Kita potong kek ni.. Penat kami semua siapkan untuk Alia." Kata Mak Senah sambil menunjukkan ke arah kek dan beberapa juadah makanan yg telah disediakan dia atas meja itu.
Alia pun melangkah perlahan menuju ke arah mereka mengikut jalan yg dibuat oleh terangan cahaya lilin. Di situlah hatinya mula terasa sebak sekali. Mahu sahaja air matanya menitis jatuh. Dia teringatkan sambutan kelahirannya bersama arwah ayahnya. Walaupun tidaklah semewah ini, semua itu tetap bermakna buat Alia. Setiap tahun pasti arwah ayahnya akan buat kejutan kecil untuknya. Alia perlu kuatkan diri dengan memberi senyuman ke arah mereka.
"OK.. Now , make your wish.." kata Lutfi dengan gembiranya.
Alia hanya akur sahaja dengan kata Lutfi itu. Dia pun meniup lilin dengan berdoa agar kehidupannya sentiasa dilindungi oleh Allah swt. Masa itu air Mata Alia menitis perlahan. Fikirannya mula memikirkan tentang arwah ayahnya. Tambah pula, sekarang arwah ayah sudah tiada di sini.
"Alia, kenapa nangis? Alia tak suka Lufti, Mak dan Fahmi buat semua ni?" Tanya Mak Senah agak sedih selepas melihat Alia menangis.
"Tak adalah mak... Lia suka sangat. Lia tak pernah dapat kejutan macam ni.. Terima Kasih sangat semuanya. Lia bersyukur sangat Mak..Fahmi dan abang.." Jawab Alia dengan tenangnya.
Alia mengesat kembali sisa air mata di pipinya. Lutfi mula mengusap lembut belakang Alia. Dia faham apa yg Alia rasa sekarang. Lutfi bersyukur sangat dapat beri kejutan ini kepada Alia.
"Alia anak yg baik.. Alia layak dapat semua ini tahu? Dah Jangan sedih. Mari kita raikan.."
Mereka semua terus menjamu selera dengan gembiranya. Lutfi tidak habis-habis bergurau senda dengan Alia. Habis wajah Alia dia lumurkan kek itu. Mulalah mereka berdua bercakaran kembali. Penat sehari ini Mak Senah menjadi benteng mereka berdua. Fahmi dari tadi asyik mendiam saja. Hanya senyuman di bibirnya tidak pernah luntur. Dia ingin bercakap secara personal dengan Alia sendiri tetapi tidak berkesampaian lagi. Lutfi sentiasa bersama Alia sekarang.
Setelah semua selesai makan, Fahmi melepak sebentar di tepi pantai. Sayup terasa angin badai menerpa ke arahnya. Fahmi menghirup air tin di tangannya. Pandangannya mula dialihkan kepada susuk tubuh Alia dekat khemah itu. Senyuman di bibir Alia tidak pernah pudar lagi. Tenang hatinya rasa apabila melihat keadaan Alia seperti itu.
"Heii.." Tegur Lutfi seolah sudah lama kenal dengan Fahmi. Kebiasaan orang lelaki bila bertegur sapa.
"Hmm, Ya? Ada apa?" Tanya Fahmi dengan hairannya.
Lutfi melabuhkan dirinya di sebelah Fahmi. Dia meneguk sedikit air tin di tangannya itu. Sebelum ini mereka berdua hanya bertegur sapa begitu saja. Tetapi kali ini barulah mereka dapat berbual lama sedikit bukan seperti biasa.
"Aku just nak ucap terima kasihlah kat kau Fahmi. Kau dah banyak tolong Alia sejak dia kehilangan Pak Cik Noor. Kau dah macam Abang kandungnya sendiri. Aku tengok kau macam ada sesuatu nak cakap dengan Alia.. go on. Aku beri kau masa.." Kata Lutfi sambil melihat ke arah laut.
Fahmi hanya tertawa sedikit selepas memdengar semua ini keluar dari mulut Lutfi. Dia tidak menyangka Lutfi begitu prihatin dan faham semua ini dalam diam. Ternyata Lutfi adalah seorang yg sangat baik orangnya walaupun kekadang Fahmi masih tidak dapat menerimanya lagi. Fahmi mula mengalihkan pandangan ke arah laut yg bergelora itu.
"Kau Nak tahu Lutfi? Kau tengoklah Alia tu.."
Selepas mendengar apa yg dikatakan oleh Fahmi. Pandangan Lutfi terus dialihkan ke arah Alia. Dia melihat Alia sedang berbual sesuatu dengan Mak Senah. Gelak ketawanya tidak pernah pudar. Tersentuh Lutfi melihat dirinya begitu. Kalau boleh setiap hari dia mahu melihat Alia ketawa riang.
"Kau tengoklah sifatnya.. Dia seorang yg suka riang di luar. Tapi di dalamnya kita tak tahu. Aku dah lama anggap Alia adik aku sejak kecil lagi. Alia seorang yg tabah walaupun hatinya selalu sedih dan duka. Kalau kau nak baca jiwanya. kau kena dalami jiwa kau dengan Alia. Aku harap sangat kau dapat jaga Alia dengan baik. Dalamilah hatinya. Terokai apa yg dia suka. Alia sudah tiada tempat bergantung lagi. Kalau bukan dekat aku dan Mak..mungkin sekarang dia di bawah tanggungjawab kau. Andai kata suatu hari nanti kau sudah tiada kasih untuknya, pulanglah Alia dekat kami dengan cara baik kau mengambilnya."
Ujar Fahmi seolah satu nasihat seorang Abang walaupun Fahmi muda lagi daripada Lutfi. Kelopak mata Fahmi mula berair sedikit. Di tahan saja butiran jernih ini daripada mengalir di pipinya. Bila dikenang semula nasib Alia selama ini, Hatinya mula rasa sebak. Dia sanggup buat apa saja asalkan Alia dapat teruskan hidupnya seperti dahulu.
"Thanks bro atas Nasihat kau. Aku hargai sangat. Aku akan jaga Alia dengan baik. Alia adalah tangunggjawab aku sekarang. Seperti yg telah dijanjikan oleh arwah ayah. Aku akan dalami cinta Alia. Aku akan cuba bertahan demi kasihnya. Sekarang, kau pergilah cakap dengan Alia.. aku benarkan." balas Lutfi dengan yakinnya dengan apa yg dikatakannya ini.
Dia sudah berazam dan berjanji dengan dirinya sendiri akan berubah selepas berkahwin dengan Alia. Dia akan melindungi Alia selamanya. Menghargai setiap kasih dan perasaan Alia.
"Okey kalau itu kau kata..." jawab Fahmi tenangnya.
Dia pun berlalu pergi mendekati Alia yg sedang menolong Mak Senah mengemas. Belum sempat Fahmi melangkah pergi jauh lagi Lutfi mula bersuara semula.
"Ehhh jap. 10 minit jee..hehe"
"Okey.."
Fahmi menolong Alia menyimpan dahulu barang itu ke dalam kotak. Setelah semuanya sudah siap dia mula mendekati Alia perlahan. Tangannya mula bermain di kepala. Entah kenapa rasa janggal saja situasi ini.
"Lia, can I talk to you for 10 minutes?" Bersuara Fahmi di tepi Alia.
"Ehh Fahmi.. Haa cakaplah.." jawab Alia dengan biasanya.
"Bukan Kat sini.. Duduk tepi Batu tu yaa?"
Fahmi menunjukkan ke arah batu berhampiran situ. Itu adalah tempat di mana Lutfi dan dia mula kenal antara satu sama lain. Fikiran Alia terus memikirkan tentang Lutfi. Dia melihat Lutfi masih duduk di atas batang kayu di tepi pantai tidak jauh dari sini. Hanya kelihatan telefon bimbit yg berada di tangannya.
"Huh? Kat sini tak boleh aehh?" jawab Alia nak tak nak saja terima ajakkan Fahmi ini.
"Abang kesayangan kau tu dah beri kebenaran. so, tak payahlah kau serabut nak fikir." Ujar Fahmi sambil menyakat Alia sedikit.
Bukan dia tidak kenal dengan perangai Alia sebenarnya. Sejak sudah sah menjadi isteri kepada Lutfi, semestinya dia kena meminta izin dahulu. Apa saja yg dia lakukan harusnya diketahui oleh Lutfi.
"Eeeee, ke situ pula. Yelah..yelah. Jap aehh mak .. Fahmi ni haa. Ada saja tak kena." Marah Alia apabila Fahmi berkata begitu kepadanya.
"Haishh kamu berdua ni. yelah. pergi-pergi." Balas Mak Senah tersenyum riang melihat Alia dan Fahmi selalu saja bertikam lidah.
Pada mulanya Mak Senah menyimpan hasrat untuk jodohkan mereka berdua tetapi apakan daya, Arwah Muhd Noor sudah mempunyai jodoh yg terbaik untuk Alia. Mak Senah hanya mampu berdoa yg terbaik saja buat Alia sekarang. Melihat kebahagian Alia juga merupakan kebahagian buatnya dan Fahmi.
"Hurmm.. Ada apa kau nak cakap ni??" Alia memulakan dahulu percakapannya.
"Aku just nak ucap.. Selamat pengantin baru dan selamat hari jadi kau yg ke-23 tahun. Ni haa hadiah dari aku..maaflah kalau tak seberapa tau.." Kata Fahmi lalu memberikan sekotak hadiah kepada Alia.
"Wooahh! Kau bagi aku hadiah? Terima Kasih." Jawab Alia dengan tidak meyangkanya Fahmi akan memberi hadiah kepadanya. Segera ia pun membuka hadiah pemberian Fahmi itu.
Tidak sabar dia ingin melihat apa isi kandungannya. Sebelum ini Fahmi selalu membelanja dia makan sahaja tetapi kali ini lain pula habuan yg dia dapat.
"Hurmm? Apa ni?" Alia mengeluarkan sebuah buku dari dalam kotak lalu ditunjukkan ke arah Fahmi.
"Itu bukulah.." Jawab Fahmi bersahajanya. Terlihat senyuman nakal mula terpancar di wajahnya.
"Ya lah buku. Tapi untuk apa?" Soal Alia lagi dengan nada suara sedikit tinggi. Dia masih tidak faham kenapa Fahmi memberi sebuah buku seakan diari kepadanya.
"Hmm, Alia, Alia... aku hadiahkan buku ni untuk kau luahkan segalanya isi hati kau dalam tu.. Perasaan yg selamani kau simpan selama ini. Kau ingat aku tak kenal kau? Apa-apa saja masalah yg kau hadapi. kau simpan jaa. Bukan nak story kan dekat aku dan mak pun. So, lepas ni kalau kau rasa nak luahkan. Just tulis ja dalam tu. kau akan rasa tenang sedikit. Jangan terlalu pendam Alia. Nanti jiwa kau sendiri yg tersiksa." Ujar Fahmi panjang lebarnya.
Dia betul-betul maksudkan semua ini. Fahmi terus beralihkan pandangannya ke arah lain selepas beberapa minit tadi dia menatap dalam anak mata Alia sambil berkata begitu. Alia mula berfikir sejenak. Memang benar apa yg dikatakan oleh Fahmi terhadapnya. Fahmi benar memahami kekosongan di dalam dirinya ini. Senyuman sayu mula terukir di bibirnya. Alia memegang erat buku tebal pemberian bermakna Fahmi untuknya.
"Hmm, Terima kasihlah Fahmi.. Kau sudah banyak tolong aku selama ini. Kau memang seorang kawan yg baik. Aku bukan tak nak cerita.. cuma Aku rasa kau dan mak tak patut mendengar kisah hidup aku lagi. Cukuplah segala kebaikan kau dan Mak tidak pernah kurang di mata aku. Aku mungkin tidak mampu membalas kebaikan itu. Hanya titipan doa aku ucapkan untuk kau dan Mak. Lagipun selepas arwah ayah dah tak ada..Aku sudah biasa pendamkan segalanya. Inshallah, Aku akan tuliskan kisah hidup aku dalam buku ini.. Terima Kasih sangat Fahmi."
Jawab Alia dengan ikhlasnya. Terlihat titisan jernih mula gugur di pipinya. Pantas saja tangan Alia menepis air matanya itu. Dia tidak mahu menangis lagi tetapi bila di kenang semula kata-kata Fahmi dan juga Mak Senah. Hatinya mula terasa hiba dan sebak. Mereka sangat baik dan prihatin terhadapnya. Tidak mungkin dia mampu membalas segala kebaikan itu.
"Jangan nangis Alia. Aku mungkin bukan suami kau tetapi aku mahu sangat mengesat air mata yg mengalir di wajah kau. Tolong, jangan menangis lagi. Engkau juga menyiksa jiwa aku dalam diam."
Nguman Fahmi setelah melihat Alia cuba untuk tabahkan dirinya tetapi masih tersiksa dengan satu perasaan sakit. Fahmi mula mengetap kuat bibirnya. Sakit hatinya rasa bila melihat keadaan Alia seperti ini. Sudah banyak kali dia melihat Alia menangis dalam diam dan tiada sesiapa yg tahu semua itu.
"Ermmn.. Dah habis 10 minit..." Menyampuk Lutfi di belakang Alia. Entah dari mana dia muncul di sini.
"Ehh awak ni.. terkejut saya.." Marah Alia sambil menampar dada Lutfi perlahan.
"So, for now.. saya nak ambil balik tuan puteri Saya.." Tambah Lutfi lagi. Kali ini dia memeluk pinggang Alia sekali.
Tergamam Alia sejenak dengan tindakan spontan Lutfi seperti ini. Alia terus mencubit dan menarik pipi Lutfi. Geram saja dia melihat kerenah manja Lutfi bila dengannya. Mereka berdua mula tertawa antara satu sama lain. Fahmi turut mengukirkan senyuman di bibirnya. Melihat keadaan Alia sekarang, hatinya mula rasa tenang. Mungkin memang benar, jodoh Alia dengan Lutfi telah tertulis di Luh Manfuz. Dia akan cuba terima semua ini dalam masa terdekat. Demi kebahagian Alia dia sanggup buat apa saja asalkan senyuman itu tidak pernah pudar lagi.
"Ermm, aku pulang dulu ya dengan mak. dah lewat ni." Bersuara Fahmi setelah sekian lama hanya mendiamkan diri di situ. Dia mula bangun untuk pergi ke arah Mak Senah.
"OK."
Pantas saja Lutfi menjawab sebelum Alia sempat ujar apa-apa dekat Fahmi. Lutfi terus menarik tangan Alia untuk berdiri. Segera dia membawa Alia pergi ke arah pantai. Tiupan angin semakin kuat sahaja malam ini. Alia mula memeluk tubuhnya sendiri. Entah kenapa Lutfi membawa dia berada di tepi pantai sekarang. Lutfi yg perasan Alia sudah kesejukan segera dia menangalkan baju kemejanya lalu diletakkan ke bahu Alia. Nasib saja dia memakai baju t-shirt putih di dalam. Tidaklah dia terpaksa membogel di sini. Lutfi mula memegang erat kedua belah tangan Alia. Di tatap dalam anak mata Alia.
"Okay. Inilah masa yg abang tunggukan. Kata Lufti bagi memulakan percakapannya ini.
Alia hanya terdiam seribu bahasa. Dia hanya menanti apa yg akan Lutfi ucapkan sekarang. Alia sudah tersentuh bila Lutfi menanggalkan kemejanya hanya untuk menutup kesejukan di tubuhnya ini. Kali ini, Alia tidak memandang ke arah lain. Dia juga membalas tatapan tajam Lutfi ke arahnya. Terasa hangat saja sentuhan erat tangan Lutfi pada tapak tangannya.
"Okey,, Abang nak ucapkan terima kasih dekat Lia, Terima Kasih sangat-sangat sebab Lia sudi terima Abang dalam hidup Lia. Di sini, Abang nak Lia tahu. Sudah lama Abang menyimpan perasaan cinta dekat Lia . Abang bukan lihat dari rupa paras Lia, tapi Abang lihat dari sudut hati Lia yg betul-betul tabah dan suci. Abang nak berkongsi perasan dengan Lia. Walau apa pun yg berlaku. Kita sama-sama hadapinya. Jangan pernah menyimpan dan memendam segala masalah yg ada. Kongsikan dengan Abang. Abang sedia menjadi pendengar yg setia. Biar orang lain bersangka buruk dalam rumah tangga kita. Hanya kita yg ketahuinya. Kita sama-sama bangun dan jatuh sekali. Berjanjilah, Abang nak hidup selamanya dengan Lia. Abang sudah berjanji dengan arwah ayah. Abang akan jadi pengantinya untuk menjaga Lia. Nur Alia Qisyara Bt Mohd Noor..Izinkan Abang jadi pelindung Lia untuk harini dan selamanya."
Ucap Lutfi dengan seikhlasnya. Dia benar-benar maksudkan semua percakapannya ini. Sedikit pun pandangannya tidak berubah semasa berkata begitu. Dia masih menatap dalam anak mata Alia. Lutfi terus meletakkan dahinya di kepala Alia. Selepas itu, satu kucupan mula jatuh di dahi Alia. Lama sekali Lutfi mengucup dahi Alia. Ini bukan kali pertama tetapi lain sekali perasaan ini muncul di benak hati Alia.
Air mata Alia mula mengalir di pipinya. Dia tak sangka Lutfi betul-betul menyayangi dirinya ini. Tapi, satu perkara yg membuatkan Alia kembali sebak. Dia masih menyimpan satu rahsia tentang dirinya terhadap Lutfi. Tak mungkin dia berkongsi masalah ini dengan Lutfi. Alia tidak mampu membalas balik kata-kata Lufti untuknya. Dia terus memeluk pinggang Lutfi dengan erat sekali. Alia meletakan kepalanya pada dada Lutfi. Lutfi terus tersenyum riang dan membalas kembali pelukan Alia. Dia mula membisik sesuatu di telinga Alia.
"Sayang.. Jangan nangis lagi tau. Abang tak suka tengok sayang nangis.. sudahh yee. Mari kita pulang.. Nanti mak risau pula.. semua hadiah tu kita buka dekat rumah.."Pujuk Lutfi dengan lembutnya.
Lutfi terus meleraikan pelukan itu. Jari-jemarinya mula mengesat lembut sisa air mata di pipi Alia. Alia pun kembali senyum dengan terpaksanya. Sakit hati masih boleh di ubat tapi sakit di pinggang? Fikiran Alia mula semakin pusing memikirkan tentang keadaan dirinya sendiri. Jika benar cinta ini tulus, adakah Lutfi akan terima kekurangan dirinya ini?
Share this novel