Kejadian di mana Qirash mahu menyerang Alia.
"Arrghhhh"
"Tiba-Tiba"
"Sabar Qirash!! Bawa mengucap!!" Bersuara Furqan setelah sampai di situ.
Tubuh badan Qirash dipeluk erat dari arah belakang. Qirash sudah bertindak agresif kali ini. Nasib saja Furqan sempat datang ke sini. Ia sempat menolong Qirash dari cuba mencederakan Lutfi dan Alia. Berlaku satu pergelutan yg luar biasa. Qirash cuba melawan kembali lenganya yg dikunci oleh Furqan.
"Arghhhh!!! Lepaskan aku!! Korang jangan berani nak halang aku musnah perempuan itu!!!" Jerit Qirash bagaikan nak rak.
Jeritannya bergema di setiap ruangan bilik ini. Angin mula datang dari pelbagai penjuru. Riuh-rendah berlaku dalam sekelip mata. Pegangan tangan Furqan sudah menjadi lemah. Tetiba saja tubuh badan Qirash bertukar panas dan kuat. Pandangan tajam masih ditujukan kepada Alia.
"Luke!! Tolong aku..Dia kuat melawan balik!!" Tengking Furqan ke arah Lutfi yg sedang melindungi Alia di belakangnya.
Furqan sudah tidak mampu nak tenangkan keadaan Qirash seorang diri. Sedaya upaya dia keruhkan tenaga lelakinya mengunci pergelangan tangan Qirash di belakang. Qirash bagai dirasuk syaitan terus melawan dan mengelupur untuk dilepaskan. Kepalanya berpusing ke kiri dan ke kanan. Bola mata sudah bertukar hitam sepenuhnya. Pandangannya tajam melihat ke arah Alia. Memusnahkan Alia adalah tujuan utamanya.
"Lia!! Keluar dari bilik ini sekarang. Biar abang dan Furqan tenangkan abang Qirash. Itu bukan dirinya lagi. Pergi.." Kata Lutfi tegasnya untuk menyakinkan Alia.
Mereka perlu melindungi Alia dahulu. Sasaran makhluk halus yg merasuki tubuh Qirash mahu cederakan Alia. Sasarannya adalah Alia dan bukan orang lain. Lutfi boleh mengagaknya kerana Alia memiliki satu kelebihan yg orang lain tiada. Mungkin mereka tidak suka kepada perkara itu.
"Abang...Lia takut. Mereka ramai.." Bersuara Alia masih cuba kuatkan dirinya.
Alia tidak mahu lepaskan pegangan tangannya pada baju Lutfi. Matanya memandang tepat ke arah anak mata Lutfi. Sedikit pun dia tidak memandang keadaan sekeliling ini. Suasana merinding dan redup merangkap dirinya. Tangisan seorang perempuan kuat didengari oleh Alia. Kalau dia pergi, pasti mereka akan mengikutinya juga. Alia tidak mahu bersendirian.
"Sokay...abang ada..Jangan takut. Baca doa pelindung. Duduk dekat dengan abang." Ujar Lutfi lalu menarik Alia dalam dakapannya.
Tidak mungkin dia tinggalkan Alia sendirian dalam keadaan begini. Keselematan Alia lebih penting lagi. Pada masa yg sama, Lutfi cuba menenangkan keadaan Qirash. Kedua belah kaki Qirash ditindih dengan lututnya.
Alia duduk rapat dengan Lutfi. Dia melihat tepat ke arah wajah Qirash. Bibirnya tidak lepas dari membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Dengusan kasar mula keluar dari mulut Qirash. Pasti dia sudah terbakar dan terkesan dengan bacaan pelindung ini. Tapi, semua ini belum cukup untuk melawan makhluk yg menumpang di dalam badannya.
"Aku akan pastikan kau merana selepas ini!!!" Jerit Qirash kuatnya di depan Alia.
Dia meronta kuat sehingga pegangan tangan Lutfi terlepas pada kakinya. Satu tendangan diberikan terhadap Lutfi sehingga ia jatuh tersungkur ke belakang.
"Erghhhh!!" Mengerang Lutfi sakitnya. Kepalanya terhantuk sedikit pada dinding.
Lutfi mula memegang perutnya yg terkena tendangan Qirash. Menahan rasa sakit yg tidak terhingga. Alia sudah terlepas dari genggamannya.
"Shit!! Bapak kuat dia ni.." Kata Furqan terkejutnya selepas melihat Lutfi terkena begitu.
Furqan tidak mampu menahan asakan kasar tubuh Qirash. Tangannya mula terlerai dari tubuh Qirash sedikit demi sedikit. Sukar mahu tandingi tenaga yg di miliki oleh orang yg dirasuki.
"Alia!! Pergi!! Kau buat apa lagi dekat situ!! " Herdik Furqan lagi untuk sedarkan Alia dari lamunannya.
Tubuh Alia kaku dan tidak beranjak dari melihat ke arah Qirash. Dia mengigil dan mengeletar menahan rasa takut. Alia buntu dan tidak tahu apa yg ia harus lakukan sekarang. Dia masih tidak faham kenapa makhluk yg merasuki badan Qirash mahukannya.
"Arghhh!!!!" Tengking Qirash lagi terus menolak kuat tubuh Furqan sehingga terhantuk di bucu meja.
Kini, Qirash bebas sepenuhnya. Furqan sedang menahan sakit dan memegang kepalanya yg sudah berlemuran darah. Lutfi cuba bangun tetapi perutnya masih terasa sengal.
Qirash terus bangun dan duduk dalam keadaan mengcakung. Di pandang tajam wajah Alia sambil menjelirkan lidahnya yg panjang. Ke kiri dan ke kanan kepala ini bergerak mengikuti anak mata hitamnya. Perlahan-lahan Qirash membuka langkah. Dia merangkak menuju ke arah Alia.
"Kau tak patut masuk campur urusan aku..Kau dah buat keputusan yg silap besar....HAHAHA!!" Bersuara Qirash nyaring sekali bercampur gelak ketawa.
Alia menutup telinganya kerana terasa bingit dan bengang. Matanya sudah lama dipejam rapat. Tidak sanggup dia menatap susuk tubuh Qirash dalam keadaan begitu. Air mata tidak berhenti tumpah ke pipi. Hanya meminta satu kekuatan kepada ilahi untuk ia tempuhi semua ini.
"Ya Allah..Ya tuhanku..Lindungilah aku..." Nguman Alia sudah berserah sepenuhnya kepada Sang Pencipta.
Dia tiada kudrat nak bangun dan berdiri semula. Angin laju melintasi di setiap penjuru bilik ini. Lampu berkelip-kelip seperti kehabisan tenaga elektrik. Qirash berhenti betul-betul di hadapan wajah Alia. tangannya di angkat untuk menyentuh muka Alia.
"Tak...Lia lari..!!! Bersuara Lutfi cuba merangkak ke arah Alia.
"Lari Alia...." Kata Furqan pula sudah memegang kedua belah kaki Qirash. Dibiarkan saja kepalanya yg terluka dan darah mengalir tanpa henti. Mereka berdua perlu melindungi Alia dahulu.
"Kau tak layak nak lawan aku!!! Argghhh"
"Bismillahirrahmanirrahim!!!! Keluarlah kau syaitan yg di laknatullah dari tubuh anak adam ini." Bersuara Ustaz Zabidi setelah sampai ke sini bersama Fahmi. Gumpulan garam kasar bercampur lada hitam dirembes ke tubuh Qirash.
Mujur saja Lutfi sempat memaklum kepada mereka sebelum datang ke sini terlebih dahulu bersama Alia dan Furqan. Kalau mereka tidak sampai ke pusat rawatan itu. Berkemungkinan perkara yg tidak di ingini sebegini akan berlaku. Sejak awal lagi Ustaz Zabidi dan Fahmi telah menyediakan segala keperluan yg patut bagi merawat makhluk kuat yg menumpang di tubuh Qirash.
"Arghhhhh!!!!" Menjerit Qirash menahan sakit apabila terkena garam kasar dan lada hitam yg dibaca ayat-ayat suci Al-Quran.
"Alia...mari..Kita keluar.." Kata Fahmi lalu menolong Alia bangun dahulu.
Tubuhnya sangat lemah dan tidak berdaya bangun sendiri. Dia perlu membawa Alia keluar dari bilik ini. Nasib mereka sampai ke sini tepat pada waktunya. Kalau tidak entah apa yg akan berlaku kepada Alia.
Terkumat-kamit mulut Ustaz Zabidi membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat Qirash. Berpecah peluh dahinya melawan kekuatan luar biasa yg dimiliki Qirash ketika ini. Hanya meminta pertolongan dari tuhan dapat meleraikan perbuatan kianat manusia yg berhati kotor.
"Lia tunggu di sini.. Bawa mengucap. Tarik nafas dan hembus.." Ujar Fahmi untuk menenangkan keadaan Alia.
Dia menyuruh Alia duduk di luar bilik saja. Tersekat-sekat pernafasannya kerana terlalu takut. Pada masa yg sama ia turut terkena anxiety dalam keadaan yg cemas begini.
"Pergi tengok Furqan dan Lutfi...Lia okey..." Bersuara Alia sambil mengurut dada. Mak Timah dan beberapa pembantu rumah yg lain turut berada di sini.
Mereka baru sedar dan tahu apa yg sedang berlaku di sini sekarang. Masing-masing takut dan tidak berani masuk campur dalam urusan ini. Mak Timah menolong Alia untuk tenangkan dirinya dulu. Sementara Fahmi masuk untuk melihat keadaan mereka yg lain pula.
"Furqan boleh bangun tak ni??" Tanya Fahmi lalu menolong Furqan bangun dahulu. Keadaannya agak teruk berbanding Lutfi. Kepala Furqan perlu dirawat secepat mungkin.
"Aku okey..." Jawab Furqan sambil memapah bahu Fahmi. Dia mengikut langkah Fahmi keluar dari bilik. Furqan sempat melihat ke arah Lutfi.
Lutfi sudah bangun lalu menolong Ustaz Zabidi untuk memegang tubuh Qirash. Keadaan Qirash lebih tenang dari sebelum ini. Dia tidak melawan lagi. Berserah apa yg berlaku terhadapnya sekarang
"Lia...Lia okey? Lia ada cedera di mana-mana tak?" Tanya Lutfi setelah keluar dari bilik Qirash.
Dia berjalan ke arah Alia untuk melihat keadaan Alia dahulu. Lutfi memeriksa setiap inci tubuh badan Alia. Dia tidak mahu Alia terluka bila ditinggalkan sendirian begitu tadi.
"Abang...tak apa..Lia okey jee. Abang tak apa-apa? Biar Lia rawat kesan lebam pada perut abang.." Ujar Alia risaunya.
Lutfi sanggup bersusah payah untuk melindungnya tadi sampaikan dia sendiri yg tercedera. Begitu juga dengan Furqan. Mereka sanggup tercedera kerananya. Alia rasa bersalah dan tidak berguna kerana selalu menyusahkan semua orang.
"Heiii...abang okey..Sikit jee. Janji isteri abang ni tak terluka. Maafkan abang tinggal Lia tadi." Balas Lutfi lalu mencuit lembut dagu Alia. Senyuman di bibirnya mekar bila melihat wajah kerisauan Alia.
"Abang..."
Alia terus memeluk tubuh Lutfi. Tiada apa lagi yg mahu ia katakan. Dia menangis semahunya di dada Lutfi. Selamat semuanya sudah selesai. Biarlah saat begini tidak berulang lagi. Alia tidak mampu tanggini semua ini sendiri. Lutfi turut membalas pelukan ini. Dicium lembut kepala Alia. Syukur tiada apa-apa yg berlaku kepadanya.
Dari jauh, Furqan melihat kerenah mereka berdua. Bibirnya mengukirkan senyuman. Tiada apa yg lebih gembira bagi seorang sahabat apabila melihat Lutfi sudah banyak berubah. Menghargai orang yg selalu bersamanya. Tetapi, tidak bagi Fahmi. Fahmi masih belum percayakan Lutfi. Sebagai seorang lelaki. Apa yg Lutfi lakukan di belakang Alia, dia tidak akan maafkan. Miskipun, itu adalah kisah silamnya sendiri.
Hampir sejam lebih mereka semua melalui detik genting seperti ini. Akhirnya, Qirash telah jatuh pengsan. Tubuhnya sangat cekung dan lemah sekali. Makhluk halus yg menumpang di dalam tubuh badannya dapat dikeluarkan.
Selama ini, Qirash hidup berdampingkan makhlus halus itu. Setelah Dira dirawat, mereka perlu mencari tuan baru. Qirash adalah tuan mereka kerana ia ada talian rapat dengan Dira. Bukan satu sihir tetapi tiga sihir yg dihantar untuk memisahkan hubungan Qirash dan Dira. Habuannya salah seorang dari mereka akan menjadi tempat bertapa makhluk-makhluk itu.
Sungguh kejam dan hina sekali siapa yg buat kerja terkutuk sebegini. Sanggup menjatuhkan darah daging sendiri asalkan hidup terasa puas. Tiada keampunan dari Tuhan sehingga orang-orang ini kembali bertaubat ke jalan yg benar.
...................................................................................
"Tok..tok..tok..."
"Assalamualaikum..boleh Alia masuk?" Ucap Alia setelah mengetuk pintu bilik Hajah Samsiah.
Jam di dinding menunjukkan pukul 10.15 p.m. Pada mulanya, ia teragak-agak mahu menganggu Hajah Samsiah pada waktu begini tetapi setelah disuruh oleh Farisa. Alia mengikuti saja percakapannya.
"Masuklah...tak kunci pun.." Bersuara Hajah Samsiah lalu menutup buku bacaannya dan diletakkan ke tepi.
Dia sedang membuat beberapa kertas kerja berkaitan urusan sekolah. Walaupun tidak dapat ke sana, kerja perlu diteruskan juga. Di rumah, Hajah Samsiah rasa tenang sedikit berbanding berada di sekolah. Dapatlah dia berehat lama.
"Saya masuk yee.." Alia mengkuak lembut pintu bilik ini.
Dia masih berdiri kaku di pintu. Takut pula mahu menegur Hajah Samsiah. Alia melihat Hajah Samsiah sibuk saja membuat kerjanya di meja belajar. Perasaan kasihan mula menjalar di benak hatinya. Walaupun masih dalam keadaan tidak sihat.Guru Besar mereka ini sentiasa kuat melakukan kerja. Dia terpegun seketika melihat kesungguhan Hajah Samsiah.
"Ermm..Napa tercegak dekat situ jee? Marilah duduk sini. Ada apa-apa ke yg Alia mahu kongsikan dengan umi?" Kata Hajah Samsiah sambil menepuk lembut kerusi kosong di sebelahnya.
Bibirnya mengukirkan senyuman kepada Alia. Furqan telah menberitahu segalanya yg berlaku tadi. Hajah Samsiah tidak kisah jika Alia mahu berkongsi dengannya semula.
Alia berjalan menuju ke arah Hajah Samsiah. Perlahan-lahan dia melabunkan diri di situ. Satu senyuman turut terukir di bibirnya. Rasa senang saja melihat keadaan Hajah Samsiah gembira seperti selalu.
"Ermm, tak ada apa-apa pun. Lia..cuma nak tengok keadaan Umi. Umi sihat? Maaflah, Lia tak tahu yg umi jatuh pengsan." Kata Alia rasa bersalahnya.
Tangannya mengeletar semasa berkata begini. Tidak sanggup dia menatap anak mata dengan Hajah Samsiah. Pasti Hajah Samsiah rasa kecewa dengannya.
"Hmm, Benda nak berlakukan..Tidak dapat dielakkan. Alhamdulilah..Nyawa umi masih panjang. Umi sihat jee. Bukan salah Alia. Tak perlu nak minta maaf. Dah makan ke belum ni? Kurus je badan." Ujar Hajah Samsiah tidak kisah apa yg berlaku terhadapnya sebelum ini.
Kedua belah pipi Alia diraut lembut oleh tangannya Helaian demi helaian anak rambut Alia melepasi anak matanya ditolak ke belakang. Pertama kali, dia melihat raut wajah Alia tanpa berhijab. Manis dan cantik sangat orangnya seperti hati naluri yg dimilikinya. Tetiba saja Hajah Samsiah rasa tersentuh. Agak lama dia melihat wajah Alia tanpa berkelip sedikit pun. Memori lama mula bermain di fikirannya. Tanpa sedar, butiran jernih mengalir di pipi.
"Lia dah makan dengan kak Echa. Umi...umi okey? Kenapa menangis? Lia ada buat salah ke?" Tanya Alia hairannya selepas melihat air mata mengalir di wajah Hajah Samsiah.
Pantas tangannya mengesat sisa air mata itu. Apa yg bermain di dalam fikiran Hajah Samsiah dia tidak tahu. Yang pasti, Hajah Samsiah mesti memikirkan perkara yg menyakitkan dirinya. Alia turut terasa benda yg sama bila selalu termenung sendiri.
"Alia...boleh umi peluk kamu?" Pinta Hajah Samsiah sangat tersentuh bila melihat Alia melayannya.
Orang lain dia sukar rapat dan memberi layanan baik seperti ini. Tetapi, bila bersama Alia. Hatinya terasa sangat tenang dan terhapus rasa sunyi yg menyapa dirinya selama ini.
"Mestilah boleh.. Lia suka peluk." Balas Alia sambil mendepakan tangannya. Satu senyuman girang diukirkan.
Tanpa membuang masa lagi, Hajah Samsiah terus memeluk erat tubuh kecil Alia. Deraian air mata kembali mengalir di wajahnya. Perasaan tenang bercampur gembira yg sukar dibandingkan dalam keadaan begini. Naluri seorang ibu terhadap kasih anaknya? Tidak. Hajah Samsiah teringatkan tentang seorang 'Adik' yg pernah hadir di dalam hidupnya. 'Adik' yg mempunyai wajah iras seakan sama seperti Alia.
"Ibu..ayah ...Lia rindu ibu dan ayah..." Nguman Alia membalas kembali pelukan Hajah Samsiah.
Dia menikmati saat ini buat sementara waktu. Beginilah rasanya bila mempunyai seorang ibu. Bila ada masalah boleh berkongsi antara satu sama lain. Air mata mengalir di wajah Alia. Perasaan gembira yg sukar ia gambarkan. Kalaulah dia dapat merasai detik seperti ini sampai bila-bila. Tidaklah kasih sayangnya terlerai begitu saja.
"Hurmmm....Lia..cubalah kau pikir benda lain. Umi bukannya ibu kau.." Cakap Alia sendiri apabila teringatkan kembali masanya bersama Hajah Samsiah. Memori manis yg sukar ia lupakan.
Alia mengeleng kepala banyak kali sambil membuka kunci pintu rumahnya. Farisa menghantarnya pulang dahulu kerana sebentar lagi Lutfi pula akan pulang ke sini. Qirash menunjukkan perubahan yg baik sekali. Dia masih dirawat di Pusat Rawatan Darus'Syifa kerana keadaanya belum peluh sepenuhnya lagi.
"Berhenti!! Berhenti!!! Ko nak pegi mana haa??!! Ni rumah perempuan tak guna tu!!" Herdik Datin Nafisah kuatnya apabila Datin Suria hampir terlajak ke depan sedikit.
Kini, kereta Honda HR-V berhenti secara mengejut di depan rumah Alia. Tergesa-gesa Datin Nafisah keluar dari perut kereta. Alia yg mendengar sebuah kereta berhenti di hadapan rumahnya melihat siapakah orang itu.
"Ya Allah...kalau ye pun sabarlah kak oiii. Nasib tak luruh jantung aku dibuatnya...." Berleter Datin Suria apabila melihat keadaan tergopoh-gapah birasnya ini.
Enjin kereta ini dimatikan. Dia turut berjalan mengikuti langkah Datin Nafisah dari arah belakang. Entah masalah apa pula yg dia ingin timbulkan sekarang.
"Ehh, Assalamualaikum mama dan Mak su. Buat apa di sini? Jemputlah masuk ke dalam." Pelawa Alia ramahnya apabila melihat kedatangan Datin Nafisah dan Datin Suria ke rumahnya.
Alia menyuakan tangannya untuk bersalam dengan ibu mertuanya dahulu. Bersusah payah mereka datang ke sini. Bibirnya mengukirkan senyuman manis kepada mereka berdua.
"Pang!!!!"
Satu tamparan kuat menghingap di wajah Alia. Alia hampir jatuh tersungkur jatuh ke atas lantai. Nasib saja tangannya sempat memegang tombok pintu. Kepalanya terasa bengang sedikit. Alia meraut wajahnya yg terasa kebas dan terlihat ada kesan pecahan darah kecil di tepi bibirnya.
Datin Nafisah terasa puas berbuat demikian terhadap Alia. Ringan saja tangannya dilepaskan kepada Alia seperti dahulu. Sudah lama dia bersabar dari melakukan semua ini. Tergamam Datin Suria apabila melihat birasnya sanggup bertindak begini sekali. Tidak heranlah selama ini dia berani mencuba bomoh.
"Apa semua ni mama? Kenapa mama tampar Lia? Apa yg Lia sudah buat?" Tanya Alia masih sabar dengan tindakan Datin Nafisah terhadapnya.
Pandangannya kembali melihat ke arah Datin Nafisah.
Apa pula yg mereka tidak puas hati dengannya sekarang. Selalu saja dirinya ada yg tidak kena pada mata orang sempurna seperti mereka.
"Rasakan!! Inilah..habuan untuk perempuan yg suka cari masalah dengan aku. Heiii!! Kau dengar sini Perempuan. Aku sabar je dengan kau selama ini. Berani kau masuk campur dalam urusan aku yee? Wahh, beraninya. Ehh, kau sedar tak aku ni..dah kira baik terima kau dalam keluarga aku. Yang kau sibuk sangat nak masuk campur urusan aku apehal? Dah kuat lah kau? Ishh, geramnya aku budak ni. Kau kan Memang tak sedar diri!! Mari sini!!" Herdik Datin Nafisah kuatnya terhadap Alia.
Tudung Alia terus direntap kuat tanpa belas ehsannya. Hatinya rasa panas apabila melihat muka tidak faham bahasa orang seperti Alia. Nampak bodoh dan tidak berguna langsung.
"Apa ni mama!!!! Lepaskanlahh!!!" Kata Alia cuba melepaskan diri dari diperlakukan begini oleh Datin Nafisah. Sedaya upaya dia melawan kembali tangan Datin Nafisah yg cuba memukul tubuhnya.
"Ohh!! Kau nak melawan aku balik yee?? Kurang ajar budak ni!! Suria!! Pegang kaki dia!! Biar kita ajar dia cukup-cukup. Dia belum kenal siapa aku sebenarnya." Arah Datin Nafisah terhadap Datin Suria.
Dia masih cuba memukul tubuh Alia. Badan Alia sudah jatuh tertiarap sepenuhnya di atas lantai. Mana mungkin dia mampu melawan kembali.
"Ehh, Akak. Aku rasa tak patutlah kau buat macam ni.. Kesian dia. Sudahlah..Nanti orang taman ni nampak. Apa pula mereka sangkakan nanti." Ujar Datin Suria tidak gamak perlakukan begitu terhadap Alia.
Seteruk dan jahatnya tidak lah buat kianat dekat orang. Datin Suria rasa kasihan melihat Alia teruk dibelasah oleh Datin Nafisah. Miskipun dia juga tidak suka kepada Alia tetapi sifat belas ehsannya pada manusia masih ada.
"Arghhh!!! Sudahlah kau. Datang sini pun tak berguna. Ketepilah!! Heh Alia!! Aku nak ingatkan kau yee. Lepas ni..kalau kau berani lawan aku lagi..Aku tak teragak-agak mahu hancurkan hubungan kau dan Luke pula. Kau jangan cabar aku budak..Kau belum kenal siapa aku sebenarnya..." Ugut Datin Nafisah kejamnya terhadap Alia.
Tubuh Alia ditolak kasar sehingga jatuh tercium lantai. Puas hatinya rasa apabila melihat Alia sudah lemah dan tidak berdaya melawannya kembali. Senyuman sinis diberikan kepada perempuan tidak berguna seperti Alia. Alia cuba bangun perlahan. Mengigil badannya menahan sakit. Mungkin dagunya turut terluka sekali selepas ditolak kasar oleh Datin Nafisah tadi.
"Apa tujuan sebenar mama berbuat baik kepada saya selama ini? Adakah kerana wang ringgit saja? Itukan apa yg mama mahukan dari saya?" Soal Alia terketar nadi suaranya.
Alia sudah bangun sepenuhnya dengan bantuan dinding rumahnya sahaja. Pandangannya kembali melihat ke arah Datin Nafisah. Sedikit pun riak wajahnya tidak berubah dan menangis seperti anak kecil lagi. Alia sudah penat dan hadam semua ini. Dia mahu selesaikan sekarang juga. Tidak berguna dia menagih kasih terhadap orang yg memperbodohkannya selama ini. Orang yg tidak pernah menerima dan menganggap dirinya seperti anak sendiri.
"Apa maksud kau perempuan? Kurang ajar!!"
Belum sempat tapak tangan Datin Nafisah mendarat semula di wajah Alia. Pantas saja tangan Alia menahannya. Alia menguatkan genggaman tangannya pada tangan Datin Nafisah. Pandangan mereka bertaut rapat antara satu sama lain.
Alia memandang series wajah ibu mertua yg tidak pernah ada rasa sayang dan kasihan terhadap. Orang yg selalu memukul dan menyiksa jiwanya dalam diam.
Manakala, Datin Nafisah sedang memerhati seorang perempuan yg bukan dirinya sebenar lagi. Perempuan yg berani melawannya semula. Terbutang matanya melihat wajah Alia terluka di sekitar dagu dan dibibirnya. Langsung tiada rasa sakit lagi.
Terdiam seribu bahasa Datin Suria melihat keadaan tegang begini. Alia sudah berani melawan Datin Nafisah semula. Dia tidak mahu masuk campur kerana ini bukan urusannya. Hanya menjadi penonton yg setia di situ.
"Jangan ingat...saya tak tahu keje kotor mama selama ini..Bukan saya seorang saja. Tapi, yg lain juga sudah tahu..Lambat-laung..semuanya akan terbongkar nanti."
Rate n comment okey? TQ<3
Share this novel