Bab 66

Drama Series 71241

"Kling...kling...kling.."

Kedengaran bunyi sudu yang digaul di dalam secawan air kopi. Lalu, Air kopi itu dihirup perlahan melepasi anak tekak. Pandangan mata masih melilau melihat suasana anak-anak muda yang asyik berbual kosong antara satu sama lain. Masing-masing menikmati detik terindah bersama kawan-kawan seakrab. Mungkin esok hari tidak akan bertemu kembali. Dunia kian berubah. Masa berputar begitu cepat. Seolah, menanti hari untuk pergi. Jam di tangan menunjukkan pukul 3.30 p.m.

"Fuhh...."

Satu helaian berat dilepaskan. Sudah masuk sejam dia menunggu sendiri di situ tetapi kelibat orang yang ingin ketemunya tidak muncul lagi. Seperti ada satu perkara yang penting ingin disampaikan.

Akhirnya, dia buat keputusan untuk pergi sahaja. Mungkin hari lain pula mereka boleh berjumpa. Beg sandang di bawa oleh pembantunya. sejulur tongkat itu dicapai lalu berdiri dengan kakinya sendiri. Belum sempat kakinya melangkah datang setubuh wanita berlari anak ke arahnya.

"Tunggu.. Assalamualaikum Hajah..Maafkan saya terlewat. Saya...tayar kereta saya bocor tadi. Sekali lagi, maafkan saya." Bersuara Hajah Samsiah tercunggapnya di hadapan Hajah Aminah.

Hajah Samsiah menarik nafas dalam lalu menghembus perlahan. Dia kejar masa untuk datang ke sini juga untuk ketemu dengan Hajah Aminah. Pelbagai dugaan yang perlu dilaluinya sebelum tiba ke sini. Tayar keretanya pula pancit dan terpaksa menaiki grab sahaja.

"Waalaikumusalam.. Ingatkan Guru besar dah tak boleh datang tadi. Saya baru hendak pulang." Kata Hajah Aminah sambil memandang anak mata Hajah Samsiah. Senyuman di bibirnya tidak pernah lekang. Baik saja setiap tutur bicaranya.

"Maaflah...Boleh kita berbual sedikit. Itupun kalau Hajah ada masa sekarang.."Ujar Hajah Samsiah malunya diperkatakan begitu.

Dia tahu Hajah Aminah sudah lama menunggunya tadi. Disebabkan kelewatan tadi dia tidak dapat berbual lama dengan Hajah Aminah. Malah, dia masih cuba mencuri masa sedikit saja untuk bercakap satu perkara dengannya.

"Macam penting saja bunyinya..Tentulah boleh.. Silakan duduk. Pesanlah minuman dahulu. Ambil masa Guru besar untuk mencari nafas semula." Pelawa Hajah Aminah mula melabuhkan diri di atas kerusi itu semula.

Dia menyuruh pembantunya pergi dahulu ke tempat lain supaya perbualan mereka ini tidak didengari oleh sesiapa pun. Hajah Aminah merasakan sesuatu yang penting ingin dibicarakan nanti.

"Ermm..Terima kasih. Panggil Samsiah sajalah Hajah. Gelaran itu hanya di sekolah. Hajah apa khabar? Sudah lama kita tak ketemu. Saya selalu dapat tahu dari Lutfi tentang perkembangan Hajah sekeluarga."

Ramah sekali Hajah Samsiah memulakan dahulu perbualan ini. Sapu tangan kecil dibawa keluar dari beg tangan lalu mengelap sisa lelehan peluh di sekitar dahinya. Penampilan sebagai seorang tenaga pengajar selalu dijaga sebaik mungkin.

"Khabar beginilah saya..Sudah meningkat usia ni..Ulang-alik ke hospital selalu. Alhamdulilah. Masih diberi kesihatan yang baik. Dipanjangkan umur. Lutfi dan Furqan langsung tak pernah berpisah sejak mereka di zaman belajar lagi. Saya berharap hubungan akrab mereka terus begitulah. Lutfi pun perlukan rakan bimbingan sebaik Furqan. Bagus cara didikan Samsiah dekat dia. Saya rasa cemburui sekali." Kata Hajah Aminah bila terkenang tentang hubungan baik antara Lutfi dan Furqan.

Anak yang baik mestilah datang dari keluarga yang baik. Didikan ibu bapa melambangkan segalanya. Tidak boleh dinafikan cara Hajah Samsiah mengajar anak lelakinya menjadi seorang yang bertangungjawab. Sesiapa saja akan cemburui semua itu.

"Ermm..Saya..cuma ajar apa yg perlu saja demi masa depan dia. Apa kurangnya Hajah.. juga mempunyai anak-anak yang berjaya. Semuanya orang bekerjaya dalam bidang perniagaan. Kalau bukan kebaikan dan pertolongan Dato' Tahir, mungkin Furqan tidak dapat pengalaman bekerja dalam bidang itu. Saya berhutang budi dengan keluarga Hajah." Ulas Hajah Samsiah apabila dikatakan begitu oleh Hajah Aminah.

Air teh 'o dihirup perlahan melepasi anak tekak. Baginya, segala pujian itu tidak bermakna langsung kerana setiap ibu bapa ada cara tersendiri didikan mereka terhadap anak-anak. Baik mahupun jahat terpulang pada pemahaman dan nilai anak-anak itu. Kerana mereka hanya mengikuti apa yang kedua ibu bapa lakukan. Tunjuklah teladan yang baik demi masa depan yang terjamin.

"Yaa, Aku melahirkan anak-anak yang bekerjaya dan berharta tapi..mana lebih bernilai kekayaan mahupun kasih sayang?" Nguman Hajah Aminah sendiri.

Dia terdiam buat sejenak waktu. Miskipun selalu dipuji dengan didikan anak yang bekerjaya tetapi di sudut hatinya gagal mendidik anak-anaknya menjadi manusia yang mempunyai sifat kemanusiaan seperti orang lain. Tiada penghayatan agama yang baik.

Dia gagal menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya. Sampailah cucu dan cicit pun tidak terurus dengan baik. Inilah balasan ketika dia di zaman muda dahulu. Sibuk sangat mengejar dunia sampaikan lupa tanggungjawabnya sendiri.

"Hajah...Hajah..ok?" Tegur Hajah Samsiah apabila melihat sayu anak mata Hajah Aminah menatap air kopi di hadapan tanpa minum sedikit pun.

"Huh?.. Arr.. Maaflah. Ralit sikit. Ada apa Samsiah mahu ketemu saya? Dengar macam penting saja."

Hajah Aminah kembali fokus kepada topik utama perbualan mereka. Dibuang perasaan hibanya itu jauh-jauh. Tidak usah dikenang kembali perkara sudah lama berlalu.

"Owhh ya..tentang itu. Pertama sekali..Saya ingin memohon maaf kalau buat Hajah rasa tidak selesa dengan semua ini. Sebenarnya, tentang gambar ini. Hajah kenalkan dengan pemilik gambar ini." Kata Hajah Samsiah lalu menghulurkan sekeping gambar itu kepada Hajah Aminah.

Raut wajahnya memberi tumpuan penuh kepada Hajah Aminah. Dia berharap segala jawapannya itu terjawab nanti. Sudah lama dia ingin bertanya tentang hal ini.

Perlahan-lahan Hajah Aminah mengambil sekeping gambar itu. Dibetulkan sebentar kaca matanya. Dia menatap dalam empunya orang di dalam gambar itu. Alangkah terkejutnya!

Dia sangat mengenali siapakah gelaran itu. Terlihat seorang anak kecil dalam lingkungan 2 tahun duduk bersila di atas sofa. Anak kecil itu semestinya lelaki kerana memakai baju kemeja berwarna hijau dan berseluar pendek paras lutut.

Hajah Aminah menelan payah air liurnya. Dia mengambil masa agak lama untuk bersuara semula. Dia meletakkan kembali kepingan gambar itu di atas meja. Pandangan matanya melihat ke arah Hajah Samsiah. Hatinya mula tertanya-tanya.

"Bagaimana Samsiah dapatkan gambar ini? Setahu saya.. Saya berikan kepada cucu saya. Nur Alia Qisyara." Ujar Hajah Aminah lalu menghirup air kopi di cawannya.

Tetiba saja anak tekak rasa kering. Dia masih melihat gerak-geri Hajah Samsiah yang sedang mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Mungkin ada satu perkara lagi yang belum diberitahu. Teka Hajah Aminah sendiri.

"Alia..tergelincir gambar itu semasa di pejabat guru. Gambar anak kecil itu arwah ayah Aliakan? Alia ada memberitahu saya bahawa ayahnya adalah anak angkat dari keluarga Hajah." Beritahu Hajah Samsiah semua itu kepada Hajah Aminah.

Ditangannya masih memegang sekeping gambar lagi. Kelihatan wajahnya series sekali bila bercakap. Sifat lemah-lembutnya tadi mulai hilang.

"Ermm, betul. Mohd Noor adalah anak angkat saya. Kenapa Samsiah bertanya begini? Ada apa ke yang saya tak tahu?"

Sesi soal jawab mula berlangsung. Hajah Aminah sudah tidak duduk senang lagi dengan semua ini. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan arwah anaknya dan Alia.

"Ini..adalah gambar adik saya. Secara kebetulan atau tidak langsung..wajah keduanya seakan sama. Tak..lebih kepada seiras. Tak begitu Hajah Aminah?" Kata Hajah Samsiah lalu meletakkan sekeping gambar miliknya di tepi gambar Ayah Alia ketika waktu kecil.

Pada gambar itu kelihatan seorang anak kecil seusia dengan ayah Alia. Berbaju biru dan berseluar panjang. Tersenyum riang di atas kereta. Bukan itu sahaja wajah keduanya sangat mirip bahkan senyuman mereka seiras.

Suasana bertukar hening sebentar. Hajah Aminah masih melihat dan meneliti kedua-dua gambar itu. Dahinya berkerut kerana bersebab.

Manakala Hajah Samsiah mengenggam erat bajunya. Dia berharap sangat orang yang dicarinya selama ini adalah arwah ayah Alia. Cukuplah sakit dan derita yang ditanggungnya. Dia perlu cuba kerana masih percaya adiknya bukan mati kerana kemalangan kereta malah diselamatkan oleh orang lain.

Firasatnya kuat mengatakan ayah Alia adalah adik yg dicarinya selama ini. Kenangan lama mula bermain di fikiran. Hajah Samsiah kembali mengenang perkara yang lepas.

Kejadian 30 tahun yang lepas..

Sebuah kereta meluncur laju melalui jalan bukit-bukau di Cameran Highlands. Jalan di situ agak sempit dan padat dengan kereta lalu lalang memandangkan hari cuti sering kali orang berkunjung ke sana. Tempat yang menarik perhatian bila tibanya waktu cuti sekolah. Terdapat sebuah keluarga yang sangat gembira dan menikmati suasana cuti kali ini.

"Ayah.. lambat lagi ke nak sampai? Kakak dah nak terkencing ni.." Bersuara Samsiah sambil mengepit kuat kedua belah kakinya untuk menahan diri membuang air kecil. Tali pinggang keledar itu dilepaskan. Samsiah berdiri di tengah tempat duduk antara ibu dan ayahnya.

Di sampingnya, ada anak kecil lelaki yang berumur dua tahun sedang nyenyak tidur di atas tempat duduk khas bayi. Namanya Amran. Samsiah masih cuba menahan dirinya sebaik mungkin.

"Sabar sayang...Tak adalah tempat hentian rehat dekat sini. Banyak kereta pula tuu...Duduk dulu Samsiah. Bahaya berdiri macam tu." Ujar Encik Zaim cuba melihat ke kiri dan ke kanan jika ada tempat untuk berhenti seketika.

"Tahan yee sayangku. Ayah cuba cari tempat berhenti ni. Ibu tahu Samsiah boleh tahankan? Pakai semula tali pinggang. Ibukan sudah pesan. Jangan tanggalkannya sebelum tiba ke destinasi." Bersuara Puan Anita pula untuk menyakinkan Samsiah.

Satu senyuman manis diberikan kepada Samsiah. Begitu juga dengan Encik Zaim melihatnya melalui cermin belakang. Samsiah mengangguk kepalanya tanda faham. Dia kembali duduk di tempat asalnya. Tali pinggang keledar dipasangkan semula. Amran masih nyenyak tidur tanpa sedar apa yang berlaku di sekitarnya.

Tiba-tiba...

"Shrkkk!!!!!!"

Sebuah lori barang di hadapan hilang kawalan lalu menekan brek kecemasan tanpa teragaknya. Berjela kereta di hadapan mengelak dari melanggar lori tersebut. Tetapi, kereta yang dipandu oleh Encik Zaim terlalu laju sehingga tidak perasan apa yg berlaku du hadapan. Dia leka seketika kerana asyik berbual dengan Samsiah.

"Ehh...Abang!! tekan brek Abang!! Tekan brek!!" Tengking Puan Anita kuatnya lalu menyedarkan Encik Zaim apa yang berlaku di hadapan mereka.

"Allahuakhbar..."

Tanpa teragak lagi, Encik Zaim menarik kuat handbrek tangan lalu menekan sekuat mungkin brek kaki. Dia terus mengucap apabila kereta mereka berpusing dan hilang kawalan. Begitu juga Puan Anita terus melihat ke arah kedua orang anaknya. Senyuman di wajahnya mengambarkan betapa risaunya dia terhadap mereka.

"Dukkkk!!!!!!!"

Semuanya menjadi kelam. Kereta mereka terbabas sehingga terlanggar kuat tembok. Kereta dibahagian hadapan hancur sepenuhnya. Tragedi yang berlaku itu telah meragut nyawa kedua orang ibu bapa Hajah Samsiah. Dia hanya tersedar apa yang berlaku apabila berada di hospital.

Disitulah dia dimaklumkan bahawa dia sudah menjadi anak yatim piatu. Dia dibesarkan oleh Mak saudara sebelah ibunya. Tidak lama kemudian dia juga dikhabarkan adiknya turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Dikebumikan bersama arwah ibunya. Tapi, Hajah Samsiah menyangkal semua itu. Dia sangat pasti adiknya masih hidup ketika itu. Mereka berdua berpelukan antara satu sama lain semasa di tempat kejadian.

"Samsiah...Samsiah.. Samsiah!!" Tegur Hajah Aminah lalu menyentuh bahu Hajah Samsiah untuk menyedari lamunannya itu.

Dari tadi dia termenung jauh sendiri sampaikan tidak dengar apa yang dibicarakan oleh Hajah Aminah.

"Huh? yee...Allahuakhbar..Maafkan saya..." Mengucap Hajah Samsiah lalu mengusap wajahnya.

Perkara itu sentiasa berputar di dalam fikiran. Mana mungkin dia melupakan semua itu. Keluarga yang ia sayangi pergi begitu saja. Hanya sakit dan perit yang ditanggung dan bertemannya selama ini.

"Pasal gambar ini..Samsiah pasti ini adalah orang yang sama? Mungkin secara kebetulan sahaja. Muka budak-budak kan sama bila besar ini. Saya adopt Ayah Alia di Pusat Jagaan. Ibu bapanya masih ada. Dia bukan anak yatim piatu. Cuma, sudah agak lama tidak berhubung. Kami hilang pertalian lagi." Hajah Aminah berterus terang seperti biasa.

Anak matanya melihat ke arah lain bila berkata begitu. Malas dia mahu menatap wajah Hajah Samsiah yang berharap itu adalah orang yang sama. Jam di tangannya menunjukkan pukul 4.15 p.m. Tidak lama lagi akan masuk waktu asar. Dia tidak boleh lama-lama di sini.

"Oklah...Kalau tidak ada apa-apa. Saya minta diri dulu. Sekejap lagi sudah nak masuk waktu solat Asar." Tambah Hajah Aminah lagi apabila Hajah Samsiah hanya membisu saja di situ.

Tongkat di sebelahnya terus dicapai. Segera pembantunya datang mendekati Hajah Aminah apabila melihat majikannya sudah bangun untuk pergi. Belum sempat kaki Hajah Aminah melangkah, Hajah Samsiah mula bersuara semula.

"Alia kata..arwah ayahnya dijumpai di tempat longokkan sampah. Lalu diambil menjadi anak angkat Hajah? Dan Hajah pernah berkata yang ia tiada family lagi. Kenapa sekarang lain? Ada apa ke yang Hajah sembunyikan?" Kata Hajah Samsiah lalu mencapai kedua kepingan gambar itu. Di pegang lalu menatap keduanya.

Firasatnya masih kuat menyatakan yang ayah Alia adalah adik kandungnya yang sebenar. Mereka dipisahkan oleh pihak Rumah Jagaan Anak Yatim Piatu. Ketika itu tiada sesiapa yang tahu keberadaan adiknya. Hanya dirinya saja dituntut oleh keluarga ibunya. Kematian adiknya juga dipalsukan. Mustahil wajah seiras dan mirip dua keping gambar itu orang berlainan.

Bila dia dekat dengan Alia. Rasa lain sangat. Kasih sayang itu muncul sendiri. Melihat wajah Alia sungguh tenang rasanya. Wajah sangat mirip dengan adiknya. Sifatnya yang lembut seperti arwah ibunya.

"Apa maksud kamu Samsiah? Semua ini tiada kena mengena dengan kamu. Saya tahu siapa anak saya. Anak yang saja bela dan jaga. Kamu tak berhak nak pertikaikan dan mengatakan yang itu adalah adik kamu." Tegas Hajah Aminah mengatakan semua itu.

Di tatap dalam anak mata Hajah Samsiah. Anak mata coklat jernih penuh makna. Perempuan ini bukan sebarangan orang. Sifat amarah dan pendamnya belum dikeluarkan lagi. Hanya tampak lembut di luar tidak bermakna di dalam begitu.

"Ok..Kalau Hajah rasa semua itu benar. Sila betulkan saya. Saya nak lakukan ujian DNA terhadap Alia. Kalau tidak sepadan..baru saya beralah. Saya tak akan ganggu Alia dan keluarga Hajah lagi." Cadang Hajah Samsiah semua itu terhadap Hajah Aminah.

Itu sahaja yang terlintas di fikirannya. Miskipun,semua ini risiko besar. Dia terpaksa lakukan demi merungkaikan semua rahsia itu. Biarlah dia mengorak langkah daripada berdiam diri sampai ke sudah. Umurnya semakin meningkat. Sekurangnya ia dapat tahu satu kebenaran.

Tergamam Hajah Aminah dengan candangan Hajah Samsiah. Badannya mengigil tanpa sebab. Bukan kerana takut tetapi risau perkara ini adalah benar. Dia tidak mahu melepaskan Alia ke tangan orang lain. Dia terlalu sayangkan Alia dan arwah anaknya Mohd Noor. Hajah Aminah perlu melakukan sesuatu dari perkara begini diketahui oleh Alia. Walaupun, harus menipu ia sanggup. Demi orang tercinta batas perlu dilakukan.

Maafkan sis sudah lama menyepi. Ada ke yg sedia menanti bab seterusnya utk Kasih seorang isteri? Kalau ada cuba comment. Sis akan update seperti selalu.<3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience