Bab 13

Drama Series 71241

Hari ini, jam 2.30 p.m. aku akan diijab kabulkan dengan seorang pemuda yang tidak aku kenali. Aku redho dengan ketentuanmu Ya Allah. Sesungguhnya dia adalah jodohku, aku terima dengan hati yang terbuka. Aku hanya mampu menunaikan permintaan terakhir buat ayahanda ku yg ku cintai dan kasihi. semoga ayahanda tenang di sana. Alia hanya mampu menurut sahaja permintaan ayahanda kerana Alia sudah tidak ada sesiapa lagi di dunia ini. Mungkin, inilah cara ayahanda nak yg terbaik buat Alia untuk mempunyai seorang suami yg boleh menjaga Alia sebagai penganti ayahanda.

"Takutnya Lia mak, Kenapa ramai sangat orang ni." Tanya Alia dekat Mak Senah.

Alia melihat begitu ramai para tetamu mudah bertandang ke rumah ini. Boleh dikatakan orang kampung yg kenal rapat dengan arwah ayahnya. Hati dan perasaan Alia mula terasa gelisah.

"Ya Allah, Alia ni.. ramailah orang datang sebab harinikan hari istimewa kamu, Orang nak raikan pernikahan ini.." Jawab Mak Senah dengan biasanya.

Hatinya turut terasa gelisah dan duduk tidak senang seperti Alia. Mak Senah hanya fikirkan tentang Alia ketika ini. Tidak lama lagi Alia akan menjadi milik orang lain.

"Tapi ramai sangat nii mak!!" Adu Alia lagi selepas melihat begitu ramai orang sedang berkumpul di khemah yg telah disediakan.

"Ishh kamu ni Alia, ada-ada sajalah tingkah laku kamu. Mak nak keluar dulu. Cepat berdandan." Arah mak Senah dekat juru solek Alia yg ditempah khas oleh Lutfi. Semua ini Lutfi yg aturkan kepadanya. Lutfi tetap dengan keputusan muktamad dia yg tidak boleh ditolak Alia.

"Wahhh, cantiknya Cik Alia ni, betul lah kata Encik Lutfi, Cik Alia ni macam bidadari sesat dekat bumi. Saya just buat sentuhan natural je. Fuhhh. dah boleh di samakan dengan artislah Cik Alia ni.." Bersuara juru solek Alia dengan terujanya.

Sejak dari tadi lagi dia terasa gemuruh untuk sentuh kulit wajah bersih dan lembut milik Alia ini. Kali pertama, dia rasa teruja seperti ini sekali untuk mendandan pelanggannya.

"Ishh awak ni, saya biasa sajalah... macam org lain juga." jawab Alia dengan malunya selepas dipuji melambung macam seperti itu. Alia melihat dirinya biasa saja di cermin.

"Dah bersedia Alia?" Sapa Mak Senah selepas memasuki bilik Alia.

"Ya Allah, cantiknya anak kau Noor. Harini anak kau akan berkahwin dengan calon pilihan kau sendiri. Aku hanya menuruti sahaja amanat terakhir kau. Aku sebagai waris Alia akan buat apa saja demi diq mencapai kebahagiaannya sendiri. Aku hanya mahu melihat gelak ketawa Alia lagi. Kalaulah kau ada sekarang, mesti perkara yg sama juga kau impikan. Aku akan menjaga Alia untuk kau dan Lina." Bisik isi hati Mak Senah.

Perasaan sebak mula terkumpul di hatinya. Wajah Alia tidak tumpah seperti ibunya sendiri, Lina. Mak Senah tidak dapat gambarkan jika selepas ini Alia akan menjadi milik orang lain. Dia belum dapat memberi apa yg Alia perlukan lagi.

"Mak, kenapa nangis ni?? Apa yg berlaku.." Tanya Alia dengan risau selepas melihat Mak Senah menangis melihatnya.

"Ehh , tak ada apa-apa Alia.. Mak cuma gembira tengok Alia bersiap cantik macam ni.. Alia cantik sangat nakk, Harini hari penting Alia. Mak harap sangat Alia bahagia mendirikan rumah tangga bersama Lutfi. Mak tahu, Lutfi baik orangnya. Dia boleh menjaga Alia nanti sebagai penganti Mak dan Fahmi. Tapi, Alia tetap anak Mak. Mak dan Fahmi sayang sangat-sangat dekat Lia." Kata Mak Senah dekat Alia.

Mak Senah terus memeluk tubuh Alia. Mungkin selepas ini dia tidak dapat lagi memeluk tubuh ini lagi. Alia hanya mampu mendiamkan diri saja. Dia tidak dapat menjawab kata-kata Mak Senah. Alia belum pasti sama ada Lutfi layak memegang tanggungjawab itu lagi. Alia tidak mahu berharap lebih daripada itu daripada Lutfi. Alia akan terima dirinya seadanya saja.

"Semua orang sudah bersedia?" Tanya tok kadi itu kepada sebelah pihak Lutfi.

"Yaa!!"

Jawab Lutfi dengan yakinnya. Hatinya mula rasa berdebar dan gementar kerana tidak lama lagi dia akan menglafazkan akad. Lutfi hanya mahu sekali lafaz sahaja. Dirinya cukup yakin dengan semua ini.

"Bawa keluar bakal pengantin perempuan.." Tok kadi itu memberitahu kepada Fahmi yg berada di sisinya.

"Baiklah.." Jawab Fahmi perlahan.

Dalam beberapa minit. Alia melangkahkan kakinya ke tempat duduk yg telah disediakan. Semua mata terus memandang ke arahnya dan berbisik-bisik tentang dirinya itu. Mahu sahaja Alia lari dari sini selepas melihat orang ramai mula mencuri perhatian terhadapnya. Para juru kamera mula memainkan peranan mereka. Habis setiap detik gambar Alia di ambil oleh mereka.

"Asal semua org pandang aku??? Aku tak cantik Kerr? Tak pun baju yg aku pakai ni terkoyak dekat mana-mana??!!!" Pelbagai persoalan mula bermain di dalam hati Alia. Dia begitu gelisah sekali.

Selepas itu, dia memandang ke arah Lutfi. Hanya lelaki itu yg dia tumpukan sekarang. Sangkaan Alia meleset sekali. Lutfi hanya merenung tajam ke arahnya saja. Wajah Lutfi mahu senyum dan tak senyum saja ke arahnya.

"Asal lak dia nii.. Macam nak makan aku jaa nanti. Ya Allah, lindungilah aku.." Nguman Alia sendiri. Matanya tidak boleh beranjak daripada memandang ke arah Lutfi.

"Alia, kenapa kamu berhenti ni? Ada masalah?" Tanya Mak Senah dekat Alia selepas Alia hanya mematikan pergerakannya itu. Semua mata terus memandang hairan ke arahnya.

"Tak delah mak. Alia okey ja." jawab Alia dengan perlahan. Rasa bersalah pula dia buat macam ini.

"kalau macam tu mari kita duduk." Ujar Mak senah sambil memberikan senyuman manis kepada Alia. Mak Senah faham semestinya Alia masih rasa gugup dengan semua ini lagi.

Alia hanya mengangguk tanda faham saja. Mak Senah memegang erat pergelangan tangan Alia. Rasa mengigil dan sejuk saja tapak tangan Alia. Alia terus menghembuskan nafas perlahan. Matanya tetap tidak dapat beranjak daripada melihat ke arah Lutfi.

"Kenapa dia pandang aku macam tu.. Aku ada buat salah Ke.." Nguman Alia lagi. Hatinya mula tidak duduk senang bila melihat wajah Lutfi seperti itu.

"Mari kita mulakan." kata Tok Kadi kepada Lutfi.

"Syed Muhd Qiyyan Lutfi Bin Dato' Tahir."

"ya , saya" jawab Lutfi dengan tenangnya. Hari inilah hari debaran buatnya. Alia akan menjadi isterinya yg sah tidak lama lagi.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Alia Qisyara Bt Mohd Noor dengan mas kahwin sebanyak Rm 2802 tunai dan seutas gelang emas serta berwalikan hakim."

"Aku terima nikahnya Nur Alia Qisyara Bt Mohd Noor dengan mas kahwin sebanyak Rm 2802 tunai dan seutas gelas emas serta berwalikan hakim."

"Sah?" kata Tok Kadi dekat Wali masing-masing.

"Sah!" jawab wali hakim di pihak Alia dan pihak Lutfi serentaknya.

"Alhamdulilah.." Ucap Tok Kadi sambil membacakan doa selamat.

Lutfi terus menghembuskan nafas seleganya. Hilang segala kegelisahan dan kegusaran di lubuk hatinya. Dia bersyukur sangat dengan sekali lafaz Alia sudah menjadi isterinya yg sah sekarang. Air mata mula terkumpul di kelopak mata Lutfi. Selepas ini dia perlu mengalas tanggungjawab yg berat. Lutfi sudah berjanji dengan dirinya akan berubah ke arah lebih baik selepas ini. Dia sudah ada seseorang yg perlu dilindungi.

"Lutfi..kamu boleh sarungkan cincin dekat isteri kamu.."Tegur Dato' Tahir selepas melihat Lutfi mengesat sikit matanya itu. Dia mengambil masa sejenak untuk ketemu dengan Alia.

"Baiklah" Jawab Lutfi sambil tersenyum malu. Rasa berdebar saja hatinya mahu membatalkan air wuduk mereka berdua nanti.

Lutfi mula bangun dan berjalan pergi ke arah Alia dengan perlahannya. Orang lain mula sibuk mengambil gambar mereka berdua. Alia yg mendengar betapa lancarnya Lutfi melafaznya akad nikah itu turut mengalir air matanya sedar. Dia tak menyangka dirinya sudah menjadi milik orang dan menjadi isteri Lutfi yg sah sekarang. Dia sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri selepas ini. Dengan Keizin-Nya, Inshallah segala urusan ini akan dipermudah nanti.

"Assalamualaikum isteriku." Sapa Lutfi dekat telinga Alia selepas dia melabuhkan lututnya di depan Alia.

Senyuman di bibirnya tidak dapat ditutup lagi. Terpegun dia melihat rupa wajah Alia sekarang. Inilah dikatakan tatapan halal. Alia hanya menunduk malu dan tidak menjawab apa-apa pun. Merah bahang wajahnya menahan malu ini.

"Bolehkah Abang sentuh sayang?"

"Ehh, ber "abang" "sayang" pula. malulah.." jawab Alia sambil membuat muka ke arah Lutfi. Geram saja dia melihat raut wajah nakal Lutfi kenakan dirinya ini.

"Hehe. sorry.. Nervouslah.." katanya perlahan.

Alia nak tak nak saja beri tangannya kepada Lutfi. Inilah kali pertama Lutfi menyentuhnya lama sekali. Sebelum ini hanya berlapiskan baju saja. Dengan perlahan Lutfi menyarungkan cincin perkahwinan mereka ke jari Alia. Mengigil tangan Alia membalas perkara yg sama Lutfi lakukan kepadanya tadi. Terharu mereka yg lain melihat detik terindah seperti ini. Kedua pasangan suami isteri malu-malu kucing saja dengan semua ini. Orang ramai yg memandang telatah mereka turut ketawa .

"Lutfi, kucuplah dahi Alia." Bersuara Mak Senah setelah Alia selesai mencium tangan Lutfi.

"Mak!!"

Ngadu Alia sambil memegang tangan Mak Senah semula. Merah padam mukanya menahan mahu selepas Mak Senah berkata begitu. Lutfi pula mula mengangkat kening ke arahnya.

"Alia, itu sudah menjadi adat. Kamu dah jadi isteri Lutfi yg sah. Tak haramlah.." Jawab mak Senah dekat Alia . Alia hanya diamkan diri tanpa berkata apa-apa lagi. Lutfi pun terus meminta izin kepada Alia dahulu. Dia tidak perlu terburu-buru kerana selepas ini mungkin setiap hari dia akan mencium Alia.

"Isteriku, Lia Qisyara.. Boleh saya kucup dahi awak.."

"Ermm.."

Pendek saja jawapan yg Alia berikan. Hanya hanya mampu memejamkan matanya dan membiar saja apa yg akan Lutfi lakukan kepadanya sekarang. Lutfi pun mengucup lembut dahi Alia. Orang ramai mula mengerumi mereka dan mengambil gambar buat kenangan. Lutfi terus tersenyum manis ke arah Alia sambil memegang tangan Alia erat sekali. Mungkin dia tidak akan melepaskan lagi tangan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience