Bab 28

Drama Series 71241

"Abang, tentang..kita pindah ke rumah baru. Apa kata esok je kita beritahu papa dan yg lainnya. Bukan apa..Kita baru je pulang ke sini. Lia tak nak pula mereka kecil hati nanti."

Bersuara Alia usai selesai mencium pergelangan tangan Lutfi. Mereka berdua terus mendirikan solat maghrib setelah sampai ke sini sebentar tadi. Sejak diberitahu oleh Lutfi tentang perpindahan ini, Alia rasa sedikit gusar untuk membuat keputusan. Dia risau jika keputusan mereka berdua ini terlalu terburu-buru mahu tinggal berasingan. Rumah ini cukup besar dan mereka juga sudah mempunyai bilik yg selesa sekarang. Alia juga takut ahli keluarga Lutfi mungkin tidak dapat menerima semua ini lagi.

"Ermm..Sayang risau kalau parents abang tolak ehh? Sokay. Kita cuba dulu tau. Kalau tak dapat juga..nanti pandai-pandailah abang pujuk. Benda penting macam ni tak boleh tangguh tau."

Jawab Lutfi lalu melepaskan satu kucupan di pipi Alia. Pantas saja tangannya memicit kedua belah pipi gebu milik Alia. Geram saja dia melihat wajah comel isterinya ini bila dalam keadaan gementar.

"Abang ni...orang cakap benda betul lah..boleh pula dia nak bawa gurau.."

"Ehh, abang series lah ni..Mana ada gurau. Yg sayang ni comel sangat kenapa? Tak boleh ke tak cantik selalu?"

"Yeye jee puji macam ni. Mesti ada sebab kan? Tak nak! Lia tak nak ikut cakap abang lagi.."

Alia terus bangun dari kedudukannya itu. Semakin di layan kerenah manja Lutfi selagi itulah perkara ini tidak boleh di bincang secara rasional. Pada masa yg sama hatinya mula rasa tersentuh. Tiada orang lain yg puji dirinya begitu sebelum ini. Hanya Lutfi selalu berkata begitu tanpa rasa jemunya.

"Alah Ayang ni..Baru nak sweet dengan dia. Esok orang dah nak kejelah..Nanti rindu.."

Ujar Lutfi masih tidak mahu beranjak dari atas kain sejadah itu. Muncung saja bibirnya sambil mendepakan tangan ke arah Alia. Alia bersabar saja menunggu dirinya itu bangun. Dia mahu melipat kain sejadah itu tetapi selepas melihat kerenah Lutfi seperti ini, terus hilang mood rajinnya.

"Lipat sendiri..Dahlah. Saya nak ke tandas."

Balas Alia begitu kejam sekali. Dia menjelirkan lidah ke arah Lutfi sebelum melangkah masuk ke dalam tandas. Lebih baik dia buang air kecil daripada terus melayan Lutfi.

"Amboi..kerat lidah tu baru tahu. Alia..Alia..haishh macam manalah aku tak sayang kau.."

Cakap Lutfi sendiri sambil tersenyum sedikit di hujung bibirnya. Dia berharap sangat kebahagiaan ini berkekalan sampai hujung nyawa. Hanya Alia yg dia cintai. Berkongsi kasih sayang buat selamanya.

Kelihatan suasana di meja makan pada malam ini dingin sekali. Masing-masing saling menikmati santapan tanpa bersuara sedikit pun. Aku mula menelan payah nasi yg melepasi tekak ini. Entah kenapa rasanya kelat saja. Sejak beberapa hari ini senua makanan yg ditelan tidak dapat dihadam dengan baik. Mungkin disebabkan faktor pengambilan ubat yg dimakan aku pada setiap bulan. Aku perlu bertahan supaya Lutfi dan yg lainnya tidak tahu rahsia ini. Aku tidak dapat bayangkan jika semua ini akan terbongkar tidak lama lagi. Lutfi pasti sedih.

"Alia..Alia....Alia??"

Panggil Dato' Tahir banyak kali kepada Alia setelah melihat dia hanya mengaul nasi di dalam pinggan tanpa menjamahnya. Mereka yg lainnya mula memandang ke arah Alia. Termaksud Lutfi yg sudah berkerut dahinya sedikit.

"Lia..Napa ni?? Lia tak de selera ke??"

Tegur Lutfi sambil menepuk lembut bahu Alia dengan tangan kirinya. Alia mula tersedar dari lamunannya tadi. Tergamam dirinya seketika di situ setelah melihat mereka semua mula memberi perhatian ke arahnya. Lutfi menghulurkan segelas air kosong untuk dirinya bertenang dahulu. Alia menegur perlahan air kosong itu tanpa bersuara apa pun.

"Napa ni?? Lia tak de selera nak makan ke? Nak suruh Mak Timah buatkan bubur?"

Tanya Lutfi lembutnya ke arah Alia. Dia menatap dalam anak mata Alia supaya memberitahu perkara benar terhadapnya. Alia mula tidak duduk senang jika Lutfi memandang tepat ke arah anak matanya.

"Alia tak sihat ke? Kalau tak sihat nanti papa suruh Lutfi call Doktor khas untuk family kita. Dia boleh datang cek Alia nanti."

Sampuk Dato' Tahir pula setelah melihat muka merah Alia seperti menahan sakit saja. Datin Nafisah mula melepaskan keluhan berat di meja makan itu. Sudah kenapa mereka semua perlu risauka tentang Alia pula sekarang. Seperti tiada topik lain yg perlu dibincangkan sekarang. Hajah Aminah turut bertanya khabar terhadap Alia. Risau dia melihat cucunya ini kalau jatuh sakit nanti.

"Eermm..Lia cuma tak sedap perut je. Maaflah, kalau Lia sudah menganggu semua orang menikmati santapan malam ini."

Jawab Alia mula rasa bersalah dengan sikapnya tadi. Sampai begitu sekali dia termenung jauh seorang diri. Bukan niatnya mahu berbuat demikian di depan semua orang di sini. Dia tidak mahu menyusahkan mereka semua. Biarlah masalah dia sendiri yg tahu.

"Owhh sebab tu ke. Nanti kalau Alia rasa tak sedap badan beritahu Lutfi. Biar Doktor datang cek ye.."

Pesan Dato' Tahir terhadap Lutfi. Dia mula menyambung makan semula. Selesai sebentar masalah ini.

"Betul tu sayang... Jangan biar perut masuk angin lama-lama. Nanti lagi memudaratkan."

Bersuara Hajah Aminah pula masih risaukan keadaan Alia. Sudah kurus dan cekung saja tubuh cucunya ini. Kalau jatuh sakit nanti mesti susah punya.

"Ermm.. baiklah. Nanti Lia letak minyak."

Balas Alia mula menelan kembali sisa makanan di dalam pinggannya itu. Walaupun sudah mati selera dia tetap cuba makan seperti biasa. Dia tidak mahu mereka memanggil doktor datang ke rumah ini. Habislah rahsianya terbongkar nanti. Apa dia mahu jawab terhadap Lutfi.

"Apa yg awak pendamkan Lia? Saya pasti awak sedang sembunyikan sesuatu dari pengetahuan saya sendiri.."

Nguman Lutfi sendiri di situ. Pandangannya tidak dapat dialih dari memerhati ke arah Alia. Sifat Alia amat mencurigakan dirinya. Lutfi mahu melihat sejauh mana Alia bertahan sembunyikan semua itu. Lambat laun dia pasti akan mengetahuinya juga. Alia tidak pandai menipu. Mungkin orang lain akan terpedaya dengannya tetapi bukan untuk Lutfi. Dia sudah dapat membaca gerak-geri Alia.

..............................................................................

"Boy..apa kata kamu berkahwin je dengan si Emily tu. U know right dia dah banyak tolong papa.."

Bersuara En Sobri sambil memberi satu candangan yg bernas kepada Qayyum, satu-satunya anak tunggal yg dimilikinya. En Sobri adalah suami kepada Puan Khadijah. Jadinya, Qayyum adalah cucu lelaki pertama dalam keluarga Tan Sri Wahid walaupun umurnya masih muda lagi. Keluarga mereka bukanlah berpangkat datuk lagi disebabkan bisnus keluarganya tidak berapa nak utuh. Harapkan syarikat lain untuk membangunkan syarikat mereka semula.

"Emily?? Ofcourse not dad!! Dia bukan taste Boy. Lagipun papa tahukan dia tu bekas Lutfi. Kalau papa nak Emily tolong syarikat kita lagi no prob laa..Boy boleh gunakan dia. Get married? No..No.."

Ujar Qayyum sambil membetulkan sedikit kedudukannya semula. Rasa loya tekak bila papanya ini mahu jodohkan perempuan murahan seperti Emily terhadapnya. Langsung tidak sesuai dengan gaya hidupnya sekarang. Dia belum sedia mahu dirikan rumah tangga lagi.

"Hurmm..why not Boy? Emily tu good apa? Kamu kan suka perempuan macam tu??"

Pujuk En Sobri dekat anak tunggalnya ini lagi. Bukan mudah mereka melepas peluang di depan mata. Lambat laung orang lain pula yg dapat semua ini.

"No mean No!! Boy tak sukalah papa paksa Boy macam ni..Boy dah ada pilihan Boy sendiri."

Balas Qayyum masih tidak berminat dengan tawaran En Sobri. Dia melihat papa ini beria mahu jodohkan mereka berdua. Jauh dari simpang dia mahu jadikan Emily isterinya.

"So, who is it? Siapa pilihan Boy tuu?"

"U will know later.."

..............................................................................

Tekak aku mula rasa loya sedikit. Santapan semalam masih tersiksa dan terdapat saki baki dalam perut ini lagi. Aku terlalu penat mahu ulang-alik ke tandas. Jam menunjukkan pukul 10.00 a.m. Dari pagi tadi aku terperap di dalam bilik saja. Lutfi sudah pun masuk kerja seperti biasa. Tangan aku mula mencapai sepapan ubat di atas meja. Pantas saja aku menelan 2 hingga 3 biji ubat itu. Aku meneguk segelas air koaong. Biarlah terlebih dos asalkan perut ini tidak rasa sakit lagi. Terlalu perit aku menahan sakit ini sendiri. Kepala aku mula menyandar di tepi meja. Rasa sakit dan pusing sangat kepala ini. Berpinar-pinar mata aku selepas melihat cahaya lampu.

"Tok..Tok..Tok..."

"Heyy perempuan..buka pintu ni..kau memang tak de keje lain ke nak buat dalam rumah ni haa?? Nak jadi permaisuri ke apa dalam rumah ni??!!"

Tengking Datin Nafisah kuatnya dari arah luar bilik itu. Sejak dari pagi tadi dia tidak melihat kelibat Alia. Nasib saja di dalam rumah ini hanya tinggal dirinya dan juga Qarin. Mereka yg lain sudah masuk kerja seperti biasa. Para cucunya juga sudah pergi ke sekolah. Kini, tinggalah anak kecil Dira yg di upah pengasuh saja. Datin Nafisah masih tidak puas hati dengan keberadaan Alia di sini. Dia akan pastikan Alia tidak dapat hak setaraf mereka semua di dalam keluarga ini.

"Ma..mama..."

Bersuara Alia mula rasa gelisah di situ. Dia cuba bangun perlahan sambil memegang bucu meja untuk di jadikan alas tempat memaut. Berkerut dahinya menahan sakit di perut masih tersisa lagi. Alia perlu membuka pintu itu. Dia tidak mahu Datin Nafisah berfikir bukan-bukan terhadap dirinya nanti.

"Aduhh..pegi mana budak ni. Lama betul nak buka pintu ni.."

"Heii Alia. Kau dah pekak ke apa??!! Aku kata buka pintu ni sekarang!?!!"

Herdik Datin Nafisah masih mengetuk pintu itu berulang kali. Hatinya mula rasa panas dengan layanan biadap yg Alia berikan kepadanya sekarang ini. Tidak sabar dia mahu ajar Alia cara beradab sikit sepanjang berada di sini. Baru dia tahu dengan siapa dia berdepan sekarang.

"Klik...Krekk..."

"Yaa mama..maaflah, Lia berada dalam tandas tadi..Lia tak perasan."

Jawab Alia setelah membuka luas pintu biliknya itu. Dia mula rasa bersalah membuat Datin Nafisah menunggu lama di luar ini. Alia hanya mampu memberikan senyuman kelat saja. Tidak tahu apa yg perlu dia ujarkan lagi.

"Jauh sangat ke tandas kau tu ehh sampai pekak aku ketuk kuat pintu ni.."

"Tok...tok..tok..."

"Sekarang kau dah dengarkan?? Jangan beri banyak alasan yee. Wahh, nak jadi main besarlah dalam rumah ni? Baru je langkah kaki masuk ke sini ada hati nak dilayan macam permaisuri."

"Aku ada kerja sikit dekat kau. Nah..sekarang kau basuh semua baju aku ni..Baju ni kena basuh guna tangan. Jangan kau berani nak masukkan ke dalam mesin basuh. Kalau rosak semua baju aku ni..Siap kau aku kerjakan nanti. Kau bukannya berduit nak bayar semula..ye ke idok? Selamani kau makan duit anak aku jee.."

"Haa, boleh ke tidak ni??!!"

Berleter Datin Nafisah panjang lebarnya dekat Alia selepas membaling semua pakaian terpakainya itu ke arah wajah Alia. Puas hatinya berbuat demikian. Alia menang layak dilayan seperti orang gaji dalam rumah ini. Asal usulnya tidak ubah seperti anak kutip saja. Sudahlah kehilangan orang tua sekarang hidupnya bergantung dekat keluarga orang kaya.

Tergamam Alia sebentar selepas mendengar semua ini keluar sendiri dari mulut ibu mentuanya. Sampai begini sekali dia di layan oleh Datin Nafisah. Alia terus mati kata. Tidak tahu apa yg perlu dia balas kembali. Hatinya sedikit terkilan dengan layanan ibu mentuanya ini.

"Hoi..kau dah pekak ke?? Pergi buat sekarang?!! Kalau aku tak nampak baju ni sidai dekat ampaian nanti siap kau aku kerjakan. Kau jangan ingat dapat goyang kaki di dalam rumah ini."

"Waktu siang peraturan aku.."

Ugut Datin Nafisah sebelum pergi meninggalkan Alia sendiri di situ. Satu senyuman sinis diberikan kepada budak kampung seperti Alia. Langsung tidak membantah apa yg dia lakukan ini. Mudah sangat untuk dijatuhkan dalam diam.

Tanpa membuang masa lagi, Alia mengutip semula baju Datin Nafisah yg jatuh ke lantai. Mahu tidak mahu dia perlu buat semua ini juga. Siapa dia mahu melawan kembali. Silap hari bulan dia pula yg kena tendang keluar dari sini. Dalam keadaan yg sakit, Alia kuatkan diri untuk buat semua ini. Dia mula berjalan turun ke bawah perlahan. Penuh tangannya membawa baju milik ibu mentuanya ini.

"Bertabah Alia...Jangan nangis.."

Bersuara Alia perlahan sambil mengosok lembut setiap helaian baju itu. Dia tidak mahu rosakkan baju mahal ini. Dari mana dia dapat mencari duit untuk bayar nanti. Tidak mungkin dia meminta daripada Lutfi. Lutfi bukanlah bank untuknya selalu. Air mata mula memenuhi kelopak mata Alia. Rasa sakit itu sudah tidak dihiraukan lagi. Sekarang, hatinya ini mula terhiris sedikit. Kata-kata Datin Nafisah tadi masih tergiang di dalam fikirannya. Jijik sangatkah dirinya ini sampai dilayan begitu sekali. Alia masih rasa rendah hati berada dalam keluarga ini. Dirinya tetap seorang anak kampung yg tidak mempunyai harta. Alia tahu dan tidak akan pernah lupa semua itu.

Usai saja selesai membasuh semua baju itu. Alia mula membawa baldi itu dan berjalan menuju ke belakang rumah. Sekarang, dia perlu sidai semua pakaian ini dahulu. Para pekerja di sini kasihan melihat dirinya dilayan teruk sekali oleh majikan mereka. Mereka sudah diberi amaran supaya tidak masuk campur kalau tidak mahu kehilangan kerja di sini. Alia tahu dan faham kenapa semua pekerja di sini tidak membenarkannya melakukan kerja mereka. Mereka tidak mahu dipecat oleh Datin Nafisah.

"Syukur, Alhamdulilah..selesai juga.."

Nguman Alia gembiranya dapat juga menyiapkan tugasan yg diberi ini. Bibirnya tidak pudar dari mengukirkan senyuman. Apa pun kerja yg dilakukan ini semuanya ikhlas dan tulus. Belum sempat Alia mencapai baldi kosong itu bahagian perutnya mula terasa pedih yg terasa sangat. Tidak semenanya dia jatuh terduduk di atas rumput karpet itu.

"Arghh...sakit...sakit.."

Jerit Alia perlahan cuba menahan sakit itu. Dia memeluk erat di bahagian pinggangnya. Air mata mula berjujuran jatuh di pipi. Sakit yg dia sendiri tidak dapat ungkapkan. Badannya mula terasa kebas dan mengigil.

"Tiba..Tiba.."

"Semuanya mula menjadi gelap."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience