Bab 45

Drama Series 71241

Setiap orang impikan sebuah kehidupan yg sempurna tanpa ada cacat celanya. Siapa kita mahu mengubah takdir hidup miskipun pelbagai ujian yg mendatang. Jatuh dan bangun hanya diri kita saja yg tahu. Emily Syakila Anderson. Merupakan seorang perempuan kacukan British dan Malaysia. Pada mulanya Emily penganut agama kristian kerana mengikuti jejak langkah papanya. Selepas mamanya berpisah dengan papanya, dia mula jinak dengan agama islam lalu membuat keputusan untuk memeluk agama islam.

Emily menetap di Malaysia bersama mamanya. Di situlah, bermulanya dia kenal dengan lelaki seperti Lutfi. Dia sangat suka sifat lemah-lembut dan mengambil berat Lutfi terhadapnya. Lutfi seorang lelaki yg baik. Lelaki yg mengajaknya memeluk islam. Lelaki yg berjanji akan bernikah dengannya setelah menukar agama. Yaa, agama islam hanya di kad pegenalan saja. Emily sangat jahil dalam bab agama. Dia adalah seorang wanita yg mengayakan hidup bebas. Baginya, tiada tuhan yg wujud di dunia ini. Pemahamannya berdasarkan 'Ateisme' iaitu bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan tuhan.

Sudah hampir 5 tahun Emily menukar agamanya tetapi sekarang, Lutfi langsung tidak menunaikan janji itu. Perasaan amarah dan kasih akan Lutfi tidak mudah ia lupakan. Emily terlalu agungkan lelaki seperti Lutfi. Setiap masa dan waktu ia selalu memikirkan tentang Lutfi. Berkongsi hidup dengan Lutfi. Hanya Lutfi yg ia idamkan selama ini. Hidupnya akan sempurna jika dapat memiliki Lutfi.

"Em. until when do you want to live like this? I already told you that all men are the same. You are very stubborn. Now, what do you want to do? He will not be yours."

Bersuara Mr Anderson apabila melihat keadaan Emily yg sudah tidak tentu arah. Dia berjalan ke hulur dan ke hilir di dalam pejabatnya ini. Wajahnya yg tidak cukup tidur. Dirinya agak serabai dan tidak terurus dengan baik. Emily sudah hilang kewarasan sebab tergilakan lelaki seperti Lutfi.

Mr Anderson baru saja pulang ke Malaysia untuk melihat keadaan puterinya ini. Walaupun sudah lama berpisah dengan bekas isterinya itu, tangungjawabnya masih ada untuk Emily. Dia sangat sayangkan Emily. Apa saja yg Emily pinta ia akan tunaikan. Mr Anderson juga sedang mendirikan sebuah projek baru di sini. Dia akan tinggal sedikit lama di Malaysia buat sementara waktu.

"Pap!!!"

"So, who cares?!!! Em will still get Luke back. He belongs to me. Papa has to help me. Get shares from Dato' Tahir company first. Money is everything to them."

Herdik Emily di depan meja Mr Anderson setelah mengetuk kuat meja itu dengan kedua belah tangannya. Di tatap lama anak mata biru muda milik papanya ini. Dengusan pernafasannya kasar sekali. Peluh di dahinya menitis sedikit demi sedikit menuruni dahinya.

Tergamam Mr Anderson apabila melihat keadaan Emily begini. Raut wajahnya seakan menahan amarah yg tidak disembur sepenuhnya. Jiwanya sangat meracau dan tidak tentu arah. Ini bukan Emily yg ia kenal lagi. Emily ini sudah jauh dari simpang. Kerana terlalu gilakan seorang lelaki ia berubah seperti ini sekali.

Emily sudah tiada pilihan lain. Dia perlu meminta bantuan dari papanya. Qayyum sudah tidak mahu menolongnya lagi kerana Lutfi sudah beritahu segalanya. Lelaki seperti Lutfi agak licik tetapi dia masih sukakan Lutfi. Bagaimana pun perangai Lutfi ia akan tetap dampingi lelaki seperti itu. Jahat dalam diam juga sepertinya. Senyuman dan gelak ketawa bercampur sedih mula bermain di dalam diri Emily. Dia berjalan berpusing-pusing sambil menari. Kenangannya bersama Lutfi tidak akan dilupakan.

"Em..Hold on. Saya nak awak cakap melayu boleh?" Pinta Lutfi lalu menarik lengan Emily duduk dahulu di atas bangku.

Mereka berdua keluar bersenam seperti biasa di waktu lapang. Emily seorang yg sangat aktif bersukan kerana ingin menjaga penampilannya sentiasa kurus. Menceburi bidang pemodelan bukan mudah baginya yg baru menetap di Malaysia. Inilah kerja pertamanya di sini.

Emily memandang wajah series Lutfi yg sedang tersenyum menampakkan gigi ke arahnya. Dia cuba faham apa yg diujarkan oleh Lutfi tadi. Agar sukar untuknya faham bahasa melayu dalam masa terdekat ini.

"Arrr...what? I really do not understand what you said earlier. Pelase..cakap..perlahan. sikit..sikit." Ujar Emily tergagapnya kerana masih cuba bercakap dengan ayat yg selalu ia gunakan bila mahu berbual dengan rakannya yg lain.

Rambut ikal mayangnya di ikat kemas semula ke atas. Badannya mula berpeluh walaupun hanya mengenakan baju singlet dan seluar sukan paras lutut. Terlihat bentuk tubuh lenggang-lenggok yg sangat putih melepak. Lutfi menelan payah air liurnya. Imannya akan luntur jika Emily selalu berterusan seperti ini. Air liurnya ditelan pahit. Pandangannya terus dialihkan ke arah lain.

"Ohh, sorry. My fault. If I ask you something, can I?"

Emily menjarakkan sikit dirinya dengan Lutfi. Dia rasa sedikit malu selepas berbuat demikian di hadapan Lutfi. Emily faham dan hormat agama islam yg dianuti oleh Lutfi. Semua itu dia belajar sendiri dari rakan modelnya yg menganuti agama islam juga.

Mulutnya rasa berat saja untuk meminta semua ini dari Lutfi. Mereka sudah lama berkawan. Mungkin dia perlu mencuba supaya hatinya tidak akan kecewa nanti. Lutfi seorang lelaki yg baik dan banyak membantunya selama ini. Emily tidak dapat bergaul dengan lelaki lain selain Lutfi seorang saja.

"Okey..I want you to teach me to speak in Malay language. Besides, too .. can I be friends with you. I mean. even closer." Kata Emily. Hatinya semakin berbunga. Wajahnya bertukar kemerahan sedikit. Pandangannya di tundukkan ke bawah. Dia sangat takut jikalau Lutfi menolak nanti.

"Ermm, Of course you can. I will teach later. Not just close. always with me forever." Balas Lutfi mula bangun dari kedudukannya. Dia berlari anak meninggalkan Emily yg masih kaku di situ. Terkejut mungkin!

"does he like me? For real! Omg. Calm down Emily. Continue to seduce his heart." Bisik hatinya dengan penuh perasan teruja. Jantungnya berdegup kencang.

Mendengar maklum malas daripada Lutfi tadi membuat dia yakin untuk mendekatkan diri dengan lelaki islam. Baginya, lelaki yg beragama islam adalah seorang yg baik dan hormat wanita. Tidak pernah mengambil kesempatan. Sekarang dia sudah jumpa orang itu kalau tidak bukan Lutfi sendiri.

"Em!! Hurry up..." Panggil Lutfi sambil melambaikan tangan ke arah Emily. Dia berada jauh di hadapan tetapi Emily masih tersenyum simpuh malu di bangku itu.

"Coming!!" Balas Emily terus berlari menuju ke arah Lutfi. Bibirnya tidak dapat menutup senyuman ini. Hatinya semakin berbunga dengan lebatnya. Akhirnya lelaki idamannya ini akan menjadi miliknya. Hubungan ini semakin terjalin eratnya apabila Emily mula memeluk islam. Walaupun mama dan papa tidak tahu tetapi ini adalah keputusannya sendiri. Dia tidak kisah semua itu, asalkan dia dapat bersama dengan Lutfi sampai bila-bila.

"Hahahahaha!! Aku akan pastikan kau akan jadi milik aku.. Aku dah banyak berkorban segalanya untuk lelaki seperti kau. Jangan memain dengan cinta aku Luke. Setelah aku dapat, tidak mudah aku lepaskan. Hanya kau milikku seorang. Tiada orang lain yg dapat bahagiakan kau selain aku. Heeeee, perempuan kampung tu..Dasar miskin!!! Tak sedar diri!!! Kau akan merana sebab rampas Lutfi dari aku!! Arghhh!!!"

"Prang!!...klang!!..."

Tengking Emily kuatnya terus mencampak bingkai gambar Lutfi dan Alia ke arah dinding. Dia sempat mengambil bingkai gambar itu dari pejabat Lutfi. Semakin lama ditenung wajah Alia semakin sakit hati dan perasan ini. Air matanya berjujuran keluar. Dia berjalan mendekati sepihan kaca berselerak di sekitar bingkai gambar itu. Emily mengutip semula gambar itu tanpa mempedulikan kesan pecahan kaca yg masih tersisa. Jari-jemarinya menyapu serpihan kaca di wajah Alia.

"Eemm, cantik juga kau yee..patutlah Luke aku sukakan kau..Apa yg kau ada tetapi aku tiada Alia? Kerana kau dilahirkan dalam agama islam Luke aku jatuh cinta dekat orang macam kau? Apa kurangnya aku..aku dah masuk islam sekarang. Cakap sekarang!! Apa yg kau ada tapi aku tak ada!!! Tak guna!!" Jerit Emily dengan penuh perasaan hiba.

Kali ini, Emily sudah hilang arah. Dia mula mengoyak gambar itu menjadi dua bahagian untuk memisahkan Lutfi dan Alia. Emily sudah tiadak kisah tangannya mula berdarah kerana terkena serpihan kaca. Darah pekat itu mengalir tanpa henti. Deria sakit ini sudah mati. Di tenung tajam wajah Alia buat terakhir kalinya sebelum membakar gambar itu.

"Goodbye..Alia Qisyara...."

"chiss..!!!"

Nyalaan api mula menunjuk tindak balas pada gambar itu. Emily tersenyum riang dengan apa yg dia buat. Dengan reaksi senyuman, ketawa, menangis dan mengilai tidak ubah seperti seorang pesakit mental. Inilah dirinya sekarang, disebabkan cinta tidak terbalas. Hatinya merana dan jiwanya tersiksa.

...............................................................................

Di hospital..

Lutfi menyediakan segala keperluan untuk Alia. Tidak ada apa yg kurang sepanjang dia menemani Alia di sini. Dia sanggup mengambil cuti selama mana yg mungkin demi menjaga Alia sehingga sembuh. Rupanya yg agak serabai kerana tidak cukup tidur. Ia sanggup berjaga siang dan malam untuk menemani Alia sehingga sedar.

Sekarang, Alia sudah sedar tetapi belum sembuh sepenuhnya. Keadaannya masih lemah lagi. Alat pernafasan oksigen ditukar kepada yg biasa. Wayar masih tersisa di dadanya. Alia sudah ditukar ke wad biasa. Remuk hati Lutfi melihat keadaan Alia begini. Kalau boleh, dia mahu gantikan tempat Alia. Tidak sanggup dia melihat Alia menangis menahan kesakitan semasa doktor memasukkan jarum suntikan ke tangannya. 2 beg darah merah dimasukkan ke tubuh Alia. Jika Alia menunjukkan tindak balas baik, pasti ia akan keluar tidak lama lagi. Itulah yg Lutfi harapkan.

"Nak minum susu tak? Maaflah, Lia tak boleh makan lagi. Nanti kerongkong Lia terluka. Abang bancuh susu ehh?"

Tanya Lutfi sambil mengangkat tempat tidur Alia supaya duduk dalam keadaan tinggi sedikit. Alia perlu minum susu untuk tambah tenaga. Sejak dari pagi tadi dia tidur dengan nyenyaknya tanpa mengisi perut kosong. Mungkin keletihan bila dimasukkan pek darah baru. Pucat lesu wajahnya yg tidak bermaya. Senyuman di bibir Lutfi tidak pernah lekang. Dia sanggup buat apa saja asalkan Alia akan rasa selesa dengan rawatannya ini.

Alia mengeleng perlahan. Itu tandanya dia tidak mahu minum lagi. Sukar untuk bercakap dalam keadaan kerongkong yg masih sakit. Mana tidak sakitnya, paip bantuan pernafasan melepasi anak tekak terus ke salur jantung. Rasa seperti nyawa mahu tercabut.

"Ermm, okeylah. Rehatlah dulu. Maaflah, abang ganggu Lia tidur. Sekejap yee..abang nak basuh kain basah ni dulu. Lia kena mandi nanti." Ujar Lutfi mula bangun lalu mencapai kain tuala dan baldi kecil.

Dia perlu mengisi air dahulu untuk mengelap badan Alia. Kulitnya agak kering sedikit kerana sudah masuk 3 hari dia tidak mandi. Di tatap lama wajah Alia sedang memandang sayu ke arahnya. Pasti Alia rasa bersalah dengan semua ini. Kalau dia tak sakit seperti ini mesti tidak akan menyusahkan Lutfi.

"Sokay sayang..jangan sedih. Lia tanggungjawab abang. Cepat sembuh yee. Nanti kita keluar main golf sekali". Pujuk Lutfi lembutnya lalu melepaskan satu kucupan di kepala Alia.

Lutfi tidak mahu Alia rasa bersalah dalam hal ini. Alia perlukan dorongan disamping orang yg tersayang. Dia sudah tiada sesiapa lagi selain dirinya saja. Lutfi rasa bertanggungjawab untuk menjaga Alia sebaik mungkin seperti janjinya dengan arwah.

Alia cuba mengukirkan senyuman walaupun masih dalam keadaan sakit. Dipandang susuk tubuh Lutfi pergi meninggalkannya sendiri di sini. Hati Alia rasa tersentuh melihat layanan Lutfi terhadapnya. Lamgsung tidak pernah mengeluh sedikit pun. Sifat penyayang Lutfi sememang tulus melakukan semua ini. Alia boleh melihat dari anak mata jujur Lutfi semasa melayannya tanpa rasa jemu.

Pandangan Alia kembali melihat ke arah bunga kembang cina di atas meja. Tidak semenanya butiran jernih mengalir di pipinya. Ayah. Mak Senah dan Fahmi. Merekalah orang yg Alia rindukan. Kerinduan yg tiada penghujung. Tangan kanannya bergerak perlahan-lahan cuba mengambil sekuntum bunga kembang cina yg jatuh ke atas meja kerana sudah layu.

"Ermm, wangilah. Terima kasih Fahmi." Bisik hati Alia.

Dari kecil lagi dia suka bau bunga ini. Rasa tenang dan nyaman saja seolah tiada apa yg berlaku sekarang. Semasa kecil, bila dirinya sedih. Fahmi akan memberi bunga kembang cina ini kepadanya. Fahmi sangat memahami isi hatinya bila ditimpa kesedihan. Bunga ini pasti akan menceriakan harinya seperti selalu. Sedang asyik mengelamun jauh, datang beberapa orang melawatnya tanpa sedar.

"Assalamualaikum..Alia!!! Alhamdulilah..dah bangun. Lia sihat? Ermm. Rindunya akak dekat Lia."

Sapa Dira terus berlari mendapatkan Alia. Dicium dan dipeluk tubuh kecil Alia sepuasnya. Air matanya mula gugur tanpa sedar. Selagi Alia tidak sedarkan diri, selagi itulah dia rasa bersalah dan berdosa. Dira sangat sayangkan Alia seperti adik kandungnya sendiri.

Dari jauh Fahmi melihat Alia dengan penuh rasa bersyukur. Di tahan air matanya daripada mengalir di depan mereka. Tiada apa yg lebih gembira dari melihat keadaan Alia kembali sedar. Tuhan masih sayangkannya. Begitu juga dengan mereka semua. Syukur kepada Ilahi. Doa mereka dimakbulkan untuk kembalikan Alia seperti sedia kala.

"Alhamdulilah..terima kasih Ya Allah.." Nguman Fahmi lalu mengesat sisa air mata di kelopak matanya.

Secara kebetulan dia datang ke sini lalu terserempak dengan Dira. Mereka datang untuk melihat keadaan Alia setelah diberitahu oleh Lutfi bahawa Alia sudah sedarkan diri. Alia mula menangis tanpa bersuara. Apa yg telah berlaku kepada dirinya pasti sudah merisaukan semua orang. Bukan ini dia pinta untuk berlaku.

"Ermm,...Maaflah semua..Lia tidak boleh bercakap lagi. Kerongkongnya masih sakit."

Sampuk Lutfi sambil membawa baldi kecil yg berisi air untuk mandikan Alia. Mungkin sebentar nanti saja setelah melihat Dira dan Fahmi datang melawat Alia sekarang. Dia bersalaman dengan Fahmi dahulu. Biar Dira melepaskan rindunya pada Alia. Selepas itu, Fahmi mula mendekati Alia. Di tatap lama wajah orang yg dia rindukan.

"Bunga tu dah gugur. Nah, aku belikan yg baru. Cepat sembuh. Mak kirim salam. Jangan risau. Aku beritahu kata kau tak sihat jee." Kata Fahmi biasanya.

Fahmi tidak mahu Alia rasa bersalah. Dia menghulurkan sejambak bunga kembang cina itu kepada Alia. Senyuman di bibirnya mula terukir sedikit. Egonya tinggi seperti biasa bila di hadapan Alia. Perempuan polos yg selalu membuat masalah. Beruntung Alia disayangi oleh orang disekelilingnya. Fahmi rasa lega sedikit sekurangnya Alia tidak dibenci. Itulah yg ia harapkan bersama Mak Senah.

"Ermm ehmm!!"

Alia cuba ketawa sedikit tetapi hanya itu saja bunyian yg dapat ia hasilkan. Suara masih tersekat di anak tekak. Mereka bertiga terus ketawakannya. Seronok mereka melihat Alia sudah kembali seperti biasa. Dia akan sembuh tidak lama lagi. Alia yg mereka kenal sangat kuat dan tabah orangnya. Apa jua ujian yg datang dia dapat tangani. Selagi nyawa dikandung badan tiada apa yg boleh hentikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience