Bab 7

Drama Series 71241

"Alia!! Alia!! Alia!! kamu okay ke ni? Alia!!"

Berulang kali Mak Senah cuba kejutkan Alia dari tidurnya itu malah panggilan Mak Senah langsung tidak disambut oleh Alia. Masih meracau dalam keadaan tidak sedarkan diri lagi. Mak Senah hanya mendengar suara Alia meronta-ronta mengeluarkan perkataan "Tidak" sahaja. Tanpa memikir panjang lagi Mak Senah terus menarik Alia ke dalam dakapannya. Mungkin Alia akan merasa sedikit tenang selepas gangguan mimpi itu. Perlahan-lahan Alia membuka matanya, dia mula tersedar dari gangguan mimpi ngeri yg menhantui dirinya walaupun hanya seketika saja. Yal, memang benar mimpi ngeri bila berkahwin dengan Encik Lutfi .

"Alia, kamu okay nak?? Tanya Mak Senah sambil mengusap pipi Alia dengan lembutnya. Mak Senah membelai sedikit rambut Alia yg sudah melepasi wajahnya itu. Di tatap lama wajah pucat lesu Alia.

"Mak.... Alia di mana?" Tanya Alia masih dalam keadaan lemah.

Mak Senah sedikit tersentuh apabila mendengar Alia memanggilnya dengan panggilan "Mak". Sudah lama dia menganggap Alia seperti anaknya sendiri. Dari kecil lagi dia menjaga dan mendidik Alia dengan penuh kasih sayang. Bibir Mak senah terus melunturkan senyuman manis ke arah Alia.

"Jangan risau Alia, kamu berada dalam bilik di rumah Mak. Kamu tidur di sini ya mulai sekarang. Risau Mak apabila mendengar dari Fahmi mengatakan Alia pengsan di rumah semalam. Di rumah, tak ada orang menjaga Alia. Tapi di sini, Mak dan Fahmi boleh tolong jagakan Alia."

Alia mula rasa sangat bersalah terhadap Mak Senah dan Fahmi . Disebabkan dia pengsan sudah menyusahkan semua orang sekarang.

"Sekarang.. pukul .. berapa..?" Tanya Alia kepada Mak Senah. Segan pula dia rasa di layan manja seperti ini.

"Owhh sekarang dah masuk pukul 8.45 pagi. Alia nak makan? Mak ada masakan bubur untuk Alia.. Dari semalam Alia belum menjamah makanan. Mak nak kejutkan Alia semalam tapi biarlah Alia rehat dengan tenang dulu." Jawab Mak Senah dengan panjang lebarnya.

"Ermm... Boleh juga Mak.. Alia rasa lapar pula.. balas Alia terus memberi senyuman kelat kepada mak Senah. Tangannya mula mengaru kepala yg tidak terasa gatal itu. Berkeroncong perutnya ini menahan lapar.

"Baiklah. Alia mandi dulu ya? Mak dah siapkan pakaian untuk Alia." Ujar Mak Senah sambil menepuk sedikit pergelangan tangan Alia. Seronok dia melihat Alia sudah kembali segar seperti ini. Melihat riak wajah riang Alia kembali

"OK. baiklah, Alia mandi dulu. terima Kasih ya Mak. Maaflah Alia sudah banyak menyusahkan Mak selamani." Cakap Alia dengan rasa bersalahnya. Sudahlah menumpang berteduh di rumah orang. Makan jamu pun orang yg sediakan. Mak Senah begitu sayang terhadap Alia. Dia sanggup mengambil peranan sebagai ibu Alia sepenuhnya demi masa depan Alia .

"Alia... Mak tak kisah pun, mak tak ada anak perempuan. Mak tak ada kawan untuk berbual bersama. Mak sayang sangat-sangat dekat Alia.. Mak dah anggap Alia sebagai anak kandung mak sendiri. Selepas ini, Alia jangan segan dan malu dengan Mak ya? Sebab Alia dah jadi anak mak selamanya. kata mak Senah sambil mencium lembut pipi Alia. Sudah tumbuh panjang Alia sekarang. Seperti pertama kali saja dia melihat Alia waktu bayi dahulu. Rupanya tidak ubah seperti ibunya sendiri.

"Ermm..Mak pergi sediakan makanan dulu ya? Alia pergi lah mandi dulu. Bersiap cantik-cantik . Nanti ada tetamu mahu bertandang ke sini." Ujar Mak Senah lalu bangun dan melangkah keluar dahulu.

Alia sangat terharu apabila mendengar kata-kata mak Senah terhadap hidupnya selamani. Hanya kasih sayang Mak senah taruhkan kepadanya sangat bermakna sekali kerna dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu.

"Tetapi, ada tetamu yg akan bertandang ke sini? tapi siapa ya ?? Adakah... Ehh tak mungkin.. tak mungkin. itu hanya mimpi. ya mimpi yg tak akan pernah menjadi reality. never! Arggh!!..Kenapa semua ini berlaku dekat aku." Jerit Alia sekuat hati. Rasa nak panjat bukit saja untuk melepaskan perasaan ini pergi sejauh yg mungkin. Alia mula menumbuk bantal itu sedikit. Wajah Lutfi mula bermain di fikirannya.

"Aliaaa? kamu OK ke tu?? kenapa menjerit??" Kedengaran suara Mak Senah dari arah luar selepas mendengar Alia menjerit.

"Ehhh.. tak da apalah Mak . A...aada lipas ja ni. Alia mandi dulu.." Balas aku terus mencapai Kain tuala dan berlalu ke arah tandas. Rasa marah terhadap Lutfi mula membuak di hati ini.

"Haishh..mandi baik-baik ya. jangan menjerit . risau mak nanti. Ujar mak Senah kepada Alia . Dia begitu hairan dengan telatah Alia ini . Walaupun Alia sudah berumur 22 tahun tapi mak Senah tetap menganggapnya seperti budak berumur 5 tahun . Masih perlukan perlindungan daripadanya lagi.

Selepas selesai mandi, Alia pun pergi melangkah ke dapur. Dia rasa dirinya sudah kembali segar seperti sedia kala semula. Tidak seperti semalam, sangat lemah dan tidak berdaya langsung.

"Mak!!! buat aperr tu? Acah Alia dekat Mak Senah yg sedang memanaskan lauk-pauk untuk mereka makan bersama nanti.

"Ehhh Alia ni. Terkejut Mak dibuatnya.." Kata Mak Senah lalu menampar perlahan bahu Alia. Ada saja Alia menyakat manja dengannya.

"Aduh.. duhh.. sakitnya.." Ngadu Alia sambil memegang bahunya selepas di tampar oleh Mak Senah.

"Lahh, maaflah nak, mak tak sengaja nak tampar Alia tadi." Risau Mak Senah apabila mendengar Alia mengadu sakit kerana ditampar olehnya.

"hahahaha. tak da apalah Mak, Alia tipu ja. tak sakit lah. tak rasa apa pon. he he he." ketawa Alia dengan riang sekali. Dapat juga dia bergurau senda dengan Mak Senah.

"Ishhh Alia ni, ada saja lah kerenah dia ni. pergi lah duduk di meja tuu.. mak nak siapkan makanan ni sekejap." Balas Mak Senah kepada Alia. Sibuk saja tangannya mengaul mee goreng itu.

"Hmm.. Alia nak tolong mak hidangkan makanan. kita makan lah sama-sama. Muncung saja mulut Alia kepada Mak Senah.

"Yelah-yelah..nanti merajuk pula puteri bongsu aku ni. Bebel mak Senah seorang diri.

"Nah, tolong angkatkan ini ke meja makan. ujar Mak Senah sambil memberi semangkuk mee goreng kepada Alia.

"yeayy... ermm dappnya . dah lama tak makan mee goreng mak!! Riang saja riak wajah Alia kerana tidak sabar mahu menjamah santapan masakan Mak Senah ini.

Mak Senah hanya mampu tersenyum dengan gembiranya. Ya, dia begitu gembira melihat ketawa kecil Alia sudah kembali lagi. Dia sanggup buat apa saja untuk mengembalikan ketawa kecil gadis ini daripada murung setiap hari. Walaupun kepergian arwah Mohd Noor masih baru lagi, Mak Senah akan cuba hadirkan kegembiraan Alia semula.

"Amboi-amboi .. bahagianya dua beranak ni sampai lupa nak ajak abang makan sekali." Sampuk Fahmi dari arah belakang selepas mendengar gelak ketawa riang Alia dengan ibunya ini.

"Ehh, Abang, jemputlah duduk. Maaflah, mak lupa nak panggil kamu untuk makan sekali. kata Mak Senah dekat anak tunggal dan sulung dalam keluarganya ini.

Selepas kematian arwah suaminya, Fahmi lah ketua keluarga Mak Senah selama ini. Walaupun sibuk belajar, dia tetap mencari kerja sambilan untuk mengumpul duit simpanan kepada ibunya ini. Fahmi seorang yg bertanggungjawab dan budi pekerti orangnya.

"Heiiii..." Tegur Fahmi ke arah Alia lalu melabuhkan punggungnya di tepi Alia saja.

"Ermm. yaa.." Jawab Alia perlahan.

Alia merasa sedikit malu dan segan terhadap Fahmi. Mana tidaknya, dia hanyalah orang luar dan bukan ada ikatan saudara-mara pun dengan keluarga Fahmi. Ibunya anak tunggal tapi, dia masih tidak tahu tentang sejarah latar belakang keluarga ayahnya. Alia juga terfikir ayahnya mungkin anak tunggal kerana selama ini ayahnya langsung tidak memberitahunya jika dia mempunyai salah-silah adik-beradik yg lain.

"Dah sihat Kerr?" Tanya Fahmi lagi kepada Alia.

Fahmi yg jumpa Alia di dalam bilik tidurnya dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri. Dia pun segera membawa Alia pergi ke Hospital. Alhamdulilah, Alia hanya dikhabarkan pengsan sahaja. Tidak ada apa yg serius berlaku ke atas dirinya. Tubuh Alia lemah dan perlukan rehat yg cukup.

"Ermm.. ya Alhamdulilah, semakin sihat. Terima Kasih Fahmi tolong aku." Balas Alia dengan lembutnya kepada Fahmi. Tangan Alia terus mencedok mee goreng itu ke dalam pinggan Fahmi. Dia memberi layanan tip top punya kepada hero dalam diam ini.

"Lebih baik kau tinggal di sini , Mak boleh tengokkan kau nanti bila aku tak ada. Tak baik kau tinggal seorang diri di rumah kau. Kau kena ingat Alia . Kau tu perempuan." Nasihat Fahmi sedikit banyak kepada Alia. Fahmi mula menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya. Di biarkan saja Alia memandang tajam ke arahnya. Tidak lama lagi pasti akan berlaku peperangan besar antara dia dan juga Alia.

"Hmm.. yelah....." Ujar Alia mendatarnya tanda faham dengan semua itu. Dia tahu bila-bila masa saja Fahmi akan balas percakapannya bila dia cuba menjawab lagi.

Fahmi sangat mengambil berat terhadap hidupnya sejak dari tadika sehinggalah sekarang. Seolah tanggungjawab seorang abang kepada adiknya. Tidak dinafikan lagi Fahmi seorang lelaki yg budiman yg di idamkan oleh para gadis di luar sana tetapi bukan bagi Alia.

"Dah lah tuu. jangan sembang waktu makan. makan elok-elok Fahmi nanti tercekik tak pasal pula. Alia tambah lagi nak.." Sampuk Mak Senah sejak dari tadi diam memerhati teletah anaknya berdua itu.

Kalau tidak bergaduh bukan mereka berdualah. Bergaduh manja selepas itu berbaik semula. Seronok Mak Senah melihat mereka berdua membesar sekali.. Fahmi sangat mengambil berat tentang Alia seperti biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience