Bab 2

Drama Series 71241

Hari demi hari aku lalui kehidupan seperti biasa. Tiada yang berubah sedikit pun. Aku melihat jam pada dinding rumahku menunjukkan pukul 12.30 p.m. terlintas di fikiran aku tentang ayah. Ayah masih belum pulang sejak dari tadi lagi.

"Tak beritahu pun nak suruh Lia hantar makanan. ermm , nak pergi ke kebun ker?"nguman aku sendiri. Aku pun terus membuat keputusan untuk pergi menjenguk ayah di kebun sambil membekalkan makanan tengah hari untuk ayah. Mana tahu ayah sibuk sampai lupa waktu makannya sekarang.

Aku mengambil bekal makanan selepas siap memakai tudung bawal selempang tepi sahaja. Biasalah,budak kampung. Semua ini sudah menjadi perkara biasa bagi aku. aku pun keluar dari rumah dengan berjalan kaki sahaja. Yee lah. Aku mana tahu menunggang motosikal dan belum tentu lulus bila mengambil lesen motosikal. HaHa. ishhh ada-ada saja aku ni. Aku pun terus melangkah laju perjalananku dengan gembira untuk ke kebun. Tidak sabar aku mahu berkelah dengan ayah nanti. Sedang asyik riang seorang diri. Tiba-tiba, aku melihat orang ramai sedang mengerumi di tepi paya seberang jalan. Aku matikan dulu perjalananku dan alangkah terkejut , aku melihat motosikal ayah remuk bagaikan di rempuh teruk oleh kenderaan lain berada di atas jalan. Hati aku terus gelisah dan mula rasa sakit. Aku menahan sebak sebaik mungkin. Tubuh aku terus menjadi kaku. Bekal makanan di tangan aku sudah lama jatuh ke tanah. Badan aku mula mengigil ketakutan.

Namaku dipanggil oleh Fahmi. Ya Fahmi , jiran sebelah rumahku. org yg selalu menolong aku bila aku ada masalah. Aku baru perasaan Fahmi baru pulang dari Kuala Lumpur. Sedang cuti semester mungkin. Fahmi memanggil namaku sebanyak 5 Kali. Tetapi sahutan itu tidak disambut oleh aku. Mata aku tidak berkelip walaupun sesaat. Aku terus memandang kaku pada setubuh badan orang yg aku sayang dunia akhirat terlentang di tepi paya dengan kesan darah di badannya. Belum sempat aku jatuh terduduk tangan Fahmi mula menarik tubuhku. Ya Allah berat sungguh dugaan yg engkau beri kepada hambamu ini. Cukuplah sekali aku kehilangan ibuku sejak kecil, Tetapi kali ini aku kehilangan orang yang menjaga aku, membesarkan aku sudah pergi meninggalkan aku buat selamanya.

"Ayah!!!"

Perlahan-lahan aku mula bangun dan terus pergi mendekati ayahku. Aku merangkul lembut kepala ayahku lalu diletakkan di atas pehaku. Aku melihat wajah ayah masih sesuci perginya seorang insan di muka bumi ini . wajah ayah sungguh tenang walaupun sudah tidak bernyawa lagi. Aku sudah tidak dapat menahan sebak di lubuk hati ini. Aku tidak mahu meratap atas kepergian ayah tetapi hati ini terlalu sakit mahu melepaskan ayah pergi.

"Ayahh.... ke... nap..aa buua..att Lia ma..ca..m ni.." Teresak-esak percakapan aku. Aku tahu ayah tidak akan dapat mendengar lagi bibit suara aku. Ayah sudah tinggalkan aku buat selamanya. Bukan ini yg aku mahukan akan terjadi. Aku belum bersedia untuk melepaskan ayah pergi dari hidupku lagi. Hanya ayah seorang saja yg aku ada selama ini. Ayahlah tempat aku menadah dan berkongsi kasih.

"Alia, bawa bertenang nak. semua ini sudah ketentuan ilahi nak, kita tidak tahu kehendak-Nya." kata Pak Mail merupakan ketua kampung di situ. Pak Mail cuba menenangkan keadaan aku dahulu. Aku tidak menghiraukan semua orang kampung yg sudah memandang lama ke arah aku.

"Ayah.. Lia datang tengok ayah ni. ayahh.. bangun ayah.. siapa nak berada di samping Lia susah dan senang lagi nanti. Lia hanya ada ayah seorang saja. Ayah!!!" tangisanku mula menjadi semakin deras sambil tanganku masih memeluk tubuh kaku ayahku ini. Orang kampung di sekeliling hanya memandang sayu sahaja . Mereka semua turut berduka cita atas pemergian ayahku.

Perlahan-lahan air mata lelaki Fahmi mengalir dengan laju lalu ditepisnya perlahan. Fahmi tidak sanggup melihat Alia bersedih seperti ini. Apakah daya, Fahmi berjanji pada dirinya akan menjaga Alia selepas ini. Dia sangat rapat dengan Alia sejak dari kecil lagi. Dia sudah menganggap Alia sebagai adik kandungnya sendiri . Fahmi akan bertanggungjawab ke atas Alia selepas pemergian Pak cik Noor. Jam menunjukkan pukul 3.30 p.m. Selepas selesai saja memandikan jenazah, masa untuk mengapankan jenazah arwah Mohd Noor. Pak Mail memanggil namaku untuk mencium dahi arwah ayah buat kali terakhir.

"Alia, mari sini nak, cium dahi ayahmu." kata Pak Mail kepadaku. Aku berada di tepi sudut beranda yangl ditemani Mak Senah merupakan ibu kepada Fahmi. Perlahan-lahan Mak Senah membantu aku untuk bangun dari tempat dudukku. Aku merasakan diriku sangat lemah dan tidak berdaya lagi. Tubuh aku mula rasa kesejukan.

Aku terus mendekati ayah perlahan-lahan dan duduk di sisi badannya. Aku cuba menahan air mataku daripada mengalir di pipi. Ya Allah, sungguh suci wajah ayah. Ayah sudah laksanakan tanggungjawabnya di muka bumi ini.. adakah ayah sedang bersama ibu sekarang? Ayah, tunggu Lia ya? Nanti keluarga kita akan lengkap di sana. Bisik hatiku. Aku terus mengucup lama dahi ayahku dengan lembut. Perasakan sakit dan sebak mula menjalar di dalam diriku ini. Aku kena redha dengan pemergian ayah. Aku tidak mahu ayah terjerut dengan siksaan kubur nanti kerana ketidak relaan aku melepaskan ayah pergi.

"Alia, boleh Pak Mail kapankan?" Kata Pak Mail masih memandang sayu ke arah aku. Begitu juga dengan para orang kampung yg berada di sini.

"Ya Pak mail, teruskan." Ujar aku perlahan sambil memberi satu senyum kosong. Aku merasa sedikit tenang selepas mengucup dahi ayah. Yaa, satu kucupan terakhir buat ayahku yang tersayang. semoga Ayah tenang di sana. Lia di sini akan terus menanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience