Selepas selesai menunaikan solat isyak, Alia terfikir tentang surat pemberian Lutfi kepadanya. Alia belum membuka isi kandungan surat itu lagi. Tangan Alia mula mencapai surat itu di atas katilnya.
"Hmmm. Betulkah ini surat dari ayah? kenapa ayah tidak memberi dekat Lia sendiri?" bersuara Alia seorang diri sambil memegang surat itu. Tanpa berfikir panjang lagi Alia pun membuka surat yang berwarna putih kekuningan itu dengan perlahan.
Mana tahu encik tu nak kenakan aku saja. Tersenyum aku seorang diri apabila teringat tentang Lutfi. Pelik saja tingkah laku Lutfi bila bersama aku. Senyumannya mula mati dan kegembiraannya bertukar menjadi tawar semula. Alia kembali hairan dan tertanya-tanya dengan semua ini.
"kenapa ada buku bank di dalam sampul surat ni? Buku bank siapa yaa? Apa kaitan dengan aku?" Dia membelek-belek duit simpanan dalam buku bank tersebut. Alangkah terkejut Alia dengan apa yg dia lihat bahawa wang simpanan di dalam buku bank itu sungguh banyak dan hampir mencecah 100 juta ringgit. mulutnya mula ternganga dan fikirannya mula bercelaru.
"Ya Allah, biar betul ni? Duit siapa ni? banyaknya." aku mula memeriksa nama pemilik buku simpanan tersebut.
"AaaPA..? Nur..Alia .. Qisyara? Buku bank aku? Tapi bila aku buat?" persoalan demi persoalan merangkap di fikiran aku . Adakah ayah kumpul semua duit ini untuk aku? Tapi apa maksud semua ini? aku mula menjadi sebak bila fikirkan tentang ayah.
Semasa Alia ingin menyimpan semula buku bank itu, terjatuh sehelai kertas yg terlindung di sebalik sampul surat itu. Hati Alia mula rasa berdebar bila membuka perlahan surat itu. Dia sangat mengecam dan mengenali tulisan tangan yg ditulis oleh ayahnya sendiri.
Ya.. Surat ini memang dari ayahandanya yg tercinta. Air mata aku yg ditahan daripada mengalir mula gugur perlahan demi perlahan dari kelopak mataku. Aku mula menangis sepuas hati. Serta-merta surat itu jatuh dari pergelangan tangan aku.
"Tapi.. kenapa ayah.... kenapa buat Lia macam ni? ... kenapa harus Lia tanggung semua keperitan ini?... kenapa ayah tipu Lia .?!!!" Alia hanya mengadu seorang diri. Tagisannya semakin teresak-esak. Alia tidak dapat terima nasib yang akan datang dalam hidupnya selepas ini. Hatinya mula luruh dan tidak berdaya terima semua dugaan hidup ini. Semasa hendak bangun dari kain sejadah, Alia terasa badannya sangat lemah. Tidak berdaya berdiri dengan dua belah kakinya sendiri. Akhirnya, tanpa sedari Alia terus jatuh pengsan sebelum sempat untuk mengemas semua ini dahulu. Semua ini terlalu perit untuk dirinya hadam dalam jangka masa terdekat ini.
..............................................................................
"Aku terima nikahnya Nur Alia Qisyara Binti Mohd Noor dengan mas kawin sebanyak Rm 800 ratus ringgit berserta senaskan Al-Quran tunai. Sah? Sah!"
Alhamdulilah . Selepas usai sahaja habis bacaan doa. Datang seorang lelaki ke arah aku iaitu suami aku sendiri untuk menyarungkan cincin perkahwinan ke jari aku. Aku hanya menunduk malu dan tidak melihat langsung ke arah wajahnya.
"Assalamualaikum, isteriku. bolehkah aku menyentuh tanganmu?"
"Ya Allah, kata-kata itu sangat menodai diriku ini, tanpa berfikir panjang lagi aku pun mengangguk kepala tanda setuju. Buat pertama kali, aku bersentuhan kulit dengan seorang lelaki walaupun ia sudah bergelar suamiku sendiri. Aku merasa sedikit janggal. Terketar-ketar tangan aku apabila sudah siap di sarung cincin ke jari manis aku. Lembut saja sentuhan tangan suami ku ini.
"Kenapa sayang tak pandang wajah abang? Tanya suamiku setelah sekian lama aku hanya memandang ke bawah saja."
"Sayang???"
"Mak aii..dia panggil aku sayang pula. Pandai sungguh suami aku ini memikat hati isterinya. Tanpa membuang masa lagi, Aku pun perlahan-lahan menatap wajahnya. Tiba-tiba..
"APA? biar betul??? wehhhh . Encik Lutfi? Suami aku???"
"Tidakkk!!!!!"
Share this novel