Bab 21

Drama Series 71241

Hari yang dinantikan sudah tiba, Majlis resepsi ini akan menjadi majlis yg akan diingati selamanya. Hari kebahagian bersama isteri yg tersayang. Alia bukan jodoh dari keluarga. Aku bernikah dengannya bukan kerna paksaan. Ini adalah pilihan aku sendiri. Aku sanggup buat apa saja untuk memilikinya. Aku terlalu mencintai Alia. Usaha aku ini sudah mendapat hasil. Aku akan menjaga dan mencintai sampai bila-bila. Alia adalah milik aku sekarang. Cukuplah sekali aku silap membuat pilihan. Kali ini pilihan aku pasti tepat. Debaran kian terasa, hatiku mula berdegup kencang seperti hari di mana aku menghijab kabulkan Alia. Satu helaian nafas panjang di lepaskan dahulu. Aku mula membetulkan tali leher yang berwarna hitam di koler baju aku.

"Tiba-tiba.."

"Mari saya betulkan..."

Selepas mendengar suara itu, Lutfi pun berpaling belakang dengan lajunya. Lutfi kenal sangat dengan lunak suara itu. Bibirnya terus mengukirkan senyuman.

"Liaa?"

Mulut Lutfi ternganga sedikit selepas melihat Alia begitu cantik dan mempersona bagai seorang puteri kayangan yang sesat di bumi nyata. Alia memakai gaun kembang warna merah jambu campur putih dan mengenakan tudung keknis labuh bawah dada serta makeup tidak terlalu tebal. Sesuai sangat penampilan ini dengan dirinya.

"Abang.. kenapa ni? Asal pandang Lia macam tu?" Tegur Alia dengan malunya.

"Sebab Lia cantik sangat. Suami mana tak terpegun bila melihat isterinya begitu menawan. Sejuk Mata memandang tau.." Puji Lutfi melambung sekali.

"Errr, Lia biasa saja.. macam orang lain.. sekarang, meh sini. Biar Lia betulkan tali leher tu.. tak kemas." Jawab Alia seperti biasa.

Alia mula berjalan mendekati Lutfi. Nasib sahaja Lutfi tidak terlalu tinggi dapatlah dia mendongak sedikit saja. Alia pun membetulkan tali leher Lutfi dengan kemasnya. Ini bukan kali pertama dia buat seperti ini. Selalunya arwah ayahnya Alia tolong buatkan. Itu pun bila arwah ayahnya ada perjumpaan formal bagi peladang tahunan saja. Tersentuh Lutfi melihat Alia gigih betulkan tali lehernya ini. Lutfi terus memegang pinggang Alia tanpa teragaknya.

"Abang harap Lia bahagia hidup dengan abang walaupun kita kenal secara mengejut dan tidak kenal satu sama lain. Abang tahu, Abang mungkin bukan ciri-ciri lelaki yg Lia minati tapi Abang harap Lia boleh terima abang seadanya. Kongsi Kasih sayang dengan abang." Kata Lutfi sambil melihat tepat ke Mata Alia.

Alia hanya mampu memberi senyuman kelat. Sekali lagi Lutfi berkata dengan penuh keikhlasan terhadapnya. Dia boleh melihat anak mata Lutfi tidak pernah beebohong semua ini.

"Abang.. Lia bersyukur sangat dapat kenal dengan abang. Lia sudah tiada sesiapa lagi selepas arwah ayah pergi. Lia tidak kenal sesiapa ahli keluarga Lia yg terdekat sehinggalah abang muncul. Terima kasih abang untuk semua ini. Kongsilah hidup Lia dengan abang. Lia sayangkan abang. Jangan.. tinggalkan Lia."

Satu ungkapan jujur Alia akhirnya terbongkar juga. Sudah lama ia memendamkan perasaan ini terhadap Lutfi selepas melihat Lutfi sanggup melakukan apa saja deminya. Alia terus memeluk tubuh Lutfi. Rasa tenang saja dia meluahkan semua ini.

"Abang pun sayangkan Lia. Abang akan lindungi Lia sampai hujung nyawa Abang."

Balas Lutfi lalu mencium dahi Alia. Detik yg berlaku ini amatlah berharga sekali. Tidak akan dilupai sampai bila-bila. Berharap sangat kasih sayang ini bertahan selamanya walaupun akan ada ribut datang melanda.

"Ready"

Tanya Lutfi sambil memandang Alia dengan penuh yakin. Alia hanya mengangguk kepalanya tanda bersedia.

"Ketibaan raja dan permaisuri sehari Lutfi Dan Alia!"

Kata pengacara majlis itu dengan semangatnya. Semua tetamu yg hadir turut bertepuk tangan kepada mereka berdua. Begitu megah dan mewah sekali majlis resepsi Lutfi dan Alia. Mereka berdua berjalan melalui red carpet untuk ke tempat persandingan. Kedengaran sorakan para tetamu membuatkan Alia sedikit malu.

"Jangan lupa senyum honey, Abangkan ada." Bisik lutfi di tepi telinga Alia.

Alia memandangnya dan menghadiahkan satu senyuman manis yg selalu membuatkan hati Lutfi tergugat. Muka kacak Lutfi kembali blush merah pekat seperti orang perempuan. Alia memeluk erat pergelangan tangan Lutfi. Para juru kamera mula mengambil gambar mereka berdua. Majlis ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan oleh Lutfi.

Lutfi meminta izin sebentar untuk pergi bertegur sapa dengan rakannya yg lain. Dia meminta Alia ikut sekali tetapi Alia mahu menunggu kedatangan Mak Senah dan Fahmi sahaja. Selepas Alia ditinggalkan oleh Lutfi seketika untuk melayan para tetamu. Datanglah satu aura jahat di tepi Alia.

"Hai Alia Qisyara.." Tegur gadis itu tanpa segan pilunya.

"yaa.. Hai.." Jawab Alia sedikit gagap.

"Hmm, takda class langsung. kalau dah budak kampung ni kampunglah juga.. tak boleh lari dari realiti. " Kata isi hati gadis itu sambil matanya tak lepas dari memandang Alia ke atas sehingga ke bawah.

"Maafkan saya, Cik ni siapa yaa? Kawan Lutfi ke? Tanya Alia semula selepas melihat tingkah laku wanita ini seperti tidak mengenali dirinya.

"Owhh, Sorry.. Btw I'm Emily Syakila Anderson. Just call me Em. I'm..." Emily berfikir sejenak sebelum memberitahu Alia bahawa dia adalah bekas kekasih Lutfi.

"Nothing.. I'm just wanna say Congratulations to you and Lutfi." Tambah Emily sambil bersalam dengan Alia.

Emily rasa jijik mahu bersentuhan dengan Alia. Kalau dia tidak buat seperti ini apa pula yg akan orang lain katakan. Mata juru kamera ada di mana sahaja. Tidak kah dia dapat cop wanita jahat lepas ini.

"Terima kasih. Cik nak bercakap dengan Lutfi? Saya boleh panggilkan.." Jawab Alia sambil memberikan senyuman manis.

"Ohhh, it's okay. I cuma nak jumpa u. you're so lucky. Tak pernah Lutfi merasakan kebahagiaan macam ni. U pakai apa aehh sampaikan dia rapat dengan u. Bila dilihat balik. U tak ada apa-apa pon." Perli Emily padatnya sambil menuduh Alia benda tidak sepatutnya.

"Apa.. maksud Cik Emily?.. saya tak Faham.." Tanya Alia terketar suaranya.

Keadaan mula bertukar suram di sini. Alia hanya memandang sayu ke arah Emily sekarang. Tidak tahu apa yg wanita ini berkata kepadanya. Sampai begitu sekali dia di fitnah tanpa ada usul periksa.

"Are you kidding me? So.." Belum sempat Emily menyerang Alia lagi. Qairin datang menarik tangannya.

"Em.. shut up.. what are you doing here" Marah Qairin dekat Emily.

Qairin mula merentap kuat pergelangan tangan Emily. Orang ramai mula memandang ke arah mereka. Kerana Alia adalah pengantin perempuan semestinya semua orang akan memberi perhatian ke arahnya hari ini.

"Ouchh!! That hurt you know! What i'm doing here? Erghhh.. because your Mom invited me. BTW, Luke is my Ex.."

Qairin terus menekup rapat mulut Emily. Pandangan matanya mula melihat keadaan sekeliling. Tidak mahu ada orang lain sedang memasang telinga ke arah mereka di sini.

"Shuuu.. janganlah cakap kat sini. Mari keluar!!"

Qairin terus mengheret Emily keluar dari majlis ini. Dia tidak mahu Emily bertindak perkara bodoh lagi. Cukuplah selama ini dia memalukan dirinya sendiri. Emily juga ada maruah seperti wanita lain di luar sana cuma disebabkan terlalu sayang akan Lutfi dia sanggup buat apa saja untuk memilikinya.

"Wait.. Aku belum selesai lagi bercakap dengan budak tu.."

Berleter Emily dekat Qairin. Dia redho saja Qairin menariknya keluar dari majlis ini. Semua ini belum berakhir lagi. Dia akan cari jalan lain untuk mendapatkan Lutfi kembali.

Siapa Emily kepada Lutfi? Ya Allah, kenapa harus aku lalui semua ini. Aku menundukan kepala ke bawah. Menahan titisan jernih ini sebaik mungkin. Ramai tetamu sedang menikmati hidangan yg telah disediakan. Tanpa berfikir lagi, Aku berjalan menuju ke arah tandas yg berdekatan.

"Debukkk!!"

Aku terlanggar seorang lelaki yg sedang membawa segelas air di tangannya. Habis basah baju lelaki itu terkena minuman tersebut. Berkerut dahinya menepis sisa air yg masih berbekas di bajunya itu.

"Ma.aaafkan saya Encik... saya tak sengaja.." Terketar-ketar Alia meminta maaf kepada lelaki yg bernasib malang itu.

"Ehh, Tak apa. Salah saya juga tak nampak awak lalu tadi. Jangan pernah rasa bersalah langsung jika itu bukan salah awak. "

Jawab lelaki itu sambil tersenyum ke arah Alia. Terpesona dia melihat pengantin wanita yg berada di hadapannya sekarang. Alia yg dari tadi menahan air matanya daripada mengalir di pipi terus pergi dari situ. Dia tidak mahu orang lain melihatnya dalam keadaan begini.

"Ehh, awak.. Serious bro? aku buat dia menangis ker? Haaiishh.."

Tanpa berfikir panjang lelaki tadi terus mengikuti Alia ke mana ia pergi. Alia keluar dari majlis ini melalui pintu di belakang dewan tersebut. Hanya menampakan tempat letak kereta sahaja. Alia mula menangis sepuasnya dan semahunya untuk membuangkan segala kesakitan di pelusut hatinya ini.

"Apaaa salah aku.. kenapa semua orang begitu benci dan hina dekat aku .. aku hanya manusia biasa seperti kamu semua.. aku cuma nak merasakan kebahagianya yg selamani aku cari...Ya Allah, kuatkanlah aku.. Ibu.. Ayah.. Alia takut."

Luah Alia segalanya di situ. Akhirnya ia jatuh terduduk di tepi sebuah kereta. Kakinya menjadi lemah kembali. Sakit di bahagian perutnya lebih memeritkan jika hendak dibandingkan sakit di dalam hati kerana manusia.

"Saa..kitnya.. aku dah makan ubat tadi... tolong.."

Alia memegang bahagian pinggangnya sekuat mungkin. Dia mula terasa sedikit pening dan mahu saja jatuh pengsan sekarang. Tetapi, Alia menguatkan dirinya untuk melawan sakit ini sebaik mungkin.

"Awak.. tak apa-apa ? Kenapa ni?" Tanya lelaki itu mula tidak duduk senang.

Lelaki itu datang mendekati Alia selepas melihat Alia menahan kesakitan. Dia tidak tahu macam mana mahu menolong Alia. Ingin meminta pertolongan tetapi tiada sesiapa yg lalu di sini. Rasa bersalah dia mahu menyentuh Alia.

"Tak.. tak apa.. saya ok.."

Balas Alia cuba bangun dari duduknya. Tetapi sakit di pinggangnya semakin menjadi-jadi. Berkerut dan berpeluh dahinya menahan kesakitan ini.

"Stay here.. Saya telefon ambulance secepat mungkin. "

"Tak!! tolong jangan.. saya ok... saya boleh bangun.. Ahhh.." Menjerit Alia perlahan cuba untuk bangun semula.

"Biar saya bantu awak.." Lelaki itu pun memegang lengan Alia untuk menolongnya bangun.

"Tak apa... saya boleh berjalan sendiri." Ujar Alia sambil mengesat sisa air mata di pipinya.

Rasa lega sedikit selepas ditolong oleh lelaki ini walaupun dia tidak membantu langsung.

"Nah, ambil ni.. nanti habis make-up dekat wajah awak."

Lelaki itu menghulurkan sapu tangan miliknya kepada Alia. Kasihan dia melihat keadaan Alia kesakitan seperti ini.

"Terima Kasih.. saya masuk dulu." Alia pun berlalu pergi dari situ kerana takut Lutfi mencarinya semula.

"Sama-sama.. Alia. kenapa kau sedih di hari perkahwinan kau ini.. Sepatutnya kau gembira." Cakap lelaki itu sendiri masih tidak lepas memandang kelibat Alia sampai ia hilang dari pandangannya.

Dalam beberapa minit Alia menghilangkan diri tadi, dia memasuki semula ruang majlis ini. Nasib saja matanya tidak kelihatan sembab usai saja selepas menangis tadi. Kalau lelaki misteri itu tidak datang menganggu mungkin dirinya sudah tidak sedarkan diri. Mesti akan menyusahkan Lutfi selepas ini.

"Mak, Fahmi.. bila datang!! kenapa tak datang kelmarin.. Lia tunggu tauu.." Bersuara Alia dengan gembiranya selepas melihat Mak Senah Dan Fahmi berada di tepi Lutfi.

Segera dia berjalan ke arah mereka. Dipeluk dan di cium pipi Mak Senah. Rindu sangat dirinya dekat Mak Senah. Kalau boleh dia tidak mahu berjauhan dengan mereka lagi. Mungkin mereka bukanlah keluarga sebenarnya tetapi hanya mereka tempat ia menumpang kasih yg suci.

"Sorrylah Lia.. Aku ada kerja sikit sebab itulah tak dapat nak hantarkan Mak ke rumah kau. Tak apakan.. Ni mak dah datang." Jawab Fahmi rasa bersalah saja dekat Alia.

Dia melihat Alia benar rindukan Maknya. Fahmi tidak tahu apa yg Alia sudah lalui sepanjang berada di dalam keluarga Lutfi. Dia berharap sangat Alia bahagia di samping Lutfi.

"Ehh, tak apalah.. Lia faham. Makk, Lia rindukan Mak.."

Alia masih memeluk Mak senah seeratnya. Ingin saja ia meluahkan segala keperitan yg ia tanggung ini kepada Mak Senah.

"Ermm, Mak pun rindukan Alia. Tiap-tiap hari Mak ingatkan Alia." Balas Mak Senah sambil mengusap lembut belakang Alia.

"Kau untung Alia.. Mak selalu ingatkan kau.. sampaikan aku terabaikan tau?" Tegur Fahmi di tepi telinga Alia.

Geram saja dia melihat gelagat Alia tidak ubah seperti dulu. Fahmi tidak pernah kisah jika Alia ingin berkongsi kasih sayang seorang ibu dengannya. Mungkin semua ini dapat mengubati hati Alia yg terluka selepas ketiadaan kedua ibu bapanya sekarang.

"Ehh, yeke.. hahaha , sorrylah Abang Fahmi. Mak lebih sayangkan adik Lia."

Jawab Alia begitu gembira sekali. Hilang segala kesakitan yg ia rasa tadi selepas berjumpa dengan Mak Senah Dan Fahmi. Terubat sedikit rasa perit yg ditanggungnya sekarang.

"Ermmm!!..Ermm.. Seronok nampak, Abang pula terasa diabaikan oleh Lia." Lutfi kembali bersuara selepas melihat isterinya begitu gembira sekali sampaikan dirinya terbiar di belakang saja.

"Ehh, Abang.. Maaflah, Lia happy sangat ni.. Tadi , abang yg tinggalkan Lia sorangkan."

Lia memuncungkan mulutnya semula bila mengenang balik agenda yg berlaku tadi selepas ditinggalkan lutfi seketika. Mahu saja dia marah dan salahkan Lutfi tetapi perkara sudah pun berlaku. Tiada sesiapa yg salah dalam hal itu. Alia malas mahu panjangkan cerita. Lebih baik dia berfikir secara ke depan saja. Semua ini demi masa depannya bersama Lutfi.

"Okey-okay. Maaf aehh. Now, Abang ada ni.. Tadi, Something happened?" Tanya Lutfi semula selepas melihat riak wajah Alia berubah .

"Tak ada apa-apa berlaku pun. Lia ke tandas tadi. Okey lah, Mak dan Fahmi dah makan? Jum Lia temankan." Alia pun menarik tangan mereka berdua dan berlalu dari situ.

Aku mungkin tidak dapat menahan kebohongan ini lebih lama lagi bila bertatap anak mata dengan Lutfi. Lebih baik aku cuba elakkan semua ini. Maafkan Lia abang.

"Something wrong with her.. Harap Emily tak beritahu dia apa-apa tentang benda yg dah lepas." Nguman Lutfi sambil mengikut di belakang Alia.

Kemeriahan majlis ini berjalan dengan baik sekali. Ramai para tetamu mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Kebahagia yg disanjung tetapi kesedihan turut menjelang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience