Bab 27

Drama Series 71241

"Sayang..nanti kita stay 2 or 3 hari dekat rumah papa tau before abang dapat kunci rumah baru kita."

Bersuara Lutfi sambil mata dan tangannya masih fokus memandu ke destinasi pulang semula ke Bandaraya Kuala Lumpur. Cukuplah 5 hari mereka bercuti di kampung. Sudah tiba masanya Iutfi kembali fokus dalam urusan bisnusnya. Mencari rezeki demi merasai sebuah kehidupan senang bersama Alia.

"Rumah baru kita? Maksud abang?"

Tanya Alia hairannya setelah diberitahu oleh Lutfi begini. Setahunya sejak dahulu lagi Lutfi tinggal bersama keluarganya. Malah, abang dan kakak iparnya turut berada di situ. Rumah agam milik Dato' Tahir sangat megah dan indah sekali. Walaupun ramai yg tinggal di situ masih terlihat sunyi dan sepi kerna masing-masing buat hal sendiri.

"Ermm, Nanti kita gitau diorang ehh. Actually, abang dah beli rumah baru untuk kita berdua. Hanya kita berdua. Abang nak tinggal dengan Lia jee. Tak nak orang lain ganggu. Apa kata kita bina keluarga kecil kita sendiri?"

Ujar Lutfi sudah tersenyum manja sekali. Tangan Alia digenggam eratnya. Lutfi buat semua ini demi Alia. Dia tidak sanggup melihat kebencian yg tersimpul di mata setiap ahli keluarganya terhadap Alia. Apa yg akan berlaku selepas ini, dia akan tetap pertahankan Alia. Kerna Alia adalah miliknya seorang.

Aku hanya mampu membalas dengan satu senyuman manis ke arah suamiku ini. Sepanjang kami berkahwin, aku di beri layanan yg baik sekali olehnya. Tidak sedikit pun abang mengeluh dan menyoal tentang kehidupan kesederhaan aku. Aku rasa senang sangat dikurniakan seorang suami yg bertanggungjawab dan lembut isi hatinya. Bukan kekurangan Lutfi yg aku pandang tetapi keikhlasan dia mahu belajar segalanya bersamaku. Sifat periang dan ceria seperti anak kecil selalu membuat benak hati ini tertawa selalu. Fikiran ini mula terpancar sebuah kenangan yg tidak akan pernah aku lupakan. Hari di mana aku meluangkan masa bersama suami tercinta.

"Yang..ooo yang..lamanya bersiap tu..Kata nak ronda. Haa, Marilah cepat...."

"Yang..punggung abang dah kebas ni. Habis naik kematu nanti kang.."

"Haishh!! Sayangku Nur Alia Qisyaraaaaa...Buat apa lama sangat tuuu...."

Berleter Lutfi sudah duduk dalam posisi menongeng di atas motosikal honda bulat itu. Hampir setengah jam dia menunggu Alia. Lutfi membetulkan sedikit rambutnya yg kian panjang. Beg sandang jenama Gucci silang di bahagian hadapan. Jam tangan jenama Rolex sentiasa kemas di tangannya. Lutfi sudah hilang tebiat kali ini kerana mengenakan kurta berwarna biru tua beserta seluar jean hitam. Hanya memakai kasut selipar Gucci sahaja. Semuanya ori dan bukannya tiruan. Niatnya bukan mahu menunjuk tetapi dia sudah terbiasa dengan semua ini. Alia juga tidak pernah membantah dia memakai apa pun asalkan dirinya rasa selesa. Lutfi mula tersenyum riang sambil melihat rupanya di cermin motosikal. Sudah terbukti yg dia ini seorang lelaki yg boleh di harapkan. Setakat perbaiki motosikal lama ini kacang saja baginya. Tidak sabar dia mahu membawa Alia nanti.

"Amboi...bukan main happy nampak. Bisinglah abang ni..Kalau saya pakai biasa saja abang bising juga. Dia yg suruh kita pakai baju kurung ni dah kenapa? Sekarang gitau camne saya nak bonceng moto tu.."

Marah Alia sambil menyarungkan kasut ke kakinya. Setelah itu, dia mengunci pintu rumah dahulu. Di biar saja Lutfi sedang usya lama ke arahnya. Tegang sekali wajah Alia menahan segala kehendak Lutfi ini. Dia terpaksa menuruti segala kehendak Lutfi kerana suaminya itu berjaya menghidupkan kembali motosikal arwah ayahnya. Pada masa yg sama, Alia juga tidak sabar mahu jenjalan bersama Lutfi hanya menaiki motosikal honda bulat saja.

"Ehhh, kita pula kena marah dengan dia..Alah, awak tak pakai apa kain tu..Haa, kain sarung? Tak pun pakai..apa tu? Seluar ketat tu lahh..Tak pakai ke? Tak kan awak nak tunjuk betis putih melepak milik awak tu dekat orang ramai? Show tu hanya untuk saya je tahu!"

"Abang!!! Eee..dia ni kan!! Gatal!! Seluar ketat tu orang panggil legging!! Saya pakailah..Tapi, saya rasa tak selesa nak duduk biasa. Tak pelah. Saya duduk sisi jee.."

Jawab Alia sudah merah padam wajahnya itu. Ada saja ayat mengusik dari Lutfi. Kalau tidak menyakat sehari memang tidak senang hidupnya. Alia mula berjalan mendekati Lutfi. Satu jelingan maut ia berikan kepada Lutfi. Rasa geram saja melihat wajah jahat Lutfi memandangnya.

"Tengok ehh, abang hidupkan motosikal ni..Lia kena jadi buktinya.."

"Yeye jee nak tunjuk..Tadi dah masuk 3 kali abang suruh Lia tengok.."

Balas Alia masih melayan saja perangai menunjuk Lutfi terhadapnya. Perasaan bangga dapat hidupkan motosikal ini masih tidak dapat dilupakannya lagi. Segala pujian Alia sudah lontarkan kepada Lutfi. Menghargai setiap sentuhan suaminya ini. Memang seorang lelaki sejati dapat melakukan segala kerja tanpa di suruh.

"Prommm..."

"Promm..prommm.."

"Jum..kita dating dulu!!"

Ajak Lutfi seronoknya sambil menempuk lembut tempat duduk belakang motosikal itu. Tanpa membuang masa lagi Alia mula duduk perlahan di atas motosikal itu. Rasa mahu terjatuh saja badannya ke belakang. Disebabkan pakai baju kurung, Alia terpaksa duduk secara sisi. Tangannya mula memaut kuat baju Lutfi. Tidak pasal-pasal nanti dia jatuh tergolek di atas jalan.

"Yang..peluk pinggang abang..takut jatuh karang..Lia tu dah kecil. Abang takut tak perasan nanti."

Ujar Lutfi lalu menarik kedua belah tangan Alia untuk memeluk tubuhnya. Rasa seperti zaman muda mudi pula naik motosikal berdua-duaan dengan awek tetapi kali ini Alia adalah isterinya yg sah. Terserlah merekalah nak peluk ke cium ke semestinya hubungan ini sudah halal.

"Abang ni..Lia tahulah. Dah cepat jalan. Tadi sibuk sangat nak cepat.."

"Yelah..Ready ehh"

"Broomm.."

"Oiii Slow sikit..nak pegi mana laju nihh!!"

Marah Alia lalu menampar bahu Lutfi. Sengaja Lutfi berbuat demikian kerana mahu Alia memeluk tubuhnya. Seperti yg dijangka, Alia memeluk erat pinggang Lutfi. Bibir Lutfi mula tersenyum riang. Sepanjang perjalanan itu, Alia banyak bercerita tentang suasana kampungnya kepada Lutfi. Seronok saja mereka berbual antara satu sama lain. Tidak di lupakan juga orang kampung yg ramah tegur mereka. Sopan saja Lutfi dan Alia membalas sapaan itu. Dapat juga Alia kenalkan Lutfi kepada beberapa kenalan rapat arwah ayahnya. Alia sangat tersentuh melihat sifat rendah diri Lutfi bila berbual dengan mereka. Seolah dirinya sudah lama kenal dengan sahabat handal arwah ayahnya itu.

"Okey..Dah sampai ke destinasi utama kita.."

Bersuara Lutfi setelah berhenti di hadapan tanah perkuburan islam. Alia hanya memandang kosong ke arah Lutfi. Ingin satu kepastian kepadanya dahulu. Apa tujuan sebenarnya membawa dia ke sini.

"Sayang..before kita pulang ke sana. Apa kata kita ziarah kubur arwah ayah dan ibu dulu. Sudah lamakan Lia tak ke sini?"

"Ermm..kenapa Abang tak beritahu Lia kita nak ke sini? Dapatlah Lia bawa surah Yassin sekali. "

Jawab Alia sudah faham apa yg dimaksudkan oleh Lutfi. Memang agak lama dia tidak menjejaki kaki ke sini. Bukan kerna lupa tetapi merawat sudut hati yg masih sepi ini. Alia cuba menahan rindu yg teramat sangat. Hanya titipan doa dan bacaan Al-quran tidak pernah lekang untuk kedua ibu bapanya itu.

"Nah..abang dah bawa seksiap la..Jum, kita ziarah mereka."

Ujar Lutfi lalu memberi surah Yassin kepada Alia dan satu untuk dirinya. Dari awal lagi Lutfi sudah sediakan semua ini. Hari ini, dia mahu dalami isi hati Alia. Dia mahu rasai apa yg Alia rasakan. Meluangkan masa bersama Alia. Lutfi hanya mahu melihat satu senyuman sentiasa terukir di wajah Alia. Seorang isteri yg selalu dia banggakan. Cukup sempurna untuk dirinya ini.

"Assalamualaikum ayah..ibu..Hari ini Lia datang ziarah. Kali ini, Lia datang tidak berseorangan. Lia bawa suami Lia bersama. Ayah..ibu..Syukur Alhamdulilah, Lia dikurniakan seorang suami yg sangat memahami. Lutfi seorang suami yg baik. Dia jaga Lia..dia sayang Lia..Tiada apa yg lebih gembira untuk berkongsi kasih bersama dia. Lia harap sangat Lutfi akan berada di samping Lia di waktu susah dan senang. Ayah yg pilih Lutfi sendiri. Lia yakin pilihan ayah tepat. Terima kasih ayah selalu sediakan segalanya buat Lia. Bukan kehidupan mewah yg Lia idamkan tetapi Lia ingin memiliki seorang teman di samping Lia selamanya."

Air mata mula terkumpul di kelopak mata Alia. Rasa sebak sangat bila wujud satu perasaan rindu yg tiada penghujung. Lutfi hanya memandang sayu ke arah Alia. Tersentuh dia mendengar setiap bibit bacaan surah yassin yg keluar dari mulut Alia. Kalaulah dia boleh baca ayat suci al-quran lancar seperti itu. Pasti dia sudah cukup sempurna seperti lelaki lain di luar sana. Lutfi berazam mahu belajar semua ini semula dengan Alia. Isterinya ini sudah cukup sempurna sekali. Alia boleh membimbingnya ke jalan yg benar. Biarlah kisah silam berlalu lamanya. Kini, hanya Qiyyan Lutfi yg baru. Lutfi berharap jalan perhijrahan ini akan bertahan demi masa depannya bersama Alia.

"Sayang..Apa makanan favorite sayang?"

Tanya Lutfi sambil mengisi minyak petrol pada tangki motosikal itu. Nasib tidak mati di tengah jalan tadi. Asyik meronda sampai lupa nak isi minyak baru.

"Napa nak tahu? Lia makan apa jee..Bab makan ni Lia tak kisah sangat."

Ujar Alia sambil menyilang tangannya di dada. Rasa tidak selesa sangat bila ada mata curi pandang ke arahnya dalam diam. Mana tidaknya orang kampung ini pandang pelik ke arah mereka berdua. Alia memakai baju kurung berwarna putih dihiasi corak bunga biru tua dan mengenakan tudung bawal berwarna biru tua manakala Lutfi turut memakai kurta juga berwarna biru tua. Seolah kampung ini ada sebuah majlis perkahwinan yg sedang berlangsung yg perlu mereka hadiri. Merah padam wajah Alia menahan malu di depan kedai runcit abang Johari.

"Lia cantik sangat tau..itulah yg semua orang curi pandang ke arah isteri abang ni. Jangan layan. Jap eh..abang nak bayar jap.."

Bisik Lutfi lembutnya di sebelah tepi telinga Alia sebelum beredar dari situ. Ternganga sedikit mulut Alia selepas diusik begitu oleh Lutfi. Apa yg Lutfi mengarut sangat ni dia sendiri pun tidak tahu.

"Berapa bang Jo..Kira sekali harga borong dua orang makcik tu tempoh hari yee.."

Lutfi hampir terlupa tentang tawarannya kepada dua orang makcik kepok itu tempoh hari. Nasib saja fikirannya mula terpikir kejadian yg lepas. Kalau tidak mesti dia sudah berutang orang sana sini.

"Minyak sebotol Rm3. Maaflah Lutfi.. Mak Kiah dan Cik Sumi sakan kenakan kamu semula. Mereka borong terlampau banyak sangat. Haisshh, saya dah tegur tapi faham-faham je lah perangai mereka berdua tu macam mana."

Jawab Johari seakan rasa kesal sangat dengan semua ini. Rasa bersalah dia mahu beritahu Lutfi tentang kos borongan mereka berdua itu di kedai runcitnya ini.

"Sokay abang Jo..beritahu je berapa..Saya akan bayar semuanya. Salah saya juga tawarkan mereka begitu. Tak apa..saya boleh bayar."

"Ermm..baiklah kalau macam tu..semuanya Rm230. Abang tolaklah sikit berapa ringgit. Kesian kat kamu pula nak bayar penuh."

"Tak apa abang..Nah saya bayar Rm250. Baki simpan yee..Doakan saya sentiasa murah rezeki dan cepat dikurniakan zuriat."

Balas Lutfi lalu menghulurkan not Rm250 itu kepada Johari. Dia tidak pernah berkira langsung kalau bab duit ini. Panas saja isi hatinya sekarang. Dua orang makcik itu sudah melampau sekali. Pantang orang berbuat baik selalu mengambil kesempatan. Begitulah bila orang terdesak dalam hidup. Lutfi rasa jijik sangat dengan tingkah laku mereka berdua. Fikiran tidak ubah seperti orang hulu kampung.

"Syukur Alhamdulilah..Ringan tangan kamu memberi..Terima kasih Lutfi. Abang Jo sentiasa doakan kebahagian untuk rumah tangga kamu bersama Alia. Semoga cepat dapat zuriat yee..Amin."

"Ye abang Jo. Sama-sama. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Dari jauh Alia cepat-cepat berundur dan berdiri seperti biasa di tepi motosikal itu semula. Tergamam apa yg dia telah dengar dengan telinganya sendiri. Sampai begini sekali Lutfi lakukan demi menjaga baik maruah keluarganya. Selama ini, Lutfi sangat mengambil berat tentang apa yg berlaku. Alia mula rasa bersalah menuduh Lutfi bukan-bukan.

"Sorry lambat sikit..Berbual kosong dengan abang Jo. Jum!! Kita gi makan malam.."

Sapa Lutfi kepada Alia setelah selesai dengan hal tadi. Alia hanya menangguk tanda faham. Dia kembali membonceng di belakang. Kali ini, tanpa disuruh Alia sendiri yg memeluk pinggang Lutfi. Rasa hangat sangat pelukan badan suaminya ini. Lutfi terkedu seketika dengan tindak balas Alia. Pelik sangat tetiba Alia mahu bermanja denganya. Selalunya, dipaksa baru dia akan lakukan tanpa rela. Tersenyum Lutfi seperti kerang busuk. Sepanjang perjalanan itu dia tidak dapat menutup kegembiraannya bersama Alia.

"Banyaknya semua makanan ni?? Kita berdua je kan? Siapa nak habiskan?"

Tanya Alia setelah melihat pelbagai jenis hidangan ditempah oleh Lutfi sendiri terhidang mewah di depan mereka berdua. Mereka menyinggah makan di sebuah Restoran agak terkenal di kawasan kampung laut ini. Restoran ini selalu menjadi tarikan pelancong luar. Hanya sekali saja Alia makan di sini kerana dia tidak berapa gemar sangat makanan laut. Boleh dikatakan agak jemu mahu menghadap benda yg sama selalu.

"Hee, terliurlah abang tengok semua menunya. Tak apa. Nanti kita bungkus untuk Mak sama. Jemputlah makan."

"Ermm bazir jee.."

Balas Alia masih tidak puas hati dengan jawapan yg diberi oleh Lutfi terhadapnya. Macam tidak logik saja menempah banyak begini tetapi hanya dimakan oleh dua orang saja. Alia terus menadah tangan. Dia melihat Lutfi memandang hairan ke arahnya kerana masih tidak menjamah makanan lagi.

"Abang...cepatlah.."

"Huh?? Apa? Jemputlah makan.."

"Huii..tolong ketuai baca doa boleh? Kata ketua keluarga.."

"Prfff..uhuks..uhukss.."

Tersedak Lutfi setelah terkena tempias pedas dari Alia. Dia ingatkan Alia mahu baca doa sendiri. Dia hanya baca doa dari dalam hati sajalah tadi. Lutfi menghirup sedikit air kosong di depannya. Dia curi pandang ke arah Alia sedikit. Kejamnya isterinya langsung tidak kisah dia tersedak tom yam campur.

"Hee, sowwy Yang.. Gelojoh tak kena tempat. Okey..Bismilah.."

Mereka berdua menikmati hidangan yg terhidang itu dengan penuh gembiranya. Sekali sekala meja makan itu didengari gelak ketawa Alia. Hatinya mudah terhibur dengan jenaka yg Lutfi lakukan. Pandai saja Lutfi menarik perhatiannya hari ini.

"Abang..kalau abang nak tahu..Motosikal ini lambang cinta arwah ayah dekat ibu. Arwah ayah selalu membawa ibu jalan-jalan sekitar kampung ini. Disebabkan itulah arwah ayah sayangkan motosikal ini. Selepas kematian arwah ibu..ayah sudah tidak menunggang lagi motosikal ini. Dia simpan dengan teliti di dalam rumah. Setiap hari arwah ayah akan bersih dan lapkannya. Kasih arwah ayah tidak pernah pudar untuk ibu."

Cerita Alia sedikit banyak tentang kenangan arwah ayah dan ibunya kepada Lutfi. Alia memeluk erat lengan Lutfi yg sedang berada di sebelahnya. Kepalanya juga disandarkan pada bahu Lutfi. Rasa nyaman dan tenang saja merasai suasana angin bayu pantai pada waktu senja ini. Mereka mengambil masa sebentar untuk melihat matahari terbenam.

"Ermm..sekarang, abang pula bawa Lia ronda sekitar kampung ini. Dapatkah cinta dan kasih kita sama seperti arwah ayah dan ibu? Lia tak perlu jawab untuk jawapan itu. Biarlah kita lihatnya sendiri. Apa yg abang mahu katakan yg abang akan sentiasa berada di sisi Lia. Kasih sayang abang dekat Lia tidak akan pernah pudar. Lia lah isteri abang yg satu. Kongsilah segalanya bersama abang. Susah senang kita bersama."

Ujar Lutfi lalu mengucup lembut kepala Alia. Rasa tenang sangat hati ini bila Alia sudah berkongsi cerita bersamanya. Dapatlah dia faham apa yg tersirat di sudut hati Alia selama ini. Alia bukan lagi berseorangan. Dia sudah mempunyai seorang suami yg sangat bertanggungjawab terhadap segalanya. Mereka berdua terus menikmati permandangan di waktu senja itu. Kelihatan kanak-kanak kecil berkejaran bermain ombak laut di tepi pantai. Ada juga beberapa orang dewasa berjalan sekitar sini. Hanya Lutfi dan Alia pasangan kekasih yg sejoli berada di situ.

"Lia, sayangkan abang.. Jangan tingggalkan Lia sendiri.. janji?"

"Janji."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience