Semasa Alia sibuk membasuh segala peralatan memasak. Lutfi datang perlahan-lahan ke arah belakangnya. Agak lama juga Lutfi bersiap tadi sampaikan Alia membuat semua kerja ini dahulu. Bila Lutfi masuk mandi saja pasti akan mengalahkan perempuan. Lama sangat sampai tidka boleh di bawa bincang.
"Wargghh!!! Jerkah Lutfi dengan kuatnya di belakang Alia. Tangan Lutfi mula mengoncang sedikit bahu Alia.
"Ehhh!!! Mak kau..mak kau jatuh....!!" Melatah Alia dengan teruknya sambil tangannya yg sedang memegang paip air itu terus di sembur ke arah muka Lutfi.
"Sayang!! Haishh, sudahlah.. ni Abang." Kata Lutfi sambil memegang bahu Alia.
"Habis basah baju kiteee." Tambah Lutfi lagi sambil tangannya merembas sedikit bajunya yg sudah basah.
"Ehhh, Lain kali jangan buat saya terkejut lagi! Haa kan mendapat balasannya tu. Nah mandi sekali lagi!!" Dengan marahnya Alia terus menjerus semula air tadi ke badan Lutfi. Sedikit pun dia tidak kasihan melihat Lutfi basah seperti itu.
"Owhh!! Suruh Abg mandi lagi yaa.. Harghh!! Mari sini.." Lutfi pun cuba mengambil paip air dari tangan Alia.
"Haa, haaa, nak buat apa? Tak Boleh!! werkk." Ejek Alia dekat Lutfi.
Alia mula menghalang Lutfi daripada mengambil paip air dari tangganya. Mereka berdua terus berebut paip air itu seperti budak kecil. Sampailah kedua-duanya basah sekali
"Ya Allah, Alia.. Lutfi.. Apa yg kamu berdua buat ni?? Main air macam budak kecil saja. Sudah.. Ya Allah.. Sudah."
Marah Mak senah dekat mereka berdua. Kata-kata Mak Senah langsung tidak diendahkan oleh mereka. Mereka tetap berebut paip air itu sampailah Mak Senah sudah hilang sabar lalu menarik telinga mereka berdua.
"Alia.. Lutfi.. nak berhenti atau tidak?" Tanya Mak Senah.
Tangannya masih memegang telinga Alia dan Lutfi. Masing-masing suka bercakaran sebelum ada yg mula mengalah dulu.
"Makkk.. Apee nih.. Lepaslah.. Dia yg mula dulu. Lia balaslah balik." Mencebik Alia untuk dilepaskan telinganya.
"Ehhh, Tak mak. Dia yg mula dulu.. Dia sembur baju kita ni.. Habis basah. Lutfi nak tolong dia je tadi." Jawab Lutfi sambil menyalahkan Alia semula.
"Eehhh , Apahal saya pula.. Ishh awak yg mula dulu!"
Marah Alia lagi selepas dirinya dipersalahkan. Kali ini kedengaran suara Alia sedikit tinggi. Mendidih dia rasa bila Lutfi tidak mahu mengaku semua ini angkara dia dahulu.
"Awak mula dulu..."
"Mak kata sudah! . Dua-dua minta maaf sekarang. Baru Mak lepaskan kamu berdua. Cepat minta maaf."
Balas Mak Senah dekat mereka berdua. Alia hanya mendiamkan diri saja. Dia mahu Lutfi yg membukakan mulut dahulu. Satu jelingan maut Alia berikan kepadanya.
"Hmmm, k.k. baiklah! Alia Qisyara. Saya minta maaf buat awak marah. Saya yg salah. Jadi, Maafkan saya ye? Saya tak nak tidur luar malam nanti." UcapLutfi dengan nada yg lembut sekali.
Sempat lagi dia menambah ayat belakang itu. Dia dapat melihat riak wajah Alia berubah lagi. Mungkin Alia belum bersedia menjalankan tanggungjawab itu.
Mak Senah hanya mampu menahan ketawa melihat kelakuan mereka berdua. Sudah bernikah tetapi ada saja pergaduhan manja yg berlaku. Semua ini akan merapatkan lagi hubungan mereka berdua.
"Ermm, baiklah. maaf diterima...." Jawab Alia seakan masih marah dengan perangai Lutfi itu.
"Mak lepaskan kamu berdua.. Ingat! cuci peralatan ini semua. Bukan bermain air lagi. sekali lagi mak nampak.. Adalah hadiah yg mak nak berikan." Pesan Mak Senah sambil memberi amaran dekat Alia dan Lutfi.
"Baiklah.." Jawab Mereka berdua serentak.
Mak Senah pun berlalu dari situ. Alia dengan panas hatinya hanya buat tak endah saja dekat Lutfi. Dia teruskan kerja membersih tadi semula. Jika Lutfi tidak mahu menolongnya tidak mengapa, dia masih boleh buat semua ini sendiri. Lutfi mula berfikir sejenak.
"Hmmm, dah naik angin lah tuu.. Aduhh, Lutfi!! pujuk lah kau.. kang nanti tak layak jadi suami terbaik dekat Alia!" Nguman Lutfi sendiri. Dia mula mendekati Alia semula
"Sayang.. saya minta maaf.. saya tak patut buat awak macam tuu.. saya tahu saya salah.. Maafkan saya Lia.." Bersuara Lutfi untuk memulakan dahulu perbualan mereka.
Alia masih buat tidak dengar kata-kata Lutfi itu. Dia tetap teruskan kerja membersih semua peralatan. Tiada apa lagi yg mahu ia ujarkan kepada Lutfi. Lutfi sedikit terasa dengan layanan yg Alia sebegini. Tanpa teragak lagi, dia terus memeluk Alia dari arah belakang selepas Alia berdiri untuk menarik paip air itu.
"Ya Allah, apa ni.. Lepaslah!" Marah Alia dengan tindakan Lutfi seperti ini.
"Tak! selagi sayang tak maafkan Abang!" kata Lutfi masih tidak mahu lepaskan pelukan ini.
"Ishhh, orang tengoklah nanti. please, let me go!!!" Suara Alia semakin kuat dan meronta-ronta untuk dilepaskan.
"I say No!!"
Lutfi mengeluarkan suara garaunya. Alia terus diam dan tidak bergerak. Takut pula dia hendak melawan jika Lutfi sudah menengking seperti ini.
Di dalam hatinya..
"Ya Allah.. adakah ini diri Lutfi yg sebenar.. Aku berharap sangat tidak Ya Allah.. tolong lah hamba-Mu ini..."
Perlahan-lahan Lutfi melepaskan pelukan itu. Tanpa membuang masa lagi, Alia terus berjalan laju untuk pergi dari situ tetapi tangannya ditarik pula oleh lutfi sehingga badannya rapat dengan Lutfi. Mereka berdua tertentang mata buat sejenak waktu. Alia hanya mampu menunduk rapat pandangannya ke bawah. Dia tidak berani mahu menatap lebih lama lagi anak mata Lutfi.
"Look at me.." Bersuara Lutfi perlahan.
Lutfi melonggarkan sedikit pegangan tangannya pada lengan Alia. Dia boleh melihat dahi Alia berekerut sedikit dengan tindakan kasarnya ini. Alia masih dalam keadaan takut hanya mendiamkan diri saja.
"Lia, please.. Look at me." Kali ini, Lutfi memegang lembut dagu Alia.
"kenapa? Apa salah saya sampai awak buat semua ini? Saya rasa tak selesa tahu? sekejap awak okay sekejap Awak nak marah? Apa yg awak nak dari saya Lutfi?" Banyak betul persoalan yg Alia keluarkan dekat Lutfi.
Tergamam Lutfi sebentar. Dia terus meleraikan pegangan pada lengan Alia. Lutfi pun berfikir sejenak dan mula menjawab semua persoalan Alia satu persatu.
"Alia.. Saya tak bermaksud pun nak buat awak marah. saya betul-betul minta maaf. Saya tahu saya tak dapat mengawal emosi saya."
"Lia, Maafkan saya. Saya sayang awak sangat. Tolong jangan prasangka bukan-bukan dengan saya. Jangan meragui cinta saya dekat awak"
"Awak maafkan saya?? Kalau awak tak maafkan saya..Saya akan tunggu sampai awak maafkan saya." Ujar Lutfi lagi sambil memegang pergelangan tangan Alia semula.
Pandangan sayu dia berikan terhadap Alia. Lutfi benar rasa bersalah buat Alia rasa takut seperti ini. Dia faham Alia belum selesa lagi dengan keadaan ini. Tambah pula mereka berdua baru saja mengenali antara satu sama lain. Amat sukar untuk menghadirkan rasa cinta itu.
"Baiklah, saya maafkan awak.. tolong sangat. jangan buat macam ni lagi.. saya takut dan jadi tak selesa dengan semua keadaan ini... okay?" jawab Alia lalu menghela satu nafas panjang.
Lega rasanya bila mereka berdua saling meminta maaf jika ada buat salah. Alia juga tidak mahu panjangkan perkara yg tidak rumit seperti ini.
"Yeapp! baik sayang! Abang takkan buat lagi. Sebagai tanda maaf Abang lagi.. malam nanti boleh sayang keluar dinner bersama Abang?.. Abang ada sesuatu nak buat surprise dekat sayanglah.."
Baru Lutfi teringat tentang perkara penting pada malam ini. Ada satu kejutan yg dia perlu berikan kepada Alia. Mungkin dengan semua kejutan itu hubungan Alia akan lebih dekat dan rasa selesa dengannya.
"Keluar Dinner? malammm nantiii?" Tanya Alia sedikit hairan.
Mereka berdua baru saja bernikah pada hari ini. Malam nanti Lutfi mahu ajaknya keluar makan pula. Pelik sungguh hubungan mereka berdua ini.
"Ha'ahh. Boleh yaa? sayang pakai cantik-cantik just simple je.. jangan pakai heels ya? Pakai sandal jee sebab tempatnya sangat special." Jawab Lutfi dengan bangganya.
"Hmmm, baiklahhh.. But, for now.. boleh tuanku tolong saya siapkan semua kerja ni?? Nanti tidak jadi dinner pula.." Balas Alia sambil menunjukkan semua peralatan yg belum basuh itu lagi ke arah Lutfi.
"Baik boss!! Jum siapkan semuanya. Muahhh. Sayang awak.."
Tanpa sedar Lutfi terus mencium pipi Alia sebelum mengambil periuk dan kuali yg belum basuh di bawah. Bibirnya terus melunturkan satu senyuman nakal. Sudah lama dia ingin buat seperti itu dekat Alia. Alia hanya membeku saja. Tidak dapat dia fikirkan apa yg telah berlaku dalam sekelip mata tadi.
"Diiiaa ciummm akuuu? jangan pengsan Aliaaa, Dia suami kau.. bukan orang lain.."
Share this novel