"Kau mengarut apa ni haa??!! Keje kotor apa yg aku sudah buat? Berani kau menuduh aku bukan-bukan yee..Wahh, dah kurang ajar budak ni. Biadap! Mana pegi hormat kau dekat aku? Kau sedar tak apa yg kau cakapkan sekarang? Aku ni Mak Mertua kau. Sepatutnya kau yg dengar cakap aku!!" Berdalih Datin Nafisah terus merentap tangannya semula daripada dipegang lama oleh Alia.
Terlihat riak wajahnya berubah sedikit selepas Alia berkata begitu terhadapnya. Air liur ditelan pahit melepasi anak tekak. Jika benar Alia sudah tahu segalanya, matilah dia dengan Dato' Tahir. Kalau kebenaran itu terbongkar nanti. Hancur segala rancangan asal mereka.
"Sudahlah mama.. Lia bukan nak cari gaduh dan biadap dengan mama. Sampai bila mama nak teruskan semua itu. Lia bukan beri duit beribu-ribu untuk mama habiskan dekat perkara haram. Mama mintalah berapa pun, Lia akan bagi. Sanggup mama sihir Kak Dira dan Abang Qirash.. Apa salah mereka terhadap mama? Ya Allah.. Hubungan mereka dah tak ada apa-apa. Kenapa sampai benda terkutuk macam tu mama buat? Berdosa mama..Bertaubatlah sebelum terlambat.. " Ujar Alia meluahkan segala apa tersirat di dalam hatinya.
Dia perlu bersuara untuk menyedarkan perangai sebenar Datin Nafisah. Alia bukan lagi seorang perempuan yg lemah dan mudah diperbodohkan seperti dahulu. Tidak bergunalah lagi dia memdiamkan diri dan membisu. Jari-jemarinya menyentuh lembut di bahagian dagu. Terasa kebas dan pedih tidak hilang lagi.
Tergamam Datin Nafisah buat sejenak waktu. Kata-kata Alia benar menusuk jiwa dan sanubarinya. Baru ia sedar tentang apa yg berlaku terhadap Qirash. Satu-satunya anak lelaki yg tidak pernah melawan cakap dan baik melayannya selama ini. Dalam diam, dia yg menghancurkan hidup Qirash.
"Kak...kita balik jum..Sudahlah..Tak berguna kau bertekak dekat sini lagi. Buat kering air liur jee.." Bisik Datin Suria di tepi telinga Datin Nafisah.
Datin Suria cuba memujuk Datin Nafisah. Ditarik tangan birasnya ini untuk berundur. Beberapa kenalan rapat taman perumahan rumah Alia sudah mencuri tumpuan ke arah mereka. Pergaduhan kecil yg tercetus tadi telah menbangkitkan kemarahan orang disekitar sini.
"Mama..mama sanggup ke tengok anak mama sendiri menanggung derita dan sakit berpanjangan? Bekas menantu mama? Bagaimana pula dengan cucu-cucu mama? Mereka anak yg tidak berdosa. Menangis..meraung kerna mencari kedua ibu bapa mereka. Tolonglah..Lia tak paksa mama terima Kak Dira kembali tapi kasihanilah cucu-cucu mama perlukan kasih sayang abang Qirash ." Rayu Alia mula memegang lembut pergelangan tangan Datin Nafisah.
Dia berharap sangat ibu mertuanya ini masih ada naluri keperimanusiaan di sudut hati. Alia tidak pandang sifat keji dan jahat Datin Nafisah. Dia pasti Datin Nafisah mesti ada sebab tertentu berbuat demikian. Biarlah tuhan yg membalasnya. Masih ada pintu taubat untuk Datin Nafisah kembali bersujud pada yg Maha Esa.
"Arghh!! Sudahlah kau!!!" Sergah Datin Nafisah bak orang hilang kawalan.
Tangan Alia ditempis kasar sekali sehingga tubuhnya beranjak ke belakang. Begitu juga dengan Datin Suria. Terkena tempias tidak bersebab. Terkedu mereka setentak melihat reaksi pelik Datin Nafisah. Helaian nafas dihembus kuat. Tajam pandangan Datin Nafisah melihat ke arah Alia.
"Ehh, perempuan. Siapa kau nak ceramah bagai dekat aku? Cermin diri kau dulu sebelum nak nasihat orang. Bingit tahu tak telinga aku dengar ko membebel tak habis-habis. Kau tu orang luar. Tak payah nak arah aku lakukan apa pun. Kisah apa aku dengan keturunan tak guna macam Dira tu. Silap hari bulan kau pun samalah. Yg kau sibuk sangat rumah tangga orang tu kenapa? Dah utuh sangat ke tiang rumah tangga kau sendiri? Zuriat pun tak ada lagi sibuk nak cakap pasal anak orang. Eee, geramnya aku. Aku doakan kau tak de zuriat dengan anak aku!!" Kata Datin Nafisah dengan nada amarahnya.
Dia mahu saja memukul Alia semula tetapi keadaan di sini tidak mengizinkan. Kecil besar, kecil besar dia memandang wajah polos milik Alia. Pandangannya kembali melihat ke arah Datin Suria yg kelihatan cemas dan takut. Meminta dirinya agar bersabar dan beransur pulang dahulu.
Alia tidak membalas kembali. Biarlah hinaan dan cacian yg keluar dari mulut ibu mertuanya ini berakhir sampai di sini saja. Dia tidak dapat tandingi Datin Nafisah sendiri. Orang ramai mula mencuri dengar dan beri perhatian ke arahnya. Kata-kata Datin Nafisah tadi telah menguris hati dan perasaannya tanpa sedar.
"Huh!! Baru kau tahu dengan siapa kau bercakap sekarang. Engkau dengar sini Alia. Sekali lagi kau berani masuk campur urusan aku. Aku tak akan teragak-agak nak leraikan ikatan hubungan kau dengan Luke. Kau tu belum ada zuriat lagi. Erghh..berharaplah tak ada zuriat langsung..sebab sampai mati pun aku tak akan terima keturunan dari kau. Sampah..jijik...macam mak kau." Ujar Datin Nafisah lagi sambil menunding jari ke bahu Alia.
Ugutan demi ugutan diberikan terhadap Alia. Senyuman sinis kembali terpancar di wajahnya. Berjaya juga dia merobek jiwa lemah Alia kembali. Dia tidak boleh lawan dan tandingi Datin Nafisah lagi.
Datin Nafisah dan Datin Suria berlalu pergi meninggalkan Alia kaku sendiri di situ. Anak matanya melihat redup ke atas lantai. Kata-kata Datin Nafisah masih bermain di dalam kotak fikirannya. Sukar hadam apa yg diperkatakan tadi. Di hina dan dicaci oleh ibu mertua sendiri. Salahkah dia menegakkan satu kebenaran.
"Ya Allah...hina sangatkah aku ni sampai mama sanggup berkata begitu. Ampunkanlah dosa mama Ya Allah..bukakanlah pintu taubat untuknya.." Nguman Alia lalu mengesat sisa air mata yg mengalir di wajahnya tanpa sedar.
Alia terus menyusun buku-buku pelajar yg sudah disemaknya. Tidak lama lagi akan tamat waktu rehat. Kelasnya akan bermula pula. Dia menyediakan segala persiapan untuk waktu pelajarannya nanti.
Cikgu Nuha sedang memerhati gelagat Alia tanpa sedar. Rasa kasihan dia melihat Alia lalui detik sukar seperti ini. Terlihat sedih dan tidak banyak bercakap. Pasti banyak masalah yg selalu dipendamnya. Teka Cikgu Nuha sendiri.
"Alia..why not..awak tak ambil cuti jee? Rehatlah. Selesaikan masalah awak yg tertangguh dulu. Jangan paksa diri." Bersuara Cikgu Nuha sambil mengigit hujung pen miliknya.
Dipandang lama wajah sembab dan kemerahan di sekitar kelopak matanya. Entah berapa kali Alia menangis dalam diam. Walaupun orang lain tidak tahu tetapi Cikgu Nuha selalu melihat gerak-gerinya memandangkan Alia duduk bersebelahan dengannya.
"Ermm, Cikgu Nuha selalu stalk saya ke?" Jawab Alia lalu tersenyum manis ke arah Cikgu Nuha.
Tergamam dia sebentar bila Cikgu Nuha tahu yg ia ditimpa masalah tanpa berkongsi cerita pun. Tiada sesiapa yg dapat menolongnya menyelesaikan masalah ini. Biarlah ia terus dipendam saja.
"Cikgu Alia..Kita berdua 'Perempuan'. Naluri seorang perempuan itu tinggi. Even awak tak pernah bagitau tapi saya tahu awak ada masalahkan? Kalau awak nak kongsi dengan saya pun ok. why not? Muka tu..kesan parut pon tak sembuh lagi. Terjatuh sampai terluka macam tu sekali. Rest la dalam 2 or 3 harini." Ujar Cikgu Nuha risaunya.
Dia mengambil berat tentang Alia kerana mereka rakan sekerja. Alia seorang kawan yg baik. Selalu saja menolong dan berkongsi rezeki dengannya. Cikgu Nuha rasa bersalah bila melihat keadaan Alia begini.
"Jatuh ke? Macam kena tampar jee..Suami awak pukul awak ke Cikgu Alia?" Tanya Cikgu Idris tidak berlapiknya.
Sejak dari tadi dia mencuri dengar perbualan antara Cikgu Nuha dan Alia. Ditolak kerusinya sambil memamdang ke arah Alia. Cikgu Idris pasti kesan luka kecil di bibir mulus Alia akibat tamparan kuat. Sebagai seorang lelaki yg sudah berkahwin. Semestinya dia tahu menahu hal ini.
"Yeke Alia? Suami awak cuba cederakan awak ke?" Soal Aisy pula entah dari mana dia datang.
Terlihat di tangannya sedang membawa buku kemahiran hidup. Baru habis mengajar mungkin. Aisy memandang redup ke arah Alia. Tampak riak wajahnya benar rasa kasihan.
"Wt..Ehh, sibuklah jantan-jantan ni. Yg sorang laki orang yg sorang ni bujang lagi.. Memandai je buat spekulasi sendiri. yg sibuk sangat nak tahu hal perempuan kenapa ni haa??!!" Marah Cikgu Nuha geramnya.
Tergamam sekejap Cikgu Nuha dengan soalan-soalan para cikgu lelaki ini terhadap Alia. Buku nota di atas mejanya terus dicapai lalu memukul bahu Cikgu Idiris berkali-kali. Selepas itu, Aisy turut terkena tempiasnya. Cikgu lelaki yg suka bergosip dan masuk campur dalam urusan orang.
Alia hanya tersenyum kelat melihat mereka berdua dipukul oleh Cikgu Nuha. Sedikit pun dia tidak terasa dengan soalan-soalan itu. Bukan Lutfi yg mencederakannya. Bahkan, Lutfi tidak pernah memarahi mahupun cuba mengangkat tangan terhadapnya. Alia bersyukur dikurniakan seorang suami yg baik.
"Aduhh, sakitlah. Patutlah Cikgu Nuha solo sampai sekarang. Garang sangat! Orang melawak ja. Cubalah buang sifat singa tu sikit barulah boleh mendirikan rumah tangga." Ujar Cikgu Idris sambil mengurut bahunya yg kian terasa kebas. Pukulan maut buku nota Cikgu Nuha amat menyakitkan.
Aisy hanya mendiamkan diri saja. Pandangannya masih tidak beranjak dari memandang ke arah Alia. Sakit di bahunya tidak akan sama sakit yg Alia rasakan sekarang.
"Banyak Cikgu punya melawak. Sensitif tahu tak soalan macam tu. Behave sikit. Ehh, ikut suka sayalah nak kahwin bila pun. Sibuk je. Beritahu isteri cikgu nanti baru tahu." Balas Cikgu Nuha lalu menjelirkan lidah ke arah Cikgu Idris.
Pergaduhan itu masih berterusan selagi keduanya tidak meminta maaf antara satu sama lain. Cikgu Idris kuat menyakat orangnya manakala Cikgu Nuha terkenal dengan sikap tegas dan garang. Kalau mereka berdua tiada di sekolah ini pasti akan rasa bosan.
"Hmm, Sudah-sudahlah bertengkar tu. Saya ada class ni. Nanti kita semua berbual lagi yee." Balas Alia lalu mengambil barangnya untuk pergi ke kelas.
Hilang segala keresahan selepas melihat mereka bertiga selalu mengambil berat terhadapnya. Alia melangkah pergi dengan perasaan senang. Aisy terus nengikut langkah Alia dari arah belakang. Ditinggal Cikgu Nuha dan Cikgu Idris masih bertengkar kecil.
"Alia...tunggu. Beritahu saya..kenapa dengan wajah awak? Betul ke suami awak yg pukul?" Tanya Aisy sambil menghalang laluan Alia. Ditatap dalam anak mata Alia. Dia berharap Alia tidak menyembunyikan semua ini darinya.
"Ermmm, Bukanlah. Cikgu Idris salah cakap tadi. Saya terjatuh. Tak kanlah suami saya nak buat macam tu pulakan? Minta diri dulu yee. Saya dah lambat ke kelas ni." Ujar Alia tenangnya lalu mengukirkan senyuman kepada Aisy.
Aisy adalah seorang kawan yg baik dan selalu mengambil berat terhadapnya. Sejak pertama kali mereka kenal, Alia rasa selesa berkawan dengan Aisy. Aisy banyak membantunya menjadi seorang tenaga pengajar yg bagus.
"Hmm, Okey. fine. Kalau awak kata macam tu.. Jaga diri baik-baik yee. Kalau perlukan apa-apa..Beritahu saya." Kata Aisy tergagapnya.
Dia dapat melihat anak mata jujur Alia bila berkata begitu. Aisy membuka jalan untuk Alia melaluinya. Tidak berguna dia menyoal lebih lagi. Aisy pasti Alia tidak berbohong tentang hal ini. Pada masa yg sama ia tahu, ada orang lain yg cuba cederakan Alia.
"Baiklah. Arr, baru saya ingat..awak pandai guna mesin jahitkan? Awak pandai tak jahit baju?" Soal Alia kembali apabila terpikir perkara lama yg dia ingin bertanya kepada Aisy.
"Yeaaa..Napa?" Pendek saja pertanyaan Aisy semula. Berkerut dahinya dengan pertanyaa Alia begini.
"Okey..Macam ni..Kalau saya nak join kelas awak nanti boleh tak? Saya dah lama minat menjahit tapi saya tak pandai guna mesin jahit. Boleh awak ajarkan saya nanti?" Kata Alia malunya untuk meminta pertolongan daripada Aisy.
Rumahnya di kampung memiliki sebuah mesin jahit lama. Mesin jahit itu kepunyaan arwah ibunya. Masih dijaga rapi dan boleh digunakan lagi. Alia mahu belajar dahulu menjahit setelah itu barulah dia meminta izin dari Lutfi untuk mengambil mesin jahit dibawa ke sini.
"Ermm, Mestilah boleh. Esok, kelas awak di awal pagi. Saya pula lepas rehat. Jumpa di bengkel yee. Awak student saya sekarang." Ujar Aisy gembira sekali selepas melihat wajah kemerahan Alia malu terhadapnya.
"Okey..Saya minta diri dulu. Terima kasih.." Balas Alia segannya lalu berjalan pergi dengan perasaan gugup.
Entah kenapa dia pula yg terlebih malu dengan Aisy. Padahal sebelum ini mereka selalu berbual seperti biasa saja. Mungkin tatapan anak mata coklat Aisy yg membuatkan Alia segan untuk menatapnya kembali. Batas pergaulan mesti ada meskipun dia percaya Aisy adalah seorang lelaki yg baik.
"Sama...sama...So cute.." Nguman Aisy sendiri.
Pandangannya tidak dapat beralih dari melihat Alia pergi. Hati lelaki mana tidak berputik bila kekasih pujaan hatinya membuka jalan. 'Isteri' adalah gelaran semata-mata. Aisy tidak akan lepas peluang untuk rapat dengan Alia. Senyuman mekar tidak lekang dari bibir Aisy. Dia masih percaya, jodoh di tangan tuhan. Tidak mustahil dia mencuba kembali.
..................................................................................
Di sudut katil, Lutfi memandang tingkah laku Alia ke hulur dan ke hilir selepas menunaikan solat isyak berjemaah tadi. Kain telekung masih belum ditanggal di badan. Anak mata Alia melilau melihat kalender yg tergantung pada dinding.
Selepas itu, dia mengira hari dengan ikutan jari-jemarinya. Berkerut kening Lutfi melihat Alia sudah duduk di meja solek lalu termenung jauh. Sekali-sekala wajah Lutfi dipandang tapi tidak menunjukkan reaksi apa-pun.
"Lia...Lia buat apa tu? Mari duduk sini...Abang nak letak ubat dekat tempat luka tu.." Bersuara Lutfi sambil membuka kotak peti kecemasan.
Dikeluarkan krim sapu dengan puting kapas. Tanpa membuang masa lagi, Alia berjalan ke arah Lutfi. Ditanggalkan kain telekungnya lalu melabuhkan diri di sebelah Lutfi. Riak wajahnya kelihatan gelisah sekali.
"Napa ni? Lia rasa sakit lagi ke? Kita pergi klinik nak tak? Lebam wajah Lia ni.." Kata Lutfi sambil membelek kesan lebam dan bengkak di sekitar dagu dan bibir Alia.
Satu keluhan berat dilepaskan tanpa sengaja. Lutfi tidak menyangka mamanya sendiri sanggup mencederakan Alia. Sepatutnya, Lutfi tidak melibatkan Alia dalam urusan keluarganya. Sekarang, Alia sudah terluka sampai begini sekali. Lutfi mula rasa bersalah. Perasaan sakit apabila melihat Alia terluka kerana kelalainya sendiri.
Tanpa sedar, air mata mengalir di wajahnya. Walaupun Alia tidak mengadu lebih tetapi ia tahu seperti mana layanan orang seperti Datin Nafisah. Pelbagai cara dia usaha untuk buat mamanya terima Alia. Sampai sekarang semua itu belum termakbul lagi. Hanya lakonan ditonjolkan demi wang ringgit sebagai habuan.
"Abang..Kenapa nangis ni? Lia okeylah. Mana sakit pun. Luka sikit je ni.. Janganlah nangis. Abang buat Lia rasa bersalah pula." Ujar Alia lalu mengesat sisa air mata di pipi Lutfi.
Alia tahu Lutfi rasa sedih dengan apa yg berlaku. Pasti sukar untuknya melalui semua ini sendiri. Diuji dengan dugaan yg berat sekali. Banyak perkara yg bermain di dalam fikirannya. Sebagai seorang isteri, Alia sanggup lalui waktu susah dan senang bersama Lutfi. Biarlah apa yg akan menimpanya asalkan mereka sentiasa bersama. Saling melengkapi antara satu sama lain.
"Sorrylah..Buat Lia risau pula. Tak delah. Abang cuma..tak sanggup tengok Lia terluka macam ni.. Kalaulah..abang ada sekali. Mesti mama tak pukul Lia. Abang minta maaf dari pihak mama. Minta maaf sangat-sangat." Ucap Lutfi lalu mencium lama pergelangan tangan Alia.
Lutfi tahu, belum cukup dengan satu kemaafan bila hendak dibandingkan sakit yg Alia tanggung sendiri. Kalau bukan dia yg memohon maaf, mahu harapkan siapa lagi? Ego tinggi seperti kedua ibu bapanya tidak akan mudah berubah.
"Ermm, Sudahlah abang..bukan salah abang pun. Luka sikit je ni. Lia okeylah. Tak nak sedih-sedih macam ni. Cuba senyum sikit. Monyok je muka." Pujuk Alia sebaknya melihat Lutfi seperti ini.
Wajah Lutfi dirangkup lembut. Air mata di tahan dari mengalir ke pipi. Alia perlu kuat hadapi semua ini. Lutfi tidak bersalah tetapi berani meminta maaf atas kekhilafan Datin Nafisah sendiri. Lutfi sudah berusaha untuk melindunginya. Itu sudah cukup memadai.
Satu pelukan erat diberikan kepada Lutfi. Lutfi membalas kembali pelukan Alia. Mereka berdua mendiamkan diri buat sementara waktu. Mengenang perkara yg berlaku dalam sehari dua ini. Masing-masing tidak cukup rehat.
"Abang...Lia ada perkara nak cakap dengan abang sikit." Bersuara Alia lalu melepaskan pelukan itu. Wajah Lutfi ditenung lama. Rasa dengupan jantung kuat berdetar. Terpikir satu ayat yg perlu dikarangnya.
"Huh? Perkara apa? Cakaplah.." Balas Lutfi tidak sabar mahu mendengar perkara yg Alia mahu sampaikan.
Ditanggalkan kopiah di kepalanya. Anak mata Alia ditatap dalam walaupun matanya sedikit sembab selepas menangis tadi. Pergelangan tangan Alia masih digenggam erat. Mungkin ada perkara penting yg Alia mahu sampaikan kepadanya.
"Ermm, macam mana ehh nak cakap. Okey..Sebenarnya.. Dah masuk 2 bulan Lia tak datang bulan. Selalunya, tak lebih tarikh macam sekarang. Lia dah cek tarikh akhir Lia period. Lia tak tahu nak agak macam mana. Mungkin..Lia perlu buat..pregnancy test? Apa pendapat abang?" Beritahu Alia jujurnya kepada Lutfi.
Perkara begini tidak perlu dia sembunyikan dari pengetahuan Lutfi. Akhirnya, Lutfi akan tahu juga kerana mereka berdua sering menunaikan solat secara berjemaah. Diwaktu dia datang bulan saja Lutfi akan solat sendirian. Sejak dua hari lepas, Alia sudah terfikir perkara ini. Belum pernah dia terlajak tarikh tempoh datang haid.
"Betul ke ni Sayang?? Lia dah cek betul ke last Lia period? Ya Allah..Serieslah? Buatlah pregnancy test tu. Mungkin sudah tiba masanya Allah beri kita rezeki." Jawab Lutfi dengan penuh nada gembira. Senyuman mekar terlihat di wajahnya.
Lutfi tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya bila Alia berkata begitu. Perkahwinan mereka akan masuk setahun tidak lama lagi. Cukuplah mereka meluangkan masa hidup berdua.
Mungkin dengan kehadiran zuriat dalam rumah tangga mereka akan menambahkan lagi rezeki yg ada. Lutfi tidak sabar mahu bergelar papa tidak lama lagi. Mendukung anak kandung sendiri. Hidup bahagia bersama isteri tercinta dan menjadi sebuah keluarga yg sempurna.
"Abang...Lia tahu sudah lama abang menanti saat ini. Pada mulanya, Lia tidak bersedia lagi untuk semua ini. Lia minta maaf sangat buat abang tertunggu sampai sekarang." Luah Alia menahan rasa sebak di dada.
Tergamam dia melihat reaksi teruja Lutfi bila dikhabarkan tentang keadaannya. Lutfi pasti sudah lama bersabar dan menyimpan hasratnya mahu menjadi seorang ayah. Suami mana tidak mahu dikurniakan zuriat bila sudah lama mendirikan rumah tangga.
"Ermm, sokay sayang. Abang tak nak paksa Lia. Abang tahu..bila sudah tiba masanya. Lia akan bersedia menanti saat ini. Now, pegilah buat test. Abang sedia tunggu tau.." Balas Lutfi senang sekali melihat Alia dapat sudah bersedia.
Sebagai seorang suami, dia tidak akan memaksa isterinya melahirkan anak melainkan Alia sudah bersedia mengharungi saat itu. Tanpa membuang masa lagi, Alia bangun lalu berjalan ke arah laci meja solek. Dia selongkar untuk mencari pregnancy test yg baru dibelinya beberapa hari yg lepas. Di simpan rapi di dalam laci meja agar Lutfi tidak tahu hal ini. Sekarang, Lutfi sendiri sedia menanti keputusan itu nanti.
"Okey...Bismillah..Abang jangan berharap sangat tau. Ini adalah percubaan pertama Lia. Lia takut negatif nanti." Kata Alia masih ragu dengan semua ini.
Terketar tangannya memegang pregnancy test itu. Wajah Lutfi dipandang bersilih ganti. Langkah lemah dia berjalan menuju ke arah tandas. Selagi tak cuba, mereka tidak akan tahu keputusannya.
"Sokay sayang.. take your time.." Lutfi memberi sokongan terhadap Alia.
Bukan Alia saja rasa takut. Dia turut rasa perkara yg sama. Menanti penuh sabar keputusan yg akan ditunjukkan. Ke hulu ke hilir Lutfi berjalan mengelilingi ruang bilik ini.
"Kreakk..."
Hampir setengah jam menanti. Akhirnya pintu tandas dikuak lembut oleh Alia dari dalam. Lutfi terus berjalan menuju ke arah Alia. Diusap lembut wajah Alia sambil menatap anak matanya.
"Macam mana sayang???" Tanya Lutfi tidak sabar menanti keputusan itu. Senyuman ini tidak boleh ditutupi lagi. Lutfi terlalu teruja dengan semua ini.
"Abang, maafkan Lia..." Ujar Alia perlahan lalu menjatuhkan pandangannya ke bawah.
Kepalanya digeleng dengan lemah sekali. Ternyata keputusan itu adalah 'negatif'. Alia rasa sangat kecewa dan bersalah terhadap Lutfi. Melihat kesungguhan Lutfi mahu memiliki zuriat tidak kesampaian akhirnya.
Pregnancy test itu digenggam erat. Akhirnya, air mata Alia luntur jua. Entah kenapa dia rasa terlalu hiba dan hampa. Kata-kata Datin Nafisah kembali tergiang di dalam fikirannya. Mungkin doa seorang ibu dia tidak dapat memiliki zuriat.
"Heii...shu.. Napa ni? Sokay sayang.. Bukan rezeki kita lagi nak dapat zuriat. Jangan salahkan diri Lia. Ini baru percubaan pertama right? Kita ikhtiar dulu sayang. Jangan mengalah. Abang pasti, belum tiba masanya lagi." Ujar Lutfi lalu menarik Alia dalam dakapannya.
Diusap lembut belakang Alia untuk hilangkan tangisannya. Tersedu-sedan tangisan Alia di dalam dakapan Lutfi. Lutfi rasa bersalah terlalu teruja dengan semua ini.
Dia tidak patut buat Alia rasa terbeban. Sepatutnya dia memberi Alia semangat. Bukan takdir lagi mereka mahu dikurnikan zuriat. Terlihat riak wajah Lutfi sedikit kecewa tapi dia tidak akan mengalah. Mereka akan cuba lagi nanti. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk.
Bukan mereka saja tidak dikurniakan anak pada usia perkahwinan mahu mencecah setahun. Tetapi, Ramai sahaja orang diluar sana rasai perkara sama. Kita hanya manusia biasa. Tidak mampu menutup mulut orang lain yg suka menilai.
Harap maaf sudah lama tidak update. Saya cuba cari masa terluang. Terima kasih setia menanti #KSI. <3
Share this novel