"Berikan aku waktu...untuk aku meluahkan..Apa rasanya hati ini.. yang kau bunuh perlahan..."
Kedengaran suara Fahmi sedang menyanyikan sebuah lagu 'Entah apa' sambil tangannya sibuk mengelap motosikal jenama EX-5 yg baru dibasuhnya tadi. Fahmi pulang ke kampung halaman untuk menjenguk Mak Senah sebentar. Boleh lah cuti umum selama 3 hari. Lagipun berada di KL bukannya ada sesiapa. Lebih baik dia pulang sahaja.
"Amboi..anak mak ni. Sempat lagi yee menyanyi. Sedap suara tu. Fahmi nak luahkan apa? Fahmi dah ada kekasih hati ke?" Sampuk Mak Senah lalu melabuhkan dirinya di anak tangga.
Sejak dari tadi dia seronok mendengar Fahmi menyanyi. Rasa nyaman dengan suara bising anaknya yg baru pulang ke sini. Tanpa Fahmi dan Alia, hidup Mak Senah terasa sunyi. Hanya mereka berdua yg dapat berubat jiwanya yg sepi.
"Ehh, mak. Alah..saja je nyanyi. Nak hilang rasa bosan ni haa. Fahmi mana ada teman wanita. kalau ada pun....kawan je. Takdelah sampai terbawa jadi kekasih." Ujar Fahmi lalu mengangkat kedua belah keningnya ke arah Mak Senah.
Fahmi tidak berminat mahu taruhkan perasaannya terhadap orang lain selain Maknya dan Alia. Hanya mereka berdua yg bertahta di jiwanya. Fahmi akan terus menjaga dan melindungi mereka berdua selagi nyawanya di kandung badan. Melihat kebahagian mereka adalah kebahagian buatnya juga. Itulah, janji yg Fahmi pegang sampai bila-bila miskipun Alia sudah mendapat kehidupannya sendiri. Alia tetap orang yg perlu ia lindungi.
"Hmm, iyalah tu..jangan pendam lama-lama perasan kamu Fahmi. Nanti terlepas pula. Ermm, apalah yg Alia buat sekarangkan? Mak rindu dia. Dah lama Alia tak pulang ke sini." Tetiba fikiran Mak Senah terfikir tentang Alia.
Pandangannya kembali melihat ke arah rumah usang arwah Mohd Noor yg sudah lama ditinggalkan. Seminggu sekali Mak Senah akan pergi memeriksa keadaan rumah itu. Kemas dan menyapu seperti biasa. Kembalikan sinarnya walaupun tidak berpenghuni. Mak Senah ikhlas buat semua ini untuk melepaskan rindunya pada Alia.
"Kenapa? Alia tidak telefon mak ke?" Tanya Fahmi harirannya apabila Mak Senah berkata begitu.
Alia sentiasa membalas pesanannya di aplikasi whatsapp. Selalu saja bercerita apa yg ia lakukan agar Fahmi tidak merasa bimbang lagi. Fahmi mula menelan payah air liurnya. Apa yg terjadi kepada Alia sebelum ini tidak pernah diceritakan kepada Maknya. Kalau maknya tahu tentang hal itu pasti dia yg akan dimarahi. Mak Senah terlalu sayangkan Alia lebih dari segalanya.
"Kurang. Itu pun Mak yg selalu telefonnya dulu. Alia beritahu yg dia sudah jadi cikgu di sekolah rendah. Syukur, Alhamdulilah. Impiannya sudah termakbulkan Fahmi? Mak teringat masa dia kecik-kecik dulu. Suka sangat berangan tengah mengajar. Sampaikan ke sekolah dia suka ajar budak-budak lain. Alahai..comel sangat Alia masa tu. Dah beso panjang ni semakin cantik Mak tengok. Mak harap dia bahagia dengan kehidupannya sekarang. Kita tak mampu nak beri apa yg dia nak. Mungkin suaminya sudah penuhi impiannya sekarang. Itu semua sudah cukup buat Mak, Fahmi. Mak cuma nak lihat Alia bahagia. Dia layak merasai semua itu semula." Luah Mak Senah terus mengesat lembut sisa air mata yg tumpah di pipinya tanpa sedar.
Terlalu banyak memori lama membesarkan Alia terpahat di jiwanya. Walaupun Alia bukanlah anak kandungnya tetapi perasaan seorang ibu sentiasa wujud. Menjadi ibu susuan kepada Alia. Pada waktu itu juga ia tengah membesarkan Fahmi. Menjaga kedua orang anak kecil dalam masa yg sama.
"Hmm, Mak jangan risaulah. Dia tu pandai jaga diri. Macamlah mak tak kenal anak keras kepala macam Alia tu. Garang. Entahlah macam mana dia layan Lutfi. Apa yg Fahmi tahu. Alia kuat dan seorang yg penyabar. Dia sihat saja di sana. Kalau ada masa nanti Fahmi akan pergi melawatnya." Ujar Fahmi untuk menyakinkan Mak Senah.
Seperti yg telah dijangkannya. Mak Senah selalu teringatkan Alia. Rasa bersalah mula menjalar di sudut hatinya. Fahmi terpaksa berbohong satu kebenaran tentang keadaan Alia sebenarnya. Itulah apa yg telah ia janjikan dengan Alia. Demi, kesihatan Mak Senah yg sudah berumur. Mereka berdua tidak mahu Mak Senah jatuh sakit nanti.
"Maafkan Fahmi, Mak..."
.................................................................................
Di rumah, Alia sedang menyediakan bahan untuk masak tengah hari. Cuti minggu seperti ini bolehlah dia memasak seperti biasa. Selalunya mereka berdua banyak makan di luar sahaja pada minggu kerja. Rambut ikal mayangnya di ikat kemas dahulu sebelum memulakan kerjanya. Sedang asyik berbuat demikian. Lutfi terus datang memeluk rapat pinganggnya tanpa bersuara sedikit pun. Kepalanya disandar di atas bahu Alia.
"Ehh, lah..Napa ni? Baru bangun ke Tuanku? Morning. Nak sarapan tak? Makanan sudah terhidang di atas meja. Cuma perlu buka je penutup tu." Bersuara Alia sambil tangannya mengusap lembut helaian rambut Lutfi.
Alia sudah tahu rutin harian Lutfi bila waktu cuti. Dia akan habiskan masanya dengan tidur sahaja. Hari rehat perlulah digunakan sebaik mungkin. Meluangkan masanya bersama Alia di rumah.
"Morning my sweetheart. Ermm, nantilah. Sayang...nak masak apa harini? Nak abang tolong tak?" Kata Lutfi masih tidak mahu lepaskan pelukannya ini.
Dia mengikuti saja langkah Alia ke hulur dan ke hilir mengambil barang. Bila Alia menunduk sedikit. Ia turut buat benda yg sama. Bila Alia mahu mengambil di rak yg tinggi. Tangannya pula yg akan mainkan peranan.
"Abang nak tolong ke? Takpelah. Lia boleh masak sendiri. Harini, Lia nak masak sayur kailan ikan masin dan siakap 3 rasa. Cukup tak abang? Ke abang nak makan benda lain?" Tanya Alia terus memalingkan badannya menghadap Lutfi.
Dibiarkan saja Lutfi berbuat demikian terhadapnya tadi. Bila dimarah nanti, Lutfi pasti akan menyakatnya hari ini. Asalkan Lutfi tidak rasa jemu melayan segala kerenahnya.
"Ermmmm, Sedapnya. Apa pun yg Chef Alia masak. Semuanya abang akan makan. Sekali tuan badan pun abang makan. Muahh!! Dahi luas ni. Asyik minta abang cium je." Ujar Lutfi setelah melepaskan satu kucupan di dahi Alia. Puas rasanya berbuat demikian.
"Ishh, ngada-ngadalah..Mana ada dahi Lia kata macam tu. Pepandai je. Dah pegi mandi. Busuk!!" Balas Alia lalu menolak dada Lutfi menjauhinya.
Merah padam wajah Alia menahan malu. Siapa suruh dia mengikat rambut penuh ke belakang. Kang dahinya sudah terjondol ke hadapan. Memang patut pun meminta Lutfi menciumnya.
"Heehehe...Malu lah tu. Mana ada abang busuk. Kalau busuk dah kenapa ada orang tu asyik tidur bawah ketiak abang jee. Pelik ann..." Nyakat Lutfi lalu berjalan merapati Alia hingga ke sudut meja makan.
"Abang!! sudahlah...Lia nak masak...nanti kita tak boleh makan.." Jawab Alia perlahan. Dia tidak boleh bergerak ke mana-mana selepas Lutfi menutupi jalannya.
"Ehh,Takpe..rezeki dah ada depan mata. Makan yg ni pun dah kenyang.." Bisik Lutfi di sebelah telinga Alia.
Kini, tangan Lutfi pula memainkan peranannya. Dagu runcing Alia dipaut lembut. Sebelah tangannya lagi memegang leher Alia. Mereka bertentangan mata antara satu sama lain. Alia mula menelan payah air liurnya. Kedua belah matanya dipejam rapat. Tidak mahu melihat apa yg akan berlaku nanti. Entah apa pula yg akan Lutfi lakukan sekarang. Tidak berguna dia melawan lagi. Perlahan-lahan Lutfi merapati wajahnya dengan Alia. Bibirnya mengukirkan senyuman selepas melihat reaksi Alia seperti ini.
"Ting tong...Ting.. tong..."
Kedengaran loceng pintu pagar ditekan oleh seseorang di luar. Seraya itu, mereka berdua terus tersentak antara satu sama lain. Lutfi mula menjarakkan dirinya dengan Alia. Bajunya yg berada di kerusi diambil lalu dipakai. Manakala Alia pula berjalan pergi ke ruang tamu untuk mengambil kain tudungnya. Terbantut apa yg Lutfi sedang lakukan terhadap Alia tadi.
"Dah ke?" Tanya Lutfi selepas melihat Alia sedang memakai tudung sarung di kepalanya.
"Dah..." Jawab Alia sambil membetulkan sikit baju dan seluarnya.
Nasib saja Alia sudah terbiasa pakai baju berlengan panjang. Tidaklah dia perlu pergi tukar ke persalinan baru. Mereka berdua berjalan menuju ke arah pintu utama. Lutfi mencuri lihat ke arah tingkap dahulu siapakah yg bertandang ke sini seawal pagi.
"Abang Qirash??.." Nguman Lutfi lalu membuka pintu pagar itu secara automatik.
Sudah lama mereka tidak bertemu kerana keduanya sibuk bekerja seperti selalu. Lutfi hanya mendapat perkhabaran yg Datin Nafisah jatuh sakit sejak dua hari lepas setelah dimaklumkan oleh Dato' Tahir. Dia dan Alia tidak ada kesempatan waktu untuk pulang ke sana lagi. Ingatkan esok hari baru mereka berdua mahu pulang ke sana memandangkan cuti umum selama 3 hari.
"Jemputlah minum abang..Abang sihat?" Tanya Alia sambil menghidangkan segelas jus oren dan sedikit kuih kepada Qirash.
Alia melabuhkan dirinya sebentar di sebelah Lutfi. Tidak semenanya, hatinya mula terasa hiba. Melihat keadaan Qirash seperti ini sangat meruntuhkan jiwanya. Rambutnya yg kusut masai. Penampilannya yg tidak berapa terurus. Boleh dikatakan hampir seluruh wajahnya dipenuhi jambang. Anak mata sembab seperti tidak cukup tidur.
Alia cuba mengukirkan senyuman manis agar Qirash rasa selesa bila berada di sini. Kedatangannya sentiasa dialukan. Qirash juga abang iparnya. Apa yg telah berlaku sudah lepas. Dia faham jika Qirash masih tidak dapat lupakan Dira. Ketentuan takdir yg berakhir seperti ini amat memeritkan.
"Terima kasih...Abang sihat..sihat saja. Macam mana Luke dan Alia? Sihat? Semuanya baik-baik sajakan?" Jawab Qirash lalu bertanya soalan itu semula kepada mereka berdua.
Wajah Lutfi dan Alia dilihatnya bersilih ganti. Seolah dia tidak pernah melihat mereka berdua sebelum ini.
"Yaa, alhamdulilah..Kami berdua baik-baik saja. Abang ok? Kenapa ni? Luke tengok abang macam ada masalah je. cuba beritahu Luke. Mungkin Luke boleh tolong.." Ujar Lutfi sudah tidak duduk senang melihat keadaan abangnya seperti ini.
Teruk sangat dirinya sekarang. Bukan seperti Qirash yg ia kenal dahulu. Seorang yg segak bergaya dan kuat dalam apa jua keadaan yg menimpanya. Alia memegang lembut lengan Lutfi. Berharap Lutfi bersabar dahulu. Beri masa untuk Qirash menceritakan segalanya.
"Sebenarnya...abang...Pasal Dira..Dira ada telefon korang berdua tak? Alia. Alia kan rapat dengan Dira. Alia mesti balas mesej dengannyakan? Macam mana keadaan Dira? Dia sihat? Alia ada berjumpa dengannya tak? Dira tengah buat apa sekarang?" Betubi-tubi soalan itu ditujukan kepada Alia.
Riak wajahnya penuh dengan keterujaan mahu mengetahui semua itu. Matanya bersinar dengan satu harapan. Senyuman di bibirnya menunjukkan sudah lama ia menanti saat ini. Di mana dapat mengetahui keadaan Dira sebenarnya.
Wajah Lutfi sudah bertukar sedih tanpa bersebab. Sampai begini sekali abangnya risaukan keadaan Dira. Dirinya tidak terurus dengan baik kerana terlalu fikirkan keadaan bekas isterinya. Kini, Lutfi turut memandang ke arah Alia. Berharap Alia dapat menolong abangnya merawat hati yg sedang gundah-gelana.
"Arr, maafkan Alia..Sebenarnya..Sejak Alia pulang dari Hospital lagi..Kak Dira. Kak Dira sudah tidak mesej mahupun telefon Alia lagi. Alia ada hantar mesej sepertinya seperti biasa tapi..ia tidak balas sampai sekarang.." Kata Alia bagi menjawab pertanyaan Qirash tadi.
Pandangan Alia sudah jatuh ke bawah. Bukan Qirash saja diabaikan oleh Dira tetapi semua orang yg Dira kenal dan rapat dengan keluarga Lutfi. Alia mula rasa tidak sedap hati dengan semua ini. Di capai telefonnya untuk menelefon Dira sekarang.
Qirash sudah mengusap kasar wajahnya. Air matanya tumpah kembali. Sekarang semuanya sudah menjadi sia-sia. Bertungkus-lumus Qirash mencari jalan penyelesaian bagi semua ini sampaikan dirinya yg menanggung rasa sakit yg tiada penghujung.
Lutfi mengusap bahu Qirash untuk menenangkannya dahulu. Keadaan rumah ini bertukar hiba apabila didengari tangisan sayu abangnya. Alia masih cuba menghubungi Dira banyak kali tetapi panggilan itu ditolak juga. Ia masih cuba untuk kali terakhir dan tiba..tiba..
"Hello....Siapa ni?"
Tergamam Alia apabila panggilan itu diangkat juga akhirnya. Alia terus membuka pembesar suara agar Qirash dan Lutfi mendengarnya.
"Ohh, god. Pleaselah jangan main telefon kalau tak nak jawab. Buang masa aku jee!!" Balas Dira setelah tiada sayutan balik untuk orang yg menelefonnya. Belum sempat Dira mematikan telefon itu ada suara yg sedang menyahutnya kembali.
"Kejap!! Kejap..Ini Dira ke? Dira..Ini Qirash. Ya Allah..Dira sihat? Dira..kenapa tak angkat bila abang call? Kenapa Dira buat abang macam ni? Please. angkat bila abang call. Abang risaukan keadaan Dira." Bersungguh-sungguh Qirash mahu bercakap dengan Dira.
Dikesat air matanya kerana rasa tenang hati ini selepas mendengar suara Dira. Senyuman di bibirnya kembali mekar. Lutfi dan Alia berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing masih tidak faham apa yg telah berlaku kepada mereka berdua. Sebelum ini hubungan mereka tidak masalah miskipun sudah bercerai tetapi sekarang semuanya seakan dilanda sesuatu.
"Ehhh, Qirash? Wahh, hidup lagi ye kau. Ermm, ingatkan dah mampus. Bersusah payah kau cari aku. Hehehehe. Untuk pengetahuan kau. Aku benci lelaki macam kau. Kalau boleh ann. Aku nak kau berambus dari dunia ni. Jauh dari hidup aku. Dari kau tunggu aku..Apa kata kau mati je. Jauh dari anak-anak aku. Sebab aku...dah bahagia dengan hidup aku sekarang..tanpa kau.." Tut!!
Panggilan itu terus dimatikan Oleh Dira tanpa ada kata balas semula dari Qirash. Terkedu mereka bertiga selepas mendengar apa yg Dira katakan tadi. Masing-masing tersentak dan tidak percaya kata-kata itu keluar dari mulut Dira sendiri. Telefon Alia yg berada di tangan Qirash sudah jatuh ke lantai. Badannya seakan hilang pertimbangan. Cepat-cepat Lutfi memaut bahu Qirash sebelum ia jatuh terduduk.
"Ya Allah Ya tuhanku...Apa salahku Ya Allah sampai Dira berkata begitu..Kenapa Dira..Kenapa buat saya macam ni...." Menangis Qirash teresaknya di dalam dakapan Lutfi.
Dirinya rasa sangat lemah sekarang. Tiada kudrat mahu teruskan hidup seperti ini. Dibenci oleh Dira juga akhirnya. Bukan seperti ini ia mahu menamatkan hubungan mereka berdua. Wajah anak-anaknya kembali bermain di dalam fikiran. Apakah perasaan anak-anak bila tidak bertemu denganya lagi. Qirash sudah mengalah dan tidak berdaya melawan takdir ini. Dia akan pergi jika ini yg Dira mahukan.
"Sabar abang...mesti ada hikmah semua ini berlaku. Sabar...bawa mengucap.." Pujuk Lutfi terus mengusap belakang Qirash.
Apa yg berlaku ini diluar jangka mereka semua. Lutfi kasihan melihat abangnya menangung beban ini sendiri. Hati dan jiwanya merana tiada sesiapa yg tahu. Menangung rasa sakit sendiri tiada sesiapa yg peduli.
"Itu...siapa..." Nguman Alia apabila terlihat satu lembaga melintas ruang rumahnya. Walaupun hanya sekelip mata tetapi dia dapat melihat dengan jelasnya. Alia ada satu kelebihan tetapi tidak dimiliki orang lain. Kelebihan yg dikurniakan tuhan sampai sekarang.
Sejak Qirash datang ke sini bulu roma aku sudah menegang tanpa sebab. Seperti ada orang melintas di sekitar aku tetapi tidak nampak. Sekarang, aku sudah nampak dengan jelasnya. Apa yg berlaku ini pasti ada kaitan antara Dira dan Qirash. Salah seorang dari mereka sudah terkena sihir tanpa pengetahuan kedua belah pihak. Tetapi, angkara siapa?
Share this novel