Bab 36

Drama Series 71241

"Okey...We're arrived..."

Bersuara Lutfi lalu mematikan enjin keretanya. Kini, mereka berdua sudah pun tiba di teratak rumah dua tingkat. Di depan pintu rumah kelihatan Furqan sedang melambaikan tangan ke arah Lutfi. Terdapat juga 2 hingga 3 pekerja sedang membawa masuk perabut dan barang ke dalam rumah itu. Beruntung ada kawan seperti Furqan. Segala masalah cepat sahaja dia uruskan. Lutfi mula terpikir mahu beri cuti yg panjang kepada Furqan. Pasti rakannya itu mahu bersama keluarga dek kerena sibuk bekerja saja setiap hari. Apa salahnya dia biar Furqan berehat buat sejenak waktu.

"Ehh, My baby tengah tido? Bila ni?? Patutlah diam semacam jee.."

Cakap Lutfi sendiri setelah melihat kepala Alia sudah lentur ke bawah. Baru sahaja tadi mereka berdua berbual kosong. Perjalanan ke sini tidaklah jauh sangat. Lutfi masih memilih tempat yg strategi dan dekat untuknya pergi dan pulang dari tempat kerja. Lutfi mula terpikir pukul berapa Alia masuk tidur semalam. Akibat tidur mati tanpa sedar dia tidak perasan semua itu.

Tanpa berfikir panjang lagi. Lutfi mula menangalkan perlahan tali pinggang keledar Alia. Rasa kasihan pula dia melihat Alia tertidur dalam keadaan begini. Mesti anak lehernya akan sakit dan lenguh nanti.

"Urghh...Ermm...Abang..Dah sampai ke?"

Mengeliat Alia beberapa kali sebelum mengosok kedua belah matanya. Rasa berat saja mahu membuka mata. Apa yg dia rasa sekarang mahu cari katil semula. Yaa, semalam Alia langsung tidak dapat tidur. Sampai ke pagi dia berbual dengan Dira. Sebelum pergi dari rumah itu. Dia mahu meluangkan masa bersama birasnya. Sedikit banyak dia kenal siapa diri Dira yg sebenar. Hubungan mereka berdua semakin akrab sekarang seolah seorang kakak dan adik.

"Hmm, dah sampai sayang. Macam tak cukup tido je ni? Merahnya mata...Betul ke semalam turun minum je?? Tak lebih dari tu.."

Lutfi cuba serkap jarang dengan Alia. Matanya mula bertaut rapat dengan anak mata Alia. Alia sudah tersenyum kelat. Dia cuba keluar dari perut kereta tetapi cepat saja Lutfi menghalangnya. Lutfi meletakkan tangannya di cermin tingkap tempat duduk Alia. Semakin lama tubuhnya semakin rapat dengan Alia. Alia dapat rasakan dengusan pernafasan tersekat dari rongga hidung Lutfi.

"Abang!!! Hishh...janganlah. Tu..Kat luar tu..Kawan abang dah pandang pelik dekat kita berdua...."

Mengelak Alia daripada Lutfi melakukan agenda lebih hangat lagi. Bukan dia tidak kenal dengan perangai suaminya ini. Pantang ada waktu pasti ada saja sifat menyakatnya. Alia terus menolak tubuh Lutfi untuk menjarakkan diri dengannya. Cepat-cepat dia membuka pintu untuk melangkah keluar dahulu.

"Tahu takut. Jangan tipu Abang Lia. Abang tak selesai lagi ehh..."

"Wau...cantiknya..Abang!! Ni rumah kita ke? Betul ke ni???!!"

Alia tidak mempedulikan soalan yg dituju Lutfi terhadapnya. Malah, dia begitu teruja apabila melihat rumah dua tingkat yg berada di depan matanya sekarang. Tersergam indah struktur rumah ala moden dan sedikit sentuhan tradisional ini. Alia tidak dapat sembunyikan keterujaan dan kegembiraannya sekarang. Bibirnya tersenyum mekar bak bunga tumbuh di waktu pagi.

"Yeahh, This is our home now. Sayang suka? Ini rumah Lia. Abang beli atas nama Lia. Cash ye bukan hutang."

Beritahu Lutfi mula merangkul pinggang Alia. Satu kucupan lembut mendarat di pipi Alia. Melihat wajah gembira Alia begini sudah menyenangkan jiwanya. Dia buat semua ini untuk Alia. Bidadari syurga tiada penganti.

"Rumah ini untuk Lia? Tapi, kenapa? Lia tak buat apa-apa pun. Semua ni duit abang jugakan?"

Tergamam Alia apabila mendengar Lutfi membeli rumah ini atas namanya. Sifat teruja itu kembali pudar. Dia tidak meminta semua ini. Kalau keluarga Lutfi tahu nanti pasti teruk dirinya dilunyaikan. Alia mula tidak duduk senang. Senyuman di wajahnya kendur sedikit.

"Kenapa ni? Salahkah Abang beli atas nama Lia? Duit abang duit Lia juga. Abang buat semua ni untuk masa depan kita berdua. Shuu..Jangan rasa bersalah. Jangan tolak hadiah pemberian abang dekat Lia. Anggap saja rumah ini rumah kita berdua. Okey?"

Ujar Lutfi untuk menyakinkan Alia sedikit. Sejak dua menjak ini Alia selalu rasa bersalah malah menolak segala barangan yg Lutfi beri kepadanya. Alia tidak pernah meminta. Lutfi yg selalu memberi kerana Alia adalah isterinya. Alia layak mendapat semua itu.

"Uiii...sudahlah tu nak berdrama. Pikirlah orang single dekat sini sama. Meh masuk..Pintu dah pun terbuka luas. Aku ni dah macam penyambut tetamu pula dekat korang berdua.."

Sampuk Furqan sudah pun menyilang tangannya di dada. Rasa mahu termuntah saja dia melihat agenda romantik antara Lutfi dan Alia. Tahulah bahagia tapi tidak perlulah menunjuk di depannya. Orang solo sepertinya mudah terguris dan sakit hati. Furqan juga teringin mahu rasa bahagia seperti Lutfi. Dia berharap sangat mendapat jodoh tidak lama lagi.

"Hahaha!! Itulah engko..Orang suruh kahwin tak nak. Memilihlah sampai ke tua. Ehh, apa kata kau masuk je cari 'jodoh till jannah' dekat FB tu. Confirm melekat nanti!!"

Balas Lutfi sudah pun ketawa tidak ingat dunia di situ. Melihat telatah Furqan sangat menghiburkan dirinya. Lelaki melayu terakhir sepertinya memang susah mahu sangkut dekat mana-mana perempuan di luar sana. Orang kata ' Mahu tetapi malu'. Furqan agak kekok bila berdepan dengan perempuan yg dia tidak kenal kecuali bila orang itu sudah selesa dengannya barulah sifat sebenarnya akan muncul.

"Yeye je ko ni. Buat makcik or janda anak 5 ke dm aku kau nak layan? Tak kan? Sembang serupa keling. Dah masuk."

Furqan malas hendak melayan perangai menyakat Lutfi mula melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah dahulu. Sudah biasa dirinya yg akan menjadi bahan ketawa. Nasib saja jiwanya kental kalau koyak sudah lama Lutfi dibelasah teruk.

Lutfi menarik lembut pergelangan tangan Alia. Mereka berdua jalan seiringan masuk ke dalam rumah itu. Alia agak terhibur melihat telatah Lutfi dan Furqan tadi. Sesungguhnya mereka berdua memang sahabat yg baik dan akrab. Hanya sembunyi kelat dihadiahkan kepada Furqan. Takut juga jika Furqan membuka cerita ketemu dengannya di hospital di hadapan Lutfi. Tetapi boleh melihat raut wajah Furqan seakan tidak kisah dengan semua itu. Alia pernah memberi nombor telefonnya kepada Furqan. Tetapi, peti mesej atau call langsung tidak masuk ke dalam telefonnya. Lelaki ini memang pelik!

"Okey..Dalam rumah ni ada 5 bilik. 3 di atas dan 2 di bawah. Satu bilik ni di ruang dapur. Maybe, korang nak ambil maid ke bolehlah. Rumah ni besar kot. Tak kan bini kau nak buat sengsorangkan keje mengemas ni. Itu pun kalau dia rajinlah nak buat tiap hari...."

Beritahu Furqan tentang ruang bilik di dalam rumah ini. Lutfi mengangguk kepala tanda faham sahaja lalu berjalan mendapatkan bilik di ruang dapur dahulu. Dia terpikir juga mahu mengambil orang gaji kerana tidak mahu menyusahkan Alia. Ruang rumah ini agak besar untuk dia lakukan sendiri kerja rumah nanti. Furqan tersenyum sinis ke arah Alia apabila berkata begitu. Pasti budak kecil seperti Alia tidak mampu lakukan kerja rumah sendiri.

"Amboii...sedap mulut dia perlekehkan aku!! Ini Alialah!! walaupun aku kecik..aku boleh buat apa pun sendirilah!!"

Nguman Alia sudah merah padam wajahnya apabila dengar semua itu keluar dari mulut Furqan sendiri. Langsung tak ada insurans mulutnya. Patutlah tak dapat jodoh. Susah perempuan nak melekat dekat lelaki yg berterus terang seperti ini. Ughh!!

Lutfi terus berjalan melihat keadaan di tingkat atas pula sementara Alia sedang berada di tingkah bawah lagi. Alia asyik terpikir seperti mana dia mahu menyusun semua perabut di ruangan kosong ini. Masih banyak ruang kosong yg perlu dia penuhi agar rumah ini tidak terlalu sepi.

Dari jauh Furqan memandang tajam ke arah Alia. Melihat tingkah laku perempuan itu sangat menarik perhatiannya. Urusan mereka berdua belum selesai lagi. Sengaja Furqan cari pasal dengan Alia agar dia boleh memaksa Alia bercakap perkara sebenar. Boleh tampak anak mata Alia sembunyikan banyak kedukaan.

"Okey bro. Thanks tau untuk semua ni. Aku tak tahulah kalau kau tak de. Rasanya semua dah cukup. Kalau ada yg kurang nanti aku info kaulah. Interior design dalam diam."

Kata Lutfi lalu bersalam dengan Furqan. Dia sangat berpuas hati dengan segala sentuhan Furqan di dalam rumah ini. Dalam diam rakannya memang pandai dalam rekaan bentuk dalam rumah.

"No hal lah. Sikit punya keje ni. Owhh, lupa pula nak bagitahu. Umi, dia suruh datang hari ahad nanti ke rumahnya. Adalah buat makan-makan sikit. Korang berdua datanglah yee.. Bernanah telinga aku nanti."

Ujar Furqan sebelum dia melangkah pergi. Baru ia teringat tentang jemputan Hajah Samsiah dekat mereka berdua. Selagi Lutfi dan Alia tidak datang bertemunya selagi itulah Hajah Samsiah akan selalu bertanya. Sayang benar dia dekat Lutfi dan Alia.

"Yeke? Abang nanti kita ke sana yee..Lia nak jumpa umi. Hari tu sempat jumpa sekejap je."

Bersuara Alia secara tiba-tiba saja ke arah Furqan dan Lutfi. Seronok dia mendengar tentang jemputan ke rumah Hajah Samsiah. Alia mahu ketemu semula umi Furqan. Entah kenapa ia rasa rapat saja dengan umi.

"Hari tu..sempat jumpa sekejap? Dekat mana? Lia tak beritahu abang pun? Lia dah kenal Umi Furqan?"

Soal Lutfi agak hairan apa yg dikatakan oleh Alia sekarang. Dia tidak tahu pula yg Alia sudah kenal dengan Hajah Samsiah. Lutfi tidak pernah memperkenalkan Alia dekat umi rakannya itu. Semua ini sangat mencurigakan.

Tergamam Alia dengan soalan Lutfi begitu. Salahnya juga tetiba saja mencelah perbualan mereka berdua. Sekarang, apa yg perlu ia buat supaya Lutfi tidak bersangka bukan-bukan terhadapnya. Muka Alia sedikit berkerut. Mencari satu jawapan yg bernas dari semua ini.

"Let me see..how u handle this Alia Qisyara.." Nguman Furqan sendiri. Terhibur dia melihat wajah ketakutan Alia.

"Owhh, Arr kan Lia keluar dengan Fahmi 2 hari yg lepas. Dia bawa Lia makan. Terserempak dengan umi dan Furqan dekat situ. Lia lupa nak beritahu abang. Maaf ehh..."

Sedaya upaya Alia mengolah satu jawapan yg munasabah. Dia mula memeluk lengan Lutfi. Berharap sangat Lutfi tidak bertanya lebih lagi. Boleh tampak raut wajah Lutfi sedikit bimbang.

"Ha'ah. Time tu aku teman umi shopping. Nampak Alia. Tegur la sekejap. Kau bukan tak kenal umi macam mana. Jejak kasih tak bertempat. Kang aku tak beritahu dia nanti naik angin pula..Okeylah. gerak lu."

Kali ini, Furqan sendiri yg menolong Alia. Kasihan pula dia melihat raut wajah Alia berusaha sembunyikan semua itu. Lambat-laung Lutfi akan tahu jugak. Biarlah Alia mahu simpan rahsia ini. Siapa dia mahu tepi kain mereka berdua.

"Owhh yeke. Jadi dah kenal lah ni dengan umi?. Ermm. Oklah. Tq Aan. Nanti kami pergi."

Balas Lutfi baru tahu perkara sebenar. Dia fikir Alia sembunyikan sesuatu lagi tetapi setelah Furqan beritahu semua ini dia tidak syak apa-apa lagi dekat Alia. Lutfi menghantar Furqan sampai ke keretanya. Mereka berbual kosong sekejap sebelum Furqan berangkat pulang.

"Fuhh, sipi-sipi je nak kantoi tadi. Peliknya Furqan ni. Tadi bukan main buat tak tahu dekat aku..Ni tetiba je tolong. Boleh percaya ke dekat dia tu..Ermm"

Aku tidak tahu sejauh mana dapat sembunyikan semua ini. Aku masih tiada kata putus untuk pembedahan itu. Dr Henry masih menunggu maklum balas dari aku. Perlukah aku beritahu Fahmi dan mak di kampung. Apa pula yg Lutfi akan rasa nanti. Entah. Aku serabut dengan semua ini. Kenapa aku yg harus rasa semua ini. Terlalu perit untuk hadam.

...............................................................................

"Thanks sayang for yesterday..."

Bisik Qayyum di sebelah telinga Emily. Mereka berdua jalan seiringin sambil keluar dari Hotel The Ruma. Qayyum tidak akan lupakan aktiviti semalam mereka berdua di sini. Emily layak membayarnya kerana Qayyum sudah buat apa yg patut untuk menolong Emily dapatkan Lutfi kembali. Sedikit banyak rancangan mereka berdua berjalan dengan lancar.

"As your wish dear. Now, kita tunggu dan lihat..sejauh mana Luke bertahan dengan semua ini. Rm 500,000 ribu tu bukan sikit yee."

Ujar Emily sambil mengikat rambutnya yg kelihatan serabut sedikit ke belakang. Dia sangkakan Lutfi akan menolak tawarannya itu tetapi semua itu meleset sekali. Duit dapat selesaikan semua masalah. Rancangan ini akan diteruskan lagi. Kali ini, Lutfi pasti akan mengikut segala kehendaknya.

"Yeahh, Money can do everything. U dapat Luke and i akan dapat Alia..."

"Seriously Dude??!! Budak kampung tu pon U nak try ke? Ehh, jijiknya."

"Itu kata kau Jijik. Kau tak akan paham apa yg lelaki mahukan. Dia limited tahu..Okey. Bye..honey..Muahh.. See u soon."

Balas Qayyum senangnya berkata begitu di depan Emily. Satu kucupan hangat terus dilepaskan ke bibir Emily. Perempuan di depannya ini hanyalah tempat pemuas nafsu syahwatnya saja. Tetapi, Alia adalah segalanya. Perempuan alim seperti itu layak menjadi isterinya. Tidak kisahnya Alia adalah bekas Lutfi sekali pun. Dia tetap mahu Alia menjadi miliknya.

"Wtf...Ehh, sial lah..Apa yg perempuan kampung tu ada sampaikan semua orang nak pandang dia sangat?!!! Bencinya Akuu!!"

Emily melepaskan amarahnya kerana rasa tercabar dengan usikan Qayyum seperti ini. Boleh pula Qayyum menbandingkan dirinya dengan Alia. Seolah seperti langit dan bumi saja mereka berdua. Mungkin disebabkan Alia hebat dalam bab agama semua lelaki mahukan dia. Jauh dari simpang Emily mahu jadi seperti itu. Langsung tidak kena dengan cita rasa dirinya ini. Hidup bebas adalah pilihan asalnya. Selagi masih hidup di dunia ini biarlah dia buat apa yg saja yg ia suka. Semua orang tak perlu nak arah apa yg ia akan lakukan. Termaksudlah mendapatkan Lutfi semula. Itulah matlamat utamanya sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience