Sudah masuk 6 hari aku di Hospital. Aku belum dibenarkan pulang kerana balutan di kepala ini masih merah. Yaa, baru aku teringat apa yg sudah berlaku ke atas diriku ini. Aku tidak sempat memaut pada kerusi lalu tersadung sehingga kepala terkena bucu meja. Boleh dikatakan agak dalam juga luka menyebabkan 15 jarum jahitan di dahi ini. Aku mengalami pendarahan yg banyak dan terpaksa ditambah 2 pek darah tambahan untuk menaikkan tekanan darah normal. Dalam tempoh koma selama 2 hari bukan perkara yg biasa berlaku ke atas diri ini. Syukur kepada Ilahi kerana masih memberi peluang untuk aku bernafas semula di bumi yg nyata. Tak semua orang akan bertuah seperti aku. Sesungguhnya, aku masih pendosa tanpa noktah yg tidak ditarik nyawa lagi. Selagi aku masih bernafas di alam musyahadah ini, Selagi itulah segala amal kebaikkan akan dihintung. - Alia Qisyara.
"Lia, nak makan tak? Akak boleh turun beli bubur kejap. Lambat lagi nak masuk makan malam ni. Sudahlah tengah hari tadi Lia tak jamah apa pun. Sian perut tu..kosong jee.."
Tanya Dira sejak dari tadi kusyuk melihat Alia sedang menulis sesuatu pada telefon bimbitnya. Sedikit pun anak mata Alia tidak berkelip. Esok Alia sudah boleh keluar dari sini. Tidak perlulah dia rasa bosan lagi menunggu seorang diri seperti ini. Lutfi tidak boleh cuti lama-lama sangat. Ini pun dia curi keluar pergi pejabat sementara Dira tidak sibuk sekarang.
"Huh? Makan..Boleh juga..tapi Lia tak nak bubur. Nak sandwish sardin jee, boleh?" Pinta Alia lembutnya sambil membuat bibik muka comel ke arah Dira.
Setiap hari Dira pasti datang menjenguk dan menunggunya di sini. Walaupun mereka berdua sudah tiada hubungan lagi tetapi Dira tetap baik dengannya. Alia rasa bersalah asyik mengharap dengan Dira. Mungkin selepas ini dia akan cuba berdikari sendiri. Sampai bila dia mahu harapakan semua orang.
"Okey..Anything to you Honey. Kejap yee akak pergi. Kalau perlukan apa-apa..Doktor datang ke..Call akak ehh? Jangan bergerak pergi mana-mana." Pesan Dira tegasnya.
Dia tidak akan termakan dengan wajah comel milik Alia. Pantang dibiarkan seorang diri pasti ada benda yg dia ingin lakukan.
"Hehehe, okey boss!!" Balas Alia tidak mempedulikan Dira.
Matanya fokus menonton cerita drama melayu pukul 7.00 p.m. yg masih berbaki di kaca telefon bimbitnya. Sejak duduk di Hosiptal ini, hanya drama melayu boleh dikhatam sampai habis episode.
Dira terus mengambil beg tangannya sambil memendang ke arah Alia. Seraya itu satu senyuman mula terukir di wajahnya. Seronok dia melihat Alia berjanji tidak akan pergi ke mana-mana sehinggalah dia akan pulang ke sini nanti.
"Huaaa!! Bosannya..lamanya abang pergi. Kata sekejap je tadi. Nanti kalau tak beli aiskrim siap Lia kejekan!!" Nguman Alia sendiri kerana terlalu bosan menghadap telefon. Diletakkan telefon itu semula ke atas meja.
Alia kembali melihat suasana sepi menyapa di dalam bilik persendirian ini. Kalaulah dia ditempatkan di kalangan ramai pasti sudah boleh berkawan dan berbual dengan pesakit lain. Siapa kata masuk Hospital itu seronok memang silap besar. Bila di kuarantin dalam kedaan begini bukan seronok lagi. Terlalu bosan dan mereput sampai kesudahannya.
"Tok..tok..tok.."
"Assalamualaikum, Alia!! Ya Allah..Anak mama dah sedar. Macam mana harini? Dah sihat sikit?" Sapa Datin Nafisah terus berjalan mendekati Alia. Dicium dan dipeluk tubuh Alia seeratnya.
"Ha'ah Alia..Dah sihat sikit ke? Sorrylah kitorang tak sempat nak datang lawat. Ni..Kitorang ada bawa buah-buahan. Makan sikit tau nanti." Tegur Qairin pula sambil meletakkan sebakul buah-buahan segar di atas meja. Senyuman manis menampakkan lesung pipitnya mula terhasil.
Dato' Ghani memapah lengan Hajah Aminah untuk duduk dahulu di atas kerusi. Kakinya tidak boleh berdiri lama sangat. Satu senyuman mula tercungkil di bibirnya apabila melihat cucunya ini sudah sedar. Setiap hari hanya titipan doa tidak pernah lekang buat Alia.
"Ermm, Alhamdulilah..Dah semakin sihat sikit. Maaflah, Buat susah-susah je semua datang. Terima kasih.." Ujar Alia dengan gembiranya. Alia membalas setiap pelukan mereka terhadapnya.
Buat pertama kali dia merasai sangat senang dengan suasana begini. Dihargai dan di sayangi oleh keluarga mertuanya. Mereka sangat menitik berat tentang keadaannya. Hatinya rasa sayu tetapi dalam masa yg sama, dia bahagia.
"Baguslah kalau macam tu. Make sure lain kali hati-hati tau. Luruh jantung papa dengar apa yg telah berlaku dekat kamu." Bersuara Dato' Tahir sambil membetulkan tali leher di koler bajunya.
Sudahlah baru pulang dari peiabat terus lajak datang ke sini untuk melawat Alia. Walaupun dia agak sibuk tetapi masa bersama keluarga amat penting. Alia adalah menantunya malah dia juga anak yatim piatu. Apa yg berlaku kepada Alia masih dalam pengawasan dan tanggungjawab mereka semua bersama.
"Alia boleh pulang bila? Tinggal lah dekat rumah Opah dulu. Nanti kalau dekat rumah tu..Siapa yg nak jagakan Alia? Kalau dekat rumah Opah nanti semua boleh tengokkan Lia." Tanya Hajah Aminah sambil memegang erat pergelangan tangan Alia. Berharap sangat Alia dapat tinggal dengannya semula. Belum cukup dia meluangkan masa bersama Alia.
Datin Nafisah dan Qairin mula berpandangan antara satu sama lain. Senyuman penuh makna mula terukir di bibir mereka berdua. Dato' Tahir hanya buat tidak endah saja situasi ini. Mata dan tangannya masih fokus pada kaca telefon. Biarlah apa yg dua beranak itu mahu lakukan. Asalkan dirinya tidak terbabit sekali.
"Alia..Bolehlah tinggal dengan kitorang. Nanti mama pujuk Luke tau. Please. Seminggu je dah cukup. Bagi sembuh dulu kepala Alia ni..Betul tak Qairin?"
Pujuk Datin Nafisah lembutnya sambil memeluk kedua belah bahu Alia. Rasa kasihan saja melihat menantunya ini dalam kesunyian bila tiada teman di rumah itu. Bila Alia pulang ke rumah mereka nanti pasti ada teman untuk berbual kosong.
"Ha'ah!! Betul tu Alia. Kalau dekat rumah kitorang nanti..Kitorang boleh tolong tengokkan Alia. Seminggu je..Bolehlah.." Sokong Qairin dengan penuh semangat.
Tangannya sibuk saja mengupas buah apel untuk Alia menikmatinya nanti. Alia mula berfikir sejenak. Alangkah baiknya dia pulang sebentar ke rumah mertuanya ini. Sudah masuk sebulan lebih dia dan Lutfi tidak pulang ke situ. Pada mulanya, Alia masih takut akan ibu mertua dan kakak iparnya ini. Tetapi selepas apa yg telah berlaku sekarang. Mereka sudah berubah dan boleh menerima dirinya ini seadanya.
.................................................................................
Di rumah..
"Aduh, mana Alia letak dokumen hak milik tanah rumah usangnya tu.." Nguman Lutfi sambil memungggah sedikit demi sedikit barang peribadi milik Alia di dalam almari.
Dia perlu mendapatkan geran tanah rumah pusaka En Mohd Noor dalam kadar segera. Pertukaran nama arwah perlu ditukar supaya tanah itu tidak jatuh ke tangan orang lain nanti. Segala fail milik Alia dilihat satu persatu oleh Lutfi. sudah masuk sejam lebih dia mencari tetapi tidak jumpa lagi. Lutfi hanya berprasangka Alia cuba sembunyikan geran tanah itu daripadanya.
"Tidak mungkin aku akan minta dari Lia..itu adalah miliknya tetapi..aku perlu cagarkan geran itu ataupun lepaskan tanah kebun milik aku..Arghh!! Sial la Si Emily ni. Pantang beri muka kau cucuk aku dalam diam!!..."
"Pap!!"
Tepik Lutfi kuatnya lalu menumbuk kuat pintu almari itu. Dia sudah buntu dan tidak tahu mahu lakukan apa lagi. Hutangnya dengan Emily belum langsai. Bukan mudah mahu bayar jumlah yg banyak itu dalam masa terdekat. Dato' Tahir pula sedang melabur banyak projek baru dengan papanya Emily.
Silap haribulan dia yg akan muflis dulu kerana Dato' Tahir menggunakan nama syarikatnya sebagai peneraju utama. Semua ini candangan Emily sendiri. Lutfi sudah mati akal dek kerana terjerat dengan masalah hutang. Hanya perlu guna sedikit simpanan milik Alia untuk selamatkan syarikatnya. Alia mesti akan faham dengan situasinya nanti.
"Pikir Luke Pikir!! Mana Alia letak barang peribadinya..."
Lutfi melabuhkan dirinya sebentar di atas katil. Dia melihat suasana di dalam bilik ini. Semua barang berselerak dan tidak teratur setelah dia memunggah semua barang tadi. Dia berfikir sejenak tentang dokumen peribadi Alia semasa dia mendaftarkan Alia permohonan guru sementara tempoh hari itu. Tanpa membuang masa lagi, Lutfi membawa keluar beg bagasi milik Alia yg berada di atas almari.
"Fuhh, aku rasa Lia simpan di sini..Bismillah.."
Dengan selafaz doa, Lutfi membuka perlahan zip beg bagasi berwarna merah ini. Terketar tangan dan peluh mula memenuhi ruang dahinya. Seolah kerja jahat saja dia buat sekarang. Semua ini demi kehidupannya dengan Alia juga. Alia perlu berkorban seperti dirinya.
"Alhamdulilah...Di sini rupanya...Semua ada sekali? Buku simpinan bank? Ya Allah!! Banyaknya..Lia buat apa simpan duit banyak begini.." Tergamam Lutfi buat seketika.
Matanya tidak boleh beranjak dari melihat jumlah buku simpanan Alia yg tidak diusik langsung ini. Terlalu tinggi nilainya sampaikan boleh buat apa saja yg dia impikan. Baru sekarang Lutfi tahu yg Alia memegang banyak duit dari simpinan arwah ayahnya. Patutlah papanya beria sangat mahukan harta dari Alia. Arwah bapa mertuanya bukan orang biasa. Selama ini, dia bekerja keras demi memberi kehidupan yg lebih baik untuk Alia.
"Apa yg aku dah buat ni...Tak..tak mungkin aku akan kecewakan Alia.." Cakap Lutfi mula tersentak dengan sifat kejinya sendiri.
Lutfi kembali menyimpan semula semua barangan peribadi milik Alia. Dia bukanlah lelaki yg dagus dan kejam sama sekali. Naluri rasa berdosa masih tersisa di jiwanya. Bila wajah Alia terpancar di dalam fikirannya automatik sifatnya akan berubah hati.
"Debuk.."
Semasa Lutfi sibuk mengemas fail milik Alia semula, satu dokumen mula jatuh dari tangannya. Pandangan Lutfi mula melihat ke arah dokumen itu. Terlihat geran tanah rumah pusaka milik arwah bapa mertuanya tertulis di atas dokumen itu. Lutfi mengambil geran itu lalu berfikir sejenak.
"Kalau aku cagarkan geran ni nanti..Tanah kebun milik aku akan selamat. Lagipun..belum tentu aku akan jatuh muflis. Kalau projek itu berjaya nanti, aku akan dapat habuan juga."
"Tapi, kalau Alia tahu nanti. Teruk aku kena. Arghh!! Biarlah. Pandai-pandailah aku pujuk dia nanti."
Tanpa berfikir panjang lagi, Lutfi terus mencapai dokumen yg berisi geran tanah itu. Dia kembali mengemas barangan yg lain lalu diletakkan ke atas almari semula. Tempat pertama yg ingin ditujunya semestinya Pejabat Daerah dan Tanah. Hak nama milik geran ini perlu dipindah nama dahulu. Lutfi mengusap kasar wajahnya apabila masuk ke dalam kereta. Kereta BMW ini dipandu laju keluar dari perkalangan rumah. Apa yg dia inginkan sudah dapat.
.................................................................................
"Ermm..Ermm..Tak reti nak balik lagi ke? Sampai bila nak duduk cangak dekat sini?" Perli Dira tanpa berkias.
Sejak dari tadi hatinya panas membahang apabila melihat kewujudan Datin Nafisah dan Qairin di sini. Seperti biasa, tiada angin dan tiada ribut pasti ada sebab tertentu kedatangan mereka ke sini. Hanya jelingan maut Dira berikan kepada mereka berdua. Rasa jijik sangat melihat lakonan mereka di hadapannya.
"Alah, biarlah..yg kau sibuk sangat dah kenapa? Alia tak kisah pun kan? Sudahlah tak de apa-apa relationship tapi masih sibuk nak datang sini..Now, kitorang atau kau yg patut pergi?" Bahas Qairin geramnya melihat tingkah laku Dira sekarang.
Dira sudah pandai melawan dan mengugut mereka kembali. Jauh dari Dira yg mereka kenal dahulu. Memang patut abangnya tinggalkan Dira. Perempuan tidak sedar diri. Selama ini dia juga tumpang senang mengambil nama jadi menantu Dato' Tahir. Kalau tidak disebabkan bapa mertuanya itu, mana mungkin butik perkahwinannya akan melonjak naik.
"Hmmm, Dira. Apa cakap macam tu..Tak baiklah. Even kita dah tak ada apa-apa relay. Tapi, mama tetap anggap kamu sebagai menantu mama. Kalaulah kamu tak cerai dengan Qirash..Nak buat macam mana kan. Sudah ditakdirkan berpisah.." Bersuara Datin Nafisah dalam keadaan sedih.
Tidak tahu apa yg Dira marahkan sangat dekat dirinya. Padahal dia langsung tidak pernah membenci Dira. Datin Nafisah menyeka kasar sisa butiran jernih di kelopak matanya. Rasa sedih sangat diburukkan begini sekali oleh bekas menantunya.
"Mama...sudahlah...jangan sedih. Kak Dira..tak baik cakap macam tu. Tak kisahlah ada hubungan ataupun tidak. Kita masih sekeluarga. Janganlah kenang benda yg lepas lagi. Kita mulakan hidup baru. Bolehkan Kak Dira..mama..Kak Qai??"
Balas Alia untuk menenangkan keadaan mereka semua. Alia menepuk lembut bahu Datin Nafisah untuk menenangkan keadaannya dahulu. Tidak sanggup dia melihat ibu mertuanya sedih. Pada masa yg sama, dia turut kasihankan Dira. Pasti semua ini masih sukar untuk Dira maafkan mereka semua. Terlalu berat apa yg telah mereka lakukan terhadap Dira selama ini. Alia pasti ibu mertua dan kakak iparnya ini sudah berubah. Mereka cuba berubah ke jalan yg lebih baik.
"Apa? Sekeluarga? Mulakan hidup baru bersama diorang? Ehh, Lia!! Diorang semua ini berlakon baik jee depan Lia. Di belakang perangai serupa iblis!! Dasar talam dua muka. Akak tak akan buat baiklah dekat orang macam diorang ni. Dah!! Balik sekarang!! Sebelum aku naik angin lagi.."
Marah Dira kerana sudah hilang sabar dengan sifat baik dan mulia Alia. Terlalu baik sampaikan mudah diperbodohkan oleh keluarga Dato' Tahir. Dira tidak tahu apa mahu buat lagi untuk membuka mata hati Alia melihat semua lakonan di depannya ini. Terlalu banyak muslihat tanpa Alia sedar. Beginilah manusia bertopengkan syaitan sekarang. Boleh kaburkan naluri orang baik.
"Ehh, kau jangan kurang ajar Dira!! Mak bapak kau tak pernah ajar adab ke haa? Jaga mulut kau tuu sebelum aku cilikan nanti. Kau baik sangat ke sampaikan nak judge orang haa?"
Balas Qairin sudah menolak kedua belah bahu Dira. Panas hatinya mendengar hinaan yg keluar dari mulut Dira terhadap dirinya dan mamanya. Kalau dibiarkan saja perempuan ini tidak akan duduk diam.
"Qai!! Sudahlah. Mari, kita pulang dulu..Tak berguna bergaduh di sini.." Bersuara Datin Nafisah untuk meleraikan pertelingkahan mulut antara mereka berdua dahulu.
"Mama pulang dulu yee..Nanti fikirkanlah bila Lia sudah dibenarkan pulang. Kami semua akan menanti. Jaga diri baik-baik.." Kata Datin Nafisah lalu mengucup lembut dahi Alia.
"Ermm, baiklah. Nanti kirim salam dekat opah dan papa yee. Terima kasih mama dan kakak temankan Lia harini. Hilang rasa bosan sikit." Balas Alia lalu bersalaman dengan Datin Nafisah. Bibirnya mengukirkan senyuman menampakkan giginya. Hatinya terlalu gembira sampaikan terlupa apa yg sudah berlaku tadi.
Datin Nafisah turut membalas senyuman Alia. Diusap lembut kedua belah pipi Alia. Berat hatinya rasa mahu tinggalkan Alia sendiri di sini. Mereka datang ke sini dengan niat yg baik tetapi disangka buruk oleh Dira. Dira sememangnya sudah melampau kali ini. Tunggulah nasibnya selepas ini. Tidak mungkin keluarga Dato' Tahir akan melepaskannya dengan mudah sekali. Dira akan menanggung akibatnya. Kerana mulut, badan binasa.
"Kau..tunggulah nasib kau selepas ini.." Nguman Datin Nafisah lalu mengambil beg tangannya di atas meja.
Satu jelingan penuh bermakna diberikan kepada Dira. Begitu juga dengan Qairin, membuat perkara sama seperti mamanya. Dekat sini saja Dira berani. Tunggulah apa yg akan menimpa dirinya nanti. Silap haribulan, nyawanya sendiri akan melayang.
Share this novel