Bab 54

Drama Series 71241

Apa itu cinta? Adakah penyatuan dua insan yg saling melengkapi antara satu sama lain? Cinta yg pertama hadir dalam hidup kita adalah cinta kepada yg maha Esa dan cinta kepada rasul-Nya. Kenapa aku berfikir tentang semua ini? Adakah aku mempersoalkan tentang hati dan perasaan aku sendiri. Entah, aku pun tak tahu.

"Abang, Cuti nanti kita pulang ke sini lagi tau. Kesian mama dan abang Qirash. Mereka tak sembuh lagi. Kalaulah Lia tak keje. Bolehlah Lia tinggal disini dan jaga mereka." Kata Alia rasa bersalahnya untuk meninggalkan Datin Nafisah dan Qirash dalam keadaan sakit begini.

Fikirankan mula bercelaru memikirkan semua ini. Nasi di dalam pinggan digaul tidak berselera. Miskipun, menu yg ada di terhidang adalah masakan kegemarannya sendiri. Bersusah payah Mak Timah masak semua ini untuk Alia.

"Sayang, jangan risau okey? Bukan salah sayang tak dapat nak temankan mama. Nanti abang call Dr Henry tolong tengokkan keadaan mama dan Abang Qirash. But, First..Sayang kena makan dulu. Dari tadi asyik gaul je nasi tu. Langsung tak masuk mulut. Meh, sini. Abang suapkan." Ujar Lutfi tenangnya tanpa membawa masalah ini lebih rumit lagi.

Lutfi akan cuba menyelesaikannya tanpa melibatkan sesiapa pun termaksudlah Alia sendiri. Masalah keluarganya sudah semakin teruk jika dibiarkan berterusan seperti ini. Lambat-laung mereka akan berpecah dan membuat haluan masing-masing. Kerana duit dan harta, kebahagian dihancurkan tanpa diduga.

"Ehh, Lia boleh makan sendirilah. Lia bukan budak kecik tahu." Bidas Alia tidak mahu dilayan manja seperti ini oleh Lutfi. Cepat-cepat dia mencepuk nasi untuk dimasukkan ke dalam mulut.

"Oppss!! Letak balik. Ini arahan suami. Jangan ingkar. Kang tak dapat bau syurga nanti. Bukan selalukan abang suap Lia. Last, masa majlis sanding je. Tu pon dah macam kena paksa. Abang nak kumpul pahala. Walaupun hanya suapan tapi besar ganjaran pahalanya tau. Sekarang, Lia buka mulut. Arrr?" Kata Lutfi dengan lagak gurau sendanya.

Bibirnya tidak pernah jemu mengukirkan senyuman terhadap Alia. Mungkin dia bukan calon suami alim dan beragama. Bukan calon suami yg boleh diharap dalam apa jua keadaan. Tetapi dia adalah seorang lelaki yg cuba menjadi seorang suami yg baik buat Alia. Menghargai setiap masa dan waktu bersama Alia.

Alia terus membuka mulutnya tanpa disuruh selepas mendengar luahan Lutfi sendiri. Setiap hari dia boleh tampak layanan mesra Lutfi terhadapnya. Tidak pernah marah dan mengeluh seperti dahulu. Rajin berusaha dan mahu belajar ilmu agama darinya. Mungkin inilah perubahan Lutfi. Tipulah, kalau hatinya tidak rasa gembira dengan semua ini. Malah, bahagia semakin menghampirinya setiap masa bila mereka bersama.

"Uhuks..uhuks..." Tersedak Alia apabila nasi yg suap ke dalam mulutnya terlalu banyak.

"Ehh, maaflah..Tak tahu pula yg mulut isteri abang ni kecil. Nah, minum air ni dulu. Pelan-pelan telan." Ujar Lutfi setelah memberi air minuman kepada Alia. Diurut perlahan belakang Alia untuk menghilangkan kesan tersedak tadi.

"Abang ni..kalau Lia tahu nak tersedak macam ni. Baik Lia makan sendiri je. Janganlah suap banyak sangat." Ngadu Alia geramnya. Bahu Lutfi di tampar perlahan. Dia tahu sengaja Lutfi berbuat sedemikian selepas mendengar suara gelak tawanya.

"Okey..okey. Maaf yee. Kali ni, abang suap perlahan. Arrr??" Balas Lutfi masih mahu menyuap Alia makan semula.

Nasib saja mereka berdua di meja makan ini. Masing-masing sudah makan di dalam bilik termaksudlah Hajah Aminah sekali. Sekarang, dia sudah tidak larat mahu turun makan bersama di bawah lagi. Gelagat mereka berterusan begini sehinggalah kepulangan Qairin di hadapan tidak disambut oleh sesiapa pun. Kelihatan sunyi dan sepi suasana di dalam rumah ini seperti selalu.

"Huh? Kat depan ada kereta Luke. Mana dia? Asal sunyi je rumah ni..Aduhh. Bosanlah. Ni lah sebab aku malas nak balik." Mengeluh Qairin setelah melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Beberapa beg pakaian yg baru di beli dilempar ke atas sofa termaksudlah telefonnya. Sudah tiga hari dia tidak pulang ke sini kerana bermalam di rumah Emily. Baru hari ini dia terasa mahu balik sebentar. Keadaan rumah ini masih tidak berubah semasa dia pergi lagi. Satu keluhan berat mula dilepaskannya.

"Hahahahaha.."

Kedengaran suara orang sedang ketawa di dapur merangkap masuk ke dalam rongga telinga Qairin. Seraya itu langkahnya pergi ke arah dapur. Mungkin Lutfi dan Alia berada di sana. Satu senyuman sinis mula terpancar di wajah Qairin. Ada saja niatnya mahu dilakukan nanti.

"Amboi..amboi...seronok ketawa? Alia..Luke? Bila pulang?" Sapa Qairin ramahnya terus menarik kerusi lalu melabuhkan dirinya di depan Alia dan Lutfi.

Bibirnya tidak lekang dari mengukirkan senyuman ke arah mereka berdua. Menyampah dia melihat agenda romantik antara Alia dan Lutfi di sini. Saling suap-menyuap antara satu sama lain. Rasa loya anak tekaknya melihat semua ini dengan mata kepalanya sendiri.

Bukan itu sahaja. Dia turut membawa satu kejutan kepada Alia dan Lutfi. Kelihatan kelibat Emily mula berjalan menghampiri mereka semua. Badannya yg ramping mengayakan gaun paras lutut yg di lehernya berbentuk V. Sebelum ini rambutnya yg keperangan sudah diwarnakan ke warna hitam semula. Satu senyuman mula mekar di wajahnya. Senyuman itu hanya dituju kepada lelaki yg bernama 'Lutfi'.

"Emily? Kak Qai..apa ni? What she doing here?" Soal Lutfi dengan nada terkejut sekali.

Pandangannya tidak boleh beralih dari melihat ke arah Emily. Sudah lama mereka tidak bertemu kerana dia sendiri tidak mahu berjumpa dengan Emily lagi. Pelbagai alasan yg diberinya agar dia dapat mengelak dari Emily. Tetapi sekarang, Emily sendiri datang bertemunya semula.

Alia turut tergamam tanpa bersuara. Dia sendiri tidak faham kenapa perempuan yg hadir di majlis persandingannya dengan Lutfi dahulu turut berada di sini.

"What? Dia datang ke sini nak lawat mama sebab mama yg teringin nak jumpa Em. Salah ke?" Kata Qairin sambil mengangkat kedua belah tangannya seakan tidak faham dan mengerti dengan tingkah laku Lutfi seperti ini.

Emily hanya diam dan tidak bersuara sedikit pun. Biarlah mereka berdua selesaikan semua ini asalkan dia tidak mahu terbabit sekali. Pandangannya di alih melihat ke arah Alia. Perempuan yg sudah merampas segala miliknya.

" But, Why now? Kau tak nampak ke aku dan Lia pulang ke sini? Tak boleh ke nak datang hari lain." Mendengus Lutfi kasar sekali. Wajahnya dari tersenyum terus bertukar masam.

"Ermm, tak apalah Qai. I think, i should go. Nanti kirim salam dekat mama yee. Jangan lupa bagi barang yg mama nak kan tu." Bersuara Emily setelah membisu saja sejak dari tadi.

Rasa panas hatinya apabila kedatangannya ke sini tidak disambut baik oleh Lutfi. Sifat Lutfi sudah berubah 360% sekarang. Entah apa yg perempuan perampas itu buat terhadap Lutfi.

"Ehhh, No Em..No. Duduk sekarang. Luke. Dia tetamu kita. Where your manner haa? Sejak bila jadi kurang ajar ni. Lia. Lia ok kan? Emily tetamu kita." Balas Qairin masih mahu pertahankan Emily.

Di tarik tangan Emily untuk melabuhkan diri di hadapan Lutfi. Selepas itu, pandangannya melihat ke arah Alia yg sedang memandang ke arah lain. Mungkin Alia tidak mahu campur dalam urusan ini. Ataupun Alia cemburu apabila melihat Emily ada di sini.

"Huh? Yaa, tak jadi masalah pun sebenarnya. Kak Qai dan Emily sudah makan? Kalau belum..jemputlah makan." Pelawa Alia tanpa rasa segan pilu. Senyuman di bibirnya mekar tersenyum ke arah mereka berdua.

"Sayang......." Nguman Lutfi sendiri sambil menguis lembut tangan Alia. Terkedu dia melihat reaksi Alia seakan tidak kisah saja bila Emily ada di sini.

Alia hanya membalas dengan satu jelingan atas tindakan Lutfi. Miskipun dia tidak suka dengan Emily sekali pun tidak perlulah biadap seperti ini. Emily masih ada maruah seorang perempuan.

"See? Alia tak kisah pun. Ermm, kitorang belum makan. Laparkan Em? Alah..pinggan pula tak de dekat sini. Alia..Boleh tolong ambilkan pinggan dekat kitorang tak?" Pinta Qairin setelah melihat tiada pinggan lebih di sini.

Emily hanya tersenyum penuh makna. Seronok dia melihat pemainan Qairin bak bidadari di hadapan Alia padahal di belakang bukan main dikutuk seranah.

"Owhh yeke..kejap ye..Lia pergi ambil." Kata Alia mula bangun untuk mengambil pinggan di dapur kepada mereka berdua. Belum sempat Alia melangkah pergi tangannya ditarik oleh Lutfi.

"Nak makan pegi ambik sendiri!! Isteri aku bukan orang gaji nak kena layan korang berdua. Ada kaki ada tangan tapi tak boleh pakai. Sayang..Dah kenyangkan? Jum..kita basuh tangan. Pastu kita naik atas solat bersama-sama." Ujar Lutfi tidak mengendah mereka berdua lagi.

Diraut lembut pergelangan tangan Alia lalu berjalan membawanya pergi. Senyuman sinis terus diberikan kepada Emily. Rasa senang ia berbuat demikian terhadap Emily. Alia tidak membantah hanya mengikut saja langkah Lutfi dari arah belakang. Dia tidak tahu kenapa Lutfi bertindak sampai begini sekali. Mereka berdua sudah solat tadi. Pelbagai alasan yg dibuatnya agar dapat berjauhan dengan Emily.

"WTF..Ehh, kejamnya Luke layan kita. Sejak bila ehh dia jadi macam tu. Eee, geramnya aku. Em!! U tak rasa apa-apa ke? Napa, Luke berubah macam tu sekali." Merengek Qairin seperti anak kecil. Hilang seleranya mahu makan setelah dimarahi oleh Lutfi. Semua orang di dalam rumah ini sudah hilang akal. Selalu saja naik angin tidak bersebab.

Emily hanya mendiamkan diri. Kedua belah tangannya mengenggam erat gaun yg dipakainya. Perasaan amarah dan sakit hatinya semakin menjadi-jadi setelah melihat layanan mesra Lutfi terhadap Alia. Dia tidak akan berdiam diri. Semua kekejaman ini harus dibalas kembali.

Di waktu petang, Alia sedang melihat tanaman pokok Datin Nafisah di luar rumah manakala Lutfi sudah terlelap tanpa sedar. Mereka berdua hanya berbual kosong di dalam bilik sampaikan Lutfi terlelap di atas ribanya. Dia mengambil kesempatan ini untuk mengambil udara di luar sebentar. Fikirannya masih bercelaru. Wajah Dira selalu muncul di dalam fikirannya.

"Adakah, semua ini bermula dengan Kak Dira dahulu? Aku pasti semua ini ada kena mengena dengan sihir pemisah. Aku perlu bertanya kepada Fahmi dulu." Bermonolog Alia lalu melabuhkan dirinya di atas buaian kecil di taman ini.

Pandangannya kosong melihat ke arah taman bunga. Jika dia tidak bergaduh dengan Dira pasti semua ini tidak akan berlaku. Alia mula rasa bersalah. Semakin renggang rumah tangga mertuanya. Dia sendiri buntu dan tidak tahu mahu kembalikan suasana bahagia di dalam keluarga ini.

"Ermm...." Berdehem Emily sambil berjalan menghampiri Alia. Sengaja dia mengorak langkah mengikuti Alia sehingga tiba ke sini.

Sebelum itu, dia sudah ke bilik Lutfi tetapi nasibnya malang kali ini kerana bilik itu sudah dikunci dari arah dalam. Emily tahu Alia sengaja berbuat demikian agar orang lain tidak boleh berniat bukan-bukan terhadap hubungannya dengan Lutfi.

"Owhh, Cik Emily..Buat apa di sini? Tanya Alia selepas melihat Emily melabuhkan diri di sebelahnya.

Dia ingatkan Emily sudah pulang setelah melawat Datin Nafisah tetapi fikirannya meleset kerana Emily masih bertapa di sini lagi. Seperti tiada jalan pulang ke rumah sendiri.

"Hmm, why? Tak boleh ke i duduk lama-lama dekat bakal rumah mertua i? Jawab Emily senangnya berkata begitu kepada Alia.

Muka bengisnya sudah pudar dari senyuman. Seolah berlakon saja di meja makan tadi bila terlihat Lutfi ada di sana. Pandangannya melihat ke arah Alia dari atas sehingga bawah. Perempuan kampung yg selalu berbaju blouse longgar dan bertudung litup. Tiada solekan di wajah bersihnya. Langsung tiada class jika hendak dibandingkan dengannya.

"Owhh, bakal mertua? Siapa ye? Dengan Abang Qirash? Haishh..bekas suami orang pun nak ambil ke? Cik Emily tak nak cuba ke lelaki yg masih teruna di luar sana. Mesti banyak yg nak kan Cik Emily. Sudahlah cantik dan pandai bergaya pula tu." Puji Alia melambung ke arah Emily. Selebihnya hanya perli saja.

Senyuman di bibirnya tidak pernah lekang. Dia masih melayan Emily dengan baik sekali. Tiada perasaan sakit hati dan cemburu buta tanpa bersebab.

"Ehh, perempuan. Jaga mulut u sikit ehh, Jangan kurang ajar sangat. Buat apa i nak calas laki orang. I maksudkan Luke. suami u. Opps!! Terlepas cakap pula. I sebenarnyakan..Dah lama nak cerita dekat u. Tapi tak sempat. Memandangkan u dah ada dekat sini. I ceritalah.." Ujar Emily terus tersenyum sinis ke arah Alia.

Kali ini, dia dapat menarik perhatian Alia sepenuhnya. Tadi, bukan main Alia memerli ke arahnya tetapi sekarang tidak lagi. Alia memandang tepat ke arah anak mata Emily. Sedia menunggu apa yg akan Emily katakan.

"Apadia? Cakaplah..."

"Pon!! Pon!!"

Kelihatan kereta proton wira sudah muncul di hadapan Alia. Tersentak Alia dari lamunan tadi. Wajahnya diraut beberapa kali sebelum bangun dari tempat menunggu perhentian bas itu.

"Yoo, sorry lambat..Masuklah..." Bersuara Fahmi apabila menurunkan tingkap keretanya itu.

Hari ini, Lutfi sibuk dan tidak boleh menjemputnya di sekolah. Pada awalnya Alia mahu pulang menumpang Farisa tetapi secara kebetulan Fahmi mahu ke rumahnya bolehlah dia menumpang Fahmi sahaja. Dia sudah meminta izin dari Lutfi dahulu. Lutfi sudah memberi kebenaran kerana Fahmi ialah ahli keluarga Alia. Bairlah mereka meluangkan masa bersama.

"Kereta siapa ni? Mana kereta kau?" Tanya Alia setelah masuk ke dalam perut kereta itu. Ditarik tali pinggang keledar ke badannya.

"Kereta aku dah lama rosak. Ni pun pinjam kereta membe jap. Aku balik naik moto je ke sini. Senang." Jawab Fahmi lalu bergerak meninggalkan kawasan sekolah ini.

Seronok dia melihat keadaan Alia sekarang. Sudah menjadi seorang tenaga pengajar. Kelihatan sihat seperti biasa dan semakin bahagia kehidupannya. Melihat semua ini sudah membuat hatinya tenang.

"Lahh, yeke..Napa tak beritahu aku? Nanti hantar bengkel. Jauh la datang naik moto dari kampung ke sini. Kau ni..risaulah aku. bahaya tahu tak? Mak tahu tak ni yg kereta kau rosak?" Bertubi-tubi Alia memarahi Fahmi.

Dari perasaan gembira bila temu Fahmi mula bertukar bimbang dan sedih. Fahmi langsung tidak mahu berkongsi masalahnya dengan Alia. Setiap hari hanya dia saja berkongsi cerita dengan Fahmi. Alia rasa bersalah lagi. Membiarkan Fahmi lalui detik kesusahan begini.

"Alah, biasalah tu. kereta lama. Yee, nanti akau hantarlah ke bengkel. Aku sibuk nak habiskan final year. Tak sempat. Mak tahulah. Baru-baru ni je aku pulang ke sana. Ni haa, mak ada tapau dekat kau ikan pekasam dan kering sikit. Bukan main ko bising kata rindu nak makan itulah inilah.." Ujar Fahmi masih melayan saja kerenah manja Alia.

Hanya dia yg faham dan tahu perangai sebenar Alia. Membesar bersama sejak kecil lagi. Segalanya Fahmi sudah hadam dan masak.

"Betul ke? Yeayy! Terima kasih. Mak macam mana? Sihat? Bila call je selalu kata sihat tapi kadang-kadang dengar suara serak dan batuk. Risaulah." Balas Alia terus bertukar gembira semula. Mereka faham saja apa yg ia mahukan selalu. Pada masa yg sama ia masih mikirkan tentang keadaan Mak Senah di kampung.

"Mak sihat jee. Jangan risaulah. Alah, biasalah tu Mak rindukan kau. Nanti, bila free pulanglah kejap. Tak baik biarkan rumah kau lama kosong. Btw, kau sihat? Termenung jauh je aku tengok tadi. Pikir apa lagi haa?" Teka Fahmi setelah melihat Alia sedikit runsing saja harini. Banyak yg perlu ia risaukan tanpa sebab.

"Entahlah Fahmi..jumlah lepak mana-mana dulu. Aku laparlah..Lama sangat tunggu kau." Balas Alia lalu memandang ke arah tingkap semula.

Alia terkenang dengan apa Fahmi katakan tentang kampung halamannya. Jika dia ada masa, pasti dia akan pulang ke sana. Itupun kalau Lutfi mahu. Sekarang, dia sudah pun menjadi isteri orang. Apa saja keputusannya perlu mendapat keizinan dari suami dahulu.

Fahmi terus mengeleng kepala. Pasti ada sesuatu yg Alia pendam seorang diri tanpa menceritakan kepada orang lain.

"Haa, Lia. Pasal apa kau nak cita tadi?" Tanya Fahmi sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya. Mereka berdua singgah makan di foodcourt tidak jauh dari taman perumahan Alia.

"Ermm, hilang selera aku. Macam ni...kau..Aduh, serabutlah. Tak tahu nak cerita." Jawab Alia lalu meletakkan sudunya ke dalam pinggan semula. Ditepuk perlahan kepalanya yg sudah memainkan perkara yg ia mahu berkongsi dengan Fahmi.

"Heii, take easy ok? Bawa bersabar. Jangan paksa diri kau sangat. Ni mesti pasal..kau still nampak lagi ke benda-benda karut tu?" Sekali lagi Fahmi meneka apa yg bermain di dalam fikiran Alia sekarang.

Dia masih makan seperti biasa saja. Tidak mahu memaksa jika Alia belum bersedia berkongsi dengannya.

"Wehh, kau ni..Aduh, tahu-tahu je. Ermm, yee. Sebenarnya..Aku rasa abang Qirash kena sihir pemisah. Kau tahukan bila pasangan saling membenci antara satu sama lain. Bukan tu jee, aku nampak..nampak banyak kelibat antara abang Qirash dan Datin..Mak mertua aku. Apa maksud semua tu Fahmi? Aku tak salah pandang. Kau tahukan dah lama aku tak rasa semua ni.." Beritahu Alia jelasnya kepada Fahmi.

Sedikit pun matanya tidak tipu bila berkata begini. Hanya Fahmi saja yg percayakan dirinya. Bila memberitahu Lutfi belum tentu mereka akan percaya kisah karut seperti ini di zaman moden sekarang.

"Uhuksss!!"

Fahmi tersentak seribu bahasa. Dari berselera makan terus bertukar jemu. Apa yg diceritakan oleh Alia tadi sangat menarik perhatiannya. Bukan ini yg ia agak apa yg Alia fikir sejak dari awal lagi.

Fahmi tidak menyangka masih ada orang di zaman sekarang percaya syirik dan tahyol. Ambil jalan mudah mahu kenakan orang lain kerana hasad dengki. Dia mula tidak duduk senang. Takut perkara ini berbalik kepada Alia pula nanti. Kalau semua ini berlaku kepada Alia. Dia tidak akan maafkan si pelaku itu. Tidak sesekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience