Pernikahan akan berlangsung 2 hari lagi. Hmm, kenapa aku takut ya nak hadapi semua ini? Adakah jalan hidupku akan berubah ke jalan yg lebih baik? Erghhh. Ya Allah, permudahkan segalanya.
Termenung jauh Alia di luar jendela seberang jalan itu. Fikirannya sudah buntu untuk memikirkan semua ini lagi. Alia sudah melakukan solat ishtikarah tetapi masih belum mendapat petunjuk lagi. Fikiran Alia mula memikirkan tentang Lutfi. Pemuda itu selalu saja hadir di dalam fikirannya. Hati Alia masih belum dapat menerima Lutfi lagi.
"Hoii!" Hentak Fahmi kuatnya selepas melihat Alia beragan-agan seorang diri di situ.
"Ohhh, Mak kau jatuh!! Melatah Alia dibuatnya terkejut di usik oleh Fahmi pula kali ini.
"Weii kau ni agak-agak lah. Boleh terkena serangan jantung aku tahu tak?" Marah Alia dekat Si Fahmi itu. Pantas saja tangan Alia menampar sedikit bahu Fahmi.
"Hahaha. kau ni kan selalu saja beragan sejak beberapa hari ni. Aku just nak hilangkan suasana sunyi kau jee. Maaf aehh?" Balas Fahmi dekat Alia sambil membuat tangan permohonan maaf kepadanya.
Ermm, betul juga kata si Fahmi ni, sejak wujud si Lutfi tu di sini, semua benda aku nak berangan saja tapi sebelum ni aku mana pernah melatah, terkeluar pula ayat yg sama Lutfi katakan. Haha , terasa kelakar la pula dengan semua ini.
Terenyum Alia sendiri bila dikenangkan semula perangai Lutfi dengannya semasa melatah. Keduanya tidak dapat menahan latah itu daripada tersembur juga akhirnya.
"Ehhh, orang dah terbiat ke apa dia ni? senyum pula?? kau OK tak Alia?" Tanya Fahmi sedikit hairan dengan tingkah laku Alia sekarang. Tersenyum seorang diri. Memang sah! Alia sedang kemaruk cinta dengan Lutfi.
"Aku ok lah.. Yg kau duduk tercegak dekat sini? Tak reti nak pergi kerja lagi ke?" Balas Alia dengan selambanya. Geram pula dia melihat wajah jahat Fahmi terhadapnya. Pasti sebentar lagi akan berlaku gaduh besar antaranya dan Fahmi.
"Hmmm, ke situ pulaa. Aku kerja dalam seminggu ja lagi.. lepas ni, aku dah nak ke KL. Habis sudah cuti sem. Kesian pula dekat Mak nanti." kata Fahmi dengan nada suara sedikit sedih. Dia kena sambung pelajarannya di bandar Kuala Lumpur.
Alia faham maksud Fahmi itu, Selepas ini Mak Senah pasti akan tinggal berseorangan lagi lagipun Alia belum tentu dapat balik ke sini kerana tidak lama lagi dia akan bernikah. Lutfi pula memang berasal dari KL. Semestinya dia kena ikut suaminya itu.
"Kau janganlah risau aehh.. Nanti aku boleh tolong tengokkan Mak." Ujar Alia walaupun dia belum tentu dapat tunaikan semua ini lagi. Alia berharap sangat dia boleh duduk di sini lama sedikit. Ini tempat asalnya ke mana lagi dia mahu pergi.
"Harap sangatlah laki kau tu Alia, Aku bukan apa. Umurnya dah separuh usia , kau tu muda lagi untuk lakukan segalanya. Kalau apa-apa jadi dekat kau nanti..datanglah dekat kami. Aku dan Mak sentiasa ada dengan kau."
Kata-kata Fahmi itu membuatkan aku sedikit takut untuk meneruskan semua ini. Tapi, aku susah berserah segalanya kepada Allah swt. Mungkin ini adalah jalan hidupku yg baru.
"Kau.. dengan Mak jangan risau ya?? selagi aku kuat.. aku akan hadapinya. Ayah.. tak pernah ajar aku erti mengalah.. jadi aku akan teruskan juga semua ini" Ujar Alia walaupun suaranya tidak begitu yakin dengan semua ini lagi.
Aku cuba berlagak tenang saja di depan Fahmi. Aku tidak mahu menyusahkan dia dan Mak lagi. Cukuplah selama ini mereka berdua sudah banyak menolong aku. Aku akan cuba hidup berdikari tanpa mengharap bantuan orang lain.
...............................................................................
"Alia..."
Panggil Mak Senah di arah luar rumah.
"Ya Mak. sekejap yaa.." Balas Alia yg sedang mengemas di ruang tamu. Hari ini sibuk saja jadualnya membersihkan rumah. Tidak lama lagi akan berlangsung majlis pernikahannya di sini. Jadi, biarlah dia meringankan beban Mak Senah sikit. Alia sudah biasa kemas rumah seperti ini.
"Ada apa mak panggil Lia? Lia sedang........" Belum sempat Alia menghabiskan ayatnya itu dia melihat susuk tubuh Lutfi sedang melambaikan tangan ke arahnya. Tegang saja wajah Alia selepas melihat Lutfi sudah berada di sini.
"Hai!" Tegur Lutfi sambil memberikan senyuman manis ke arah Alia.
"Allah...tiap-tiap hari mamat ni datang ke sini!! Tak bosan ke nak hadap aku selalu. Bukan dia tak tahu..aku ni kuat membebel. Ermm" Nguman Alia sendiri masih tidak mempedulikan Lutfi mengucapkan sesuatu kepadanya.
"Ni haa Alia, Lutfi nak ajak kamu keluar tengok baju untuk hari pernikahan nanti." Bersuara Mak Senah selepas melihat Alia tidak mempedulikan Lutfi langsung.
"Perlu ke Mak? Kan baju Lia masih cantik ja. Dah ada laa. Buat apa perlu membazir? Lia belum habis kemas lagi tau. Sibuk jer dia ni datang tak beritahu pula tuu. balas Alia lalu membulatkan matanya ke arah Lutfi. Geram saja dia melihat Lutfi tersenyum nakal ke arahnya.
"Alia..." Tegur Mak Senah.
"Errr, nak saya tolong awak? Lepas kita habis mengemas nanti.. kita pergi tengok baju yerr? pujuk Lutfi. Rasa bersalah pula dia menganggu waktu Alia sekarang.
"Apa nak tolong aehh?? OK . I Have a little work for you. come.." Pantas saja telinga Alia menangkap semua itu. Alia terus menunjukkan aksi manja dekat Lutfi sedikit.
"Aku hanya tersenyum tanda setuju saja, Lahaii bakal isteri aku ni, pandainya menggoda.. Kalau tiap hari duduk rumah pun tak bosan ni." kata hatinya.
Lutfi pun berlalu masuk ke dalam rumah. Dia melihat ruang tamu rumah ini sudah siap kemas semuanya. Dia terus memandang ke arah Alia. Pelik benar bakal isterinya ini. Apa yg belum selesai kemas lagi pun tidak tahu.
"Ermm. Baiklah Encik Lufti. Tolong alihkan sofa itu
ke sana? boleh.." Pinta Alia sambil menunjukkan ke arah sofa tersebut.
"Herghhh.. tak da hal lah.. ini Lutfi, boleh buat apa saja untuk bakal isteriku..he he." Kata Lufti dekat Alia sebelum pergi mengangkat sofa tersebut. Dengan yakinnya dia akan buat semua ini kepada Alia.
"Eeee. ngada-ngadanya."
Alia tersenyum sedikit selepas melihat riak wajah bangga Lutfi untuk melakukan semua ini. Geli hatinya rasa dapat kenakan Lutfi juga kali ini.
"Tengok yaa saya angkat! Ughhhh....asal tak gerak ni?? sofa ni buat daripada Logam ke apa.." Bebel Lutfi selepas sofa yg diangkatnya itu tidak bergerak. Lutfi mencuba untuk kali kedua pula tetapi sofa ini masih berat dan tidak beranjak langsung.
"Hahahaha!!" Kedengaran Alia ketawa tidak henti-henti selepas melihat raut wajah merah Lutfi untuk mengangkat sofa tersebut.
"Heh! apa yg kelakar haa? betul lah apa yg saya kata, sofa ni berat. kalau awak tak percaya .. silakan angkat." balas Lutfi geramnya setelah di kenakan Alia juga akhirnya.
"Ye ke? okay.. tepi sikit. Tengok orang perempuan buat kerja."
Sebelum Alia mengangkat sofa tersebut, ia membuka dahulu kunci pada kaki sofa itu. Alia pun mengangkat dengan penuh yakinnya.
"See? Tak beratkan?" Perli Alia dekat Lutfi sejak dari tadi hanya memerhati saja. Alia tidak dapat menahan ketawanya selepas melihat riak wajah bengang Lutfi itu.
"Amboi.. sayangku seorang ni. Awak tak beritahu saya kann tentang kunci kaki sofa tersebut? Nak tunjuk kuatlah ni?"
Lutfi terus berjalan mendekati Alia, semakin dekat dan semakin rapat sampailah jalan Alia di matikan di sudut dinding. Lutfi meletakkan tangannya di tepi dinding tersebut untuk menghalang Alia lari daripadanya.
"Sekarang.... awak kuat?" Tanya Lutfi sambil merapatkan wajahnya ke wajah Alia.
Mahu saja dia mencium Alia sekarang tetapi fikirannya masih waras lagi. Mereka berdua akan menjadi suami isteri juga nanti. Lutfi sengaja mahu melihat sejauh mana Alia berani menghadapnya sekarang.
"Apaa..aaawak..nak..?" Tergagap-gagap Alia dibuatnya atas tindakan Lutfi ini. Dia cuba menahan dengusan kasar Lutfi di hadapannya sekarang.
"Saya.. nak awak .....pergi Mandi Sekarang. tengok dah berhabuk wajah cantik awak ni haa." Kata Lutfi sambil membuang kesan-kesan habuk di wajah Alia sedikit.
"Ehhh, tak apa.. saya boleh bersihkan sendiri. saya minta diri dulu." Ujar Alia berlalu dari sini dengan pantasnya. Ia masih dalam keadaan malu ataupun takut dengan tindakan Lutfi terhadapnya tadi. Alia masih cuba mengawal pergaulannya dengan Lutfi. Selagi Lutfi bukan suaminya, Alia tidak mahu hanyut dengan godaan syaitan.
"Cepat yaa. Saya tunggu." Balas Lutfi sebelum Alia beredar dari situ.
"Berjaya juga aku takut kan dia tadi. heh. Ya Allah, jahatnya aku ni. Sorry my sweetheart. Mesti Alia pikir aku lelaki miang. Astagfirullah.."
Lutfi hanya duduk di sofa sambil bermain telefon bimbitnya saja. Lama sekali dia menunggu Alia bersiap. Terhuyung-hayang kepalanya menahan mengantuk. Selepas menunggu 20 minit, Alia pun keluar dari biliknya.
"Dah siap"
"Lamanya awak......" belum sempat Lutfi menghabiskan ayatnya itu. Dia terpesona melihat kecantikan Alia yg sebenar apabila mengenakan blouse labuh berwarna putih serta skirt warna merah jambu. Pertama kali, Lutfi melihat Alia memakai shawl ala-ala Neelofa tetapi labuh di hadapan. Dengan sedikit solekan di wajah putih mulusnya itu sangat sesuai sekali.
"Cantiknya..." Kata Lutfi lagi tidak dapat melirikkan matanya daripada memandang bakal isterinya ini.
"Ermm. Dah habis berangan. Cuba jaga pandangan itu sikit. Kita belum halal ok??" Ujar Alia sambil mencebik mukanya ke arah Lutfi.
"Ehhh..he he. Sorry...awak laa cantik sangat. Nanti ramai yg tergoda tengok awak.." Balas Lutfi sedikit cemburu bila ada lelaki cuba mendekati Alia selain darinya saja.
"Haa? tergoda? biarlah.. Ada tunang pun masih nak cemburu buta kenapa? Marah Alia sedikit. Malas nak di layan perangai Si Lutfi tu. Umur sudah nak memcecah separuh abad tetapi perangai masih macam kanak-kanak lagi.
"Heee. Okay. Jum permaisuriku.. silakan." Lutfi memberi laluan untuk Alia jalan dahulu. Senang dia mendengar Alia mengaku dirinya sudah bertunang. Tidak lama lagi Alia akan menjadi miliknya juga.
.................................................................................
Perjalanan mengambil masa sejam untuk sampai dekat butik tu. Lutfi rasa gembira kerana kali ini dia akan perkenalkan Alia dekat kakak iparnya. Dapat lah mereka berkawan selepas ini. Sejak dari tadi lagi bibirnya tidak lepas dari mengunturkan senyuman riang ke arah Alia.
Butik tu special tau awak.. Fashion designernya memang berbakatlah. Bersuara Lutfi untuk memulakan dahulu perbualannya dengan Alia. Keadaan agak kekok sedikit apabila Alia hanya banyak mendiamkan diri dari menjawab soalan yg dituju oleh Lutfi.
"Ermm. saya ikut je. Tapi, saya tak naklah membazir. saya nak simple jee." Jawab Alia masih memandang ke arah luar tingkap saja. Malas dia mahu bertentang mata dengan Lutfi.
"Awak. nanti, sampai di sana. awak boleh lah design baju yg awak nak. Saya bukan nak membazir. Tapi semua ini saya buat hanya untuk awak sayang. Perkahwinan sekali tau seumur hidup. Kenalah rasa moment tu dengan orang yg tersayang." Terang Lutfi dengan lembutnya supaya Alia faham dengan maksudnya itu.
"Okey... saya ikut jerr. awak jangan tinggal saya sorang diri sudah dekat situ. saya mana kenal siapa-siapa." Ujar Alia tidak kisah dengan bebelan Lutfi tadi. Alia hanya kisah bila berseorangan di bandar itu saja. Dia tidak biasa datang ke bandar sendiri sebelum ini.
"Awak jangan risau lah. 24 jam saya akan berkepit saja dengan awak. He He " balas Lutfi dengan gatalnya. Rasa kelakar dia melihat Alia tidak duduk senang seperti ini.
Dalam beberapa minit akhirnya mereka sampai juga ke destinasi yg hendak di tuju ini.
"Okay.. here we go. Come on.." Kata Lutfi sambil membukakan pintu kereta untuk Alia keluar.
"Ehh, saya boleh buat sendiri lah.." Balas Alia dengan malunya atas sikap Lutfi ini.
"Tak pe lah. segalanya untuk awak tuan puteri." Ujar Lutfi lagi membuatkan Alia merasa semakin segan atas sikapnya.
Alia tidak dapat menbantah kerana ini adalah sifat sebenar Lutfi. Kalau Lutfi berlakon kenapa dia perlu segigih ini padahal tidak lama lagi mereka akan bersama juga. Alia hanya mampu berfikir secara rasional saja. Dia tidak mahu berpra sangka bukan-bukan terhadap Lutfi lagi.
"Assalamualaikum, bakal pengantin datang ni..." Ucap Lutfi setelah melangkah masuk ke dalam sebuah butik yg besar dan tersergam mewah bentuknya.
"OMG!!! Finally akak dapat juga jumpa bakal biras ni. How are you Qisyara? Owhh lupa pula, My name is Adira Dafira. Panggil je kak Dira. Welcome to Butik the only one Dira Dafira collection."
Tegur Dira iaitu kakak ipar kepada Lutfi. Dira terus memeluk dan berlaga pipi dengan Alia. Gembira dia dapat ketemu dengan Alia. Sebelum ini, suaminya saja yg selalu bercerita tentang Alia.
"Wah..wah.. semangatnya akak.." Kata Lutfi sedikit hairan dengan perangai kakak iparnya yg lembut ini. Selalunya tegas dan garang saja orangnya. Bila ketemu dengan Alia automatik moodnya kembali ceria.
"Ermm. terima Kasih Kak Dira. panggil Alia je.." Bersuara Alia sedikit malu dengan perangai masuk air bakal birasnya ini.
"Awak dah kenal kan dengan abang saya? Qirash? haa. Ni lah isteri abang saya, Kak Mira. Dia ni memang gila-gila sikit. Kadang-kadang tu betul-betul gila la. Tiap hari hampir 24 jam dengan butik dia ni jerr. Lelaki dan anak-anak dah tak terjaga dekat rumah. Haha" Balas Lutfi dengan kasarnya lalu ketawa dengan seronok sekali.
"Eeee dia ni kan. Haa ambik ni!! Nyakat je tahu kejenya" Kak Mira terus mencubit kuat lengan Lutfi. Adik iparnya ini kalau tidak bergurau senda sehari memang tak sah. Dira cuma risau kalau Alia tidak dapat bertahan dengan perangai Lutfi saja.
"Arghh!! Aduh...aduh..sakitlah. Haloh..maaflah. Luke melawak je Kak!!"
"Lawak lah sangat. Erghhh. Bila engko nak berubah Luke? Ingat sikit ehh.. Tak lama lagi ko ni dah nak berkahwin." Berleter Dira panjang lebarnya sambil tangannya masih tidak melepas telinga Lutfi lagi.
Alia hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua. Tampak bahagia dan riang saja keluarga ini. Hati Alia mula tersentuh jika dia berpeluang merasai erti sebuah kekeluargaan semula. Sebelum ini, dia hanya berkongsi dengan ayahnya saja. Mungkin selepas ini dia akan mendapat sebuah keluarga yg besar. Alia harap keluarga Lutfi akan menerima dirinya seadanya ini.
"Ehh Alia , Mari lah ikut akak, kita tengok-tengok semua fesyen baju OK? Mari-mari..." Kata Kak Dira lalu menarik tangan Alia mengikuti langkahnya. Mereka berdua asyik berbual tentang hal masing-masing.
"Huh!! macam tu lah "perempuan" bila dah jumpa kawan tinggalkan suaminya." Bebel Lutfi seorang diri. Alia sudah di bawa pergi darinya.
"Ehh jap, sapelah yg call waktu-waktu macam ni. Huh? Qairin? Baru Sekarang nak call ? apalah nak jadi dengan Kakak aku sorang ni. Haritu aku ajak pergi meminang Alia banyak betul alasannya. Ishhh. perangai sebiji macam mama. Bilalah mereka nak setuju tentang keputusan aku buat ni? Erghhh. pening lah!!! Nguman Lutfi sendiri. Dia terus berbaring di atas sofa dalam butik ini. Rasa mengantuk pun ada sekarang. Penat badannya rasa memandu sejauh ini.
Share this novel