Bab 44

Drama Series 71241

"Pat..pat siku lipat. Siapa cepat..dia dapat"

"Okey..bersedia ye Fahmi..1..2...3..4...5"

Kedengaran suara merdu Alia memulakan dahulu permainan sorok-sorok dengan Fahmi. Dia menutup mata dengan tapak tangan di bawah pohon ceri. Alia perlu membuat kiraan sampai 50 kali barulah dia boleh mencari Fahmi nanti. Peluh di dahinya mengalir deras. Rasa panas saja hari ini. Walaupun hanya berpakaian gaun tiada lengan dan paras lutut Alia masih rasa penas lagi. Rambut ikal mayangnya diikat kemas oleh Mak Senah.

"Jangan main kecoh ehh!! Nanti aku tak nak main lagi.."

Jerkah Fahmi kuatnya sebelum berlari meninggal Alia sendirian di bawah pokok ceri ini. Dia perlu mencari tempat sembunyian yg terbaik supaya Alia tidak dapat menjumpainya nanti. Mereka berdua bermain hanya di sekitar perkalangan rumah saja kerana Mak Senah tidak mahu mereka bermain jauh sangat. Bahaya zaman sekarang ini. Boleh berlaku penculikan tanpa sedar.

"Mak..Diam tau. Jangan beritahu Alia yg Fahmi sembunyi dalam tempayan kosong ni."

Bisik Fahmi perlahannya apabila menjumpai tempat persembunyian yg bagus. Kali ini pasti Alia tidak boleh ketemuinya. Fahmi sangat pandai bersembunyi berbanding Alia. Dengan berhati-hati, Fahmi melangkah perlahan masuk ke dalam tempayan kosong di tepi bilik air luar rumahnya. Mujur saja badannya kecil dan kurus kering. Muat-muat berada di dalam ini.

"Haishh, kamu ni Fahmi. Macam dah tak ada tempat lain nak sembunyi. Kesian Alia nanti penat nak cari kamu. Bagilah peluang dekat Alia tu. Cuba kamu main elok-elok dengan dia."

Mak Senah cuba menegur sikit perangai Fahmi bila melayan Alia. Sejak dari kecil lagi mereka bersama dan bermain selalu. Kadang-kadang baik dan ada masa juga mereka berdua bergaduh besar. Sampai kena tegur baru hendak bersua muka antara satu sama lain. Mak Senah mengeleng kepalanya saja melihat kerenah Fahmi dan Alia. Keduanya dia sayang.

"Shuu..Nantilah Fahmi baik dengannya. Bukan sekarang. Mak diam tau. "

Balas Fahmi terus menutup semula tempayan ini dengan penutupnya. Bebelan Mak Senah tadi hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri saja. Dia tidak mendengar apa yg Maknya katakan tadi. Apa yg penting sekarang dia dapat bersembunyi dari Alia dahulu.

"Amboi budak ni..Haishh..Fahmi..Fahmi.."

Mak Senah sedang menyiang ikan darat yg baru ditangkap oleh Fahmi semalam di tepi bilik air itu. Fahmi mahu makan ikan pekasam dan gulai ikan nanti. Begitu juga dengan Alia mahu makan menu yg sama kerana mereka berdua bersusah payah memancing ikan ini. Mak Senah turuti saja kemahuan mereka berdua. Asalkan masuk perut dan kenyang. Keduanya dapat membesar menjadi anak yg baik.

"Bromm...broommm..broom.."

Kelihatan bunyi motosikal ex-5 Mohd Noor memasuki perkalangan rumahnya. Baru pulang dari kebun sayur tidak jauh dari sini. Hari ini dia balik awal sedikit sebelum masuk waktu tengah hari. Topi keledar dibuka lalu diletak dekat cermin sisi. Enjin motosikal terus dimatikan. Sebelum turun, Mohd Noor mengambil plastik di dalam raga motosikal.

"41..42...43..44...45..Dah ready ehh..."

Alia masih mengira sehingga habis nombor ini. Dia langsung tidak tahu bahawa ayahnya sudah pulang. Asyik sangat mengira sampaikan lupa suasana di sekelilingnya. Mohd Noor mula tersenyum sendiri di situ. seronok melihat puterinya sedang bermain lagi.

"Nah Senah..Adalah sikit lebihan sayur kat kebun tu. Ni ada ayam dan ikan segar.."

Bersuara Mohd Noor lalu memberikan bungkusan plastik yg mengandungi barangan basah kepada Mak Senah. Seminggu sekali dia memberi semua ini kerana Mak Senah sudah bersusah payah jagakan Alia setiap hari tanpa meminta balasan balas. Kalau tak ada Mak Senah, entahlah siapa yg mahu tengokkan Alia di rumah bila dia sibuk bekerja di kebun. Mohd Noor rasa bersyukur sangat mempunyai jiran sebaik Mak Senah.

"Noor..buat susah-susah ja kau ni. Aku tak minta pun. Ermm..Terima kasihlah. Nanti kita makan sekali. Aku nak masak gulai ikan darat Fahmi dan Alia ni. Banyak juga mereka dapat."

Ujar Mak Senah segannya bila Mohd Noor selalu membeli barangan basah untuknya. Dia tidak pernah berkira dan meminta balasan sepanjang menjaga Alia. Anak seorang anak yg baik dan selalu membantunya. Tidak pernah rasa jemu sepanjang menjaga budak kecil seperti Alia. Bolehlah dia menumpang kasih merasai ada anak perempuan. Begitu juga dengan Fahmi, boleh berkawan dan menjaga Alia selalu.

"Tak susah pun Senah. Aku ada rezeki sikit. Aku kongsi dengan kau sekeluarga. Alia dah anggap kau macam ibunya. Aku sibuk bekerja sampaikan tak ada masa terluang untuk Alia. Ada kau..bolehlah tengokkan dia. Dia perlukan kasih sayang.. Aku rasa tak sempurna untuknya."

Ujar Mohd Noor sedikit sedih nada suaranya itu. Setiap hari dia cuba memberi kehidupan yg terbaik untuk Alia. Melihat senyuman dan gelak ketawa itu tidak pernah pudar miskipun mereka hidup dalam keadaan yg serba kekurangan. Ayah mana tidak mahu melihat anak perempuan di layan bak bidadari syurga. Itulah harta dunia akhirat Mohd Noor selamanya.

"Alia tak pernah mengadu dan bersedih. Dia memang anak yg baik Noor. Sifatnya tak tumpah seperti arwah ibunya. Semoga besar nanti dia menjadi seorang yg tabah dan kuat menghadapi ujian yg menimpa. Kita semua sayangkan Alia. Inshallah, dia akan gembira seperti selalu."

Mak Senah cuba yakinkan Mohd Noor supaya percayakan apa yg dia buat selama ini untuk Alia. Demi Alia seorang, dia sanggup korbankan segalanya penat lelahnya. Bukan mudah membesarkan anak perempuan. Tambah pula, Alia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu sejak kecil lagi. Mohd Noor lah ayah dan ibunya.

Mohd Noor mengangguk tanda faham. Hatinya rasa sedikit yakin dengan kata-kata Mak Senah itu. Mungkin ada benarnya juga apa yg dia buat selama ini supaya masa depan Alia terjamin. Kebahagia Alia juga kebahagian buatnya.

"Ehh, Ayah!!! Yeayy!!! Ayah dah balik...Ayah!!"

Alia terus berlari laju menuju ke arah Mohd Noor apabila perasan akan susuk tubuh ayahnya berbual dengan Mak Senah. Dia rindukan sangat ayahnya walaupun setiap masa mereka berdua duduk serumah. Disebabkan waktu kerja Mohd Noor yg berulang-alik ke kebun, Alia rasa terpisah dengannya. Dari jauh, Mohd Noor mendepakan tangan supaya Alia datang ke kepadanya. Sudah besar puterinya ini. Tidak lama lagi akan masuk ke sekolah rendah. Cepat betul masa berlalu.

Tiba-tiba..

"Debuk!!"

"Waaaaaaaaa...Ayah....waaaaaa"

Menangis Alia sekuat hati kerana jatuh tersungkur ke tanah akibat tersadung batu. Asyik berlari ke arah ayahnya sampaikan tidak perasan ada batu besar di hadapannya. Dia tidak akan bangun selagi Mohd Noor tidak datang mengambilnya.

"Ya Allah..Alia!!"

Mohd Noor terus bergegas ke arah Alia. Hampir luruh jantungnya melihat Alia jatuh tersungkur seperti itu. Tanpa membuang masa lagi, Mohd Noor mengangkat tubuh Alia lalu di bawa ke anak tangga rumah Mak Senah. Terdapat kesan calar bercampur sedikit darah di kedua belah lutut Alia. Gelabah Mohd Noor tidak tahu mahu lakukan apa supaya Alia berhenti menangis dahulu.

"Ayah...sakit...Waaaa"

Alia kembali sambung menangis di dalam dakapan ayahnya. Tidak sanggup dia melihat kakinya cedera seperti ini. Rasa kebas dan sengal saja kedua belah lututnya. Sebelum ini dia pernah jatuh tetapi tidaklah seteruk ini.

"Shuu...sayang..jangan nangis. Ayah ada. Fuuhh, ayah dah tiup sikit ni. Nanti hilanglah rasa sakit ni."

Pujuk Mohd Noor lembutnya dekat anak perempuannya ini. Tangisan Alia semakin deras dan teresaknya menahan sakit. Tidak sanggup dia melihat Alia dalam keadaan begini. Separuh jiwanya akan rasa sakit.

"Nahh, basuh dengan air bersih dahulu. Baru letak minyak gamat. Sikit ja ni..sebelum ni, Alia jatuh tak apa pun. Mesti ayah ada ni kan?"

Sampuk Mak Senah lalu memberikan air botol, minyak gamat dan tuala bersih kepada Mohd Noor. Tergopoh-gapah Mohd Noor cuba mencuci luka di kaki Alia. Mak Senah tersenyum sendiri melihat tingkah lakunya seperti itu. Betapa sayangnya Mohd Noor dekat puteri kesayangannya yg satu ini. Selalu mahu yg terbaik untuk Alia mengharungi setiap hari seperti anak perempuan di luar sana.

"Tahan yee sayang..ayah letak ubat sikit je ni. Nanti sembuhlah. Janganlah nangis. Nanti ayah beli mainan baru untuk Alia dan Fahmi."

Mohd Noor menyentuh perlahan kesan luka itu selepas membersih dengan air. Diletak minyak gamat di sekitar lutut Alia. Matanya tidak lepas memandang wajah Alia yg sedang menahan sakit sebaik mungkin. Tegang saja wajahnya menahan tangisan ini. Bibirnya mula mengukirkan senyuman. Puterinya ini memang seorang yg kuat dan tabah.

"Tengok..Dah tak sakit lagikan?"

"Eemmm...sikit."

Ujar Alia masih tidak mahu melepaskan pelukan di badan ayahnya. Hilang sedikit rasa sakit di kakinya ini walaupun masih rasa kebas lagi. Mak Senah dan Mohd Noor mula ketawa kerana terhibur dengan keranah manja Alia. Bukan selalu dia berkelakuan begini. Bila dengan ayahnya saja dia akan manja seperti selalu.

"Alia!!! Lambatnya kau cari aku!! Dah gatal satu badan ni tahu tak??!!"

Marah Fahmi secara tiba-tiba apabila menolak penutup tempayan ini jatuh. Habis badannya dengan kesan kemerahan gigitan nyamuk di sekitar leher dan tangannya. Sudah lama dia menunggu Alia di sini tetapi Alia langsung tidak muncul untuk mencarinya semula. Akhirnya, dia terpaksa mengalah juga kerana tidak tahan untuk berada lebih lama lagi di sini. Silap besar dia memasuki sarang nyamuk betina dalam tempayan ini.

"Allah..kami semua hampir terlupa dekat kamu Fahmi. Maaflah yee. Lia jatuh tadi. Lia minta maaf dekat abang. Kesian abang tunggu Lia lama sangat. Habis nyamuk gigit."

Kata Mohd Noor supaya Alia meminta maaf kepada Fahmi bila dia sudah berbuat salah. Dari kecil lagi Mohd Noor mengajar Alia untuk berbuat baik dengan orang lain. Walaupun sayangkan Alia, Mohd Noor tidak mahu memilih kasih antaranya dan Fahmi. Sama saja dia melayan mereka berdua seperti anaknya sendiri.

"Maafkan Lia. Lia janji tak buat dah." Alia mula meminta maaf kepada Fahmi yg sedang mengaru badannya lagi. Rasa gatal ini tidak mudah hilang.

"Ermmm yelah. Nanti kau jadi lagi.. Mak. Fahmi nak mandi. Gatal lah badan ni."

Balas Fahmi biasanya kerana tidak kisah pun dengan semua ini. Salahnya juga memandai cari tempat persembunyian seperti itu. Kan sudah mendapat nasib. Fahmi mula memasuki rumahnya. Apa yg dia mahu lakukan sekarang adalah membersihkan diri dahulu. Dibiarkan saja mereka bertiga tertawakan dirinya ini. Apalah nasib anak lelaki yg buas sepertinya.

Kenangan lama mula bermain di fikiran Fahmi. Kenangan yg tidak mungkin dia lupakan sampai bila-bila. Kenangan yg sentiasa terpahat di jiwanya kerana itulah kenangan bersama arwah pakcik Noor. Fahmi mula meraut kasar wajahnya. Di tatap lama wajah Alia yg sedang terbaring di depannya sekarang. Wayar bersirat dengupan jantung penuh di dada Alia. Paip bantuan pernafasan melepasi anak tekaknya. Kepala Alia pula dibaluti oleh kain putih. Hanya terlihat tubuh kaku yg masih bernyawa. Tiada kata-kata yg mampu Fahmi ungkapkan selepas melihat Alia dengan mata kepalanya sendiri. Lutfi hanya memberitahu Alia masuk ke hospital saja dan tidak maklumkan tentang keadaanya. Hati Fahmi sakit melihat Alia dalam keadaan begini. Sudah masuk 2 hari Alia tidak sedarkan diri.

"Dip.......dip........dippp....."

Kendengaran bunyi dengupan jantung yg sangat lemah. Butiran jernih mula tumpah di pipi Fahmi. Sesungguhnya, dia tidak dapat menahan sebak ini apabila melihat Alia dalam keadaan sekarang. Remuk hatinya melihat Alia lalui semua ini. Kenapa semua ini harus berlaku kepada orang yg tidak berdosa sepertinya. Ujian berat apa lagi yg menimpa dirinya ini. Cukuplah dia merasai apa itu kehilangan. Sekarang, dia pula yg akan menyusul orang yg dia sayang. Astagfirulallahalazim. Cepat-cepat Fahmi bawa mengucap. Apa yg dia fikir sekarang sudah melampau dan berdosa.

"Alia...aku datang tengok kau. Maaflah, aku terlalu sibuk sampaikan lupa untuk melawat kau selalu. Kau kuatkan? Mana Alia yg aku kenal? Alia yg selalu menangis tetapi tetap kuat. Aku..rindu nak dengar bebelan kau. Orang yg selalu kacau aku. Minta aku buat yang ini...yang itu tanpa rasa jemunya. Kau masih ingatkan selepas aku di cium nyamuk semasa kita bermain Sorok-sorok? Lepas itu, aku demam panas. Aku kena denggi. Bukan main teruk kau nangis sebab aku masuk wad. Kau mesti rasa bersalahkan? Macam inilah apa yg aku rasa sekarang. Melihat keadaan kau begini..Kuatkan diri Alia. Aku tahu kau kuat. Lawan sakit ini. Kalau kau nak tahu, arwah ayah kau terlalu sayangkan kau. Arwah sanggup buat apa saja asalkan kau bahagia. Aku dan mak pun sama Alia. Demi kau seorang kami sanggup buat apa saja asalkan dapat melihat senyuman mekar sentiasa tsrukir di wajah kau. Bangun Alia..marah aku lagi. Buli aku lagi. Aku rindukan zaman kanak-kanak kita bersama. Aku selalu rindukan kau..Bangun Alia."

Luah Fahmi segalanya di depan Alia walaupun dia tidak dapat mendengar semua ini. Fahmi mengesat kasar sisa air mata di pipinya. Dia perlu kuat demi Alia. Fahmi percaya Alia juga kuat untuk melawan sakitnya ini. Mereka perlu memberi dorongan dan bimbingan kepadanya. Lutfi boleh menjaga Alia kerana dialah suami Alia. Fahmi hanya datang sebagai keluarga disebabkan Alia lah adik yg dia ada. Alia adalah satu-satunya adik yg ia miliki. Walaupun tiada pertalian darah, Fahmi tetap menganggap Alia seperti adiknya sendiri.

"Baiklah...aku minta diri dulu. Jaga diri baik-baik. Maybe lepas ni aku akan bawa kau pergi jejalan lagi. Aku mana pernah mungkir janji. rehatlah. Assalamualaikum."

Ujar Fahmi lemahnya sebelum melangkah pergi meninggalkan Alia. Dia meletakkan sejambak bunga kembang cina kegemaran Alia di atas meja. Semasa Alia kecil, dia sangat suka bau bunga ini. Mak Senah sanggup menanam banyak pokok bunga kembang cina untuk Alia. Fahmi berharap sangat Alia dapat menghidu bau bunga ini nanti. Di tatap lama wajah Alia sebelum ia pergi. Entah apa yg perlu ia beritahu Mak Senah di kampung tentang perkembangan Alia. Pasti hati Mak Senah akan sedih nanti. Dengan langkah yg berat Fahmi berlalu pergi. Dia akan datang lagi untuk melawat Alia esok.

Deraian air mata mula tumpah ke pipi Alia. Dia mendengar sayup luahan Fahmi tadi. Jari-jemarinya mula bergerak perlahan. Alia tahu orang yg bercakap tadi adalah Fahmi. Dia sangat kenal dengan suara serak basah milik Fahmi. Tubuhnya terlalu lemah untuk bergerak malah matanya terlalu berat untuk dibuka. Hanya tangisan air mata yg mampu ia keluarkan. Mulutnya tidak boleh bercakap dek kerana paip bantuan pernafasan dimasukkan terus ke dalam anak tekaknya. Bunyi dengupan jantung semakin berdegup kencang. Alia perlu kuat. Dia perlu melawan sakit ini. Demi orang yg ia kasihi dan sayangi. Setiap hari dia mendengar luahan orang-orang yg ambil berat tentangnya. Tidak lupa juga kepada Lutfi. Orang yg selalu menemaninya siang dan malam di sini. Alia sangat rindukan suara dan wajah Lutfi. Dengan perlahan-lahan Alia cuba membuka matanya. Dan akhirnya matanya dapat dibuka sedikit. Dengupan jantung semakin kuat berbunyi.

"Ya Allah...Alia..Akak panggil Doktor..Alia dah sedar!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience