Bab 63

Drama Series 71241

Surat buat Adira Dafira Binti Syeikh Bukhari.

Izinkan aku meluahkan satu perasaan di dalam sudut hatiku yg dalam terhadap dirimu.

"Adira apa khabar? sihat? Pertama sekali, aku ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas apa yg telah mama aku buat dekat engkau. Aku tidak tahu sampai begini sekali mama bencikan hubungan kita berdua. Maafkan aku Adira. Disebabkan aku, engkau menangung derita itu. Engkau tidak bersalah dalam hal ini. Kalaulah perkara ini boleh diputar semula. Biarlah aku sendiri yg menangung rasa sakit itu. Sekali lagi, maafkan aku. Aku tahu sukar untuk kau memaafkan semua ini. Aku sedia menanti kemaafan aku diterima."

Adira Dafira,

"Hadirnya dirimu buat aku jatuh terpana. Engkau yg pertama buat aku jatuh cinta. Engkau juga yg pertama hadir di dalam sudut hatiku. Mengisi setiap ruang kekosongan yg sedia ada. Menampungnya dengan sebuah cinta yg utuh. Engkau terlalu sempurna untuk aku bandingkan dengan orang lain. Kita mempunyai minat yg sama. Hampir segalanya kita buat bersama. Hubungan kita sangat kuat sampaikan engkau selalu hadir di dalam mimpiku. Sejak itu, aku berjanji akan menghalalkan engkau secepat mungkin. Alhamdulilah, dengan izin tuhan. Sekali lafaz, engkau menjadi milikku. Aku bersyukur tidak terhingga. Setiap masa dan waktu. Aku selalu menatap wajahmu. Wajah orang yg sudi terima aku menjadi suamimu. Menerima baik dan buruk diriku. Yaa, aku mengaku. Aku tidak sempurna seperti lelaki di luar sana. Pandai dalam apa jua keadaan miskipun berkaitan pegangan agama. Tapi engkau, tidak pernah mengeluh sedikit pun sepanjang bersamaku. Sanggup mengajar dan membimbing aku. Mendampingiku tanpa rasa jemu. Rezeki yg tidak dapat ditolak banding apabila tuhan meniup malaikat kecil di perutmu. Syukur Ya tuhanku. Aku menjadi seorang papa untuk 3 orang anakku. Aidil Zaquan, anak pertama aku melaungkan azan. Membelai ia dengan kasih sayang. Tidak dapat aku ungkapkan betapa gembiranya perasaan ini bila bergelar papa. Aidil seorang anak yg baik. Dengar kata dan rajin. Sepanjang mama mengandung, tiada alahan dan sakit. Semuanya baik-baik sahaja sehinggalah Aidil di lahirkan ke dunia ini. Tidak lama kemudian tuhan memberi kita rezeki lagi. Anas Zafri, seorang anak yg pandai dan bijaksana. Sifatnya, tingkah lakunya tidak ubah seperti mama dia. Mama ada lahan teruk sepanjang mengandungkan anas sampaikan papa selalu kena marah. it's okay. Asalkan mama selesa setiap masa. Akhirnya, tuhan memakhbulkan doa aku. Aku selalu berdoa dan meminta kepada tuhan. Berikanlah aku rezeki untuk merasai anak perempuan pula. Ya tuhan. Rezeki yg tidak dapat ditolak. Mama disahkan mengandungkan anak perempuan kali ini. Hati dan perasaan aku bergelora. Tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata yg satu ini. Awina Zanirah. Awina membesar dengan cepat. Mungkin sebab mama berselera dan selalu mengidam macam-macam. Mama terpaksa lahirkan Awina secara Cze kali ini. Berdebar papa tunggu mama dan Awina di luar bilik operation. Orang yg papa sayang sedang bertarung nyawa di dalam. Syukur alhamdulilah. Keduanya selamat dan sihat. Buat pertama kalinya papa merangkul tubuh kecil putri papa. Wajah Awina tidak tumpah seperti mama. Cantik bak bidadari salju. Lengkap keluarga kecil kita. Awina dilindungi dua orang abang yg sangat bertanggungjawab. Rezeki yg tuhan beri ini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Anak-anak membawa kepada kebahagiaan kita. Aku tidak pernah melupai kenangan begini. Sentiasa tersemat di jiwaku yg luhur. Demi tuhan, aku terlalu sayangkan kau. Aku minta maaf atas segala dosa aku terhadap kau. Aku lalai. Aku ngaku..aku ego dan bodoh buat semua itu. Maafkan aku Adira. Aku tak sanggup nak kehilangan kau dan anak-anak kita. Sesungguhnya, aku sayangkan kau dan mereka. Hidup aku kosong tanpa kau. Helaian ketawa anak-anak. Aku rindu. Rindu yang tidak sampai ke penghujungnya sangat memeritkan. Aku tidak akan memaksa kau untuk terima aku semula. Izinkan aku ketemu anak-anak kembali. Zuriat dari aku juga. Aku tidak mahu abaikan tanggungjawab aku sebagai papa mereka. Selepas itu, Aku akan pergi. Pergi jauh dari semua orang. Kalau itulah jalan yg terbaik untuk melihat senyumanmu dan anak-anak kembali. Aku sanggup buat apa saja asalkan kau dan anak-anak selamat. Aku akan betulkan semua ini. Itu janji aku yg terakhir."

Yang benar,
Qirash.

Qirash mengakhiri tulisannya dengan satu noktah yg lama. Dia termenung melihat surat ini. Adakah benar apa yg ia lakukan sekarang? Mahu betulkan perkara yg benar demi orang yg ia cintai? Satu titisan air mata mula jatuh di atas dasar surat ini. Diikuti deraian air mata yg lain. Qirash tidak dapat menahan sebaknya. Berat ia menanggung sakit dan rindu yg berpanjangan. Demi keluarga kecilnya ini. Ia sanggup korban apa saja. Qirash melipat dan memasukkan surat itu ke dalam sampul. Dia menulis nama 'Adira' pada permukaan sampul itu. Berharap agar Dira dapat membacanya nanti.

Dari jauh, Ustaz Zabidi, Fahmi dan Alia memandang sayu keadaan Qirash begitu. Sanggup bertarung dengan nyawa sendiri demi menyelamatkan kehidupan anak dan isterinya. Qirash baru sembuh sepenuhnya dari sakit disihir atas perbuatan orang. Kalau tidak bukan mamanya sendiri, Datin Nafisah. Pada mulanya sukar ia percayakan semua ini. Lama-kelamaan baru ia tahu siapa punca keruntuhan rumah tangganya tanpa sedar.

Qirash tidak akan maafkan Dato' Tahir dan Datin Nafisah jika Dira dan anak-anaknya yg menjadi masa keadaan. Hati dan perasaannya sangat kecewa mempunyai ibu bapa seperti mereka. Sanggup meruntuhkan rumah tangga anak-anak kerna sifat dengki dan takburkan duit. Sampai bila pun orang seperti mereka tidak akan berubah ke jalan yg benar.

"Qirash, semua barang sudah siap kemas ke?" Tegur Ustaz Zabidi sambil menepuk lembut belakang Qirash.

Cuba menenangkan keadaannya yg masih menengis tersedu-sedan. Begitu juga Fahmi dan Alia berjalan mendekati dirinya. Masing-masing sedih melihat keadaan Qirash begitu. 'Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.''

"Ermm...Sudah ustaz." Jawab Qirash ringkasnya. Jari-jemarinya mengesat kasar sisa air mata yg masih mengalir di pipi.

Dia malu melihat mereka semua ada di sini. Orang yg sanggup berada di saat ia susah dan tiada sesiapa yg mahu menghulurkan bantuan. Bahkan, mereka bukanlah ahli keluarganya sendiri. Qirash memandang lama ke arah Alia. Satu senyuman di wajahnya mula terukir. Adik ipar yg selalu menolongnya. Qirash tersentuh dengan kebaikan Alia. Seorang perempuan yg baik akhlaknya.

"Arr, abang Qirash. Maaflah. Lutfi ada keje sikit. Lia datang sendiri ke sini. Nanti, Fahmi akan hantar kita pulang ke rumah papa. Abang ok kan?" Bersuara Alia rasa serba salahnya bila melihat anak mata redup milik Qirash.

Entah apa yg ia lalui semasa sesi pemulihan di sini. Pasti perit dan duka sentiasa menemaninya. Alia sanggup mengambil cuti hari ini kerana mahu menjemput Qirash pulang. Ia telah sembuh dari sakit ini sepenuhnya. Lutfi sedang sibuk menyiapkan beberapa projek baru. Tiada siapa yg kisahkan Qirash melainkan dia seorang saja yg ada.

"Owhh yeke, Sokaylah abang faham." Jawab Qirash sedikit sedih nada suaranya itu.

Ahli keluarga sendiri tidak ambil tahu tentang keadaannya. Tidak heranlah kalau adik sendiri yg ia harapkan selama ini juga sibuk bekerja demi syarikat papa mereka sampaikan lupa tentang keadaannya di sini.

"Qirash, Jaga diri baik-baik yee selepas ini. Jangan pernah tinggalkan solat lima waktu. Banyakkan berzikir dan berselawat. Apa pun yg Qirash buat mulakan dengan bismillah. Niat kerana Allah swt. Inshallah, dengan izin Tuhan. Qirash akan terhindar dari perbuatan hati busuk manusia. Lapangkan dada dan sentiasa meminta pertolongan dari-Nya. Jangan putuskan tali persaudaraan kita sesama islam. Kalau Qirash rasa inilah yg terbaik. Maka, betulkan semula apa yg Qirash mulakan dahulu. Saya akan selalu doakan untuk kamu." Nasihat sedikit banyak Ustaz Zabidi terus menarik Qirash dalam dakapannya.

Rasa tenang dia melihat wajah suci Qirash bila kembali ke jalan Allah swt semula. Sebagai manusia, kita tidak lepas dari berbuat dosa dan berpaling dari-Nya. Setiap orang iman ada naik dan turun. Qirash sudah diuji begitu berat di muka bumi ini. Dicemuh dan dibenci oleh perbuatan kianat manusia sendiri.

"Baiklah, terima kasih ustaz kerana sudah banyak menolong saya sepanjang berada di sini. Saya rasa lebih tenang sekarang. Saya berhutang budi dengan ustaz. Tanpa ustaz, saya tidak tahu mahu meminta tolong dari sesiapa. Sedikit banyak saya telah belajar erti kehidupan sebenar di dunia ini. Jangan tunggu waktu jatuh barulah mahu bersujud pada-Nya. Sekali lagi terima kasih. Ini..ambil lah. Jangan tolak. Sedikit sumbangan saya untuk pusat perubatan ini." Ujar Qirash senangnya lalu memberi sampul yg berisi sejumlah wang bernilai RM 5.000 kepada Ustaz Zabidi.

Dia benar ikhlas memberi sumbangan itu walaupun sebelum ini Ustaz Zabidi menolaknya mentah. Bukan bayaran yg ustaz Zabidi harapkan sebagai balasan.

"Masha'Allah, Jika kamu berniat untuk sumbangan pusat perubatan islam ini saya terima. Alhamduliah, Terima kasih Qirash. Kamu memang seorang lelaki yg baik. Semoga rezeki kamu berlimpah-ruah. Apa pun yg kamu lakukan moga mendapat keredaan tuhan." Balas Ustaz Zabidi sebaknya.

Pertama kali ketemu dengan Qirash. Ustaz Zabidi sangat selesa dengan sikap rendah diri milik Qirash. Walaupun datang dari keluarga yg berada, ia masih menghormati orang lain. Sangat ringan tulang dan peramah orangnya. Ustaz Zabidi tidak menyangka orang seperti Qirash dianiaya oleh keluarga sendiri.

"Mari saya tolong bawakan beg. Ustaz, petang nanti kita jumpa lagi yee." Kata Fahmi lalu mengambil beg di tangan Qirash.

Sejak dari tadi lagi dia memerhati saja gelagat Qirash. Sedikit banyak dia tahu sikap Qirash sangat berbeza dengan Lutfi. Boleh tampak keikhlasannya bila melayan orang lain.

"Baiklah. Kalau macam tu..jaga diri baik-baik yee. Nanti kalau ada masa datanglah melawat saya. Kedatangan Qirash sentiasa terbuka di sini." Pesan Ustaz Zabidi buat terakhir kalinya.

Dia menghantar mereka bertiga sehingga ke kereta. Qirash melambaikan tangan pada Ustaz Zabidi. Sepanjang dia berada di sini, mereka semua melayannya baik sekali. Selalu mengambil berat dan bertanya khabar tentang dirinya. Dia juga mula belajar membaca al-quran semula. Qirash rasa sebak dan berat hati mahu melangkah pergi. Alangkah baiknya dia terus tinggal di sini saja. Tiada sesiapa yg akan sakitkan hati dan perasaannya lagi.

Alia hanya termenung jauh di tempat duduk belakang. Melihat perubahan Qirash ini sangat menyentuh perasaannya. Dalam diam dia menangis sendiri. Dia bersyukur Qirash sudah sembuh sepenuhnya. Ini sahaja yg dapat Alia membantu sebagai sebuah keluarga.

"Arr.. Alia. Boleh kita pergi ke rumah..rumah Dira sebentar? Abang nak sangat berjumpa dengan anak-anak. Sebentar saja. Dapat tengok dari jauh dah memadai." Bersuara Qirash setelah lama mereka bertiga mendiamkan diri di dalam kereta.

Pandangan Qirash masih melihat ke arah luar cermin kereta. Itu saja yg terlintas di dalam fikirannya sekarang. Qirash terlalu rindukan mereka sampai terbawa ke dalam mimpi.

Tergamam Fahmi dan Alia sebentar. Fahmi terus melihat ke arah Alia melalui cermin belakang. Dia mengangguk kepala tanda 'boleh'. Mereka akan cuba menolong Qirash apa saja yg dia perlukan.

"Ermm, Baiklah kalau itu abang nak. Fahmi, kita ke rumah Kak Dira dulu." Jawab Alia lalu tersenyum gembira.

Tiada apa yg lebih gembira bila melihat Qirash dapat bertemu anak-anaknya semula. Akhirnya anak-anak buahnya dapat bertemu dengan papa mereka. Cukuplah mereka memendamkan perasaan rindu terhadap Qirash. Tiada sesiapa dapat memutuskan darah daging Qirash sendiri.

Kereta kancil milik Fahmi bergerak pantas menuju ke destinasi pertama mereka. Sepanjang perjalanan ke sana, Alia banyak berbual kosong dengan Qirash. Baru ia tahu sedikit perkembangan di dalam keluarganya. Tiada apa yg berubah langsung. Satu keluhan berat dilepaskan. Qirash sudah penat mahu menghadap hidupnya yg lama kembali.

"Okey...kita sudah sampai." Bersuara Fahmi lalu memberhentikan keretanya di depan pintu pagar rumah Syeikh Bukhari.

Qirash hanya mendiamkan diri. Perasaan mula menjalar di benak hatinya. Bagaimana dia mahu menghadap Dira semula selepas apa yg berlaku terhadap Dira sebelum ini? Pasti Dira sangat membencinya.

"Klik"

"Abang Qirash..Mari. Jangan risau. Kami akan teman abang masuk sekali." Kata Alia setelah membuka pintu hadapan kereta.

Dia cuba yakinkan Qirash untuk bertemu dengan anak-anaknya. Sampai bila Qirash mahu menyiksa hati dan perasaannya sendiri. Derita menangung rindu.

Fahmi hanya duduk bersandar pada bonet keretanya. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. Sengaja dia tidak mahu masuk campur dalam urusan keluarga ini. Tetapi, kalau melibatkan Alia, dia berhak tahu segalanya.

Qirash melangkah keluar dari perut kereta dengan keadaan yg lemah. Badannya mengigil tanpa sebab. Qirash takut Dira tidak membenarkan ia berjumpa dengan anak mereka. Surat buat Adira dibawa sekali.

"Ting tong"

Alia menekan butang pintu pagar rumah ini. Mereka bertiga terus menunggu pintu pagar ini dibuka secara automatik.

"Ting tong"

Sekali lagi Alia menekannya kerana tiada maklum balas dari orang dalam rumah ini. Qirash sudah menunduk kepalanya ke bawah. Sia-sia saja mereka datang ke sini. Dia tidak akan dapat bertemu mereka lagi. Fahmi juga menanti kehadiran orang di dalam rumah ini. Dia tahu mereka tidak akan bertindak kejam untuk memisahkan seorang ayah untuk melihat anak-anaknya.

"Ting."

"Kreakkk......"

Akhirnya, pintu pagar ini dibuka secara automatik. Kelihatan Syeikh Bukhari sudah tercegak di depan pintu rumahnya. Pandangannya bengis melihat ke arah mereka bertiga. Terutamanya, 'Qirash'.

Tanpa membuang masa lagi, mereka bertiga melangkah perlahan memasuki perkalangan rumah Syeikh Bukhari. Pada mulanya Qirash tidak mahu tetapi setelah dipujuk oleh Fahmi, ia turuti juga.

"Assalamualaikum Encik. Maaf, kami menganggu." Ucap Alia lembutnya ke arah Syeikh Bukhari.

Dia beranikan diri menyapa orang yg sedang menahan amarahnya daripada tersembur. Alia tahu Syeikh Bukhari belum memaafkan kesalahan Qirash. Apa yg Qirash buat selama ini sudah menghancurkan hidup Dira dalam diam.

"Waalaikumsalam, Apa kedatangan kamu semua ke sini? Tak serik lagi ke apa yg telah kau lakukan terhadap anak aku jantan tak guna? Berani kau jejak kaki lagi dekat sini? Berambus sekarang!! Sebelum aku buat perkara lebih teruk lagi." Kata Syeikh Bukhari dengan nada yg keras sekali.

Cukuplah selama ini mereka berundur dan tidak panjangkan cerita ini. Sampaikan Dira yg menjadi mangsa atas sifat dengki orang lain. Mahu saja dia membalas kembali perbuatan Qirash terhadap Dira. Syeikh Bukhari masih waras dan mampu berfikir dengan logik. Biarlah tuhan membalas semua itu.

"Abah... Qirash minta maaf. Saya tahu. Saya dah banyak susahkan abah dan Dira. Saya mengaku. Semua ini salah saya sendiri. Tolong.. Izinkan saya berjumpa dengan Aidil, Anas dan Wina. Saya rindu sangat-sangat dekat mereka." Ujar Qirash lalu merendahkan dirinya di depan Syeikh Bukhari.

Qirash sanggup bersujud di kaki bapa mertuanya ini asalkan boleh ketemu anak-anaknya semula. Seperti yg sudah dijangka, Syeikh Bukhari masih marahkan dirinya. Bahkan, terlalu benci untuk menatap wajahnya lagi. Pandangan bengis dan jijik dihadapnya sekarang.

"Arrr, sudah!! Jangan berani sentuh aku. Aku bukan bapa kau. Berambus kau dari sini. Kau ingat, senang-senang aku nak kasi kau berjumpa dengan cucu aku semula? Tidak sama sekali!! Jantan tak guna macam boleh pupus dari muka bumi ini. Sampai mati aku tak akan maafkan keluarga kau Qirash. Apa yg Dira lalui selama ini telah hancurkan hati dan perasaan aku sebagai bapa dia. Dari kecil aku jaga Dira bak menatang minyak yg penuh. Sedikit pun aku tak kecilkan perasaan dia. Bila dah besar panjang macam ni. Senang-senang kau lukakan hati dia. Kau hancurkan hidup dia..Apa yg kau dan keluarga kau nak sebenarnya ni haa? Tak cukup ke Dira dah beri segalanya? Hati aku luruh tengok anak aku sendiri menanggung derita. Cukuplah..Jangan siksa jiwanya lagi." Luah Syeikh Bukhari sebaknya di hadapan Qirash.

Kedua belah bahu Qirash dicengkam erat. Mahu sahaja dia memukul dan menampar Qirash tetapi dia tidak gamak berbuat demikian. Apa yg Qirash telah lakukan terhadap anaknya memang tidak dapat dimaafkan. Semua ini bukan salah Qirash seorang saja. Keluarga Qirash yang memaksa ia berbuat demikian.

"Abah...maafkan Qirash..Saya dah bertaubat abah. Saya tahu. Saya dah banyak lukakan hati semua orang terutamanya Dira. Saya nak minta ampun dari Abah dan Dira. Tolong...izinkan saya berjumpa dengan anak-anak.. Kali ini saja..Saya rindukan mereka bertiga.." Rayu Qirash teresaknya.

Kini, kedua belah lututnya sudah di jatuhkan ke lantai. Perlahan-lahan kepalanya diturunkan kebawah. Dia terus bersujud di kedua belah tapak kaki Syeikh Bukhari. Tangisannya tersedu-sedan menahan rasa hiba apabila mendengar luahan bapa mertuanya sendiri. Orang yg bersusah payah membesarkan Dira selama ini tetapi dia sendiri yg hancurkan hidup Dira. Qirash rasa sangat tidak berguna sekarang.

Suasana bertukar sayu dan hiba di depan rumah Syeikh Bukhari. Alia sudah lama menangis selepas melihat dan mendengar semua ini di depan matanya sendiri. Dia tidak dapat menahan sebak melihat Qirash bertungkus-lumus memohon satu kemaafan sampai bersujud begini sekali. Begitu juga dengan Fahmi. Dia cuba menolong Qirash bangun semula daripada terus dalam keadaan begini.

"Aku tak ada hak nak benarkan kau berjumpa dengan cucu-cucu aku semula.. Dira yg berhak tentukan semua ini..Mintalah darinya.." Bersuara Syeikh Bukhari lalu berjalan meninggalkan mereka bertiga di situ.

Sisa air mata yg mengalir di wajahnya disengka kasar. Perkara begini sangat bermain dengan emosi dan perasan. Semua orang terluka tanpa sedar.

"Abah...Abah!!! Tolong!! Jangan buat Qirash macam ni...Aidil....Anas...Awina..Papa rindu kalian bertiga...keluarlah.." Meraung Qirash seperti orang gila.

Dia tidak dapat menahan rindu ini lagi. Fahmi terus memeluk tubuhnya untuk menenangkan keadaan Qirash dahulu. Tidak berguna Qirash melawan kerana dia tetap tidak boleh berjumpa dengan anak-anaknya sekarang.

Tanpa membuang masa lagi, Alia mengikuti langkah Syeikh Bukhari dari belakang. Dia pergi memujuk mereka untuk benarkan Qirash ketemu anak-anaknya walaupun hanya sebentar. Itu sudah memadai daripada langsung tidak berjumpa. Alia tidak sanggup melihat keadaan Qirash begini lagi.

Di dalam rumah, Dira sedang menahan sebak di dada sebaik mungkin. Menangis dalam diam sambil menutup mulutnya rapat sekali. Sejak dari tadi dia mendengar luahan masing-masing di sebalik pintu itu. Hatinya rasa sangat sakit dan sebak menahan semua ini.

Syeikh Bukhari yg melihat Dira sudah menangis dibiarkan saja dia berada di situ. Dia berlalu pergi meninggal mereka semua. Biarlah Dira buat keputusan kali ini. Siapa dia mahu menghalang Dira lagi.

"Akak....Lia tahu. Akak dah dengar segalanya. Tolong akak. Lia merayu. Benarkan abang Qirash ketemu dengan anak-anaknya semula. Akak sanggup ke tengok abang Qirash begitu?" Sapa Alia perlahan lalu memegang kedua belah tangan Dira.

Ini, adalah kali pertama dia berbual dan menegur Dira. Alia terlalu rindukan wajah dan sifat Dira yg periang penuh dengan gelak-ketawa. Seorang yg pandai berjenaka serta baik orangnya. Kebaikkan Dira terhadapnya sebelum ini akan di ingat sampai mati.

"Enough Alia!!! Lia tak tahu apa yg akak rasa selama ini??!!! Akak dah penat Lia. Penat sangat. Sakit yg akak tanggung tak de sesiapa yg tahu. Disebabkan dia, akak tersiksa begini. Dia dah hancurkan hidup akak..Lia. Akak benci lelaki seperti dia.." Kata Dira teresak tangisannya.

Perlahan-lahan dia menarik tangannya daripada digenggam oleh tangan Alia. Cukuplah dengan semua drama ini. Dira sudah buat keputusannya sendiri. Dia tidak mahu memberi peluang kepada Qirash lagi. Dira terus berjalan pergi dari situ. Meninggalkan Alia yg masih terpinga dan kaku sendiri.

"Akak...Akak...." Panggil Alia berulang kali.

Air mata masih mengalir deras di wajahnya. Dia tidak sanggup melihat dua orang yang disakiti dan tersiksa dengan jiwa sendiri. Masing-masing bermain dengan ego dan perasaan. Hati yg pudar dan retak tidak akan bercantum semula. Malah, orang yg cuba bertahan tidak akan diberi peluang lagi.

Alia mengesat kasar air matanya. Dia tidak mahu bersedih di depan Qirash dan Fahmi. Nasib tidak membelahi mereka hari ini. Alia buntu separuh jalan. Dia hanyalah orang luar. Tidak layak masuk campur dalam urusan Dira dan Qirash. Sedaya upaya dia lakukan yg terbaik untuk mereka berdua demi anak-anak yg tidak bersalah.

"Abang Qirash...Mari. Kita pulang dahulu. Nanti kita jumpa dengan Aidil, Anas dan Awina yee tetapi bukan hari ini. Kita beri masa dekat Kak Dira dulu." Pujuk Alia lemah-lembutnya terhadap Qirash.

Suaranya sudah menjadi serak tanpa sebab. Alia cuba menahan sebaknya melihat keadaan Qirash begini. Qirash masih duduk lemah di atas lantai. Mata sembab dan kemerahan. Bajunya basah dengan kesan air mata. Ini adalah air mata kejujuran Qirash. Dia tidak berlakon semua ini. Demi kasih sayang dan rindu terhadap anak-anaknya.

"Mari..." Pujuk Fahmi pula lalu menolong Qirash untuk bangun dahulu.

Qirash tidak bersuara langsung. Hanya kedengaran tangisan sayu merangkap masuk telinga mereka berdua. Dia bangun dalam keadaan yg longlai. Qirash sudah pasrah tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya lagi. Pulang dengan kehampaan dan sakit di jiwa. Kalau inilah pengakhirannya, dia akur.

"Papa!!!"

"Papa!! jangan pergi!!!!"

"Papa!!!"

Belum sempat Qirash memasuki perut kereta. Kedengaran suara anak kecil sedang bertempik dari jauh. Memanggil dirinya sambil berlari tanpa menyarungkan kasut. Yaa, Aidil dan Anas berlari menghamipirinya.

Qirash terus mendepakan kedua belah tangannya. Deraian air mata laju jatuh ke pipi. Dia melutut ke tanah sambil menunggu mereka berdua. Akhirnya, rindu ini dapat terubat juga. Qirash dapat menatap dan memeluk tubuh mereka lagi.

"Papa!!! Aidil rindukan papa!! Papa pegi mana???? Kenapa papa tak datang tengok kami..kenapa papa??? Papa bencikan kami ke??" Kata Aidil lalu memeluk erat tubuh Qirash.

Teresak-esak tangisannya di dalam dakapan Qirash. Aidil tidak mahu melepaskan dakapan ini lagi. Setiap saat, masa dan waktu dia menantikan Qirash. Sentiasa berdoa kepada tuhan untuk bertemu dengan papanya semula. Menyatukan keluarga mereka seperti selalu. Aidil sedih melihat kedua ibu bapanya hidup dalam keadaan begini. Dia tidak mahu mereka berpisah lagi.

"Papa!!! Anas juga rindukan papa..Napa papa tinggalkan kami.. Papa dah tak sayangkan kami lagi ke?? Setiap hari Anas tunggu papa...Huaaa!!"

Meraung Anas sambil menampar bahu Qirash. Dia tidak mahu menangis tetapi hatinya turut rasa sedih bila melihat wajah dan tubuh papanya di depan mata. Bagaikan mimpi bila semua ini jadi kenyataan. Akhirnya, dia dapat melihat wajah orang yg dia sayang juga.

"Maafkan papa, Aidil...Anas. Maafkan papa tinggalkan kamu berdua. Papa minta maaf..Setiap hari papa tak pernah lupakan kamu berdua. Tidak sesekali..." Ujar Qirash sambil melepaskan ciuman di pipi mereka berdua.

Dipeluk erat tubuh kedua orang anaknya. Kasih sayangnya terhadap mereka berdua tidak pernah pudar. Semua ini terbalas juga akhirnya. Dia bersyukur kepada ilahi masih kasihi umat sepertinya. Di beri peluang meluahkan rasa cinta terhadap anak-anaknya semula.

Awina sudah boleh berjalan sendiri. Dia di pimpin tangan oleh pembantu rumah ini. Awina berjalan menghampiri Qirash beserta abang-abangnya yg lain. Anak kecil yang masih tidak faham apa yg sedang berlaku. Apabila melihat wajah papanya. Awina tersenyum riang. Digamit kedua belah tangannya agar Qirash dapat mendukungnya lagi.

"Heii..Awina princess papa..Wina sihat?? Muahh.. Papa rindukan kamu sayang.." Kata Qirash lalu mencium dan memeluk tubuh kecil Awina.

Satu-satunya anak perempuan yg ia miliki. Tubuh Awina sudah besar panjang. Seperti kali terakhir dia melihat anak kecilnya ini membesar. Tangisan Qirash masih mengalir di pipi. Pertemuan semula ini dapat merubat hatinya yg sakit dan tersiksa.

Fahmi tersenyum sendiri. Dia bersyukur melihat Qirash dapat bertemu dengan anak-anaknya semula. Hati seorang lelaki yg bergelar bapa akan runtuh bila melibatkan orang yg dia sayang. Itulah apa yg dilalui oleh Qirash sekarang. Diuji sampai begini rupa.

Sejak dari tadi, Alia menangis teresak melihat semua ini. Dia memandang ke arah lain sambil menutup mulutnya. Alia tidak sanggup melihat semua ini lagi. Bahkan, dia sendiri tidak kuat kalau perkara begini berlaku ke atas dirinya. Pecah belah keluarga bukan satu pilihan tetapi ia satu paksaan demi ego dan kepentingan diri sendiri. Erti sebuah keluarga bila kita bersatu dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Miskipun Alia sudah tiada keluarga lagi tetapi ia tahu. 'Satu kehilangan itu sangat menyakitkan. Sampai mati kita akan dibuai rindu yang berpanjangan.'

Harap maaf lambat update. Sis bagi panjang sikit bab kali ini. <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience