"Biar senang ceritalah papa...benda baik, jangan ditangguh lagi." Sampuk satu suara darj arah tepi Dato' Tahir.
"Biar Qirash teruskan ya? Ermm. Kedatangan kami semua ke sini untuk meminang Cik Alia Qisyara untuk bakal isteri adik saya. Adakah Cik Alia sudah berpunya?" Soalan Qirash kian makin bersuluh. Dia tidak mahu melengahkan lagi waktu terbaik ini. Qirash memandang ke arah Alia yg sedang duduk di sebelah Mak Senah.
Semua mata hanya menumpukan ke arah seseorang saja si sini iaitu Alia sendiri. Hanya Alia sahaja dapat membuat keputusan ini. Alia yg sejak dari tadi hanya mendiamkan diri terus bersuara dengan penuh sabarnya.
"Apa sebenarnya ini?.. Si..aapa adik kamu? adakah saya mengenali dirinya sehingga dia ingin meminang saya?" Alia cuba sedaya upaya menahan nafas suaranya itu. Dia hanya berfikir positif sebaik mungkin untuk menanangi semua ini.
"Saya pasti. Cik Alia pasti mengenalinya. Adik saya Syed Muhd Qiyyan Lutfi . Saya Syed Muhd Qirash Lutfan, abang sulung kepada Lutfi ."
"Apaaa? Encik Lutfi!" Secara tidak sengaja Alia meninggikan sedikit suaranya selepas mendengar nama Lutfi. Fikirannya mula bercelaru memikirkan semua ini. Sampai ke sini sekali Lutfi membuat keputusan sendiri tanpa pengetahuannya.
"Alia.. kamu okay ke nak?" Tanya mak Senah sedikit hairan dengan tingkah laku Alia sejak dari tadi lagi.
"Ehhh , Maaflah. sebelum semua ini diteruskan boleh saya bercakap dengan Encik Lutfi?" pintas Alia dengan lajunya. Rasa bersalah pula dia melihat semua orang di sini sedang memandang lama ke arahnya.
"Errr. yaa..boleh. Tunggu sebentar yaa semua. Saya pergi panggilkan Lutfi dekat luar." Ujar Qirash sambil mengaru kepalanya yg tidak terasa gatal itu. Dia ingatkan Alia sudah tahu semua ini tetapi Lutfi langsung tidak memberitahunya.
"Tak apa. Saya sendiri pergi jumpa dia." Balas Alia kasihan pula melihat Qirash tidak faham dengan situasi ini. Begitu juga dengan Mak Senah dan Fahmi. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Alia pun terus bangun tanpa berfikir panjang lagi.
Semua orang terkejut dengan tingkah laku Alia sedemikian termasuklah Fahmi sendiri. Seperti sudah dijangkanya, Alia mengenali seseorang tanpa diberitahu kepadanya dahulu.Semua tetamu di dalam rumah Mak Senah hanya mampu menunggu keputusan dari pihak Alia. Sudah lama Alia berbual dengan Lutfi di luar tetapi tidak masuk semula ke dalam rumah.
...........................................................................
"Mana mamat poyo tu haaa!!! Berani betul dia bertindak luar akal macam ni!!! ingat aku nak terima dia sebagai suami aku!!!" Bebel Alia seorang diri sambil berjalan ke arah sebuah kereta yg sangat ia kenali.
"Ya!! Itu pon kau!" Alia terlihat susuk tubuh badan seseorang sedang mencuri dengar dari arah bonet belakang kereta.
Terjuntai-juntai badan Lutfi sedang mencuri dengar setiap bibit bicara semua orang di dalam rumah itu. Berdebar-debar hatinya rasa mahu menunggu semua ini. Hanya satu saja yg dipinta, berharap sangat Alia menerima pinangan ini.
"Tolonglah terima...tolong lah jangan tolak sayang!! Ya Allah, tolong lah lembutkan hati dia." Cakap Lutfi seorang diri seperti sedang disampuk oleh cinta Alia. Lutfi memegang jantungnya yg mula berdegup kencang.
"APA!! sayang!! hoiiii! orang terbiat ke apa haa!!" herdik Alia dari arah belakang Lutfi. Merah bahang wajahnya apabila mendengar Lutfi berkata begitu.
"Ohh mak kau jatuh tergolek!!! " Melatah Lutfi tak tentu pasal lalu bangun semula selepas terjatuh akibat diherdik oleh Alia .
Lutfi menelan payah air liurnya selepas melihat wajah merah bahang Alia sedang menahan amarahnya itu. Lutfi melepaskan satu hembusan panjang sebelum bersuara.
"Awak? Eerrrrr. awak buat apa dekat sini?? bukan awak patut berada dekat dalam ke?" Soal Lutfi kepada Alia lembutnya. Takut pula dia rasa melihat wajah garang Alia sekarang. Tidak tentu pasal melepas dia nanti.
"Amboi-amboi.. Encik Qiyyan Lutfi! Saya disini sebab awak! Kenapa awak disini ya? kenapa tak awak ja masuk ke dalam meminang saya sendiri? balas Alia sambil tangannya diletakkan ke pinggang. Alia memandang dalam wajah Lutfi yg sedang tersenyum seperti kerang busuk ke arahnya.
"Ehhhhh. ehhhhh. Mana boleh. Saya dah bawa family saya tuu. Sayaaa...Ehh jappp. Kira awak setuju la ni? Tanya Lutfi dengan gagapnya sambil tersenyum lebar ke arah Alia . Pada masa yg sama, dia masih takut memandang wajah puaka Alia yg sudah semakin baran dan bila-bila masa sahaja dia akan meletus.
"Gatal tak kenal USIA!! Sapa yg setuju? Saya boleh tolak tahu tak? kenapa awak tetiba buat macam ni haa? disebabkan Surat ayah saya? macam tu kan? awak terpaksakan! cukup lah dengan semua ni. saya penat. Penat dengan mainan semua orang. kalau boleh saya nak ja lari dari semua masalah ini. Jauh dari semua orang. Biar orang tak kenal saya. Kata Alia mula rasa sebak dengan semua ini.
Butiran jernih mula mengalir ke pipinya. Alia cuba menahan sebak ini tetapi semua ini terlalu sakit untuknya. Mengenang nasib ayahnya yg baru saja pergi. Kini, datang pula seorang pemuda yg tidak ia kenali mahu berkahwin dengannya. Alia tidaklah setabah yang Lutfi jangkakan. Hatinya terlalu sakit untuk teruskan semua ini lagi. Lutfi hanya ingin bergurau senda dengannya saja tetapi lain pula yg terjadi sekarang.
"Awak.. Saya minta maaf. saya yg memaksa awak terima semua ini. Saya tahu saya orang luar tak berhak ikut semua perjanjian arwah ayah awak. Tapi, saya nak awak tahu. Dari mula saya lihat awak bahagia bersama ayah awak..sejak dari zaman awak sekolah lagi saya sudah jatuh cinta dengan awak. Saya buat semua ini bukan terpaksa Lia tetapi ikhlas dari sudut hati saya, saya nak mempunyai isteri semanis awak dan sekuat awak. Saya tahu hati awak sudah lama terluka. Awak seorang yg tabah dan sabar orangnya. Alia, sudikah awak menjadi isteri saya yg sah? kongsi lah hidup awak dengan saya. seperit mana pun, seduka mana pun. Dengan nafas saya di muka bumi ini , saya akan mempertahankan awak selamanya." Ujar Lutfi lalu melutut kakinya ke tanah. Lutfi terus mengeluarkan sebentuk cincin emas kepada Alia. Lutfi memandang lama raut wajah Alia di hadapannya. Mahu sahaja dia mengesat butiran jernih di pipi Alia. Rasa sakit dia melihat Alia menangis seperti ini.
Alia hanya terdiam seribu bahasa. Tergamam dia melihat Lutfi bertindak sehingga begini sekali. Dia mula menjarakkan sedikit dirinya daripada Lutfi. Lutfi benar-benar mengenali dirinya ini sedangkan dia sendiri tidak tahu siapakah pemuda seperti Lutfi yg sebenarnya.
Adakah semua ini benar?? Perlukah aku menerima saja lamaran ini. Perlukah aku terima Lutfi sebagai suami aku? Ya Allah tunjukkanlah aku satu kebenaran yg sebenar. Aku takut untuk melalui semua ini sendiri lagi. Aku sudah tidak ayah dan ibu. Siapa lagi tempat untuk aku bergantung nasib.
"Awak.... sudikah awak menjadi isteri saya yg sah?" Tanya Lutfi sekali lagi kepada Alia yg sejak tadi masih keliru dengan semua ini. Lutfi dapat melihat riak wajah Alia mula redup sedikit. Pelbagai soalan mula menjalar di dalam fikirannya.
"Baiklah. saya terima awak. Saya nak bersyarat." Jawab Alia selepas berfikir seketika. Alia tidaklah berharap sangat Lutfi mahu penuhi syarat ini. Dia hanyalah mahu satu jaminan saja dari Lutfi. Siapa dia mahu meminta sesuatu daripada Lutfi. Dia hanyalah orang biasa saja jika mahu di samakan dengan Lutfi.
"Ya awak. apa syaratnya? inshallah saya akan ikutinya dengan janji saya."
"1. saya nak awak ceritakan semuanya apa hubungan awak dan ayah saya. 2. saya nak hak saya sebagai seorang isteri. 3. Tiada erti pembohongan dalam rumah tangga 4. Jika perkahwinan ini tidak dapat bertahan lagi. lepaskan saya dengan rela. 5. Jangan pernah menghina sesama sendiri.
Lutfi berfikir seketika. dia tahu Alia takut disakiti lagi di dalam hidupnya. Miskipun semua janji ini tiada masalah baginya, tetapi Lutfi takut semua ini mungkin akan menjadi masalah bila berhadapan dengan ahli keluarganya yg lain nanti. Lutfi mula meraut sedikit wajahnya itu sebelum bersuara semula. Dia akan cuba sedaya upaya memenuhi syarat Alia nanti.
"Baiklah. dengan hati yg terbuka. Saya terima semua syarat awak. Sekarang boleh saya berterus terang dengan Mak Senah? Tanya Lutfi kepada Alia kembali. Lutfi mula bangun dan menatap lama wajah Alia.
Aku hanya menganggukkan kepala saja. Diri aku masih dalam keadaan takut yg bercampur baur. Betulkah keputusan yg aku lakukan ini? Adakah aku akan menyesal nanti? Perlukah aku mengenali diri Lutfi lebih dalam lagi? Hidup ini sekali saja, satu perkahwinan bukan tempat untuk saling berteduh tetapi saling menerima antara baik dan buruk satu sama lain. Aku tidak mengharap lebih dari semua itu. Bukan harta yg aku kejar tetapi satu kasih sayang yg ikhlas seseorang yg bergelar suami aku.
Share this novel